Pages

Tuesday 29 November 2011

It is working...

Alhamdulillah, hari ni berjalan dengan lancar.. walaupun tak dapat buat semua perkara yang aku rancangkan tapi banyak jugak la yang tercapai:

1. Try booking gunting rambut free :)
2. Book viewing session rumah :)
3. Tanda demo lab yang lama terbengkalai :)
4. Run simulation on modelling diamond :)
5. Meter reading dan bill statement :)
6. Update perbelanjaan Oct dan Nov :)
7. Update hutang piutang :)
8. Prepare sampel untuk hari Khamis :(
9. Bersihkan sampel untuk esok :(
10. Potong sampel guna laser :(
11. Setelkan abstrak RAFSS :(

Kalau tengok macam banyak benda tak relevan yang berjaya dibuat.. takde kaitan sangat dengan percutian.. tapi aku still happy.. sebab hidup aku makin terurus dan terasa banyak benda yang aku dah buat... In fact, sempat bincang dengan kawan aku pasal data percutian dan input sangat memberangsangkan.. banyak idea yang dia bagi walaupun field of expertise berbeza.. rasa seronok dapat pandangan dari pihak lain...

Somehow, it's working.. bila fikirkan pasal diri aku sendiri.. tanpa fikirkan pasal orang lain.. or dengan kata lain agak selfish dan individualistik.. kerja makin bergerak dengan baik.. bukan nyer aku tak tolong orang pown.. aku lebih pentingkan keutamaan aku dari orang lain.. ayat lembut dia sayangi diri sendiri dulu.. So, takde la aku terhegeh-hegeh nak tolong orang nak jaga hati orang dan sedapkan hati orang lain.. Aku buatnya semua untuk diri aku dan pastinya kerana Allah..

Alhamdulilah rasa hidup kembali lancar.. setakat nie tak de tekanan perasaan yang dapat dirasakan.. Semoga ianya berterusan.. Rasanya dah lama tak rasa banyak benda berfaedah dilakukan berbanding masa terbuang begitu saja.. Mungkin lepas tengok perbelanjaan dan hal-hal lain.. sebenarnyer hidup aku dalam keadaan stabil.. aku je rasa-rasa cam tak stabil..

Padahal smooth jer hidup nie.. cuma tak take control hidup dan tak reflect balik hidup betul-betul.. InsyaAllah cukup je masa untuk lakukan semua yang terbaik.. dan tadi antara moment paling seronok bila bukak balik sume data aku dan start relatekan dengan kawan aku tadi.. rasa cam banyak idea datang mencurah-curah... Rasanya hujung minggu nie nak buat la macam tu.. print sume data.. letak sume atas lantai dan try relatekan dan mula membina cerita dan merangka cerita.. buat balik macam dulu.. let the imigination run wild.. biar minda separuh sedar bergerak seiring dengan minda sedar.. tadi mmg rasa betul-betul fresh.. When I just think about it and other things doesn't matter.. terasa adrenalin rush.. seolah-olah semangat membara yang luar biasa.. kalau orang len mungkin dapat perasaan nie bila bersukan, main bola or any tournament.. tapi slalu aku dapat bila mula mencabar diri untuk selesaikan masalah.. so tadi mmg best.. seriously puas.. cuma sebab tadi 30 minit jer.. lepas nie nak prolong lagi.. 

Feel good to be back.. Sikit demi sikit semangat dan abiliti tu datang balik.. all the enthusiasm dan summarisation skill... InsyaAllah kalau semua datang kembali, tak mustahil jalan penyelesaian is just around the corner... InsyaAllah...

Monday 28 November 2011

Tahun baru.. perubahan baru..

Salam Maal Hijrah untuk semua..

Dalam 2 ke 3 bulan nie.. in fact selang setiap 2 ke 3 bulan nie.. seolah-olah aku hilang arah dan macam-macam benda merepek aku tulis kat blog nie.. Tak pasti adakah ini senario biasa semasa tahun ke-2 dalam percutian ini mahupun hanya berlaku pada diri aku sendiri.. So, kepada sesiapa yang terasa aku ingin memohon maaf (kena jumpa pulak la semua orang nanti..)

Sebelum tibanya tahun baru nie.. sebulan sebelum ianya berlaku, mmg aku bercadang untuk melawat semua rakan-rakanku disekitar UK.. sebagai sumber motivasi dan juga inspirasi bagi menghadapi tahun baru 1433.. Jauh berjalan.. mengembara dari barat ke timur, selatan ke utara dan sebagainya.. banyak perkara yang diingatkan aku secara halus.. dan semoga ianya menjadi pencetus kepada perubahan diriku kelak:

1. We can have fun without talking about other people (banyak benda lain dan ilmu lain boleh dipelajari)

Aku rasa.. terlalu banyak masa aku bazirkan untuk melihat dan menganalisis orang lain.. So kali ni, aku nekad tak mau dah dok sibuk-sibuk dengar rahsia yang melibat masalah orang lain.. Open source... Masalah yang ada kaitan dengan diri sendiri je aku akan tolong.. kalau sebab si polan nie dan si polan tu.. Forget about it..

2. Life is simple and short.. Make it sweet and yet awesome

Hidup ni mudah jer.. manusia/aku yang selalu buat dia jadi complicated.. Memang la tak dinafikan, seronok kalau ada orang faham akan diri aku.. sanggup berkorban untuk aku dan sebagainya.. faham apa yang aku inginkan dan merupakan seorang yang aku mampu luahkan segalanya.. but.. stop looking kowt.. benda akan buat diri aku lebih merana.. sebab aku akan mula mengharapkan pada orang lain.. Berhenti berharap dan mulakan hidup baru.. Buat apa yang ko suka dan lakukan apa yang ko inginkan.. Take back your life.. Terlalu banyak ko korbankan.. Hentikan semua ini sebelum terlambat..

3. Harta dunia bukan segalanya..

Yang ini aku masih dalam keadaan dilemma.. Dulu hasrat di hati, duit percutian nie nak buat simpanan dan untuk mulakan hidup penyelidikan sekembalinya di Malaysia.. tapi disebabkan budget yang sangat ketat, kadangkala emosi sering berlawanan dengan diri.. Kadangkala terfikir, kalau aku tak sempat memulakan hidup penyelidikan macam mana.. Padahal banyak tanggungjawab lain... Kini aku rasakan, keselesaan masa sekarang lebih penting dari keinginan masa hadapan.. Mungkin ramai orang yang berkata, perancangan masa depan harus dimulakan dari sekarang.. If you fail to plan, you planned to fail.. Tapi kalau macam aku dah plan hidup aku dari awal sampai habis, dengan siap plan ABCD sumenyer.. membuatkan aku tak menghargai kehidupan.. semua yang berlaku aku dah agak.. dan bila jadi sesuatu luar sangkaan, aku freak out dan cuba kembali pada plan yang tersedia.. Padahal plan tu tak semestinya yang terbaek untuk ku.. Dengan itu, aku rasakan, benda yang terbaik ialah, lakukan apa yang terbaik masa sekarang dan bukannya apa yang terbaik untuk masa depan.. Step by step, one by one.. Buat yang terbaik untuk percutian kali ini.. Apa yang berlaku selepas itu, akan kita hadapi selepas itu.. Ingat waktu MRSM dan Ijazah dulu.. Aku tak pernah risau pasal keadaan selepas tapi hanya melihat ruang lingkup semasa.. Hidup waktu itu mudah dan senang... Berhenti risaukan masa depan yang tidak pasti..

4. Hentikan perasaan risau yang merepek.. (All the meticulous things)

Banyak je perasaan guilty concious yang merepek yang membuatkan aku risau akan sume perkara.. Contohnya, tak elok makan crips, banyak additive.. banyak garam.. Makan luar mahal la, kene masak nie, untuk jimat... Alamak, dah lama tak jogging, cmne nak shape up badan... Total body workout pown dah tak buat.. cmne badan nak ade shape... balik nie mesti kene kemas rumah.. alamak, kt rumah takde tempat nak study, cmne nak buat simulation.. Malam ni nak makan ape ek?.. Ish, laundry tak buat lagi dah la baju minggu lepas tak kering lagi.. Rumah ni dah rasa berpasir, kene vacuum lagi.. Budget bulan ni dah takde kene cut down (padahal baru belanje $200) sebab dulu boleh je hidup sebulan £50.. STOP IT!!!!!!!!!! Tak yah fikir semua benda mengarut nie.. Nanti bila start fikir rasa bersalah n so on.. lepas tu hilang fokus.. Just enjoy the life.. Enjoy the moment... Relax... Relax in your life but not in your research.. Benda kecik cmni takyah fikir.. buang masa jer fikir.. masa ko lagi berharga kowt.. bazir je spend kt sini.. (kan dah kene bebel dengan kawan aku)


All in all, these trips memang awesome.. relaxing.. takde nak rush bangun pukul 6 pg.. total relaxing.. Dapat memotivasikan diri and it is nice.. To have somebody around you that know who you are and to just be who you are.. Tak perlu nak control diri.. tak perlu nak set example.. tak perlu nak tunjuk intelektual.. tak perlu nak live up to expectation.. Tak perlu rasa responsible.. Tak perlu semua tu.. Just be who I am.. Childish, Playful, Cheerful and Carefree all the way.. That's what make me unique and who I am today..

Tuesday 22 November 2011

Bangkitlah...

Bangkitlah.. walau beribu kali dirimu jatuh dan tewas di medan perang.. Jangan sesekali mengalah.. walaupun titisan darahmu masih merah dan terus mengalir.. jangan sesekali dirimu terus rebah kaku.. bangkitlah wahai pejuang.. kerna dirimu akan terus berjuang.. Jangan sesekali hilang semangat dan putus asa.. kerna tamatnya bukan di sini.. tamatnya bukan yang ini.. 

Bangkit dan terus bangkitlah dirimu wahai pejuang.. Jangan dikau rebah dengan helah dunia ini.. Jangan dikau pasrah dengan keputusan begini.. kerna dirimu seorang pejuang yang mengenal erti kekentalan jiwa.. keperkasaan dirimu lebih tinggi dan nilainya bukan serendah ini... Jangan sesekali jadikan masa musuhmu.. jadikan masa sebagai rakanmu.. Jangan sesekali jadikan kepenatan asalanmu.. apatah lagi ketakutan menghantuimu.. Dirimu merupakan seorang pejuang yang tak kenal akan erti kekalahan.. dirimu seorang pejuang yang tak bisa berhenti melainkan nyawa meniti pergi..

Dirimu masih lagi seorang pejuang.. Baju besimu masih tegap.. rapi menutupi dirimu.. zirahmu akan kekal bersama semangat juangmu.. makin kental semangat juangmu, makin rapi zirahmu menutupi badanmu dari luka-luka peperangan.. Tidak kira jika kekuatan fizikalmu sudah tiada.. semangat juang dan kekuatan mental mu mampu mengerakkan segala kudrat yang ada.. kerna dirimu masih seorang pejuang...

Berjuanglah demi kepercayaanmu, berjuanglah demi Tuhan dan agamamu.. Ingatlah, pabila dirimu dibawah dan sering kali ingin mengalah.. mereka tidak pernah mengalah dan tidak pernah sesekali meninggalkan dirimu...

Genggam eratlah tanganmu ini.. kerna tangan ini bakal menggoncangkan dunia ini dan mengubah arah peredaran aliran dunia masa kini.. Dirimu pasti akan lakukannya.. dirimu akan terus bangun menghadapi arus perjuangan ini.. dirimu bukan sahaja akan terus bertahan.. namun akan terus mara.. mara merempuh bala tentera tanpa perasaan gentar.. kerna dirimu merupakan seorang pejuang.. Yang berlalu biarkan ianya berlalu.. dan yang pasti teruskan perjuangan ini.. akhirinya dengan kemenangan yang suci...

kerna dirimu merupakan seorang pejuang.. yang tak kenal erti putus asa dalam hidup kali ini...

Thursday 17 November 2011

Cerita hari ini..

Aku rasakan makin hari makin kemalasan diri ini melanda.. dan makin hari banyak benda yang aku tidak pelajari.. makin hari aku tidak pergunakan segala kurniaan yang diberikan kepada aku.. dan makin hari... aku kian jadi sebegini...

Sering kali aku mencari kenapa dan bertanyakan kenapa.. padahal kemalasan menjadi kunci utama.. aku tahu siapa musuh dan bagaimana untuk mengatasinya.. namun aku tidak berbuat demikian... Aku cuba mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.. aku cuba dan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.. dan kini aku tidak pasti adakah aku telah buat yang terbaik dan wajar untuk menghadiahkan sesuatu pada diri ini... ataupun aku masih jauh lagi dari yang terbaik yang membuatkan aku harus lebih berusaha.. 

Aku sendiri tak pasti sama ada kerja aku terlalu perlahan ataupun kerja aku telah menjangkau skop yang lain.. Kini aku tidak pasti dalam banyak perkara.. aku tidak pasti sama ada ianya cukup ataupun tidak.. ianya perlu ataupun tidak.. aku kini kehilangan pertimbangan sebagai seorang manusia.. Aku rasakan makin hari aku makin malas.. namun pabila bertanya pada yang lain.. mereka katakan banyak kerja yang telah aku lakukan.. 

Adakah sifat tidak terlalu mudah puas hati aku telah lenyap yang membuatkan aku telah berpuas hati.. ataupun aku telah berjaya memuastkan sikap tidak mudah puas hati aku.. makin hari aku makin keliru.. cukup atau tidak.. perlu atau tidak.. aku rasakan seperti tidak tapi pada masa yang sama aku rasakan seperti cukup.. buat masa ini aku tidak pasti.. 

Makin hari makin keliru.. tidak pasti apa yang perlu dilakukan..

Monday 14 November 2011

Legendary always remain as mystery...

Pabila aku sering kali mengejar masa depan aku terlupa yang bukan masa depan yang perlu dikejar.. tapi masa depan perlu dibina dan binaannya bermula dari sekarang.. Masa depan perlu dibina dan bukan dikejar.. bermain-main frasa ini sejak aku teliti satu persatu dalam buku yang masih digenggam rapi tempoh hari... Disebabkan aku terlalu asyik mengejar masa depan.. aku hampir terlupa kualiti dan kekuatan diri yang telah bertapak lamanya.. sebagai bahan utama dalam masa depanku..

Setelah sekian lama aku disini.. aku makin melupakan diri aku yang lalu.. aku lupa akan semangat ingin tahuku yang membara.. perbincangan demi perbincangan wujud dan makin berkembang.. makin lama aku di sini.. aku rasakan diriku aku terlalu selesa.. penyelia yang supercool.. research yang tiada siapa pernah dan cuba pertikaikan.. zon hidupku terlalu selesa.. membuatkan survival instinct aku makin tumpul.. dalam masa yang sama seolah-olah membuatkan aku rasa aku serba tahu dan tidak terlalu risaukan akan masa depanku... Namun, setiap hari hatiku terus bergolak.. minda separuh sedarku cuba membangkitkan diriku dari mimpi ini.. membuatkan aku untuk melompat keluar dari zon selesa ini.. menyedarkan aku dari kesesatan yang bakal menyesatkan aku selamanya...

Hujung minggu yang lalu menyedarkan bertapa kerdilnya diri ini pada masa yang sama mengingatkan pada diri ini.. jasad ini pernah memberi inspirasi kepada puluhan mahupun ratusan anak muda suatu masa dahulu.. menerusi kepayahan, ketekunan dan juga perasaan tidak kenal erti putus asa.. Diri ini juga tidak pernah lokek menyampaikan ilmu didada.. malahan tidak pula malu dan berlutut untuk mendapatkan ilmu bagi terus tersemat didada..

Perkongsian ilmu mengingatkan diri ini tentang tinggi nya nilai harga sebuah ilmu.. tidak kiralah ianya bertukar di dalam bas.. sambil menikmati minuman mahupun selepas sarapan pagi.. semua itu mengingatkan aku tentang indahnya perkongsian ilmu.. indahnya pabila berbicara mengenai sesuatu permasalahan.. indahnya pabila otak ini digunakan sepenuhnya.. break the rutin.. rutin harian zon selesa.. musnah sama sekali.. Pabila sebuah permasalahan diletakkan dihadapan.. dan minda ini digunakan semula.. semua fail-fail lama dibuka kembali bagi menyelesaikan permasalahan... Ianya merupakan saat dan perasaan yang cukup indah.. walaupun tidak berjaya mendapatkan jawapan yang konklusif.. 

Tetapi indahnya pabila akal dan minda bersatu dengan jasad dan roh.. perasaaan dan kemanisannya tidak dapat digambarkan.. Ianya mengingatkan kembali akan kekuatanku, siapa diriku dan betapa seronoknya diri ini pabila dicabar dengan permasalahan... permasalahan yang membawa aku keluar dari kepompong keselesaan..

Pabila diri ini mengenali kembali akan kekuatan dan kelemahannya.. pabila ianya keluar dari zon selesa.. Senyuman makin senang diukir.. pabila rakan-rakan mengingatkan kembali siapa diri ini.. membuatkan aku lebih menghargai diriku yang dahulu.. dimana bukan aku yang mengejar masa depan.. tetapi masa depan itu sendiri menjemputku kerna telah ku bina rumah untuknya.. ke mana ia pergi, ianya tetap akan pulang ke rumah yang terus kukuh dan utuh tegak berdiri sepanjang hari...

Makin dibelek buku yang tersisip rapi ini.. makin direnung hati dan sanubari.. seolah-olah buku yang tersisip rapi dan juga pengalaman dinihari merupakan jawapan kepada rontaan hati yang lalu.. 
Selain ingin dingatkan kembali akan kekuatan diri.. hati ini hanya mahu dibelai dan dikasih seperti dulu.. ianya mahu mendengar dari resonance hati kawan-kawannya yang mengatakan dirimu telah lakukan yang terbaik dan akan sentiasa melakukan yang terbaik.. kerna mereka lebih mengenali ku sebelum aku berada di puncak kecil ini..

Dan aku hanya manusia biasa yang inginkan belaian dan juga layanan seperti insan biasa.. bukan pada taraf yang berlainan, bukan pada kasta yang berbeza dan bukan kerna pengiktirafan yang ada.. hanya layanan sebagai seorang rakan kepada rakannya yang lain tanpa perlu menghiraukan latar belakang dan perkara-perkara lain.. kerna aku hanya manusia biasa dan akan terus menjadi insan biasa... tidak lebih dari itu.. aku tetap hamba-Nya.. dan hanya hamba-Nya..

Friday 11 November 2011

Nitrogen - Hexanamine - Ammonia -----> XD

Syukur ke hadrat Illahi, baru selesai analisis data-data ammonia dan semuanya seolah-olah memberangsangkan.. banyak perbincangan yang berkembang dari satu malam ke malam yang berikutnya.. Thanks to all of you who help me throughout the process.. Bila dilihat kembali, tak sangka nie pertama kali parameter gas aku berubah dalam dunia percutian nie.. even dalam dunia penyelidikan aku yang sebenar.. menarik gak gas phase chemistry nie.. It let your imiganation run wild.. Wildest dream you can ever have.. Dari nitrogen, berubah ke hexanamine dan akhirnya ke ammonia.. Banyak perubahan fasa yang dapat dilihat..

Macam-macam teknik perincian yang telah disusun atur.. makin banyak data yang menghampiri kajian tahun 80-an, 90-an dan awal millenium. rasanya makin hampir dengan jawapan yang dicari.. makin hampir dengan keinginan yang menyelubungi hati.. Semuanya terasa makin hampir.. Seolah-olah banyak bebanan terangkat begitu saja.. seolah-olah titisan air mata selama ini bakal berjumpa dengan tangisan gembira.. harapnya jawapan kepada segalanya makin hampir.. Jika benar ini jawapannya.. tiba la masanya untuk.. merangka teori mengubah falsafah dan menjana mekanisma baru.. merubah pandagan dunia pada seketul batu bernama berlian..

InsyaAllah, semoga jawapan itu menjadi milik kita dalam hari-hari mendatang.. Setiap kegagalan itu bukan lah sesuatu yang gagal.. tetapi sesuatu ilmu baru yang kita terokai... mungkin hasilnya berbeza dan untuk aplikasi yang berbeda.. Cuma matlamat kita bukan ke arah itu lagi..

Thursday 10 November 2011

Aku benci akan dia...

Sejak kebelakangan nie.. sikapku berubah sedikit demi sedikit... namun perubahan yang tidak ku sukai... Dahulunya, aku sering kali mengutuk dan mengata perilaku orang yang sebegini.. kini aku seakan-akan memilih untuk bersikap sedemikian rupa... 

Come on zamir... stop making up stories.. you are who you are.. stop trying so hard.. it is just not you.. Tiba masanya untuk berlaku jujur.. selalunya kebenaran itu perit.. tapi ko kene hadapinyer jugak.. Jangan sampai ade orang start wat intervention untuk ko baru ko nak sedar.. So stop faking things up or your going to fuck up in the future (bahasa agak kasar di sini.. tidak sesuai untuk tatapan 18 tahun ke bawah).. Seriously.. stop doing that.. If not you are changing for the worse..

Tuesday 8 November 2011

Hormat dan ketakutan datang serentak..

Pabila melihat kehidupan ini.. Bak kata spiderman mahupun Blue Ranger dalam criter Power Rangers.. Great power comes with greater responsibility.. Tapi bagiku kata-kata tersebut hanya mampu direalisasikan dalam dunia fiksyen semata-mata dan terminologi dalam dunia sebenar seharusnya begini
Great Responsibility comes with Greater Power
Kerana kekuatan dalam hidup seseorang itu tidak akan datang dengan tiba-tiba.. bukan kerana gigitan serangga mahupun limpahan sisa toksik.. tapi lebih kepada tanggungjawab yang perlu dipukul yang mampu menjana kekuatan luar biasa.. Sering kali kita terdengar bahawasanya Tangan seorang ibu yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia.. Ini kerna, tanggungjawab yang dipegang membuatkan seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya yang tercinta..

Dengan tanggungjawab kita mengenal erti kekuatan dan perasaan untuk tidak putus asa.. Dengan ada rasa tanggungjawab kita akan berusaha untuk melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin.. dan dengan adanya tanggungjawab secara tak langsung kita melakukan sesuatu perkara dengan penuh keikhlasan..

Bila dilihat dari aspek yang berbeza... mungkin ada yang rasakan tidak relevan tetapi ianya bertemu dan bersilang pada titik penakulan yang sama.. sebagai contoh.. perasaan cinta itu sendiri ada penjelasan yang mudah untuknya.. Bagiku, cinta merupakan sebuah perasaan yang membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengharapkan sekelumit balasan pun.. Ianya mampu diperlihatkan dalam bentuk perasaan dalam keluarga, antara rakan mahupun terhadap alam semesta.. Disebabkan perasaan cinta, tidak mustahil perasaan tanggungjawab lahir dan wujudnya  kekuatan yang mampu dijana ke arah pembentukan sesuatu yang positif..

Tanggungjawab yang dilaksanakan secara langsung mahupun tidak langsung mampu menghasilkan impak kepada masyarakat sekitar.. Di mana jika ianya dilaksanakan dengan baik.. Wujudnya rasa hormat, perasaan ini walaubagaimanupun mampu menghasilkan ketakutan dalam hidup sesetengah individu.. Dengan wujudnya rasa hormat, sesetengah individu akan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara terhadap orang yang mereka hormati.. Dan risau akan melakukan kesilapan mahupun kesalahan terhadap mereka..

Maka, pabila wujudnya perasaan cinta, akan wujudnya perasaan tanggungjawab yang mampu mengimplementasikan rasa hormat.. Dan jika disalahgunakan, perasaan hormat itu boleh diubah dan ditukarkan kepada ketakutan.. Secara tak langsung mampu mengawal dan memanipulasikan hidup seseorang.. Ini baru satu contoh bagaiman dengan menabur perasaan cinta pada mulanya, seseorang individu mampu mempengaruhi individu lain dengan mudah dan tanpa paksaan..

Bertapa hebatnya kuasa cinta dalam mengubah sesuatu perkara.. namun dewasa kini, skop cinta telah disalah ertikan dan lebih kepada hubungan antara dua insan dan kadangkala ianya hanya berhenti pada perasaan cinta dan tidak berakhir dengan lahirnya perasaan tanggungjawab.. mereka lebih rela memilih kegembiraan yang singkat berbanding hubungan yang berkekalan selamanya..

Penulisan kali ini hanyalah repekan minda semata-mata..

Sunday 6 November 2011

Pengorbanan.. Tiada siapa tahu akan nilainya.. sehingga...

Dah lama tiada ceramah yang berjaya menjentik hati ini untuk merenung kembali dan memusahabahkan diri... Mungkin selama ini jiwa ini terlalu keras untuk ditembusi ataupun kerna tidak bertemu antara buku dan ruas.. Yang membuatkan diri ini duduk seketika.. memahami maksud sebenar pengorbanan.. Khutbah raya haji pada tahun ini, sedikit sebanyak menjentik hati kecil ini.. yang mana memberi seribu satu jawapan kepada diriku yang terus berada di sini.. Ianya merupakan sebuah pengorbanan.. Jika aku tidak memandang dari sudut ini.. selagi itu jiwa ku akan terus meronta-ronta mempersoalkan kenapa aku memilih jalan ini.. Semuanya pengorbanan zamir, pengorbanan yang kau lalui dan akan terus lalui.. (thanks to miza too.. for the talk on eid's night.. really glad to chat with you.. nak nangis dah time tu sebenarnyer.. thanks for remind me who I am..)

Move on zamir, jangan kenangkan kisah lalu.. kisah lalu itu memang indah.. berhenti fikirkan masa lalu.. Itulah nilai pengorbanan dalam diri mu... Korbankanlah memori masa lalu demi masa depanmu.. Korbanlah masa mudamu, demi menunaikan tanggungjawabmu di masa depan.. Pengorbanan ini lahir dari hati yang ikhlas.. Ikhlaskan hati dengan pengorbanan nie.. Cari kembali kekuatanmu yang lalu.. Azam mu untuk terus berkorban.. Teguhkan pendirian mu.. kerna semua ini merupakan pengorbanan yang harus dilakukan.. Jangan sesekali mengharapkan balasan kerna ianya sebuah pengorbanan yang suci.. 

Lesapkan lah perasaan iri hati dan juga dengki mendengki.. Hentikan lah buaian kesunyian mu.. kerna semua itu akan menjadi penghalang dalam pengorbananmu.. Pengorbanan itu sesuatu yang payah... susah namun tidak sesusah Nabi Ibrahim AS yang diuji dengan mengorbankan satu-satunya anak beliau, Nabi Ismail AS... maka pengorbanan mu tidak sesusah itu, tidak sebesar itu.. Korbanlah perasaanmu.. Pengorbanan bukan semata-mata datang dalam bentuk wang ringgit dan material.. Tapi pengorbananmu kali ini melibatkan perasaan, memori dan juga pengalaman lalu...

Percayalah kembali dengan takdir dan juga ketentuan-Nya.. Start believing again Zamir.. Ikhlaskan hati dalam hidupmu.. Pengorbanan merupakan sesuatu yang sukar.. namun belajarlah untuk melepaskannya... Lepaskanlah sejarah silam mu.. Jangan dikau kenang kembali.. Terus maju ke hadapan.. Mereka tidak akan sesekali meninggalkan dirimu.. mereka sentiasa berada di sisi mu.. Yang lalu itu hanya kenangan kerna diri mereka juga maju ke depan.. Mereka kenal dirimu sejak dari bawah lagi.. dan pabila ianya lahir dari keikhlasan, ianya akan berkekalan sampai bila-bila...

Lakukanlah.. demi masa depanmu dan masa depan mereka.. They all have faith on you.. they know you can do it.. Now, it is up to you to let go... and move on.. Ianya berat untuk dilakukan... tapi berkorbanlah.. kerna besar makna pengorbanan itu.. lakukanlah demi dirimu.. memang ianya sesuatu yang berat.. tetapi ianya harus dilakukan... Let it go... It is time to move on...

(Thanks to ekin too for reminding me who I am, and what I always be...)

Time is the best medicine I guess.. but I need to let it go now.. the memories... 
I need to stay strong and move on..

Wednesday 2 November 2011

Hidup masa lampau...

Tajuk kali nie cm agak melampaui batas jer.. seolah-olah macam hidup 100 tahun yang lalu jer.. haha.. but bare with me kalo nak tau lebih lanjut... Dah lama rasanya tak dapat soalan macam semalam dari junior-junior aku.. Rasanya last yang tanye either Jo or Aliff.. might be Madhi.. tapi set-set diorg la.. kalo tak silap nak masuk 3 tahun sejak soalan tu diutarakan.. Bentuk soalan mungkin berbeza tapi jawapan aku tetap sama.. Antara soalan yang possible:

Macam mana Abg Zamir belajar?
Apa rahsia kejayaan?
Macam mana nak memotivasikan diri?
Apa yang penting dalam menuntut ilmu ni?
Macam mana nak skor?
Macam mana nak balance kan akademik, sosial, penyelidikan dan sebagainya?

So respond aku.. Post ni akan jadi sangat panjang.. so kalau dah tau jawapan takyah la nak baca.. takut buang masa korg jer...

Okeyh, pape pown kite pergi trademark keratan akhbar pada tahun 2009.. Keikhlasan azimat kejayaan.. Secara jujurnya ini kunci kepada soalan yang telah ditanya dan akan ditanya pada masa hadapan.. Ikhlaslah dalam membuat semua pekerjaan.. kerna niat dan kerja yang datang dari hati yang iklas akan menghasilkan kerja yang berkualiti (Pingat, award dan pengiktirafan tu kire bonus jer)... Untuk menjadi lebih ikhlas, kene betulkan niat balik.. Kalau dulu niat belajar sebab nak dapat 5A UPSR, 8A PMR, 12 A+ SPM, 4.00 CGPA.. sekarang tukar niat tu.. belajar sebab ilmu.. kerna ingin mendalami ilmu tu dan demi menggunakannya kelak di masa hadapan.. Belajar untuk diri sendiri.. untuk memiliki ilmu tu dan boleh menggaplikasikannya.. Gred, markah dan pointer tu tidak perlu dirisaukan.. InsyaAllah dengan hati yang ikhlas dan niat yang betul.. Semua tu akan datang dengan sendiri.. Diri aku tak pernah sesekali kisah kowt pasal markah dan pointer.. baik dari segi kuiz, mahupun test.. apetah lagi exam (Mungkin ada yang akan berbicara, ala, zamir boleh la, dah memang scorer, takyah kisah pown).. Nope, bukan sebab aku scorer ke ape.. sebab bagi aku, bila aku mendalami sesuatu ilmu, aku akan buat yang terbaik.. dan kuiz, ujian dan exam hanya sebagai medan untuk aku menguji sama ada aku dah mendalami dengan baik atau tidak.. Dan aku tak pernah sesekali compare markah aku dengan rakan yang lain.. Apa yang dah lepas, lepaskan lah... tak yah nak kenang-kenang.. just learnt from the mistake.. Aku ingt lagi.. ada kawan aku sanggup hafal no I/C budak-budak lain just untuk tau markah diorg.. haha.. zaman tak matang lagi.. XD.. but to be honest.. lagi kita compare markah.. lagi sakit hati.. the best thing to do.. Compare dengan diri sendiri.. pastikan ada improvement.. biarpun sedikit.. daripad takde improvement langsung ataupun makin teruk.. InsyaAllah we will get better and better..

Tu yang pertama.. Ikhlaskan diri dan betulkan kembali niat untuk belajar..

Yang kedua.. Jangan sesekali ponteng kelas.. Alhamdulillah dalam 3 tahun aku menuntut di UTM, tak pernah kowt ponteng kelas tanpa alasan yang kukuh (macam research competition, debate competition etc).. takde la ponteng kelas sebab pensyarah nie bosan la, kelas nie mengantuk la.. ala, nie bukan kelas wajib, tak pergi pun takpe.. bayangkan, kalo kelas wajib je kene pergi, ikhlas atau tidak hati tu untuk menuntut ilmu.. Bagi aku, walau sikit manapun yang kita dapat dalam kelas tu.. dan 70% kita tak faham.. tu benda normal dan biasa.. Makhluk luar biasa jer bleh faham 95% dalam lecture.. Tapi once dah pegi kelas, lepas habis kelas jer dalam hari yang sama, cuba fahamkan balik semua yang dipelajari.. Jangan berlengah dan tunggu lama-lama.. Percayalah, kalau terus revise balik.. akan jadi lebih mudah.. bila baca balik, rujuk example balik.. sume akan lebih terarah.. sebab walaupun tak banyak yang kita dapat dari lecture. tapi semuanya tersimpan dalam sub-concious mind.. dan bila revise balik.. all the puzzle will come together and settle down bit by bit...

So, yang kedua.. jangan ponteng kelas... jangan sesekali start.. dan ofkos jangan tido dalam kelas la.. try untuk stay awake.. kalau kene makan gula, makan.. kalo kene kunyah chewing gum, kunyah.. kalo kene sumbat roti, sumbat..

Yang ketiga, mula-mula aku buat saja-saja.. lama-lama aku try experiment dekat beberapa orang.. it seems it works.. dan lama kelamaan aku jumpa beberapa orang yang memberikan ceramah mengenai perkara nie.. Waktu malam adalah waktu untuk berehat dan tido.. So nie teori aku mula-mula dlu.. waktu time naif dan tak matang..  secnario dia macam nie..

Otak manusia macam rak kasut dan semua input lain macam kasut.. setiap malam waktu kita tido, semua kasut akan disusun dengan teratur.. Bila tiba waktu pagi.. semua kasut tersusun dengan rapi.. dan bila masuk kelas, kalo kene refresh balik subjek semalam, dengan mudah kita dapat access, sebab dah tau kat mane ianya tersimpan..

Ikut teori nie jugak leh avoid black out waktu exam.. sebab dia senang jer.. lagi-lagi yang suka study last minute sampai tak tido.. So malam sebelum exam.. pulun abes-abesan.. so abes bersepah sume kasut.. dan sebab tak tido or tido sekejap sangat.. sume kasut tak sempat disusun.. Akhirnya, bila time exam, sebab sume maklumat tak disusun rapi.. otak kita sendiri tak dapat cari maklumat tu.. even dia tau ade dalam otak.. at the end.. just being overused untuk cari maklumat.. otak burn out and empunya badan pown blank dalam exam...

So tido yang cukup sangat penting.. Aku tido dalam pukul 9 ke 10 kowt.. tak caya tanye ar sape-sape yang pernah serumah, sebilik dan sebagainya.. Kalah baby... sebab bangun pown dalam 6.30 pg..

Then lama kelamaan, aku jumpe ade few people bercerita pasal waktu tido.. dan rupa-rupanya waktu tido paling effektif ialah dari pukul 10 sampai 1 pg.. kerna mengikut kajian.. kalo dapat tido 3 jam dalam waktu berkenaan, ianya bersamaaan dengan 6 jam waktu biasa.. Nie lah maknanya a good sleep.. Dan kalo tak caya cubalah.. kalo dapat tido sebelum pkol 10, insyaAllah bangun esok akan lebih segar.. Dan kalau kita pergi lebih jauh dan merungkai dari segi Islam pulak.. kan ade diseru untk kita bangun 2/3 malam untuk melakukan ibadah dan the best part is.. 2/3 malam ialah 1 or 2 pagi.. Kekadang aku bangun and memang fresh.. seolah-olah dah tido cukup lama.. time tu kalo bangun untuk solat sunat dan belajar.. memang cukup effektif.. tak yah lama.. dalam sejam dah cukup.. then take a nap balik.. bangun pkol 6..

Dengan cara ini, insyaAllah otak akan berfungsi dengan lebih baik dan jugak kesihatannya akan lebih terjamin..

Buat masa nie, cukuplah sampai situ.. menjawab atau tidak persoalan tu.. renung-renungkan lah.. dan ada sambungan lagi.. tak cukup kowt kalo cerita apa yang aku amalkan.. nie baru dari segi niat dan kesihatan mental.. belum lagi dari segi pemakanan dan psikologi seorang pelajar..

Tuesday 1 November 2011

Sekecil manapun ianya tetap bermakna..

Pernah tak kita terfikir yang mana pabila kita dewasa kelak, ada sesetengah benda yang diri ini rasakan tidak wajar untuk dilakukan kerna tidak menunjukkan kematangan akal ataupun gaya hidup kerna ianya tidak lagi serasi dengan usia dan kematangan empunya diri pada waktu dan ketika tersebut.. Namun perkara sebegini yang menjadikan diri kita lengkap dari persepektif diri sendiri..

Aku alaminya hari ini.. sejak dari kecil lagi hidup aku bergelumang dengan game dan jugak research.. bukan research yang melibatkan chemical atau ape jua bentuk penyelidikan sains but basic research on anything that came across my mind.. Dan pabila minggu ini aku memulakannya kembali.. aku dapati, hidupku lebih mudah dan lebih lengkap.. seolah-olah takde kekurangan pown dalam hidup ini.. Mungkin selama ini aku terlalu asyik dengan penyelidikan ilmu saintifik yang mana ianya tidak lagi seimbang dengan diriku dahulu.. Ada juga yang mengatakan usia diriku ini tidak wajar lagi untuk memenuhi masa lapangkan dengan game dan sebagainya.. namun, bagiku pabila sesuatu itu serasi dengan diri kita dan secara tak langsung ia membantu meningkatkan kualiti hidup dan juga konsentrasi terhadap perkara lain.. Ianya tidak patut dihalang tapi sepatutnya digalakkan.. namun ianya tidak akan jadi tak terkawal seperti zaman kecilku yang mana 8 jam/sehari merupakan rutin biasa.. cukuplah sejam atau dua jam sehari.. sudah cukup untuk membuatkan diri ini kenal akan empunya badan dan selesa dengan kehidupannya..