Pages

Wednesday, 15 January 2014

Pengalaman mengajar kita....

Sejak kebelakangan ini, Alhamdulillah aku diberi peluang untuk mengimbau kembali memori-memori lepas.. Yang mana sudah bertahun-tahun berlalu.. Ada yang aku ingat seingat-ingatnya.. Ada yang aku ingat samar-samar.. Kotak memori ini rupanya tersimpan rapi dan setiap satu memori berkait dengan memori yang lain..

Begitu jugak dengan blog ni.. Semalam aku mengimbau satu per satu penulisan yang aku karang sejak hampir 4 tahun yang lalu.. Sedar tak sedar, blog ini wujud semasa aku mulakan percutian aku di bumi asing ini.. Bila aku toleh dan tengok kembali semua penulisan aku.. Macam-macam perasaan aku nampak.. Gembira, sedih, keliru, marah, kecewa, kesal dan sebagainya.. Setiap satu penulisan wujud kerana rangsangan dari dunia luar pada waktu dan ketika itu.. Sama ada rangsangan interpersonal mahupun intrapersonal.. 

Selesai aku tengok penulisan dalam blog ni.. Aku pergi ke belakang lagi.. Melihat blog-blog masa zaman muda remaja (Tak yah kot korang nak cari semua tu.. not worth your time).. Bila baca balik, lagi la tersipu-sipu... Ada blog yang wujud sebab perasaan marah dan dendam.. Ada wujud sebab rasa nak share semua benda dalam dunia aku dengan dunia tanpa sempadan dan macam-macam lagi..

Namun setelah selesai aku tengok seimbas lalu semua ini.. Aku pandang kembali diri aku.. 25 tahun bukan satu masa yang panjang namun bukan satu jangka masa yang singkat jugak.. Raut wajah ku dah berubah sedikit demi sedikit.. Tanda-tanda penuaan telah mula kelihatan.. InshaAllah bukan setakat fizikal aku makin matang.. Harapnya emosi dan spiritual aku turut matang bersama usia...

Seribu satu pengalaman.. Sama ada pengalaman aku mahupun pengalaman orang lain mengajar aku erti kehidupan.. Dari memori dan penulisan aku.. Sedar tak sedar, sebenarnya diri aku dah berubah.. Alhamdulillah, ianya ke arah kebaikan.. Itu yang aku nampak.. Kalau-kalau ianya berubah kearah kejahatan, mintak sangat-sangat pada yang perasan itu untuk tegur dan nasihat diri aku.. (Walaupun aku tau aku ni degil dan susah nak dengar nasihat)..

Cuma bila aku terus selami pengalaman dan perjalanan hidup aku.. Aku tak nafikan 5 bulan terakhir ini merupakan perjalanan paling sukar namun aku bersyukur kerana ianya juga perjalanan yang paling tenang dalam hidup aku.. Walaupun aku masih berusaha mencari makna dan tujuan kejadian aku di muka bumi ini.. Namun pencarian itu dilaksanakan dalam keadaan tenang..

Secara jujurnya.. I'm hitting rock bottom of my life.. Satu keajaiban bagiku bila mana aku boleh hidup di negara asing selepas biasiswa aku diberhentikan.. Aku bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.. Yang mampu ada itu dan ini sekelip mata.. Sehingga kini, aku pun tak pasti macam mana aku boleh terus hidup.. Yang pasti, semuanya ketentuan dan perancangan Ilahi.. Jika perkara yang sama dihadapkan pada aku 3 atau 4 tahun yang lalu atau mungkin 8 tahun yang lalu.. Aku yakin aku akan hilang akal dan meroyan tak tentu pasal..

Walaupun hari demi hari aku sedar akan sumber kewangan aku makin merosot dan tipu la kalau takde sekelumit perasaan risau tu.. Tapi entah.. Aku rasa semuanya akan berakhir dengan kebaikan.. Everything will be ok.. All is well.. Entah dari mana kekuatan hati ini untuk percaya sehingga ke tahap itu.. 

Cuma satu yang pasti, aku bersyukur pada Ilahi kerana memberikan aku peluang untuk meletakkan kehidupan aku atas ketentuanNya..

Kerana ketentuanNya dan pengalaman yang Dia berikan aku dalam bentuk cabaran dan halangan yang membuatkan aku terus berdiri untuk mara kehadapan.. Itu satu realiti yang takkan aku sangkal sampai bila-bila.. Hanya kata-kata Alhamdulillah yang mampu aku ucapkan pada Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.. Pengalaman yang paling berharga aku pelajari dalam tempoh 5-6 bulan ini ialah wang dan harta dunia bukanlah segalanya..

Memang tak dinafikan yang mana kalau kita kaya-raya.. Lebih banyak yang mampu kita sumbangkan.. Lebih banyak yang mampu kita beri.. Namun sebenarnya, walaupun kita tak kaya.. Kita tak berada.. Banyak yang mampu kita berikan.. Kita sumbangkan.. Pemberian bukan semata-mata dalam bentuk harta dan material.. Lebih dari itu.. Pabila kita mampu memberi kesenangan pada orang lain.. Pabila kita mampu memberi keselesaan.. keselamatan.. keinginan untuk terus berubah dan maju kehadapan.. Semua itu satu pemberian.. 

Pemberian tidak terhad semata-mata dalam bentuk material.. Ianya wujud dalam pelbagai konteks.. Emosi... Spiritual.. Kadangkala hanya kerana kita bersama-sama melengkapi kehidupan satu sama lain.. Ianya adalah pemberian yang bermakna untuk insan lain..

Dari dulu aku percaya akan konsep hidup pada memberi.. Setiap yang ada pada diriku ada haknya pada insan lain.. Berilah seikhlas hati dan semampu yang boleh.. Berilah terlebih dahulu sebelum hadir niat untuk menerima.. Jangan meminta-minta namun terima pemberian dengan hati yang terbuka..

Sampaikan aku rasa tiada lagi erti hidup jika aku berhenti memberi.. Rasanya pabila tiba dan saat aku rasakan persaaan itu.. Maka makin hampir aku dengan pengakhiran hayat aku.. Pabila tiada lagi yang mampu aku berikan dan pabila aku mula menyusahkan kehidupan insan lain.. Ada baiknya aku tinggalkan dunia ini.. Namun ajal maut aku terletak pada tanganMu Ya Allah... Dikau lebih mengetahui dan mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini..

Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan aku pengalaman hidup sedemikian rupa.. Walaupun sukar, namun Dia sentiasa tunjukkan jalan yang baik untuk diriku.. Aku sendiri tak pasti apa yang akan terjadi untuk hari esok.. Yang pasti aku hargai hati yang aku miliki sekarang.. Hati yang sentiasa ingin memberi demi mencari keredhaan Ilahi..


No comments: