Pages

Wednesday, 29 January 2014

Getting stronger and stronger

Alhamdulillah.. Buat masa ini, setiap hari rasa lebih bermakna untuk aku teruskan kehidupan yang dibentangkan untuk aku.. Entah dari mana datangnya sumber kekuatan ini.. Mungkin dengan izin Allah, ianya datang selepas aku meletakkan sesuatu pada haknya.. Mengembalikan hak pada yang sepatutnya.. Memberikan peluang untuk diri aku pergi lebih jauh.. Membuka sekatan dalam kekuatan aku kerna gusar ianya bakal merosakkan diri aku sendiri..
 
InshaAllah, kali ini, asas dalam perjuangan lebih kukuh, inshaAllah.. Sedar tak sedar diri aku sendiri dah mula mengatur strategi demi strategi serang balas.. Ianya cukup halus namun masih dalam penelitian.. Aku gembira dan aku suka... Alhamdulillah, akhirnya aku jumpa sesuatu yang aku mampu laksanakan dalam keadaan yang aku gembira dan suka..
 
Aku gembira pabila perasaan cintakan ilmu itu kembali.. Perasaan ingin tahu akan sesuatu perkara itu menusuk jiwa.. Seolah-olah ianya makanan yang memberikan kekuatan.. Dengan izin Allah, pabila ilmu itu mampu memudahkan hidup insan lain.. Kegembiraan yang digambarkan cukup.. cukup sempurna..
 
Aku terlupa, kebaikan dan sedekah yang perlu aku lakukan tak terhad pada saudara seIslam aku semata-mata.. Ianya untuk umat manusia.. Umat Nabi Muhammad saw itu sendiri.. Maka, percaturan aku selama ini ada kekilafan.. InshaAllah kini skopnya lebih luas..
 
Namun tak dinafikan, di saat aku gembira ini.. Ianya takkan berkekalan.. Bagiku ini hadiah dari Penciptaku.. Rehat sementara untuk didatangkan cabaran yang lebih besar.. Peluang untuk aku mengumpul tenaga bagi bersedia dengan cabaran yang aku sendiri tak mungkin dapat gambarkan..
 
Alhamdulillah, aku bersyukur.. Tesis dah hampir selesai.. Sikit je lagi.. Dari dulu aku kekalkan perkataan sikit je lagi.. Tak perlu untuk aku fikir apa penamatnya kerana perancangan Allah cukup sempurna.. Yang penting aku laksanakan tanggungjawab aku hari demi hari..
 
Walaupun ada ketikanya ianya perit.. Ianya membuatkan aku tak mampu bangun.. Namun aku percaya dan redha dengan pemberian dariNya.. Alhamdulillah, ianya berjalan lancar.. Setiap satu yang Dia hadapkan padaku adalah persediaan untuk hari-hari yang mendatang..
 
Untuk aku menjadi sesuatu yang luar biasa, jalannya bukan terletak pada kebiasaan.. Walaupun mungkin suatu hari nanti aku akan berakhir sebagai insan biasa.. Aku redha dengan takdir diriku kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku..
 
Namun sekarang bukan masanya untuk berfikir tentang masa depan.. Ianya perjuangan masa sekarang.. Walaupun perjuangan ini nampak naif dan kebudak-budakan.. Ianya satu perjuangan.. InshaAllah dengan izinNya jika ianya ada kebaikan.. Ripple effect bakal tercetus.. Menggoyahkan malah akan melumpuhkan institusi-institusi yang sepatutnya..
 
Yang penting aku kena kekalkan kekuatan ini dan menjadi lebih kuat dari hari ke hari.. Seteruk mana aku jatuh.. Kekuatan ini aku harus kekalkan.. Senyuman ini harus aku ukirkan.. kerana perjuangan aku masih jauh.. Ianya takkan selesai selagi aku masih terus bernafas di muka bumi ini..
 
Selagi hayat dikandung badan.. Selagi itu tidak sesekali aku terlepas dari tanggungjawab dan amanah ini.. Selagi hayat dikandung badan.. Selagi itu tak terlepas untuk aku membahagiakan dan memudahkan hidup insan lain... Dalam pelbagai aspek kehidupan, dalam seribu satu perspektif dan dalam berbagai-bagai jenis situasi..
 
Kuasa ditanganku.. Mulakan sekarang dan bukannya bila aku benar-benar berkuasa mengikut konteks fahaman manusia biasa..
 
Dare to be different.. To change the world or die trying..

No comments: