Bila melihat kembali asal usul kewujudan blog ini hampir 4 tahun yang lepas.. Ianya untuk melakar jalan cerita perjuangan dan kehidupan aku sepanjang percutian aku di bumi asing ini.. Jika diimbau kembali, banyak pengalaman yang telah aku lalui.. Suka duka.. Gembira sedih.. Marah dan geram.. Adakalanya keluar jugak bahasa-bahasa yang tidak enak.. Ampun maaf di minta atas kekilafan dan kefakiran ilmu dalam menyampaikan sesuatu perkara..
Aku tahu ini bukan kali pertama aku nukilkan post-post seperti ini.. Cuma ini adalah petanda aku akan berehat sebentar atau mungkin selamanya dalam alam maya ini.. Sama ada dalam blog ini mahupun dunia media sosial yang lain.. Bukan kerana aku sudah jumpa peneman hidup lain.. InshaAllah kalau dah jumpa, ianya proses ke arah penyatuan jiwa melalui jalan yang halal.. InshaAllah.. Doakan yang terbaik..
Apa-apa pun 1 February merupakan minggu terakhir aku mempunyai status yang aku kecapi sekarang.. Selepas tarikh itu ianya adalah proses transisi dari satu status ke status yang lain.. Bukan aku nak meletakkan hidup aku dalam status yang tertentu tapi kerana telah berjanji dengan insan tertentu maka aku rasakan transisi ini penting dalam menguruskan hidup aku lebih baik..
Lagipun minggu ni minggu akan datang aku akan mula uruskan beberapa yayasan dan fund untuk masa depan.. Maka masa aku akan lebih ke arah itu.. macam mana untuk jayakan yayasan-yayasan yang bakal ditubuhkan.. Pengurusan kewangan dan sebagai..
Tambahan lagi, InshaAllah dalam bulan depan aku akan mulakan trust fund untuk bakal anak-anak aku.. Masanya dah tiba kot untuk aku fikirkan pasal keluarga sendiri.. Nak tak nak benda macam ni akan hadir jugak.. Maka aku kena mula act upon it.. Walaupun semuanya akhirnya aku berserah pada Allah.. Tapi usaha tu kena ada.. Lepas usaha baru tawakal..
InshaAllah lepas ni kehidupan aku akan jadi lain.. Perubahan itu ada, cuma sejauh mana aku tak pasti.. Lagipun minggu depan aku mulakan sesuatu yang baru.. Sangat-sangat baru.. Pengalaman yang tak pernah aku cuba selama ini..
Doakan yang terbaik untuk diriku dan hidupku wahai sahabat, rakan dan taulan.. Semoga apa yang aku nukilkan selama ini mampu memberi ilmu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja.. Walaupun aku tahu kebanyakannya hanyalah repekan dan luahan yang entah apa2 dari dirku..
No comments:
Post a Comment