Alhamdulillah, selepas beberapa mesyuarat mengenai trust fund dan yayasan.. Semuanya berjalan lancar.. Alhamdulillah beberapa anak yatim dan sustainability fund dah mula menjadi pilihan hati dan target yayasan..
InshaAllah semoga Allah permudahkan niat ini.. Walaupun ada orang cakap lebih baik jadi kaya raya dan lagi mudah untuk bersedekah.. Namun buat diriku.. Lebih baik aku mula memberi dulu sebelum jadi kaya.. Kerana kekayaan takkan sesekali melambangkan hati yang menginfakkan.. Namun inshaAllah hati yang menginfakkan akan sentiasa dipenuhi rasa nikmat dan kekayaan dari Allah.. Rasa nikmat yang paling utama, yakni rasa cukup dengan hidup ini..
InshaAllah yayasan yang aku mimpikan suatu masa lalu mula mengorak langkah pertamanya.. Akan mengambil anak yatim pertama untuk ditaja.. InshaAllah dalam masa terdekat.. Semoga dengan usaha ini.. Ianya akan membersihkan hati kami semua dari onar dan duri.. Mendekatkan hati ini pada diriMu wahai Ilahi.. Semoga ianya menjadi perlindungan dari api nerakaMu, perlindungan dari seksa kuburMu, perlindungan dari fitnah dunia serta fitnah Dajjal..
Aku yakin dan percaya, ujian yang menanti bukanlah kecil.. Kebaikan itu harganya cukup besar di dunia ini.. Takkan ada satu kebaikan pun yang tak diuji.. Yang ini lagilah besar nilainya.. Duit waqaf datang dari yayasan ada nilai yang tersendiri.. Maka perancangan perlu diteliti agar tidak disalahgunakan.. Lagi-lagi termakan untuk diri sendiri.. Nauzubillah.. Moga dijauhkan cabaran seperti ini...
No comments:
Post a Comment