Pages

Monday, 27 January 2014

Hati berkata lagi..

Pabila malam bersilih ganti siang, bulan separa menjadi purnama dan kian separuh semula.. Hati ini mula memberikan rasa dan jawapan dalam beberapa perkara.. Keputusan telah dicerna dan diluahkan.. Dahulu untuk datang ke Bristol atas kapasiti Amrul berada di sini.. Kerna bongkak hati (bertapa lemahnya diri ini ketika itu) yakni katakan bahawa perjalanan pengajian akan menjadi mudah kerana kisah silamku, maka kehadiran di Bristol adalah kerna kehadiran Amrul..  (Happy Birthday Amrul, aku tak wish kau sebab kau akan tau kenapa dalam masa beberapa hari lagi)
 
Sedar tak sedar lepas Amrul pergi, kehidupan acap kali menjadi parah kerna tanpa dirinya.. Diri ini seolah hilang sebab untuk kekal di sini.. Namun pabila aku katakan sesuatu, inshaAllah akan aku kotakan.. Untuk habiskan pengajian kali ini, maka ianya janji pada agama, bangsa dan negara.. Maka seharusnya aku kotakan janji aku melalui perjanjian yang telah termetrai..
 
Namun, keputusan haluan hidup kali ini aku pilih atas kepentingan diriku sendiri.. Hati ini yakin dan percaya inilah yang terbaik buat masa ini.. Moga Allah tunjukkan dan bimbing dengan lemah-lembut menuju jalan yang terbaik dalam hidup ini..
 
Fasa kedua akan bermula tak lama lagi dalam proses pembersihan hati.. Buat masa ini, fasa pertama berjalan dengan baik.. Walau ada sedikit sebanyak kekurangan, ianya diteruskan dengan penuh kelancaran...
 
Yang membuatkan hati ini berkata-kata dan bersetuju untuk memilih jalan ini, bukan kerana keyakinannya dalam perjalanan kali ini.. Alasannya cukup mudah, kerana dirinya terasa lebih banyak ianya akan terus belajar.. Lagi-lagi perubahan sejak April yang lalu memberi kesan yang cukup mendalam.. Memberi makna yang cukup besar buat hati yang cukup kecil..
 
Sedar tak sedar, perubahan dari April lalu bakal mencecah setahun lamanya.. Dalam masa setahun pelbagai perkara yang terjadi maka hati ini ingin mengetahui apa yang bakal dialaminya jika ia diberi peluang untuk pergi jauh..
 
Walaupun cabaran yang bakal datang bukan calang-calang.. Namun pertaruhan nyawa itu bukan sesuatu yang baru.. Mei 2012 sudah mengajar sedikit sebanyak nilai nyawa dalam jiwa manusia.. Maka inshaAllah dengan izinNya, hati ini ingin belajar lebih dari apa yang dirinya peroleh dalam masa hampir 4 tahun di sini..
 
Janji  untuk terus setia itu masih kekal dalam ingatan.. Janji untuk membangunkan naga yang masih lena itu adalah satu kepastian.. Janji untuk membimbing anak muda di tanah air bukan satu lagenda hanya menjadi bualan ramai.. Ianya satu kemestian kerna ianya satu janji suatu masa dahulu..
 
Makin jauh aku selami, akhirnya sampai ke kotak misteri yang aku rasakan belum tiba masanya untuk aku membuka kuncinya.. Bukan kerana takut isinya, namun khuatir akan impak pada keputusan semasa..
 
Aku teringat kisah Nadia Ixora... Aku teringat kisah riang Si hitam manis.. Aku teringat kisah kita bersama.. Apatah lagi kisah si Singa Leo.. Belum lagi kisah Anak Pak Atan.. Rasanya, belum tiba masanya untuk hati ini ke arah itu.. Biarlah ia pergi dalam kapasiti perjalanannya sendiri.. 
 
Hati ini dalam evolusinya yang tersendiri.. Jangan dibiarkan anasir luar dan dalam menguasainya kembali.. Pabila telah usai evolusinya, biarkan kematangannya dalam membuat keputusan mendidik reaksi ekstrem dalam meneruskan tugasan beliau..
 
Akan tiba kembali gerak hati dan gerak tangan bersulaman antara satu sama lain membina konklusi hidup yang terbaik.. Terbaik untuk agama, bangsa dan negara.. Untuk mereka yang tercinta... Yang terus dicintai hingga hujung nyawa..

No comments: