Pages

Thursday 5 September 2013

Freaking out.. The Danger is Real, Fear is Optional..

Lepas balik ke tanah air yang tak tumpahnya darah ku.. Perasaan motivated dan cuak mula berselang seli.. Hari pertama semalam, Alhamdulillah banyak perkara dapat disiapkan.. Target 3 muka surat sehari berjaya direalisasikan.. Cuma bila malam semalam bukak akaun bank.. Rasa cuak dah start mai dah.. Bila kira-kira.. duit tinggal tak banyak.. Dan bila sekarang dapat terima hakikat yang lepas ni dah tak de elaun.. Yup.. freaking out bebeh.. freaking out.. Terus fikir lepas ni nak hidup macam mana.. Makan minum boleh control lagi tapi sewa rumah dan bil-bil lain tak boleh nak catu dah.. So the Danger is definitely real... Memang real abis r..

Dah mula kira-kira dah duit untuk bulan ni berapa.. Duit untuk bulan depan berapa dan bulan seterusnya macam mana.. Sumber pendapatan memang sah-sah takde buat masa sekarang.. Untuk kerja part time, masih dalam pertimbangan.. Sebab bila tengah menulis tesis ni, tak boleh nak divert sangat kat part time work.. Nanti dia break writing momentum.. So nak tak nak the only way keep on writing dan tulis sebaik mungkin sehabis mungkin..

Cuma manusia mana tak cuak kan.. Sebelum ni tak pernah pun aku rasa insecurity sampai tahap macam ni.. Yang mana duit yang aku ada ni je yang akan jadi jalan keluar untuk aku hidup buat masa ni.. Dah takde dah duit dari entiti-entiti luar..

Semalam bila jalan-jalan merenung masa depan dan  awal pagi tadi pun jalan-jalan merenung masa depan.. Air mata mula mengalir.. Yang mana terasakan inilah konsep tawakal paling agung yang pernah diberikan pada diriku aku selama aku hidup..

Mungkin ini ujian ataupun nikmat, terpulang macam mana untuk aku lihat perkara ni.. Dari perspektif yang positif mahupun negatif.. Namun bila diletakkan dalam keadaan yang mana hidup aku esok lusa dan bulan depan macam mana.. Ianya merupakan konsep tawakal yang aku sendiri kene belajar untuk serahkan sebulat-bulatnya pada Ilahi..

Dalam keadaan seperti ini, tiada satu entiti pun bertanggungjawab untuk membantu aku melainkan dengan kehendak dari Allah swt.. Setiap hari, setiap liku hidup mati aku.. Kini aku rasakan di bawah ihsan Allah swt.. Jika fikirkan kesudahan yang tak pasti ni.. Kalau ikutkan logik akal, baik aku balik je Malaysia dan hidup kat sana... Paling tak pun tempat tinggal dan makan InshaAllah dah tersedia.. Tapi aku tahu bukan itu yang ingin Pencipta aku didik diri ini kali ini.. Bukan sifat putus asa dan lari dari medan perjuangan.. dari jihad menuntut ilmu.. Bukan itu yang ingin DIA sampaikan melalui cabaran kali ini..

Aku setuju, bahaya itu sesuatu dalam realiti.. Bila-bila masa aku boleh dicampak keluar dari rumah yang aku duduk.. Bila-bila boleh akan tiba masa untuk aku takde duit untuk makan.. Untuk gunakan bagi keperluan hakiki aku.. Pada bila-bila masa nikmat hidup aku boleh ditarik begitu saja..

Tapi bak ayat dalam cerita After Earth ni.. Fear is optional.. Aku boleh rasa risau dan takut dengan semua ini.. Namun ketakutan ialah satu peristiwa yang tak pasti.. Jika aku takut kene halau keluar rumah sebab takde duit nak bayar.. Sedangkan benda tu di masa hadapan.. Belum berlaku.. Entah aku dihalau atau tidak.. Perasaan takut hanyalah manifestasi kepada kejadian yang mungkin berlaku namun tak semestinya berlaku..

Maka di sinilah indahnya konsep tawakal.. Jika aku percaya bahawa diriku, nikmat ini dan segala isinya milik Allah.. Maka kenapa perlu ada perasaan takut.. Jika aku percaya yang apa aku lakukan selama ini kerana untuk mencari redha Allah.. kenapa aku perlu takut.. Allah swt tidak akan pernah sesekali meninggalkan sisi hambaNya.. maka mengapa kini dan sekarang aku perlu takut yang Penciptaku akan menyusahkan hidup aku.. Jika benar dia ingin susahkan hidup hambaNya, pasti ada penjelasan yang mungkin bukan sekarang akan aku fahami tapi di masa akan datang.. Kerna ini antara perjalanan hidup aku di mana rukun Iman yang pertama menjadi taruhan.. Sejauh mana Kepercayaan aku Pada Allah.. Sebagai Tuhanku, sebagai entiti yang tertinggi dalam hidup aku..

Jika hanya di bibir semata-mata aku melafazkan kepercayaan aku pada Allah swt.. Namun jiwa dan perbuatan aku tidak sesekali memanifestasikannya.. Bukankah aku secara tak langsung berpaling dari Allah dan menyatakan ketidak kepercayaan aku pada perancangan dan ketentuanNya?

Jika hidup mati aku kerana Allah, Rasul dan agamaku, mengapa aku perlu risau dan takut sama ada esok masihkah aku memiliki rumah.. Masihkah esok ada makanan untuk aku makan? Semuanya hanyalah nikmat Allah yang dipinjamkan dan bila-bila masa DIA mampu mengambil hakNYA kembali..

Maka duit untuk aku hidup bukanlah kayu ukur sama ada aku mampu hidup pada keesokan hari atau tidak.. Namun, kepercayaan aku terhadap Allah, terhadap Tuhanku merupakan kayu ukur sama ada esok aku masih hidup atau tidak.. Kerana pabila kepercayaan ini hilang, maka runtuhlah Iman yang dibina dan binasalah badan serta jasad kerana ketakutan untuk hidup bakal menerjah dari segenap penjuru..

Buat masa ini, konsep tawakal dan menyerahkan sepenuhnya hidup aku pada Yang Maha Kuasa merupakan cabaran yang aku harus hadapi supaya dapatku genggam rapi makna sebenar Tawakal Pada Ilahi..