Pages

Friday 30 March 2012

Miss them...

Bangun-bangun pagi teringat plak dekat Aedya and Satoshi.. So belek-belek la gambar Aedya dalam camera and gambar Satoshi dalam handphone.. Gelak sorang-sorang pown ada gak tengok telatah Aedya main water slide kat depan rumah n last-last dia langgar jugak pakcik dia ni kan.. Aedya Aedya.. Tahun masuk Darjah 2 kan.. ke tak.. haha.. aku pun sendiri dah lupa umur anak buah aku sendiri.. Dan yang pasti nanti Satoshi dah pandai lari-lari.. main nyorok-nyorok.. huhu.. Tak sempat nak wat adengan tembak-menembak dengan Satoshi macam mana aku wat dengan Aedya time dia kene jemur sebab demam kuning.. hahaha.. XD.. Peace Yo Aedya.. jangan marah.. :)...

Then bila belek-belek gambar lain, teringat plak dengan dua orang gadis comel ni.. Inas Fathi dan Shahd Fathi.. Sebab gambar diorg ada dalam lappy nie.. boleh la upload terus masuk dalam blog nie.. (alamak blog wat hal plak.. takleh nak upload gambar.. sedih-sedih)

Comelkan.. erm leh kira macam anak or anak buah jugak ar.. Dua-dua ni adik beradik.. Shahd tu kakak dan Inas tu adik dia.. Alhamdulillah aku ditemukan dengan diorang di awal tahun 2010.. Sewaktu aku di Bristol.. Time tu Inas baru 2 tahun dan Shahd baru nak masuk 3 tahun.. Kedua-duanya baru kehilangan bapa.. dan dijaga oleh ibu mereka..

Tapi aku tak pernah jumpa pun diorg.. Just dapat tahu kabar dan keadaan diorg cukup lah kan.. But this two years of experience hopefully bring us closer..

So awalnya citer dia macam ni.. Memandangkan aku dah came out clean.. So boleh lah aku cakap dengan selesa as YDPA nyer scholar.. Tak yah nak sorok-sorok lagi kan.. Aku sejak sebelum fly, aku dah nekad dan tekad... Aku cakap kat diri aku, kalau aku ada duit lebih, aku nak tolong orang lain.. dan bantu mereka yang memerlukan dan dalam kesusahan.. Aku bukan manusia dan takkan ada sifat keperimanusiaan, kalau aku boleh hidup bersenang lenang tapi ada insan lain yang berjuang dengan nyawanya hanya untuk terus hidup dan juga untuk mendapatkan sesuap makanan.. Tapi aku sendiri tak punya kekuatan sampai ke tahap tu.. Dan apa yang aku boleh bantu ialah dengan menginfakkan sebahagian harta aku untuk membantu mereka dalam apa jua keadaan yang memerlukan..

Dan Alhamdulillah, dengan penganugerahan biasiswa ini.. Allah memberi aku lebih peluang untuk membantu mereka yang memerlukan.. Maka, di awal Mei 2010, aku mencari-cari peluang yang ada dan terjumpa website AQSA SYARIF.. Dalam website tu ada banyak saluran untuk membantu.. dan aku tertarik dengan satu program ni.. Pembiayaan Anak Yatim.. Dalam program ni, pembiayaan harus dijalankan dalam tempoh minimum setahun dan untuk membiayai seorang anak yatim.. Hanya dalam RM170/sebulan bagi seorang anak yatim.. Dan takde la mahal mana kalau diikutkan kemampuan biasiswa yang aku miliki dalam Pound Sterling kan.. So kalau lepas convert.. dalam.. erm.. £35/sebulan.. Yang mana seluar Jeans Timberland lagi mahal kowt.. Dan kalau kat TkMaxx, Seven jeans and Ralph Lauren punya jeans pown takkan semurah tu.. Kalau nak dibandingkan dengan tiket pegi Hasselt or Paris or Amsterdam.. Jauh lebih murah.. Dan secara jujurnya aku pernah keluar makan satu malam ni habiskan duit lebih banyak dari nilai tu.. So kalau hati aku tak terdetik juga untuk memberikan jumlah sekecil itu kepada anak yatim yang memerlukan.. yang kehilangan seorang bapa dan masih tidak mengenal dunia ini.. masih tercari-cari kasih sayang seorang ibu.. Manusia apakah aku ini..

Aku percaya Great power comes with greater responsibility.. Lain orang lain interpretasi mereka.. bagiku mudah.. Mesti ada sebab kenapa aku memiliki biasiswa ni.. dan pasti bukan kerana pencapaian aku, mesti ada sebab lain dan kenapa aku dah bukan 300++ calon lain yang memohon.. Apa istimewa nya aku berbanding orang lain.. Dan yang pasti jawapan itu hanya diketahui oleh Yang Maha Esa.. Kini, aku memiliki kuasa terhadap biasiswa aku dan aku juga memiliki tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. There and then aku decide untuk membantu 2 orang anak-anak kecil ini.. Dan Alhamdulillah, mereka berdua adalah adik-beradik dan dengan jumlah yang kecil ini.. aku dapat membantu sebuah keluarga untuk meneruskan kehidupan.. Aku dapat membantu seorang ibu untuk membesarkan anak-anaknya.. Aku yakin dan pasti aku tidak dapat memahami keperitan dan kesengsaraan mereka tapi jika sumbangan ini mampu meringkan beban mereka.. Aku sudah berpuas hati.. Untuk melihat anak-anaknya membesar.. untuk melihat mereka menjadi wanita muslim yang bahagia dan gembira.. itu harapan aku dan itu doaku.. Kerana aku tahu dan aku yakin, Aku takkan mampu melihat anak buahku sendiri sengsara.. Maka, ape bezanya anak kecil itu dengan anak buahku yang lain.. Mereka tetap kanak-kanak yang tidak berdosa.. takde beza pown.. Masih suci, masih bersih dari dosa.. 

Jika ingin ikutkan hati, aku mahu lakukan lebih lagi.. lebih dari semua ini.. Namun, perjuangan hidupku belum lagi sampai ke situ.. Persediaan perlu dilakukan untuk aku bersedia dengan semua itu.. Bila tiba masanya.. InsyaAllah, aku akan bersedia untuk melakukan lebih dari itu..

Dan melalui program tu, tak semestinya kene lakukan berseorangan.. ada je rakan-rakan aku berkongsi sesama mereka untuk membiayai anak yatim di bumi Palestin tu.. Maka bagiku sekarang ini bukan alasan untuk diri kita katakan yang kita tak mempunyai harta yang cukup dan juga pendapatan yang selesa untuk melakukan sesuatu perubahan.. Persoalannya sama ada nak atau tidak.. Bagiku, pesan ibuku cukup mudah.. Bersedekahlah walaupun sekecil mana pun dan ingatlah pesan Rasulullah, tidak akan papa umatku yang bersedekah.. Siapa kita untuk tidak menidakkan kata-kata Rasulullah.. Itu janji seorang Rasul kepada umatnya... dan janji kekasih Allah itu adalah sesuatu yang benar dan bukan sengaja diada-adakan.. 

Dan melalui pengalaman aku sendiri.. Dengan kita memberi, tidak kira kepada sesiapa jua.. Ianya akan membuatkan hati ini tenang.. dan selalunya bila jiwa ku kacau dan juga gundah-gulana.. Ianya sebagai petunjuk bahawa aku lupa akan tanggungjawab ku dan juga aku lupa akan kesengsaraan insan lain dalam hidup ini...

Banyak je lagi saluran lain yang boleh di'explore'.. dan kepada sesiapa yang  berminat dan nak tahu.. Aku boleh cerita dan share pengalaman yang aku ada.. The experiences and excitements that you get when you know that you're trying your best to help others are simply priceless.. 

Thursday 29 March 2012

About Me.. Part 3

Baru selesai meeting dengan Pakcik Neil.. Dia nampak sangat gembira dan data-data yang ada makin boleh dipercayai... Dan antara ayat-ayat yang menarik.. Awak dah nak masuk tahun 3 kan.. Kita kene mula berfikir untuk tulis paper.. Boleh dapat beberapa paper yang menarik ni.. Alhamdulillah.. semoga semua urusanku dipermudahkan olehmu Ya Allah...

So seperti biasa balik ke topik asal.. cerita yang panjang dan mungkin membosankan.. Tapi dah nak abes dah.. last part..till now..

Maka, mulalah pelayaran bahtera ku sebagai mahasiswa luar negara.. Menetap di bumi asing.. Di Bristol, aku meneruskan kisah cinta yang di semai dari Jasin di bawah bimbingan Paul May.. Alhamdulillah, aku dikurniakan penyelia yang baik dan penyayang.. Aku tak rasa seperti di anak tirikan apatah lagi dipinggirkan.. Di sini, aku dipertanggungjawabkan untuk memahami mekanisma penghasilan berlian dalam bentuk semikonduktor untuk menghasilkan sel solar generasi baru.. Bunyi macam kompleks.. tapi memang kompleks pun.. Kini bukan lagi Kimia semata-mata.. Ianya meliputi bidang Fizik, Kejuruteraan dan juga Komputer Sains.. Masih ingat lagi, benda pertama yang aku pegang dalam lab.. erm... spanar.. Boleh plak kan chemist pegang spanar.. So, kini konsep chemist bukan stakat bikar mahupun kelalang kon.. tapi spanar, laser, batang besi dan voltan kuasa tinggi dan sebagainya... Mula-mula cuak dan risau jugak, pernah terfikir nak berhenti dan balik Malaysia tapi bila di fikirkan kembali cabaran yang diberikan semasa temuduga YPDA.. Takkan aku nak mengalah semudah itu.. Ibu dan ayahku mendidik aku sebagai seorang pejuang yang akan terus berjuang demi kepercayaan aku.. maka tak semudah itu untuk aku mengalah.. Aku menyahut cabaran dan meneruskan perjuangan ini..

Secara ringkasnya Tahun Pertama aku di sini, aku bergelumang dengan kontaminasi (bendasing) yang merosakkan sampel yang aku usahakan dalam setahun.. So basically start over.. Tahun Kedua, hipotesis dan juga asas eksperimental aku bertentangan dengan data-data simulasi komputer.. Basically aku sendiri yang buktikan eksperimental aku mustahil untuk dilakukan dengan data simulasi aku.. Mula-mula memang tak kelakar.. tapi bila fikir balik, banyak hikmah yang berlaku.. Then, skarang ni start over balik.. Walaupun banyak kali start over, pengalamannya tetap berbeza.. Dah nama pun menuntut ilmu, nak risau apa kan.. Rileks sudah...

Dan yang terakhir, pagi tadi bila aku start 'mengoogle' nama sendiri.. Berbeza dengan apa yang aku dapat tahun 2009 dan memang berbeza dengan apa yang aku dapat pada tahun 2005.. Mungkin kemajuan internet yang membawa perubahan ataupun diri aku sendiri dah melakukan perubahan.. Dan aku ucapkan terima kasih tak terhingga to all of you.. Especially My mom and Dad.. My brothers and sister.. Amrulqays, Hafidz, Shahul, Prof Halimaton, Dr Aziah, Fatiha, Ddee, Fathirah, Johari, Saufi, Syafiq and all the unsung heroes.. Your always in my heart.. Hopefully till eternity...


That's all about me, I guess...

Erm.. Dalam ni tak diselitkan pun kisah percintaan.. Any lovie dovie story.. sebab.. haha.. tak yah la nak citer.. sebab itu melibatkan insan lain dan bukan diri aku semata-mata.. kalau nak tau kene tanya direct kt insan-insan yang terlibat la.. but yes.. I do have crush and lots of crush.. hahaha..

Dan antara tujuan 3 Part topik kali ini bukan apa.. antaranya untuk meninggalkan title ataupun gelaran Darco Exxocimus.. Rasanya tak perlu dah benda nie.. Aku tak perlu hidup dalam kegelapan dan bayangan lagi.. Nak tau pasal Darco Exxocimus.. Hahaha... tak perlulah korang tau.. Kalau ada yang tau pasal sejarah benda alah ni dan tujuan asal diwujudkan.. diam-diam sudah.. Apa yang penting aku bukan lagi sebahagian dari benda tu..

Bagi aku buat masa sekarang apa yang penting aku hidup dengan menginspirasikan diri sendiri dan jika dengan kisah hidup dan cara hidup aku mampu memberi inspirasi kepada orang lain dan juga mampu mengubah hidup serta persepsi orang lain untuk menjadi lebih baik.. Baguslah kalau ianya menjadi realiti..

Bukan hak aku lagi untuk campur tangan dalam kehidupan manusia lain secara langsung mahupun tidak.. Tiada lagi between the line (kan Anis kan).. Tiada lagi double meaning.. Triple identification.. No more mastermind.. dan yang pasti no more playing games.. Sebab setiap kali ianya berlaku pasti ada yang terluka.. 

Maka, biarlah aku hidup as an honest man.. Proud of who I am and who I will be...

kerana ingatlah...

Things don't go wrong and break your heart so you can become bitter and gave up.. 
They happen to break you down and build you up so you can be all you were intended to be..

Itu yang aku belajar sejak sebulan dua yang lalu.. Ramai yang memberi inspirasi dalam hidup aku tanpa mengira latar belakang mereka.. dan aku boleh simpulkan dengan dua baris ayat di atas..

Till then.. lead a happy life.. It came once and supremely short.. Why bother with the sulking face and depressing mood... Smilo smilo... smile till death do apart us..

Wednesday 28 March 2012

About Me.. Part 2

Hari yang malas datang lagi... matilah la kalau Pakcik Paul dan Pakcik Neil tau.. dah la ada meeting esok.. Barang-barang tak prepare lagi.. haha.. dan sebelum masuk sambungan cerita sebelum nie yang panjang dan ada potensi menjadi bosan.. Ni update komen dari Pakcik Paul plak mengenai Mock Viva tempoh hari:
Zamir is making excellent progress on a wide variety of projects and side-projects. Hopefully we can write a paper based on his LiN work sometime soon. Keep up the good work!
Dan kalau dia tau sepanjang hari ni aku main-main.. tulis blog update blog 2 ke 3 kali sehari dan main kejar-kejar kat luar tadi.. Silap-silap dia tarik balik komen.. nie.. Jangan marah ek Pakcik Paul.. bagi la saya rehat sehari dua kejap.. XD.. (Ayat yang menarik ialah wide variety projects and side-projects, berapa banyak la projek yang aku buatkan.. aku nampak dua jer, yang dia nampak banyak aku pun tak pasti kt mana.. tapi pape pown bersyukur dengan apa yang ada.. itu yang penting.. dari takde langsung or bayangkan kalau dia cakap Zamir tak buat keje langsung.. ha, kan parah kalau macam tu..)


Sekarang meh kembali ke topik asal...

kat mana last cerita lepas.. Owh masuk Jasin dan apa yang berlaku dekat Jasin.. erm kalau kupas banyak-banyak boleh jadi prosa traditional.. So kalau nak tau korek sendiri la dari kawan-kawan aku time kat jasin dulu.. haha, tak mustahil korang akan dapat feedback Zamir Skema, Zamir nerd and so on.. hahaha..

So pilihan aku ke Jasin, adalah pilihan aku sendiri, pilihan mengambil jurusan Sains pilihan aku sendiri.. Ingat lagi ayah aku cakap, Ko nie kepala otak ape la.. Abah bila fikir pasal Sains tak paham pown.. Camne korang boleh faham.. Yup.. Famili aku cukup versatil.. Takde satu pun persamaan baik dari mak, abah sampai la ke abang-abang dan kakak aku.. semua memilih haluan hidup yang berbeza.. Freedom of choice.. takde limitasi takde sekatan.. Mane ada ibu dan ayah yang tak nak lihat anaknya berjaya dan hidup senang.. tapi bukan dengan cara memaksa dan harta bukan kayu ukur segalanya.. Maka, kami gembira dan kami bahagia dengan haluan hidup yang kami pilih.. Thanks Mom and Dad for being a wonderful adviser... Dan lepas keputusan percubaan SPM keluar aku dah mula menetapkan haluan hidup aku.. Thanks to YSC 2005 dan Prof Halimaton Hamdan (takkan ku lupakan jasamu dan pengorbanan mu hingga ke akhir hayat ku).. aku mula nampak ke mana selepas ini.. Dia merupakan antara manusia yang hebat pernah aku jumpa selama ini.. Dalam pelbagai aspek kehebatannya.. Dengan itu, aku mengambil keputusan untuk mengikuti program Trek Pantas Ekpress MARA.. Koloborasi dengan pihak UTM.. setelah selesai SPM yang sebenar pada bulan 12.. Pengembaraan ku bakal bermula..

Di waktu semua kawan-kawanku enak menikmati cuti selepas SPM... Tanggal 14 Januari 2006 aku mula melangkah masuk ke kampus UTM skudai untuk melakukan peresediaan Ekspress MARA.. tujuanku mudah.. ini cara terpantas untuk aku melengkapkan ijazahku.. (malas nak pegi kelas lama-lama).. nak abiskan sepantas  mungkin... Dengan persediaan 4 bulan.. aku boleh memulakan tahun pertama ijazahku pada tahun yang sama dan melengkapkan dalam tempoh masa 3 tahun.. Secara teorinya pada umur 21 aku sudah memegang segulung ijazah... 4 bulan persediaan disediakan meliputi modul Kimia, Fizik dan juga Matematik.. Modul yang digunakan adalah versi padat dari matrikulasi.. Kelas macam biasa dan memang giler.. dari 8 pagi sehingga lah 5 atau 6 petang... Setiap hari disumbat dengan Fizik, Kimia dan Matematik tanpa henti dan tanpa rehat yang panjang.. Ingat lagi waktu itu.. Satu minggu habis satu bab... Memang laju padat dan rasanya berkesan untuk diriku.. Para pensyarah sangat membantu dan sangat bersifat keibubapaan.. Dan ketika itu aku berkongsi bilik dengan rakanku dari Kelantan (rasanya lah ke terengganu.. arghhh leh plak knfius.. sorii ayi).. So nama dia Muhammad Zahari Zaidi (kalau tak silap la.. sebab aku cakap kt dia, eh nama ko ada dua-dua nama abang aku)... Erm, kadang-kadang aku rasa bersalah plak kt dia.. sebab cara aku belajar lain dengan dirinya.. Disebabkan aku kepenatan di siang hari dengan semua teorem dan formula.. Aku selalu tidur awal.. Sebelum pukul 9 malam, aku enak dibuai mimpi.. Namun dirinya begitu bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan acap kali tidur lewat malam.. Aku juga sering kali meminta maaf jika waktu tidurku menganggu waktu belajar beliau.... Setelah selesai 4 bulan.. Peperiksaan pun menjelma.. Alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang.. tak silap 3.97.. ke 3.95.. tak ingat la tapi yang pasti Fizik Elektrik dapat A- (lepas tu sekarang ni gedik buat fizik elektrik kat Bristol kan)..  Terima kasih kepada semua pensyarah yang tak jemu-jemu melayan karenah aku dan juga En Azhar dengan pelbagai soalan mengenai pinjaman dari diri ini..

Tamat zaman persediaan, Julai 2006 mulalah aku memulakan kehidupan baru sebagai pelajar mahasiswa UTM Skudai jurusan Kimia Industri dan dengan bantuan Prof Halimaton aku bertukar bidang ke jurusan Kimia Tulen.. Selama 3 tahun aku bertungkus lumus meneruskan kehidupan dan hasilnya membuatkan aku berpuas hati.. Dengan CGPA keseluruhan 3.92 (Bermula dengan 3.87, 4.00, 3.85, 3.97, 3.83 dan diakhiri dengan 4.00) mampu mengukir senyuman buat ayahanda dan bonda tercinta.. Mereka tersenyum lebar menyambutku selepas upacara konvokensyen aku pada tahun 2009.. Sepanjang aku di UTM, pelbagai pengalaman diterokai, pasal pelajaran, tidak perlu aku kupas dah memang itu tanggungjawab ku di UTM.. Namuna ku cuba berjinak-jinak dengan dunia debat.. Menyeronokkan.. Aku menyertai beberapa pertandingan seperti Debat Diraja, Debat Perdana, ASTAR, Debat IKIM dan juga Debat Intergriti.. Banyak pengalaman manis dan banyak jugak pengalaman pahit.. Dan sempat juga berjinak sebagai ahli biro akademik JKM di KTC.. Seronok dan best especially waktu diberikan tugas semasa English Week.. Thanks Onn for the opportunity.. Dan kemudian berpindah ke fakulti dengan memegang jawatan Setiausaha Agong PESAT (Rahman ko paksa aku kan)... Pelik tapi benar aku tak pernah berdaftar dengan persatuan tu secara rasmi dan tak pernah menghantar permohonan sebagai setiausaha.. tiba-tiba je dilantik.. banyak yang PESAT lakukan dan banyak aku belajar dari diorang semua.. Terutamanya Rahman, Is, Irwan, Both Mizi, The Trio ladies (Nisa, Nafizah dan Nurul).. Tanpa korang tak banyak yang aku belajar pasal kehidupan ni.. Semasa tahun 2007 aku mula menjinak-jinakkan diri dengan dunia penyelidikan di bawah bimbingan Prof Halimaton.. Projek yang diberikan berlegar sekitar eksperimen Zero-G yang akan dijalankan di Jepun.. Namun rezeki kami bukan di situ,, Aku dah Khalif.. Owh lupa nak kenalkan, Khalif merupakan musuh ketat aku.. (in a good way).. rival ar.. Dan kite orang bekerjasama dalam projek ni selama 2 tahun untuk 2 kali penyertaan dan masih gagal.. But we learnt so much kan bro.. Keep challenging each other that made us who we are... Pada masa yang sama kenal jugak dengan Abg Izan, and the Duo Kak (alamak lupa nama, kak dayah dan kak erm.. tak ingat.. ampun kak terlupa nama akak.. I'm bad with name... sorry).. Selepas itu, mula melaksanakna Projek Sarjana Muda di bawah bimbingan Dr Zaiton Abdul Majid dan PM Dr Nor Aziah Buang.. Apa nama tajuk projek.. jap nak kene ingat balik sebab tajuk dia bertukar setiap kali hantar draft.. kalau tak silap "Extraction of Electric Arc Slag as catalyst for the Production of Carbon Nanotubes".. Dari Nama ni jer hanya 55% dari kerja sebenar aku.. Yup.. hanya 55%, yang lain masih dalam simpanan yang akan dibongkar sekembalinya aku ke tanah air.. It is a cool projek.. Aku suka... Dan masa banyak diluangkan bersama Ddee untuk menyiapkan CVD reaktor dari scratch.. form nothing to something.. Masa ni belajar banyak benda.. dan dalam masa yang sama.. Mencari cara untuk extract catalyst dari bahan buangan (slag).. Method development pown dari scratch.. Kalau tak silap dalam 8 bulan lebih kurang 185 jenis eksperimen dijalankan bagi  melenegkapkan kajian ini.. Alhmadulillah akhirnya berpuas hati dengan kajian.. Rasa terharu dan hampir mengalirkan air mata bila membentangkan hasil kerja di Simposium Projek Sarjana Muda 2008/2009.. Sokongan padu dari rakan dan para pensyarah membuatkan diri ini cukup dihargai.. Masih jelas dalam ingatan ini.. Bilik seminar tu penuh dan padat... Ramai yang duduk dan masih ramai yang berdiri.. Dr Rusmidah pun turut serta dalam sesi tu.. Dan 4 ke 5 Professor pun turut hadir.. Waktu mula-mula nak membentangkan memang cukup gelabah.. First time nampak ramai giler orang dan semua professor yang hebat-hebat ada kat situ pulak.. Sapa yang tak cuak tak tau ar.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Dan air mata mula bergenang apabila sesi soal jawab dimulakan dengan Dr Lee.. Aku masih ingat dengan jelas komen pertama beliau "Zamir congratulations. From your presentation I can see you had done a lot of experiments and putting a lot of efforts in order to understand and investigate this project. Well done and good job".. Bila aku dengar macam tu, it is my moment.. Terharu sangat.. Dan diikuti dengan komen dari Dr Hadi.. Yang mengiyakan apa yang disampaikan oleh Dr Lee.. bagi aku Dr Hadi merupakan seseorang yang superior dalam pemikiran beliau.. Aku sehingga saat ini masih memandang tinggi akan keupayaan beliau.. Talented, gifted and genius.. Tu je ungkapan yang aku boleh katakan.. Dan waktu itu, mendapat penghargaan dari diri Beliau memang sesuatu yang bermakna.. Erm, sesi soal jawan yang lain.. Tak perlu nak dikupas.. memang semua soalan maut datang menjengah sampai nak jawab pown terketar-ketar.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan dinobatkan antara Best Presenter tahun tu dan tak silap markah keseluruhan projek is 96%.. Tak pasti tapi ada diantara Dr Hadi or Dr Lee, salah sorang berikan aku markah penuh.. Usaha dan penat lelah siang dan malam.. Membuahkan hasil waktu itu.. masuk keluar lab pukul 2 3 pagi, kepenatan semuanya seolah-olah hilang terbang dari bahu ini.. Dengan projek itu juga, aku mewakili UTM untuk NRIC dan membawa pulang Pingat Perak.. Pingat pertama dalam hidup penyelidikanku..

Selepas menduduki peperiksaan akhir aku bekerja sementara waktu dengan Dr Zaiton dan Dr Aziah kemudian berubah majikan kepada Dr Rusmidah dan Prof Wan Azelee.. Semua berkaitan dengan slag, CNT, fotopemangkinan dan juga TiO2.. walaupun singkat, pengalamannya cukup indah.. Akhirnya sewaktu aku ingin meninggalkan UTM untuk selamanya.. Aku berjaya menyempurnakan beberapa perkara namun tak dinafikan ada juga yang aku tinggalkan dalam kekusutan.. Aku mintak maaf atas kelemahan diri ini...

Semasa upacara konvokesyen.. Tanpa disangka-sangka aku dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Pingat Pelajaran Diraja (Anugerah tertinggi, rasanya macam ala-ala best student kowt, cuma tak bawak gelaran Dato' ar) bersama Jennie.. Secara jujur aku tak sangka ianya akan menjadi milik aku.. Sebab borang permohonan bukan aku yang hantar.. Akak-akak dekat pejabat Aras 3 yang semangat.. Sebab aku tak amek kisah pown pasal benda ni.. Dan atas usaha mereka.. Kalau tak silap aku.. Buat kali pertama Fakulti Sains menerima darjah penghormatan setinggi itu selepas beberapa tahun or memang kali pertama aku tak pasti.. Dan kejutan itu bukan sahaja untuk diriku tapi untuk ibu bapa ku, abang-abang dan kakakku serta semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.. Sebab aku sendiri tak tahu dan bila Pak Ngah bukak surat khabar pada hari tu terus dia telefon ayahku dan mengucapkan tahniah.. Ketika itu upacara konvokesnyen belum bermula dan aku sendiri tak tahu aku akan menerimanya... So it is a supreme surprise for my parent.. Memang jelas waktu itu kegembiraan terpapar di wajah mereka.. Aku bersyukur kerana aku mampu membalas sedikit sebanyak jasa mereka dengan menggembirakan hati mereka.. Itu yang aku mampu lakukan.. dan akan aku lakukan dengan baik sekali...

Kalau tengok perjalanan kali ni, nampak aku agak self-centred dan pentingkan diri sendiri kowt.. sebab kononya waktu di Jasin dulu, berbicara untuk membantu insan lain.. But it is up to people to judge me.. Lain orang lain tafsirannya.. Bagiku, aku tak pernah mengabaikan tanggungjawabku untuk membantu insan lain.. cuma perspektif dan pendekatan mula berubah...

Selepas menerima penganugerahan dari Sultanah Zanariah.. Untuk memendekkan cerita yang mungkin cukup membosankan ini.. Aku di anugerahkan pula dengan Biasiswa Yang-Dipertuan Agong (YDPA).. Alhamdulillah semua ini atas ketentuan Allah sendiri.. Dan secara jujurnya aku sendiri tidak sangka yang aku bakal menerima kedua-dua anugerah ini dalam hidupku... Ianya tidak sesekali menjadi matlamat hidup aku.. dan tidak pernah terlintas dalam hidup ini untuk menerima anugerah yang sedemikian rupa...

Dan selepas menerima anugerah YDPA.. tepat tanggal 3 April 2010 aku mula menjejakkan kaki ke bumi Bristol untuk meneruskan pencarian ilmu dan disatukan dengan kawan baikku buat kali pertama di bawah satu institusi pengajian yang sama.. Dan di sini bermulalah kisah hidup aku yang baru dan lebih mencabar..

Erm.. rasanya macam dah takde sambungan kowt.. kalau ada pown mungkin closure.. tak pasti la plak..

About Me.. Part 1

Post kali ni will be lenghty and boring.. Yes will be boring.. Serius bosan.. It is mainly about my life and the summary of it.. Ni semua sebab mimpi semalam.. Basically just untuk sum up kehidupan aku, how wonderful my life are.. Dengan semua kelemahan dan kekuatan yang hadir bersama diri ini... It will be boring an nothing to do with other people.. It is for self-development purposes and if it can inspire other people. You are welcome to be inspired...

and this will be the first one I ever did publicly..


Tukar dalam bahasa Melayu pulak..


Anak kelahiran Selangor ini lahir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.. Lahirnya seorang putera yang berlumuran darah pada 7.27 petang (kalau tak silap), Khamis malam Jumaat dikeheningan tahun 1988.. Di besarkan di Bandar Tun Razak bersama-sama 2 orang abang dan seorang kakak.. Nama yang di beri cukup indah buat diri ini.. Muhammad Zamir Bin Othman.. Satu nama yang penuh dengan seribu satu makna keindahan.. Mendapat pendidikan awal di Tadika Othamniah (bukan ayah aku punya.. cerita betul ni). Sahabat pertama dalam hidup ini ditemukan seawal usia 3 tahun.. Dengan jarak rumah kurang dari 50 meter.. Itulah kawan gaduh, itulah kawan suka dan itulah kawan berduka.. Kini 21 tahun masa telah berlalu, walaupun banyak yang telah berubah namun persahabatan ini InsyaAllah akan kekal bersama selamanya...

Melanjutkan pelajaran ke Sek Keb Bandar Tun Razak (2) dan memasuki kelas 1 Jaya (erm kelas no 2 rasanya sebab tak dapat markah bagus masa tadika dulu..) Dan kemudian diteruskan dengan tahun 2 Jaya.. Bila darjah 3 lompat kelas, masuk 3 Pilihan (kelas pertama ar masa tu).. dan menamatkan sesi persekolahan di kelas 6 Pilihan.. Aku bersyukur di usia sekecil 7 tahun dan 8 tahun aku di ajar untuk memilih haluan hidupku sendiri. Memang tidak dinafikan ada bantuan dari ibu dan ayah.. Namun semua pilihan terletak pada diriku sendiri.. Sama ada ingin pergi ke sekolah ataupun tidak. Ingin mengambil cuti dan sebagainya.. Mereka tidak pernah membantah, Namun kata-kata mereka yang membuatkan diriku berfikir sama ada wajar atau tida-k untuk berbuat sedemikian rupa... Masih ingat lagi diri ini sewaktu 7 tahun. Biasa la bila bangun pagi kan, nak solat Subuh, pasti dah sudah pasti akan merengek la.. mula la dengan bunyi uhuk uhuk. urggh, urghhh,, eyiah... dan sebagainya.. Mudah, ayat emak masa tu.. Kalau Amir tak nak solat Subuh takpe, Mak takkan kejutkan lepas ni lagi.. (Bila dengar aku gembira giler)... Tapi.. Janji dengan Mak satu perkara, jangan sesekali mengucap dua kalimah syahadah sampai bila-bila.. Aku makin terpinga-pinga dan aku utarakan soalan, kenapa pulak? Dengan mudah Mak menjawab, buat apa lagi nak katakan tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah, kalau diri sendiri tak nak bangun dan solat Subuh.. Zazzz.. Sentap, terus aku bangun tanpa bicara dan solat Subuh tanpa banyak soal.. Sejak hari tu, dan alhamdulillah sampai sekarang bila dikejutkan solat Subuh, tak banyak tanya dan tak banyak soal.. Cukup berkesan didikan mereka.. Aku diberikan kebebasan penuh untuk berbuat pilihan dan pada masa yang sama aku diselitkan dengan panduan kehidupan untuk merujuk pada tingkah laku dan tindak balas aku terhadap sesuatu perkara.. Kalau nak diungkapkan semua kata-kata diorang.. Silap-silap blog ni boleh masuk kategori 18 SX or 18 PA even 18 SG.. so elakkan buat masa sekarang. tapi mereka tidak pernah sesekali menyorokkan realiti dunia sebenar sejak aku masih kecil lagi..

Aku tamat pengajian di Sek Keb Bandar Tun Razak (2) dengan keputusan 5A... haha.. itu pun ada sejarah tersendiri jugak. Boleh pulak menangis mula-mula sebab tak disenaraikan dalam senarai murid-murid yang dapat 5A sebab cikgu salah tengok list nama.. menangis bukan sebab terkilan ataupun apa.. tapi sebab suma rakan-rakan yang belajar dalam kumpulan yang sama dapat.. so sedih ar sebab tak dapat join the group (ala, budak kan time tu).. Tapi to make it short, Alhamdulillah dapat jugak 5A tapi ada pengajaran lain aku belajar masa tu... Biasa la kan.. UPSR benda besar kowt masa sekolah rendah.. kalau boleh dapat 5A ke 4A ke 3A ke mesti la nak ada ibu bapa teman sekali.. Tapi bukan untuk diriku.. Orang pertama yang peluk dan cium dahi aku.. erm tak silap Mak Fahmi... Yup, orang pertama.. Dia siap nangis kowt.. terharu aku.. Masa tu kalau tak silap ibu bapa ku tengah kerja.. Mungkin akan ada orang kata ish kejamnyer parent budak ni, anak dia punya la belajar elok-elok dapat result cemerlang.. tak amek pun cuti untuk tengok keputusan anak dia.. Bagi aku pengajaran dia mudah.. Diorang dah berjanji awal-awal kalau aku dapat 5A dia bagi RM500 dan kalau 4A takde pape.. Seolah-olah macam takde ruang untuk aku buat kesilapan kan... So itu asas didikan yang aku terima.. Aku kene buat yang terbaik dan terus lakukan yang terbaik dalam hidup aku.. sama ada mereka ada di sisi ku ataupun tidak.. itu tidak penting.. namun mereka selalu ingatkan aku bahawa doa mereka akan sentiasa bersamaku.. Itu sudah cukup buatku.. Sejak kecil mereka dan menyediakan aku dan adik-beradikku dalam keadaan paling teruk sekali.. Iaitu jika mereka pergi dulu.. Semua ni pengalam tragis ibuku.. ibu dan ayahnya pergi meninggalkan mereka 7 beradik di waktu usia ibuku awal 20-an.. dan ibuku yang menjaga semua adik-beradiknya.. Dan disebabkan kejadian tu, sejak dari kecil.. seawal 7/8 tahun aku dididik untuk hidup berdikari (bukan kene tinggal dalam hutan dan survive, tak sampai tahap tu lagi).. tapi dididik supaya jika mereka pergi dulu, mereka boleh pergi dengan tenang kerana mereka tahu anak mereka mampu hidup dengan baik dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.. Sebab itulah, sejak dari kecil, semua pilihan di tangan aku..

Selepas tamat sekolah rendah, tibalah masa untuk ke sekolah menengah.. untuk memendekkan cerita aku dapat tawaran MRSM Mersing tapi tak pegi.. then nak masuk Sek Men Bandar Tasik Selatan jer.. tapi ayah aku tak agree.. dalam tak setuju dia, hantar jugak aku untuk pendaftaraan dan dalam diam-diam dia isikan borang untuk ke Victoria Institution (aku tak tau pown ape kejadahnyer VI time tu).. Bila dan dapat surat tawaran, ayah aku tanya, nak pegi tak.. Aku cakap okay jugak, sebab aku tau bahasa inggeris aku paling teruk dalam keluarga aku.. Mungkin ini peluang yang lebih baik untuk aku memperbaiki antara kelemahan yang ada.. Macam-macam kenangan di VI, dan takkan dilupakan kedau-dua kawan baikku.. Haw That Jhong dan Vigneswaren (mana la korang sekarang ni...) Tamat dengan selesa zaman PMR dengan kelulusan 8A.. kali ni ibu bapa aku datang sekali.. erm.. sebab diorang tak caya aku belajar untuk PMR... Sebab dok rumah asyik layan citer cina, citer cina, citer cina.. ala kan zaman 2000 smpai 2003 terkenal dengan citer cina pkol 6 ptg kt TV3 tu.. benda alah tu la aku layan lepas tu layan kt Astro plak yang channel ape dlu tu, Wah Lai Tong or ape la nama dia.. aku dah ingat-ingat lupa.. so sebab kemusyikalan diorang, diorang nak jumpe semua cikgu aku (walaupun diorang akan jumpe setiap tahun) tapi masa Tingkatan 3 tu genting sikit ar, sebab aku dah start wat-wat perangai memberontak.. darah panas katakan... Tup, tup... haha amek ko, muka mak aku masuk TV plak.. sampai bos dia cakap penuh skrin TV rumah dia dengan muka mak aku.. Dan ayat paling catchy time tu.. Saya tak pernah meletakkan tekanan pada dia.. Segala keputusan dia saya serahkan kepada kematangan dirinya untuk berfikir.. Masa aku dengar tu, aku senyum jer.. Sebab it is sooooooo true.. Semua keputusan kat tangan aku kowt, diorang bertindak sebagai penasihat.. Tapi masa tu, wartawan tu muka tak puas hati giler.. sebab dia tak caya.. So kes masuk TV ni kesinambungan dari kes masuk paper waktu UPSR dulu (eh tak citer ek).. Aah dulu masa dapat 5A masuk paper.. so PMR masuk TV la plak... Agak-agak SPM nanti masuk ape ek? hahaha.. Masuk bakul angkat sendiri..

Selepas tamat PMR di VI.. aku mula melangkah masuk ke MRSM Jasin.. dan keluar dengan 10 A... bukan 10 A1.. so sebab ramai yang dapat 10 A1.. so aku takde la nak masuk pape kan... Cuma di Jasin, banyak perubahan yang aku alami.. sebab dah takde mak ayah sebagai penasihat tegar kan.. Maka ini adalah training ground or pusat latihan untuk melihat didikan dari ibu dan ayah aku.. Ada jugak spooky story kt sini pasal Doopleganger.. kecoh jugak dorm aku sekejap tapi bab tu.. tak yah nak citer banyak-banyak.. sebab aku pasti dia pun tak suke.. Kita dah agree dia tinggal kat situ dan aku terus kehidupan aku... Aduhai meremang plak bulu roma ni... Di situ aku mula mencari identiti, mengenal diri.. ala-ala masuk proses krisis identiti ar.. Nak jadi apa, apa tujuan hidup dan kenapa hidup dalam keadaan begini.. dan melalui didikan ibu bapa aku.. tak dinafikan aku menjalani kehidupan asrama dengan mudah dan sangat berbeza dengan kehidupan asrama yang aku bayangkan.. Hidupku masih bebas, masih aku yang tentukan walaupun ada pantauan dari warden dan juga cikgu-cikgu.. Aku mula membina haluan hidup.. Aku lebih nampak dengan jelas bahawa hatiku mula tertarik pada ilmu, segala bentuk ilmu.. dan asas percintaan itu demi membantu insan lain... cukup mudah.. so masa tu, macam-macam program aku jalankan.. mentor mentee (buat sendiri tau), Fast Revision Programme (buat sendiri jugak) sebab masa tu aku percaya jika aku inginkan perubahan.. jangan sesekali menunggu.. terus lakukan dan lakukan dengan sebaik mungkin.. sebab masa tu kalau nak tunggu BWP ke LDP ke EMC or ape benda lain.. memang susah nak jalan.. kene tanya cikgu penasihat dan cikgu bawak meeting pastu kene tanya pengetua and so on.. Aku nyer cara drastik jugak ar.. terus pegi jumpe pengetua.. Dan Alhamdulillah Allah sentiasa mempermudahkan urusan aku.. mungkin sebab niat nak bantu manusia lain kowt.. sampai tahun tu wujud la programme khas.. somehow Gifted and Genius nyer programme.. dan aku tak pasti macam mana aku boleh masuk dalam programme tu.. Sebab kalau tengok budak-budak lain memang hardcore gifted and talented ar.. jauh panggang dari api kalau nak compare dengan aku.. Ye ar, masa tu, Ada Afif, Mohd dan ramai lagi ar.. tapi itu rezeki aku dan dengan kapasiti tu, lagi senang untuk aku merancang program.. Aku tau, memang tak dinafikan most of the program yang aku buat one man show.. Aku dapat jugak komen dari cikgu-cikgu yang seolah-olah aku bukan hidup pada zaman ku.. So tak ramai faham kenapa aku buat macam tu dan macam ni.. Tapi bagi aku.. takpelah kalau diorang tak faham sekarang.. diorang akan faham nanti.. niat aku mudah.. untuk membantu mereka yang memerlukan... itu yang ayah dan ibu aku ajar.. Itu perkara paling asas... Dan aku rasa seronok dan lega bila aku dapat bantu diorang semua.. Pasal pelajaran aku? erm... tu kene tanya orang lain dalam kelas tu ar.. macam mana aku belajar.. sebab aku sendiri tak tau nak explain macam mana.. cuma yang pasti aku seronok belaja.. dalam kelas aku enjoy dengan semua ilmu tu.. Aku ikhlaskan hati.. aku belajar hanya kerana semangat ingin tahu dan bukan sebab SPM ataupun pointer masa di Jasin dulu.. Banyak je kes aku dihalau kuar kelas dan ada je aku ponteng kelas.. tapi semua tu bukan penghalang untuk aku mencari ilmu.. Aku pun manusia gak.. ada kelemahan dan ada perkara yang aku tak minat.. so ada masa yang drastik, aku ponteng kelas semata-mata nak dapatkan ilmu lain yang aku minat.. bukan ponteng kelas dan balik asrama untuk tido.. tak tak.., tidak sama sekali.. So Jasin sebagai training ground.. untuk aku, ianya kejayaan paling besar.. Sebab aku mampu melihat diriku membantu insan lain dalam kapasiti diri ini...

Cukup la buat masa ni.. nanti panjang sangat post kali ini..

Takde drama pown kali ni...

Post semalam memang merepek bila aku baca balik.. haha.. tapi malas ar nak delete.. Blog aku, suka hati aku la kan.. Cuma yang aku peliknyer.. Asal la tetibe trafik blog nie naik balik.. Padahal bukan ada drama, cercaan, pergaduhan, fitnah dan tuduh menuduh berlaku.. Ala macam dulu la, bila aku luahkan perasaan... amek ko, sebut pasal MCB sikit jer.. or sebut pasal amanah sikit jer.. Pang.. Sume orang yang tak terasa pown nak jadi terasa... So kali ni aku musykil..

Cuma yang trafik dari Czech tu.. hahaha.. Ni nasihat dia ar.. Pegi sana buat keje ar.. Pi baca blog kt sana wat pe.. Bayar memahal tapi keje tak jalan baik duduk kt Bristol jer... (Pang... kene sebijik.. Jangan marah ek.. nanti kene jual)... Bawak balik sourvenir banyak2...

Itu baru satu.. yang tu memang stalker berjaya.. haha.. cuma yang len nie.. Musykil aku datang dari mane... Nak kata blog ni informatif tak la sangat.. Blog Akak Raihan Musa (Akak kan..) lagi bermakna kowt.. Blog nie dari luahan perasaan kepada peringatan pada diri sendiri dan rujukan untuk diri sendiri jer.. Semua just sebagai refleksi diri sepanjang percutian ni.. Pown leh orang minat.. Pelik gak.. hahaha.. Kalo setakat member biasa tu standard ar kan.. Sejak dua tiga menjak dah tutup sume social network kt alam maya tu.. Tambah tolak darab bahagi, nie je la diorg leh tau aku hidup lagi ke tak.. ada problem ke tak.. Nak hantar laporan kemas kini kepada pihak berwajib kt Malaysia sekali kan.. (Aku tau korang wat macam tu.. tak yah nak sorok-sorok lagi)... Tapi bagus la korang wat macam tu.. At least diorg tahu aku ok kt sini and not doing something stupid or try to repeat something stupid macam kt UTM dulu kan...

Tengoklah bila mood menulis aku dah datang nnt, keluar la post yang better kowt.. sekarang nie takde idea.. mungkin sebab dah lama tak baca benda berilmiah sikit.. Kalo ada masa aku akan kupas 40 wisdom expression.. bila ada masa la (Padahal banyak je masa sebenarnyer..) Alamak kalo tiha baca kene serbu la lepas nie.. Orthorombic struktur dia mane aku letak dah.. hehehe.. Maaf Tiha.. Skang gak aku cari...

Jewel of my life lies beneath your existence..

Aku tak pasti sama ada this post will have any relation of the title.. Ttbe tak boleh tido malam ni la plak.. Especially lepas tengok sumthing really twisted and dark.. aku ingatkan black swan dah cukup dark and twisted.. Ada plak benda lain lagi dark and twisted.. Aduhai.. apalah nak jadi kan.. But this time the dark and twisted stuff for a greater good.. Kalau borak balik dengan Amrul, timbul la balik konsep matlamat menghalalkan cara.. Cuma how good is good and what is the basis set of good.. Dah ingat la plak soalan interview pagi tadi pasal basis set...

Anyway.. bila last aku tido lepas pukul 12 pown tak tau la... rasanya time nak siapkan poster and a week before that bila aku realise yang I curshed my own work.. Which is history now... No more about crushing.. Now lebih kepada ending it with style (Doing it my very best.. Obviously)... So berbalik pada kejadian twisted hari nie.. Dah lama kowt tak rasa perasaan macam nie.. Mungkin betul jugak when certain people told me last time.. Nothing good will happen to you after 12 zamir.. Ala-ala macam citer cinderella la plak.. Abaikan-abaikan aku dah makin merepek... Nak kata sugar rush tak plak.. Kuar teman member minum jauh sekali.. 

But what is obvious.. you are jewel of my life.. yup all of you guys.. Bila dilihat balik segala usaha yang aku lakukan selama ini.. dan lebih jelas dengan percutian kali ini... Secara terang-terangan it shows.. Yes.. indeed.. Your existence will be the jewel of my life.. Dan tidak akan sesekali aku mampu membina sebuah gunung mahupun mahligai kayangan hanya berbekalkan kudrat yang ada pada diri ni.. Your existence play a supreme role for the completion of my current and future work.. Macam sistem yang aku bina sekarang.. It is not for me.. Dan hakikatnya bukan milikku sejak dari dulu lagi.. Semua usaha ini adalah hadiah untuk generasi akan datang.. Untuk menyambung kesinambungan yang telah diasaskan oleh diriku...

Dan semua ini hanyalah sumbangan yang mampu aku berikan dan yang mampu aku hadiahkan pada golongan selepasku.. Semoga ianya membantu mereka dalam melaksanakan impian dan cita-cita mereka.. My mere achievement is nothing. It is just emptiness if compared with what your going to achieve in the future.. My existence will be reduced to dust and insignificant to be remembered if compared to the world that will be lead by you and all of you..

Dan dengan semua tu maka datanglah very dark and twisted idea.. hahaha.. aku dah makin merepek and the idea get more twisted and darker than before... It seem viable to be implement.. But will this less travel road will be my road.. again... or should I just follow a normal default path that a healthy man will always do...

Yup dah makin merepek dan aku terus merepek.. So stop kat sini.. stop...

Owh ya, pakcik Paul ajak pegi conference kat Warwick tapi macam tak dapat join sebab ada budak UTM nak datang for GOP 10 to 12 july dan Hafidz nak konvo.. Yes babe.. Hafidz nak konvo dah... 11 july... wajib aku turun kowt.. Rindu ar sama itu orang.. Orang kedua aku cakap lepas jumpe Shahul kt jasin dulu dan of course someone that I can talk with and share almost everything (even the darkest secret.. yeke... hahaha.. no komen).. So memang wajib ar turun jumpe dia.. give him a big hug and a huge congratulations (tapi kalau aku cakap lebih-lebih dia mintak hadiah, parah jugak tu..) So sorry pakcik Paul, tak dapat join kali ni.. maybe next time...

Btw, ape lagi aku nak merepek.. alang-alang dah jadi hyper tetibe nie.. Owh hadiah besday aky dah sampai.. (beli untuk diri sendiri jer.. harapkan orang lain beli.. memang takkan dapat ar)... Buat masa sekarang nie susah sikit ar nak makan hasil tangan orang lain.. Sume macam makin sibuk or belum ada yang terbuka hati macam dulu-dulu.. Takpe zamir doa banyak-banyak.. semoga lepas nie makin ramai terbuka hati nak bagi ko makan hasil diorg.. hahaha.. Yang penting jangan sesekali simpan hasil tangan ko.. Ingat 1/3 jer hak milik ko.. 2/3 lain hak milik orang lain termasuk la fakir miskin dan anak-anak yatim and believe it or not orang sekitar ko (abes la, lepas nie ade je budak-budak kt UTM nnt start claim kan)

Okay nak merepek benda lain plak la.. hadiah untuk 2nd year assessment pown dah on the way.. campur sekali dengan hadiah genap dua tahun dok sini.. Suka hati aku je kan nak create macam-macam hadiah untuk diri sendiri.. Nak wat macam mana.. dah orang tak nak bagi hadiah.. kan amrul kan.. ko sorg jer yang bagi hadiah kat aku.. sob.. sob.. sob.. orang len sume tak nak bagi hadiah (Waaaaa....) Padahal aku yang tak amek kisah nak bagi dulu.. So cnfirm ar diorang takkan bagi kat aku.. hehehe.. So looking forward for the hadiah la...

Reward tetap kene ada kan.. and yet hadiah tu pown will look upon as asset.. So patotnya ok la kowt.. (Saja nak sedapkan hati sendiri)... Dah-dah.. cukup-cukup.. Pi tido.. esok nak ngadap pakcik Paul dan sediakan result untuk meeting dengan pakcik Neil.. and meet my precious.. my precious.. dah 4 hari abaikan dia kesejukan.. tak jenguk pun.. sian dia.. ditinggalkan tanpa kasih sayang yang secukupnya.. XD...

Tuesday 27 March 2012

Selesai sudah..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi.. Selesai sudah mock viva/annual progress repor/exam untuk tahun ni.. Lega memang seribu lega.. And to be honest it is not as scary as I imagine.. Tak de pown soalan tahap dewata raya.. Bila fikir balik, semua nampak macam perbincangan.. A normal one.. an enjoyable one indeed.. Betul-betul tak sangka.. I'm enjoying everything and felt really happy. I just be myself.. Jawab dengan jujur, bila tak tahu cakap tak tau.. Bila ada challenge and stuck aku bagitau jujur.. Takde sorok-sorok.. Just be honest.. Dan respond diorg sangat bagus.. They look forward for my thesis and the completion of this journey.. 

Diorng ada jugak cakap mungkin tesis ni tak semeriah dan segempak yang aku sangka pada mulanya.. but it is a good one indeed.. Diorng cakap walaupun mungkin aku tak berjaya untuk hasilkan the first diamond solar cell. Tapi untuk membuktikan sistem ni tak berfungsi dan ada kelemahannya merupakan satu benda yang sangat bagus.. So sekarang aku completekan saki-baki (bukan saki-baki) but bits yang tertinggal for thorough analysis.. Supaya aku boleh claim and conclude kenapa ianya tak berfungsi theoretically and experimentally.. Dan another thing jarang orang buat macam ni. Tu yang diorg cakap.. Selalu orang akan prove either way, theoretically or experimentally but aku buat both.. yang mana akan jadi lagi conclusive dan lebih diyakini..

Lepas diorg cakap macam tu, serius memang lega.. Siap diorg tambah, you understand this system really well. You understand the limitation and the behaviour experimentally and theoretically. Your learning curve growing exponentially as well.. Happy giler bile dengar diorg cakap macam tu..

dan ni diorg punya general comment:

Zamir has worked very hard at both the experimental and computational aspects of his Ph.D. project. He was able to talk fluently about his work and the difficulties he has encountered. He has a very good overall picture of the strengths and limitations of his project, and is able to put the work into context. We discussed strategies for bringing both strands of his Li-N co-doping studies to a suitable conclusion, and explored other related research topics that could be explored to complete the Ph.D. work. Zamir is a very strong student and we anticipate successful completion of the Ph.D. thesis on schedule.

Zamir is a very strong student.. Hmmm, maksud yang mendalam di situ.. dan aku pown tak pasti apa yang diorang maksudkan..

Monday 26 March 2012

Esok Mock ViVa

Esok ada mock viva untuk 2nd year progress.. Erm.. Boleh wat yang terbaik je kowt,, Dari tadi termenung tengok nota Computational, DFT, GGA dan macam-macam lagi.. Terima je la nasib esok.. Semoga yang terbaik menjadi milikku..

Half of my soul are not sure about this anymore... Waaaa... Kita tunggu apa kate Assessor esok.. Scary.. Scary.. Scary...

Sunday 25 March 2012

Kambing di tepian tebing...

Hari ni menikmati matahari terbenam yang cukup awesome.. Takyah nak lepak tepi pantai yang putih pasirnya untuk menikmati matahari terbenam di gigi-gigi air... Cukup di bumi Bristol ni.. Ha.. jangan main-main, Bristol pown boleh jadi lomantik city.. and ada lomantik moment nyer tersendiri.. Sambil menikmati matahari terbenam, ditemani plak dengan kambing-kambing gunung yang putih suci.. Seriously putih dan tanduk yang awesome.. Macam duduk dalam hutan belantara di tepian gunung plak.. Siapa sangka Bristol yang moden dan penuh dengan bangunan mampu memberikan kepuasan kepada peminat-peminat hutan belantara yang tak tegar sangat...

Semalam dah bercerita pasal off-road bicycle track.. Kali ni, aku jumpe off-road untuk manusia plak.. Naik turun bukit, masuk gaung keluar gaung.. and Yes, semuanya dalam Bristol.. but bila ada kt tengah-tengah bukit tak nampak pun bangunan or kehidupan bandar.. Cool, dapat menikmati alam semulajadi.. Close to nature.. I'm enjoying this hiking.. Memang la tak dapat challenge Ben Navis punya adventure or Glencoe.. Tapi cukup la untuk mengubat rindu.. Siap pakai kasut hiking kowt.. (Merrel Chameleon).. 

Goats in the Gully banyak memberikan pengalaman kali ini.. Menerokai jalan yang tak pernah diterokai.. Nasib baik tak sampai dua tahun dok Bristol baru jumpe tempat ni.. Kalo tiga tahun dok tak jumpe-jumpe gak.. malu la plak nak cakap dok Bristol... haha.. Then, jumpe few secret padang untuk aktiviti BBQ dan macam-macam aktiviti lain.. very personal, quite and has an awesome view... Kali ni tak dapat duduk lama dan teruskan pengembaraan.. Masa hanya ada kurang dari 2 jam.. So banyak jalan terpaksa diabaikan.. Sebab jumpe semua ni secara tak sengaja.. Dengan tak bawak cameranya or even air dan supply yang lain.. Next time will be a proper trip..

So, jumpe lagi Goats in the Gully.. See you soon (padahal 15 minit jalan dari rumah jer).. :p

Saturday 24 March 2012

Off road.. Mencabar.. Layanzzzz...

Hari nie sempoi abes.. bangun-bangun pagi siapkan report AGM MCB yang diperhalusi.. lepas tu start cycle dari Filton ke Ashton Court sebab nak try trail Moutain bike yang baru refurbish.. Nak dipendekkan cerita.. memang layan abes.. sumpah best.. Mencabar mental dan fizikal.. kene fokus kowt.. bila nak layan lap.. bila nak break.. bila nak lompat between rock.. 

Dah lama tak challenge diri sampai ke tahap nie.. Dan macam biasa.. nak tergolek n cium pokok tu lumrah kehidupan berbasikal (ke alasan aku sorg jer sebab tak reti naik basikal).. Kene rajin kan diri ar nak main off road nie..

Dan yang pasti nampak ar beza basikal yang gune disc break and V break.. kalau gune V break lupakan jer ar babe.. Mau tergolek dalam quarry kt sebelah trail tu.. Grip kene mantap baru selamat.. Then pusing-pusing Bristol sume.. boleh tahan la lenguh kaki cuma tak selenguh trip Bristol-Bath full speed. yang mana nak recover pown amek masa dua tiga hari

All in all memang layan cycling hari nie.. Pushing my limit on another side...

By the way report AGM harap-harap awesome.. stakat nie progress tampak elok.. Kene ulang balik proses macam time PESAT dulu.. Biasalah dah lama tinggalkan kerja setiausaha nie.. berkarat la sikit bila nak tulis report.. lagi-lagi bila buat sorang-sorang.. dulu time PESAT senang sikit.. kejar semua Pengarah Progaram jer.. Hahaha..

Anyhow... Selasa nie ada APM (Annual Progress Meeting)... Ala yang setiap tahun macam mini viva yang akan aku kene hentam kiri kanan tu.. Kali nie expert in experimental and another expert in theoretical akan evaluate aku.. Macam biasa.. abes la, cnfirm kene hentam kiri kanan, atas bawah, depan belakang.. dah la dengan contradiction lagi kan.. So bersedia je lah untuk menerima keadaan tu..

Tapi aku dah sediakan reward utnuk diri sendiri.. Reward jugak aku sediakan dulu,, Belajar belum lagi... reward dh berbaris menunggu.. So reward kali nie untuk lepas APM dan jugak genap 2 tahun kat sini.. Walaupun tahun-tahun tu year of contamination dan year of contradiction but both are meaningful years for me.. They made what I am today... So I'm proud of myself.. because I know that I gave my best and stay strong.. Embrace my dream without giving up my hope and my faith..

Friday 23 March 2012

Multi tasking = Adrenalin Rush...

Untuk melakukan perubahan.. kita sendiri harus memulakan langkah.. mengorak langkah, mengatur strategi... Bukan sekadar berazam dan mempunyai iltizam yang tinggi.. dan bukan sekadar dengan kata-kata yang akhirnya berakhir dengan angan-angan yang tak ke mana... Untuk berubah, kita harus melangkah bukan sekadar berfikir untuk melangkah...

Yeah.. so kali nie.. multi tasking diperlukan.. hehe.. tapi bukan sampai masuk dua tiga lab macam dulu.. cukup satu lab tapi beberapa instrumen... So pecahan kali ni:

- Bina Thermionic converter setup for solar cell prototype
- Pencirian berlian menggunakan Field Emission Kit
- Fundamental diamond growth, temperature dependent and in-situ SiV incoporation (yang ni macam biasa untuk detect contamination, tak abes-abes kan keje aku nak sabotaj keje sendiri)
- Multi doping simulation for bulk diamond (dan pakcik Paul berminat kalau aku boleh buat surface sekali)

So dengan 4 'simple' projek nie.. maka tangan ku kene ada 8 la balik macam dulu.. ke sana ke mari.. berlari-lari bagaikan anak kecil.. Selalu boleh stay sampai lewat malam dan buat kerja.. sekarang, lepas pukul 5 jer flat.. memang flat abes.. Tapi puas.. seriously puas.. Memang boleh tidur dengan aman dan damai.. Rasa memang dah buat sehabis baik dah.. Feel proud for myself... I can do it and I will do it.. Now I'm doing it... tapi macam biasa la.. You have to pay the price kan... Semua benda perlukan pengorbanan.. 

Dan pabila berbicara mengenai multi-tasking.. actually ianya melibatkan rembesan hormon adrenalin continuously.. Yup, macam bila bersukan or bila super excited.. Sebab bila multi-task, kita secara tak langsung menyuruh badan kita focus dan berada dalam keadaan yang sangat kritikal dalam setiap masa.. Maka kepekaan dalam menganalisis keadaan sangatlah kritikal.. Dan dengan rembesan hormon ni.. Maka kita akan lebih peka serta fokus pada semua benda yang kita tengah lakukan.. So jangan terkejut kalau korg sume multi task hanya untuk 2 jam tapi lepas tu penat tahap gaban.. Sebab tak jauh beza pi main bola or bersukan 2 jam dengan multi task 2 jam.. penat dia tetap sama.. cuma bila multi-task bebanan lebih kepada otak dan bukannya fizikal (melainkan multi task dengan kerja-kerja berat sekali)... Tapi benda ni boleh train.. Even ada orang mampu multi-task for more than 5 hours (bukan aku, aku masih lagi rookie).. Tapi bila multi-task badan akan letih.. So make sure drink plenty of water, eat proper food and don't skip any meal.. Tidur kene cukup.. Kalau tak multi-tasking untuk keesokan harinya become worse and worse dan akhirnya badan akan burn out..

Tapi to be honest.. it is exciting on how we can train our body to improve better and better.. Alhamdulillah sekarang nie multi tasking dalam keadaan yang memberansangkan.. Cuma beberapa tanggungjawab sosial akan dilepaskan tak lama lagi.. Antaranya post MCB.. so selamat tinggal MCB.. dalam masa beberapa bulan lagi.. it will be pass over to the new committee.. but then, MCS ask for guidance.. erm.. kalau nak ikutkan hati memang nak tolak jer.. but.. the world does not revolve around me kan.. I'll help then.. share my thought and experience.. Supaya they can have an enjoyable moment as what I had once upon a time.. With that, ada a few tanggungjawab lain akan dilepaskan jugak.. Cuma, tak pasti yang mana.. sebab bila dah ada commitment.. lagi-lagi melibatkan high energy routine ni.. kene berhati-hati.. amanah tu besar maknanya dalam kehidupan seorang manusia.. bukan mudah untk menggalas amanah.. apatah lagi untuk melaksanakannya..  

Tapi aku akan cuba yang terbaik.. lagi pun hidup ni sekejap jer.. kalau nak diikutkan masa di alam akhirat.. hidup kat dunia dalam 1.45 minit jer (kira sendiri.. haha).. So kalau setakat nak puaskan hati sendiri jer.. buang masa kan.. harap-harap tanggungjawab aku dapat dilaksanakan dengan baik.. jap nak buat checklist plak untuk tanggungjawab terhadap dunia ni:

-Tanggungjawab terhadap alam (buat penyelidikan untuk kebaikan semua pihak dikira tak?)

Tanggungjawab terhadap manusia (memberi bantuan kepada yang memerlukan tak kira dalam apa jua bentuk)

-Tanggungjawab terhadap masyarakat setempat (buat baik kat masyarakat, tolong- menolong.. erm kalau lepas ni tolong MCS .. kira tak agak-agak)

-Tanggungjawab terhadap rakan-rakan (erm nasihat menasihat dan teguran serta tanya kabar kira ok la kan)

-Tanggungjawab terhadap keluarga (yang nie, rahsia.. tak leh cakap.. hahaha)

-Tanggungjawab terhadap diri sendiri (melaksanakan tanggungjawab terhadap orang lain kira tak?)

Cuma kalau kita hidup untuk melihat orang lain bahagia macam terlalu ideal kan.. tapi tak salah untuk mencuba.. Kalau dengan melihat orang lain bahagia kita akan bahagia.. cukup indah rasanya.. Rasanya dengan niat macam ni.. Lebih mudah untuk melelapkan mata dengan mengetahui hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah serta berbuat baik kepada ciptaan-Nya..

Thursday 22 March 2012

No one being born ready...

Dalam semua aspek kehidupan manusia.. Dari hidupnya anak kecil itu (comelnya satoshi and eryna) sampailah ajal kita semua.. tiada seorang pun akan bersedia.. begitu juga siapa ibu dan ayah kita.. siapa kita.. bangsa apakah kita.. warna kulit kita dan sebagainya.. semuanya telah ditentukan dan kita tidak pernah bersedia untuk jadi white, black or brown.. Never being ready to be boy or girl... 

Maka bila berbicara pasal perkahwinan.. Tiada sesiapa pun pernah bersedia.. Jodoh telah ditetapkan oleh Maha Agung lagi Maha Penyayang.. Siapa kita untuk menidakkan semua itu.. Telah dijadikan manusia berpasang-pasangan dan telah dijadikan isteri untuk melengkapi suaminya dan begitu juga sebaliknya... Namun pabila dibicarakan pada sesiapa pun.. Mustahil ada yang katakan mereka bersedia..

Bagi diriku.. Aku percaya pada percintaan selepas perkahwinan.. (Abes la kene bambu dengan budak-budak UTM nie).. namun aku tidak sesekali menafikan percintaan sebelum perkahwinan.. Dalam Islam sendiri ada sesi perkenalan (kenal mengenali).. Dan dalam Islam sendiri menggariskan sedikit sebanyak panduan dalam mencari bakal suami mahupun isteri.. Yet aku mengaku aku penuh dengan kekilafan dan juga ada ajaran Islam yang aku tidak amalkan.. Kalau nak dibandingkan.. jauh lagi kowt diri ini dari menjadi suami yang berkualiti.. but berbalik pada premis tadi.. Tiada sesiapa pun yang bersedia.. Yes.. kalau nak diungkap perasaan aku sebulan yang lalu.. I want to be stable before settle down.. Tapi bila difikirkan balik stabil tu pown satu benda yang abstrak.. Sampai ada rumah dan kereta baru stabil? Sampai ada kerja dan gaji yang selesa baru stabil? itu bukan ukuran buat masa sekarang.. Jika cinta itu kerana Allah, pasti ada jalan.. Kini kehidupan aku tanpa bergantung sangat dengan teknologi membuatkan aku lebih bahagia dan gembira.. So teknologi dan kepuasan diri bukan lagi kayu ukur pada kestabilan...

Tapi bila berbalik pada premis lain.. Yang mana, bagi ku.. anak dara orang kowt yang ingin dibuat isteri.. Bukan satu isu yang kecil.. bukan satu isu yang mudah.. Penat-penat ibu bapa dia membesarkan dirinya.. Selepas bergelar seorang isteri, terputus hampir semua perkara antara anak perempuan dari ibu bapanya.. Hampir kesemua tanggungjawab beralih pada suami.. Persoalannya.. Ayah mana ingin melihat anaknya menderita.. Kalau aku pun, mungkin aku akan risau.. Ayah mana yang tak ingin melihat anaknya dapat yang terbaik.. dan ibu mana yang sanggup melepaskan anaknya pada orang lain yang langsung tidak dikenalinya sebelum ini.. Kompleks dan bukan sesuatu yang mudah.. Keperitan semasa melahirkan anaknya itu mungkin masih lagi tersemat rapi dalam perasaan Si ibu.. maka bukan mudah untuk mereka melepaskan.. Dengan itu, aku pun tak boleh nak terjah dan terima segalanya.. Perlu ada persiapan dalam melayari bahtera perkahwinan itu...

Maka, bagiku perkenalan sebelum perkahwinan itu penting dan pasti.. Cuma... Aku akui, aku tidak pernah terfikir akan semua ini.. Sehinggalah beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini.. Yup.. beberapa kejadian yang membuka mata ku lebih luas melihat alam ciptaan Allah ini.. Dan aku tak perlu takut untuk memilih jalan ini kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.. Cuma untuk mengumpul keberanian untuk memulakan sesuatu perkara itu yang kadangkala membantutkan pelbagai perkara..

Jika ingin kata diriku tak bersedia.. 1001 alasan boleh diberikan namun jika permulaan ini mampu membuatkan hidupku lebih bermakna.. Maka tak salah untuk aku mengambil jalan ini.. Jadi macam puisi Road not taken la plak.. hahaha...

Secara jujur aku tidak mengharapkan apa-apa.. Mungkin jentikan hati yang mengatakan inilah yang terbaik untukku sudah mencukupi.. namun untuk mendapatkan jentikan hati bukan perkara yang mudah.. Lagi-lagi pabila sudah sekian lama aku memendamkan perasaan pada diriku sendiri.. Memang benar, kini aku lebih mudah mengekspresikan perasaan namun bukan mudah untuk menjadi seperti dahulu.. I'm opening my heart to any possibilty.. How much could I take.. I will never know till I cross the bridge.. because we are never born ready...

Passing the ball...

Start passing the ball.. It is not your game anymore.. For me it sound harsh but that is the reality.. Kita tak boleh nak buat semua perkara dan bukan semua benda milik kita selamanya kerana tiada yang kekal abadi.. So, I'm agreed to pass the ball.. Stop holding it to my own needs or my own desire...

Bila nak berbicara mengenai moving on and time heal.. It is hard.. dan mustahil untuk orang lain memahami perasaan kita.. walaupun rentak alunan pengalaman itu sama namun setiap manusia berbeda dari pelbagai aspek dan pengalaman itu tidak sesekali sama antara satu sama yang lain.. Aku makin mengerti kehidupan ini.. It is not about being perfect, it is not about being the best.. It is about your soul journey and your inner peace.. Jadi sempurna dan menjadi yang terbaik tidak akan membawa ketenangan pada diri  seseorang insan bergelar manusia.. dengan menjadi yang terbaik kita kene jadi terbaik sepanjang masa dan setiap masa (such a stressful life I guess).. 

These few days and week, aku hidup dalam keadaan minimalis.. Tiada FB, tiada apa-apa akaun di alam maya kecuali blog ni dan juga email account.. Tiada lagi smartphone... Nope, stop using blackberry for a while.. It is fun actually... Dalam keadaan begini, baru aku nampak dunia dalam perspektif berbeza.. Aku bukan lagi hamba alam maya yang mana asyik duduk dan tunggu bila la orang nak komen status aku ni.. or ada lagi tak gambar yang tak upload dalam FB ni.. or eh nak tengok apa orang ni buat hari ni la... and such and such.. dan tiada lagi nak asyik text, bbm, whatsapp or pape benda lain tanya kabar kat orang lain.. Nope, mata ni tak lagi tertumpu pada skrin LED, LCD dan sebagainya.. Mata ni lebih tertumpu pada skrin yang lebih besar.. seluas langit dan bumi..

Dalam keadaan ini, mata ini memerhatikan kehidupan sekitarnya.. Menghargai kehidupan yang diri ini hidup sekarang dan berpijak di bumi nyata.. Bukan lagi berterbangan di alam maya, menjelajah melalui gelombang radio mahupun gentian optik.. Bergerak sebagai photon mahupun dalam bentuk tenaga yang bergetar.. Kini jasad ini mengalami kehidupan yang sebenar.. Melihat dunia yang mungkin ramai diantara kita abaikan.. Dengan melihat dunia ini.. aku dapat lihat dan belajar mengenai kesengsaraan manusia, kesakitan dalam erti kata sebenar.. begitu juga kegembiraan dan keseronokan dalam erti kata sebenar juga..

Bila bertanya pada diri ini, berapa lama kita melihat dunia ciptaan Allah ini berbanding dunia maya ciptaan manusia.. Kadangkala kita tidak sedar.. Mata kita melihat dunia ciptaan manusia lebih lama dan terlalu lama berbanding dunia ciptaan Allah.. Adakalanya manusia duduk terperap dalam rumah (ciptaan Manusia) dan melihat skrin komputer mahupun telefon bimbit yang bijaksana (ciptaan manusia jugak) berbanding langit dan bumi ciptaan Allah.. Mereka rasakan mereka mengembara ke sana dan ke mari di alam maya sedangkan semua itu hanyalah ilusi dan boleh dijadikan ilusi untuk menidakkkan ciptaan Allah.. Ianya boleh direka kerana semuanya digital dan maya...

Pabila di tanya soalan sebegini...

Bilakah kali terakhir diri ini duduk di padang yang terbentang luas menikmati keindahan alam?

Bilakah kali terakhir diri ini duduk berbumbungkan langit bercahayakan bintang-bintang?

Bilakah kali terakhir diri ini duduk di tepi sungai melihat ianya mengalir tenang dan deras?

Bilakah kali terakhir diri ini menikmati alunan ombak dan deruan angin di tepian pantai?

Bilakah kali terakhir diri ini mendaki gunung dan menerokai hutan hijau, denai-denai dan flora fauna?

Bilakah kali terakhir diri ini keluar dari rumah dan berjalan serta berpijak di bumi ini hanya berjalan menikmati alam persekitaran tanpa tujuan yang tertentu.. hanya berjalan mengambil angin..?

Dan jika di bandingkan dengan aktiviti lain seperti..

Bilakah kali terakhir diri ini melihat skrin telefon bimbitnya?
Bilakah kali terakhir diri ini melihat akaun-akaun digitalnya (FB, Tweet, etc)?
Bilakah kali terakhir diri ini melihat cerita-cerita yang terpapar di skrin LCD/LEDnya?

dan bilakah kali terakhir diri ini keluar dari rumah selain dari tujuan ke kelas mahupun ke pejabat ataupun ke kedai makan?

Bagi aku.. diriku makin kian terperangkap di alam maya ini.. dan akan ku cuba kurangkan kebergantungan terhadap alam ciptaan manusia ini.. dan jangan terkejut, ada di antara kita yang sanggup katakan dia tidak mampu hidup tanpa teknologi.. tak mampu hidup tanpa internet.. tak mampu hidup tanpa TV dan sebagainya.. Sedangkan kita mampu hidup dengan lebih baik jika tidak bergantung pada teknologi ini.. 

Tak percaya??? Cuba... Try.. Test... Padamkan smart phone anda untuk sehari... Tutup akaun-akaun sosial anda di alam maya untuk seketika.. Just go outside and play.. Just go outside and enjoy your life.. Menikmati kehidupan ini.. Di alam ciptaan yang Maha Kuasa...

There is so much thing to do outside.. To be explore.. To be challenge.. and yet some of us thought that everything can be found in the web.. in the digital world..

Wednesday 21 March 2012

Hari keempat dan seterusnya... Hasselt revisited..

Bila dah masuk hari keempat dan seterusnya.. tak sempat nak tulis apa-apa dah.. biarlah semua gambar nie bercerita dengan sendirinya..

















































That's all peeps.. sume gambar from Hasselt to Brussels and Gent followed by Brugge..