Pages

Friday 20 December 2013

Passionate about life..

Initially I might say this is my darkest hour in life.. The darkest ever moment.. Cuma aku tak sedar akan hitam dan putih, gelap dan terang adalah persepsi semata-mata.. Pabila aku terlalu lama melihat  sesuatu perkara dalam satu sudut yang sangat terhad, yang gelap akan kekal gelap dan yang suram akan makin terus suram... Hidup terlalu singkat untuk bahagikan ianya dalam keadaan sebegitu.. Mungkin ada eloknya aku cerita yang gelap mahupun yang terang namun ianya perlu diceritakan pada pendengar yang bersesuaian dengan situasi.. 

Cuma satu perkara yang penting aku sedar.. Banyak... sangat banyak rupanya kawan yang aku sangka aku dah hilang semua tu.. Salah aku kerana tidak mencari dan terus ditelan dalam kegelapan.. Nak tak nak, mereka sentiasa ada di sisi.. Sama ada kita mahu akui akan kehadiran mereka, atau ego membantutkan niat untuk mencari pertolongan.. Selalunya pertolongan bukan dalam bentuk untuk menyelesaikan masalah, kebanyakan hari dalam konteks untuk melihat permasalahan dalam bentuk yang berbeza.. Dengan persepsi dan perspektif yang sebegitu akan lebih membantu dalam menyelesaikan sesuatu perkara..

Yes and I agreed that I did forget to cherish the companionship and be passionate about them.. By doing so, my quality of life improve better then before.. No more sulking face and complaining here and there.. By just making they smile and happy, the effect resonate and ripple in your own heart.. By looking at happiness that you spark and created (with permission from Allah), it make yourself happy..

How fast time fly and yet I did forget how passionate I'm in life before.. Especially in giving extra hand, one or two.. Yet I remembered that the TOP priority has to be my thesis and to finish it once and for all.. However, what is life without companion and life that you cherish and passionate about.. 

The power of giving is simply the ultimate tool in creating 'the zone' for myself.. By giving in any possible way; money, knowledge, advise, companionship or even just a simple smile.. it resonate a whole different world  in my inner heart..

I'm indeed once a passionate people in this life and the darkest hour my consume it bit by bit.. Perhaps, without your existence now and then.. I may not be able to realise it.. Thank you my friends, even I can't simply say I owe my life to you as my life is and always in Allah's mercy but you did play the role in all this matter..

I can't even remember the last time I smiled and laughed sincerely about life.. Shadowing some of you did made a change or two in my life.. Learning by looking at others akhlak and good deeds  may be one of the reason too..

Wednesday 18 December 2013

Bersyukur tu besar ertinya..

Belajar dan menuntut ilmu tu bukan sesuatu yang mudah.. Penat lelahnya, hanya yang sedang menuntut ilmu akan fahami.. Ianya sesuatu perasaan yang sukar dimanefestasikan,, Sejak kebelakangan ni banyak keluhan yang aku keluarkan.. Yang mana antara sedar atau tidak, ianya merupakan tanda-tanda rendahnya tahap syukur aku.. Lemahnya iman dan kepercayaan pada Sang Pencipta.. Itu kekurangan diri aku yang aku perlu akur.. Cuma aku baru sedar.. Setelah lebih dari 20 tahun aku hidup di dunia ini, rupanya sudah terlalu lama aku sesat dalam fantasi aku sendiri..

Aku terlalu cepat menghukum diri aku sendiri.. Seolah2 aku menjadi Tuhan dalam kehidupanku.. Nauzubillah.. Aku lupa yang berhak menghukum hanya Allah swt.. Namun setiap kesalahan, setiap kesilapan akan aku hukum diriku.. Baru ku sedar kenapa selama ini aku tidak berani meruntuhkan tembok pemisah dalam diriku bukan kerana dunia luar tapi kerana aku mengurung diriku aku sendiri dari dunia luar sebagai hukuman.. Seolah-olah aku tak benarkan kejahatan diriku menodai dunia luar.. Tidak benarkan kejahatan yang bersarang dalam diriku menguasai dunia.. Yang mana aku terlupa semua ketentuan dan perancangan hanya milik Allah swt.. 

Aku terlalu cepat menghukum dan menyalahkan diri sendiri.. Dan selalunya hukuman itu tak setimpal malah lebih teruk dari kesalahan yang aku lakukan.. Lama kelamaan, diri kecilku mula meminggirkan hidup ini dan tak berani keluar melepasi tembok yang dibina.. Kerna risau dan gusar akan dihukum lagi..

Namun 2-3 insan yang aku rasa cukup istimewa dalam hidup ini yang membuatkan aku sedar akan sikap menghukum dalam diri aku.. Yang mana ianya sesuatu yang salah.. cukup-cukup berat hukuman ke atas diriku sehinggakan secara tak langsung aku rasakan diriku cukup kotor dan tak bernilai dalam dunia ni.. Sampaikan aku rasa semua kebaikan yang aku lakukan sama sekali tak sama dengan secebis dari kejahatan yang pernah aku lakukan (baru ku sedar cukup berat aku menghukum diri ku sendiri)..

Semua ini aku perlu ubah, aku perlu ubah sikap terlalu cepat aku menghukum diri aku.. Yang penting aku perlu akur ada kekurangan dalam diri aku.. Ada kelemahan dalam diri aku, namun dari sifat terlalu cepat menghukum, lebih indah kalau aku menerima dahulu kelemahan dan kekurangan dan cari jalan untuk mengatasi dan menjadikan ianya lebih baik.. Menghukum mungkin membuatkan aku berubah dengan lebih cepat dan drastik namun kesan jangka masa panjang akan membuatkan aku tak berani mendekatkan diri dengan masyarakat, membuatkan nilai diri dan harga diri aku cukup, cukup rendah..

Aku rasakan perasaan memberontak, penat lelah dan sebagainya merupakan manefestasi dari banduan dalam penjara yang aku bina.. Kerna kurangnya rasa bersyukur pada Allah buatkan aku menghukum diri aku atas kelemahan yang mana aku lupa setiap kejayaan dan kegagalan itu datang dengan hikmah dariNya..

Bukalah la kunci penjara hati itu wahai dirku.. Runtuhkan tembok pemisah antara dirimu dan dunia.. Sinari dirimu dengan sinar harapan dan pada masa yang sama ketakutan untuk mencetuskan amarah Allah swt.. Ingatlah bahawa Allah itu satu-satunya entiti yang berhak menghukum namun Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...

Dikau manusia yang penuh dengan kelemahan namun seperti mana pesan rakanmu.. "Kesempurnaan seorang hamba Allah itu terletak pada kekurangannya".. Kata-kata ni buat aku terdiam seribu bicara, sifat reactive aku terus lenyap.. Aku terlalu mengejar kesempurnaan dalam melakukan yang terbaik dalam hidupku tapi aku lupa untuk mengiktiraf kekurangan yang aku ada.. The weaknesses make you stronger..

Aku terlupa yang mana setiap benda baru yang aku lakukan, sama saja dengan apa yang baby lakukan.. We know nothing about the matter.. Namun, bila dia baru nak mula bercakap, sape yang faham baby cakap ape tapi kita layankan aje.. cakap comel dan sebagainya.. Tapi bila aku buat sesuatu yang baru yang aku tak pernah buat langsung, bila tak jadi.. Pammm, terus aku hukum dan herdik macam la aku manusia paling sampah kat dunia ni.. 

Maka dah tiba masanya untuk aku berubah.. Bukan lagi menghukum tapi menghulur tangan, berpimpin tangan sama-sama berjalan dalam dunia ini menuju akhirat yang hakiki.. Bersyukur dengan apa yang ada, terima segala kekurangan diri namun bukan hukuman yang diberi, tapi tangan dihulur, kasih disemai, cinta diabadi..

Sunday 15 December 2013

Envy & Jealous..

Mana ada manusia tak dengki dan iri hati.. Cuma yang membedakan kita semua hanyalah perspektif dan tindak balas terhadap perasaan tu.. Dan seperti biasa, kalau yang dah singgah dan baca penulisan ni.. Semuanya takkan lari dari hidup aku sendiri (Soooo self-centered kan)... Apa-apa pun aku nak bawak diri aku lihat isu ni dalam perspektif yang berbeza..

Kalau ikut latar belakang hidup aku, ada satu entiti yang sangat-sangat la kurang lengkap dalam hidup ni.. Yang mana aku susah sangat nak menghafal, huruf demi huruf, perkataan demi perkataan mahupun ayat demi ayat.. Sampaikan ayat aku sendiri pun aku tak hafal.. Ni antara sebab kenapa aku susah nak hafal lirik lagu ke, skrip lakonan ke.. Tu la sebabnya aku tak boleh nak jadi penyanyi dan pelakon kot.. Tapi itu tak buat aku iri hati dan dengki dengan populariti dan perhatian yang diberikan kat artis-artis tu...

Realiti mula mengetuk hidup aku bila aku susah nak hafal benda yang lebih penting.. Yang buatkan aku kadang-kadang (selalunya) iri hati dengan orang-orang yang macam ni.. Lagi-lagi bila aku dah mula masuk kelas-kelas pakcik-pakcik yang awesome ni.. Yup.. aku serius tak boleh nak hafal ayat demi ayat, terutamanya hadis-hadis dan ayat Al-Quran.. Kat sini, kita tolak tepi kelebihan aku dalam menganalisis dan mengaplikasi semua ni.. Kita hanya fokus terhadap kebolehan untuk hafal dan keluarkan balik dalam keadaan yang seharusnya ia keluar.. Tanpa perubahan satu ayat pun.. 

Setiap kali bila aku tengok ada orang boleh dengan selambanya lontarkan hadis2 dengan lengkap termasuk perawinya.. Aku macam terpegun kot.. Macam Wow, macam mana korang boleh buat semua tu.. Serius otak korang awesome tahap karma.. Rasa macam nak dengar je ape lagi hadis2 yang korang boleh lontarkan tu.. Itu baru hadis, kalau aku dapat dengar kawan2 tahfiz aku baca ayat-ayat suci Al-Quran, aku rasa indahnya dunia ni.. Kagum dengan kehebatan diorang dan kuasa Allah tu sendiri yang menciptakan ayat-ayat yang cukup indah..

Selalu jugak aku mimpi, dalam mimpi tu aku akan duduk sebelah sahabat aku ni.. Saban hari aku dengar hampir semua hadis2 dan ayat2 Al-Quran.. Rasa dalam mimpi tu indah dan hidup aku tak pernah muak.. Tapi penamat mimpi tu selalunya tiba-tiba dia hilang dan aku tak tau dah nak buat apa lepas tu.. Rasa macam tak lengkap je hidup ni..

Aku kalau boleh nak jugak buat macam tu, boleh hafal ayat Al-Quran dan hadis2 dengan lengkap.. InshaAllah setakat ni proses untuk mendalami makna tu takde masalah sangat dengan syarat aku beguru dengan ulama yang sewajarnya.. Tapi untuk aku keluarkan balik perkataan2 tu sama ada dalam bahasa melayu mahupun Arab jauh sekali..

Ni lah benda yang dari dulu aku nak sangat ada dalam diri aku.. Cuma aku tak pasti kenapa aku tak boleh2 jugak untuk mendalami.. Lagi-lagi aku sendiri memang ada masalah dengan bahasa.. Bagilah je apa2 bahasa, pasti dan yakin aku akan gagal dengan epicnya.. Sedangkan bahasa melayu pun susah aku nak kuasai, inikan pulak bahasa Inggeris dan tak yah nak berangan untuk aku mulakan bahasa Arab.. Walaupun aku tahu bertapa indahnya bahasa Arab..

Dan ini yang buatkan aku iri hati dekat manusia2 yang ada bakat dan kebolehan macam ni.. Itu belum lagi kalau aku ada jumpe orang yang boleh bercerita kisah Sirah para Nabi dan para Sahabat.. Aku rasa aku boleh duduk dengar dari siang sampai ke malam dan terus sehingga siang melewati malam.. Aku suka dengar orang bercerita dan kalau dapat yang boleh cerita bab-bab macam ni.. Memang aku akan terpesona dan kagum ar.. Nak buat macam mana, dah benda yang aku takde.. Memang aku akan terkesima je ar sepanjang cerita tu.. 

Jika dan hanya jika aku ada kebolehan macam tu.. Nak belajar.. nak sangat-sangat tapi mungkin belum tiba masanya lagi.. Ahhh dengkinya dengan orang-orang hebat macam ni.. Lagi la aku rasa hidup dan hati aku takde nilai bila letak sebelah menyebelah dengan orang-orang hebat dan awesome macam ni,,

Bila la aku nak jadi awesome dan hebat macam korang ni..


InshaAllah suatu hari nanti..

Friday 13 December 2013

Fresh Start..

Lama giler dah blog ni bersawang.. Bukan takde masa nak tulis.. Sebab kalau takde masa takde la sampai aku kene bahan post2 kat FB aku asyik sampai tahap continue reading je kan.. 

Aku tau tajuk kali ni soooo mainstream dan sooo lame.. Yet aku rasa aku perlukan benda ni.. Bukan apa, lepas fikir punya fikir punya fikir.. Lepas tu kene bitch slap dengan pelbagai pihak on the reality.. Tak campur dengan tear drops on the smartphone and lots of other places.. Make me realized one important thing.. I need a fresh start.. Bukan untuk tukar tempat tinggal atau tempat belajar.. Tapi mulakan hidup baru..

Sejak 10-20 tahun ni banyak benda berlaku dan selalu sebab aku cepat percaya apa yang aku fikirkan maka aku laksanakan sesuatu perkara bergantung pada 'mind experiment' yang aku jalankan sepanjang masa.. Ada masa aku harap aku boleh kosongkan otak aku untuk sementara waktu dan nikmati apa yang aku ada.. Namun itu bukan pilihan.. Aku tak menyesal malahan aku bersyukur dengan nikmat yang ada.. Cuma mungkin sebab pelbagai salah guna yang aku hasilkan termasuk beberapa teori yang aku kemukakan yang pada mulanya hanyalah sebagai mainan minum petang tapi entah.. Aku tak pasti sejauh mana kerosakan yang dah berlaku sebab teori tu.. Siapa sangka kata-kata budak picisan macam aku ni boleh buat orang lain percaya.. Cukup sampai sini, aku rasa kisah lama ni biar kekal jadi kisah lama..

Mula-mula sekali aku kene maafkan diri aku sendiri.. Tak kira teruk mana sesuatu perkara, teruk macam mana aku hukum diri aku.. Ianya dah berlalu.. Aku kene terima hakikat yang mana aku tak boleh nak terus hukum dan salahkan diri aku.. Nampak macam mudah tapi untuk aku benda ni paling susah.. Aku, Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah pun nak maafkan kesalahan orang lain.. Kalau orang suruh ingat balik, memang aku tak ingat.. Buat apa nak simpan2 apa yang dah lalu pasal jahat orang.. Mana ada manusia yang sempurna.. Cuma salah aku, jahat aku pada orang.. itu yang aku tak pernah dapat maafkan.. Kadang2 jadi mimpi siang malam.. Sampai berpeluh satu badan waktu tidur..


Apa-apa pun, itu aku kene buat dulu.. Maafkan diri aku.. Lepas tu aku rasa aku kena jadi jujur.. Jangan nak guna apa-apa 'upper hand' yang aku ada ke atas orang lain.. Jangan lah nak amik kesempatan atas the 'black book' untuk halalkan cara aku demi matlamat yang kononnya suci.. Aku kena start fresh dalam tutur kata dan perbualan aku.. Aku hanya kene cakap apa yang aku tahu dan hanya apa yang aku tahu dan bukannya apa yang aku rasa benda ni aku boleh putar dan goreng tahap dewata raya..

Sebab tak susah aku nak pusing, dengan reputasi yang kononnya aku rasa aku ada.. Orang boleh jer percaya.. Tapi aku dah tak nak hidup dalam kehidupan macam tu.. Aku nak bersihkan apa yang boleh dari dunia Haram yang dah terlalu lama aku bergelumang ni.. Mungkin aku rasa sumber kewangan dan makanan, aku dah mampu bersihkan apa yang boleh.. Tapi banyak je cabang dunia Haram lain yang masih melekat dalam kehidupan aku.. 

Haram tetap haram.. Takkan ada satu situasi pun aku boleh halalkan sesuatu yang haram.. Kalau kerana haramnya tutur kata aku tu.. Akan haramnya rentetan harta benda yang aku dapat lepas ni.. Pastu bila ada anak bini, anak bini tak jadi macam manusia start la meroyan nak salahkan orang itu dan ini..

Anyhow, aku dah merepek jauh sangat tapi ni memang niat aku di Hari Jumaat yang Mulia ni.. Untuk mulakan hidup baru... Untuk mula maafkan diri aku dan untuk jadi jujur dalam hidup aku.. Aku tahu ianya lebih mudah untuk ditulis dari dilaksanakan.. InshaAllah, aku akan cuba laksanakan sebaik mungkin..

Thursday 5 September 2013

Freaking out.. The Danger is Real, Fear is Optional..

Lepas balik ke tanah air yang tak tumpahnya darah ku.. Perasaan motivated dan cuak mula berselang seli.. Hari pertama semalam, Alhamdulillah banyak perkara dapat disiapkan.. Target 3 muka surat sehari berjaya direalisasikan.. Cuma bila malam semalam bukak akaun bank.. Rasa cuak dah start mai dah.. Bila kira-kira.. duit tinggal tak banyak.. Dan bila sekarang dapat terima hakikat yang lepas ni dah tak de elaun.. Yup.. freaking out bebeh.. freaking out.. Terus fikir lepas ni nak hidup macam mana.. Makan minum boleh control lagi tapi sewa rumah dan bil-bil lain tak boleh nak catu dah.. So the Danger is definitely real... Memang real abis r..

Dah mula kira-kira dah duit untuk bulan ni berapa.. Duit untuk bulan depan berapa dan bulan seterusnya macam mana.. Sumber pendapatan memang sah-sah takde buat masa sekarang.. Untuk kerja part time, masih dalam pertimbangan.. Sebab bila tengah menulis tesis ni, tak boleh nak divert sangat kat part time work.. Nanti dia break writing momentum.. So nak tak nak the only way keep on writing dan tulis sebaik mungkin sehabis mungkin..

Cuma manusia mana tak cuak kan.. Sebelum ni tak pernah pun aku rasa insecurity sampai tahap macam ni.. Yang mana duit yang aku ada ni je yang akan jadi jalan keluar untuk aku hidup buat masa ni.. Dah takde dah duit dari entiti-entiti luar..

Semalam bila jalan-jalan merenung masa depan dan  awal pagi tadi pun jalan-jalan merenung masa depan.. Air mata mula mengalir.. Yang mana terasakan inilah konsep tawakal paling agung yang pernah diberikan pada diriku aku selama aku hidup..

Mungkin ini ujian ataupun nikmat, terpulang macam mana untuk aku lihat perkara ni.. Dari perspektif yang positif mahupun negatif.. Namun bila diletakkan dalam keadaan yang mana hidup aku esok lusa dan bulan depan macam mana.. Ianya merupakan konsep tawakal yang aku sendiri kene belajar untuk serahkan sebulat-bulatnya pada Ilahi..

Dalam keadaan seperti ini, tiada satu entiti pun bertanggungjawab untuk membantu aku melainkan dengan kehendak dari Allah swt.. Setiap hari, setiap liku hidup mati aku.. Kini aku rasakan di bawah ihsan Allah swt.. Jika fikirkan kesudahan yang tak pasti ni.. Kalau ikutkan logik akal, baik aku balik je Malaysia dan hidup kat sana... Paling tak pun tempat tinggal dan makan InshaAllah dah tersedia.. Tapi aku tahu bukan itu yang ingin Pencipta aku didik diri ini kali ini.. Bukan sifat putus asa dan lari dari medan perjuangan.. dari jihad menuntut ilmu.. Bukan itu yang ingin DIA sampaikan melalui cabaran kali ini..

Aku setuju, bahaya itu sesuatu dalam realiti.. Bila-bila masa aku boleh dicampak keluar dari rumah yang aku duduk.. Bila-bila boleh akan tiba masa untuk aku takde duit untuk makan.. Untuk gunakan bagi keperluan hakiki aku.. Pada bila-bila masa nikmat hidup aku boleh ditarik begitu saja..

Tapi bak ayat dalam cerita After Earth ni.. Fear is optional.. Aku boleh rasa risau dan takut dengan semua ini.. Namun ketakutan ialah satu peristiwa yang tak pasti.. Jika aku takut kene halau keluar rumah sebab takde duit nak bayar.. Sedangkan benda tu di masa hadapan.. Belum berlaku.. Entah aku dihalau atau tidak.. Perasaan takut hanyalah manifestasi kepada kejadian yang mungkin berlaku namun tak semestinya berlaku..

Maka di sinilah indahnya konsep tawakal.. Jika aku percaya bahawa diriku, nikmat ini dan segala isinya milik Allah.. Maka kenapa perlu ada perasaan takut.. Jika aku percaya yang apa aku lakukan selama ini kerana untuk mencari redha Allah.. kenapa aku perlu takut.. Allah swt tidak akan pernah sesekali meninggalkan sisi hambaNya.. maka mengapa kini dan sekarang aku perlu takut yang Penciptaku akan menyusahkan hidup aku.. Jika benar dia ingin susahkan hidup hambaNya, pasti ada penjelasan yang mungkin bukan sekarang akan aku fahami tapi di masa akan datang.. Kerna ini antara perjalanan hidup aku di mana rukun Iman yang pertama menjadi taruhan.. Sejauh mana Kepercayaan aku Pada Allah.. Sebagai Tuhanku, sebagai entiti yang tertinggi dalam hidup aku..

Jika hanya di bibir semata-mata aku melafazkan kepercayaan aku pada Allah swt.. Namun jiwa dan perbuatan aku tidak sesekali memanifestasikannya.. Bukankah aku secara tak langsung berpaling dari Allah dan menyatakan ketidak kepercayaan aku pada perancangan dan ketentuanNya?

Jika hidup mati aku kerana Allah, Rasul dan agamaku, mengapa aku perlu risau dan takut sama ada esok masihkah aku memiliki rumah.. Masihkah esok ada makanan untuk aku makan? Semuanya hanyalah nikmat Allah yang dipinjamkan dan bila-bila masa DIA mampu mengambil hakNYA kembali..

Maka duit untuk aku hidup bukanlah kayu ukur sama ada aku mampu hidup pada keesokan hari atau tidak.. Namun, kepercayaan aku terhadap Allah, terhadap Tuhanku merupakan kayu ukur sama ada esok aku masih hidup atau tidak.. Kerana pabila kepercayaan ini hilang, maka runtuhlah Iman yang dibina dan binasalah badan serta jasad kerana ketakutan untuk hidup bakal menerjah dari segenap penjuru..

Buat masa ini, konsep tawakal dan menyerahkan sepenuhnya hidup aku pada Yang Maha Kuasa merupakan cabaran yang aku harus hadapi supaya dapatku genggam rapi makna sebenar Tawakal Pada Ilahi..

Tuesday 2 July 2013

Jadual Hidup yang Baru..

Alhamdulillah, Allah tu Maha Adil.. Maha Mengetahui.. Diberikannya kekuatan dan perasaan di kala diri ini perlukan..

Sedar tak sedar dah 1 Julai dah.. Sedar tak sedar Setengah 2013 dah berlalu (number is just a number aite).. Ada kebenaran gak dalam petikan ayat tu.. Cuma apa yang dah diperoleh dan dilaksanakan dalam tahun ini mencapai tahap optimum atau tidak.. Bermanfaat atau tidak.. Bagi aku, Alhamdulillah banyak yang aku peroleh, dari perjalanan ke Arizona, pengalaman tak ternilai di Grand Canyon, mengalirnya air mata sekembalinya di Bristol, Intervention perasaan suka dan sayang di awal April, mewujudkan meeting-meeting yang dapat membantu pelajar-pelajar baru dan mengalirnya darah ini kerna ingin melengkap pelayaran sementara ni..

Dan baru-baru ni aku tekad dan nekad.. Untuk terapkan keinginan membantu orang lain hari demi hari.. Lagi-lagi dalam bidang penyelidikan..

Maka Jadual Harian dah berubah..

9.00 - 1.00 - Tulis tesis
1.00 - 2.00 - Solat dan lepak-lepak dalam surau
2.00 - 3.00 - Balik rumah makan tengah hari
3.00 - 5.00 - Tolong budak-budak dalam lab /  Siapkan graph untuk tesis

Simple jer jadual ni tapi inshaAllah efektif..


Saturday 29 June 2013

Adakah ini jawapannya.. Perubahan yang berlaku..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan aku nyawa dan masa untuk menetap di bumi fatarmorgana-Nya.. Sejak aku nekad dan tekad untuk melaksanakan protokol terakhir dalam hidup aku buat masa ini.. Untuk mengubah diri ini demi bersedia dengan alam selepas tamat belajar.. Masa dan ketika itu Allah balikkan hati aku, cuit hatiku sebentar.. Bertanya pada diriku, apa yang aku inginkan..

Selain perasaan ingin syahid di jalan Allah, tiba-tiba dibuka hijab aku untuk melihat aspek yang lebih besar.. Dengan ilmu dan kemampuan aku ada, inshaAllah ada jalan-jalan yang boleh membuatkan aku syahid.. Dengan kajian yang aku laksanakan kali ini, kalau aku memilih jalan yang berlainan, ada caranya untuk berjuang di jalan Allah dan syahid dalam melaksanakan perjuangan itu..

Namun persoalan lain mula menerjah.. Tidakkah sepatutnya aku meninggalkan sesuatu pada dunia ini sebelum aku melangkah ke jalan itu.. Tidakkah sepatutnya tiba masanya untuk aku meninggalkan zuriat yang lengkap ilmunya supaya pabila aku syahid, akan ada penyambung dalam menyambung legasi tersebut.. Tidakkah sama penting untuk aku membina generasi akan datang yang lebih mantap dan bersedia kerana jika pengiraan aku tidak tersilap langkah, perjuangan yang akan aku mulakan mungkin bakal mengubah struktur pertahanan dan responsif masyarakat dunia..

Cuma pabila Allah membalikkan hati ini untuk melihat seketika, secara tak langsung.. aku kembali mempunyai perasaan seperti manusia biasa.. Perasaan takut dan gentar akan kematian, kesakitan dan seumpamanya.. Perasaan untuk membahagiakan dan dibahagiakan.. Perasaan untuk menyayangi dan disayangi.. Perasaan yang mana selama ini aku pendamkan.. aku hilangkan dari diri ini kerana aku khuatir pabila akan tiba masa nyawa aku dipertaruhkan.. Aku tak nak ada insan yang menyayangi diriku ini terluka.. Sebab itu aku berusaha selam 7-8 tahun ini untuk tidak menyukai malahan menyayangi sesiapa pun.. Tidak jugak untuk membuat ikatan dengan mana-mana pihak keran khuatir keselamatan mereka.. Biarlah diriku hadapi semua ini seorang diri.. Tak sanggup untuk aku melihat insan lain menitiskan air mata kerana diriku.. Diriku cukup tak bernilai untuk air mata dari sesiapa pun.. Itulah pandangan dan prinsip yang aku pegang selama ini..

Namun pabila, perjuangan ini semakin realistik.. Perasaan takut sebagai seorang manusia biasa mula terasa bahangnya.. Adakalanya aku inginkan seseorang untuk berada di sisiku.. Dan acap kali berkata, "Takpe, jangan takut, Ianya kerana Tuhanmu dan Tuhanku..".. Kadangkala pabila aku gementar dan haru biru ada masanya hilang panduan.. Aku  inginkan seseorang yg dekat dengan diri ini untuk katakan, "Tak mengapa, kita berehat sebentar dan rancang kembali.. Jangan takut jika semuanya kerana Allah yang Maha Suci"..

Tak dinafikan, ada juga saat-saat dimana desakan hati untuk membuatkan insan lain tersenyum.. Perasaan untuk membahagiakan orang lain.. Untuk menceriakan hidup insan lain.. Malahan untuk memudahkan kehidupan manusia lain..

Sejak dua menjak ini.. Perasaan yang aku pendam, yang aku hilangkan selama aku hidup di muka bumi ataupun semenjak aku baligh mula mencari-cari jalan keluar.. Namun perasaan suka dan sayang pada insan lain ini.. Buat masa ini hanyalah wujud dengan anekdot "Aku rasa aku suka padanya".. Yang mana, bagiku.. yang acap kali memikirkan tentang amanah dan tanggungjawa.. Perkataan "Aku rasa".. Masih tak cukup kuat untuk manefestasikan rasa suka dan sayang itu.. Kerana aku tak nak ada yang terluka kerana diriku..

Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku sentiasa teringat akan dirinya.. Kisah bersama sewaktu di Malaysia.. Gurau senda, sakat-menyakat.. Yang mana kali ini buat diriku tertawa kecil.. Cuma dahulunya aku pernah melukakan hatinya dengan kata-kata mentahku tanpa berfikir sejenak akan perasaannya.. Sanggupkah aku melukakan hatinya buat kali kedua jika aku tersalah langkah lagi.. Itu yang menjadi mainan minda ku.. Aku rasa aku suka pada dirinya namun aku tak sanggup melihat dia terluka lagi kerana ketidak-matangan diriku..

Monday 3 June 2013

Makin sukar untuk meluahkan..

Dalam sedar tak sedar dah hampir setahun lebih aku tak ceritakan sesuatu yang berada luar dari ruang lingkup kehidupan aku.. Nak kata diri dah makin jumud dan tumpul.. Aku sendiri tak pasti.. Hanya orang luar yang mampu berikan jawapan dan persepsi.. Mungkin jugak selama ni aku terlalu khusyuk dalam hidup aku sendiri tanpa meluaskan pemandangan pada persepsi yang berbeza.. Ataupun, aku dah muak untuk berikan pendapat dan pandangan secara terbuka.. Buat masa ini, aku rasakan lebih baik aku utamakan personal touch..

Kembali balik pada permulaan asas yang aku buat dulu-dulu.. Yang mana ianya dari hati ke hati.. Bila ada yang tak kena aku tegur terus.. Kalau ada-ada pandangan peribadi, itu aku berikan secara peribadi.. Dan yang pasti aku cuba berikan secara hikmah.. Itu yang terbaik..

Alhamdulillah, hari ni aku mulakan operasi baru.. Untuk melihat hidup ni dalam perspektif yang berbeza.. Lagi-lagi ni mungkin musim panas aku yang terakhir di bumi Bristol.. Tambahan dengan penulisan tesis yang perlahan tapi Alhamdulillah masih bergerak dengan baik.. Maka buat masa ni aku tekad untuk hidupkan balik zaman-zaman penuh optimistik dan positive thinking macam waktu 1st year dulu.. Yang mana pukul 4-5 pagi dah bangun, teruja/excited dengan kehidupan.. Teruja dengan cabaran apa yang akan aku lalui dan selesaikan hari ini.. Penemuan apa yang akan dapat aku rungkai hari ini.. Pemerhatian apa yang dapat aku lihat pagi ini..

Itu yang aku nak terapkan dalam diri.. Sebuah harapan, harapan untuk terus maju kehadapan.. terus melihat dunia ini dalam perspektif yang sangat positif.. Yang menebarkan seribu satu jalan untuk aku terokai.. Alhamdulillah, siki sebanyak perasaan menulis mula kembali tersemai dalam diri aku.. Dulu aku rasakan ianya sesuai yang bosan dan tak menarik.. Tapi sedikit demi sedikit aku dapat rasakan seusatu kelainan.. Semakin banyak olahan yang aku tak terfikir sebelum ini.. Selama ini bila aku laksanakan penyelidikan, aku akan selalu menjurus pada satu atau dua persepsi yang aku jangkakan berdasarkan teori dan pengalaman.. Namun pabila aku menulis, seolah-olah aku melihat hasil penyelidikan aku pada arah yang berbeza.. Makin hari makin aku seronok.. Makin aku katakan pada diriku, eh benda ni boleh tengok dari aspek ni pulak.. Dan kalau ada masa, boleh try untuk benda ni in the future..

Makin banyak aku menulis, makin aku perasan hasil kajian ini mencapai objektif lebih dari apa yang aku sangkakan selama ini..  Seolah-olah ianya memberikan aku jawapan lebih dari apa yang aku sangkakan selama ini.. Cerita makin lama makin menarik.. Cambahan idea mula meluas ke arah yang tak pernah disangka-sangka..

Adakah ini permulaan untuk aku mulakan kata-kata "I kinda enjoy writing".. Mungkin, peluang itu sesuatu yang pasti..

Sunday 2 June 2013

Sikit je lagi.. sikit je lagi..

Sikit je lagi Zamir.. sikit je lagi.. Itu yang aku selalu pesan kat diri aku setiap kali menghadap percutian aku kali ini.. Sedar tak sedar dah nak sampai penghujung dah.. Sebabkan dah mula tulis tesis secara berperingkat.. Cuma.. susahnya nak mula menulis.. Nak dapat mood dan sebagainya.. Sekarang ni aku rasa kagum gile dengan orang yang boleh tulis 200-300 muka surat.. Manusia ke apa..

Kalau nak ikutkan perancangan, bulan 9 ni funding aku habis.. Tak tau boleh extend ke tak.. Pape pun aku try hujung bulan ni untuk apply extension.. Yea, aku pun apply extension gak.. So amat tipulah kalau ada korang dengar yang aku ni hebat la, itu lah, inilah.. Gifted konon.. Talented konon.. Hampeh je sume tu.. Aku sama je macam manusia lain, takde hebat mana.. Kalau nak bandingkan dengan Marie Curie ataupun Albert Einstien memang macam langit dengan bumi la.. Kalau nak bandingkan dengan Para Sahabat dan Tabii.. Silap-silap macam bumi dengan langit ke-7 kot.. Sebab aku tahu diri aku macam mana, cukup tak sempurna dari pelbagai arah dan penjuru.. Macam mana orang lain boleh keluar statement yang macam tu pun aku tak tau..

Lepas rangka-rangka haritu, tesis aku ada 8 bab semuanya.. 5 bab untuk results dan yang 3 lagi tu benda standard tesis.. Mak aih, 5 bab untuk data.. Dulu bila aku dengar orang tulis 3 bab untuk data pun dah berpinar bijik mata.. Ni pulak aku ada tambah 2 bab.. Apa yang akan jadi aku pun taktau..

Cuma aku sekarang ni selalu tak de mood nak tulis.. Bila paksa gak.. Ke laut terus mood aku tu.. Tapi aku selalu ingatkan diri aku.. Sikit je lagi Zamir.. Sikit je lagi.. Buat kerja biar Istiqamah.. Dulu aku set nak start tulis April.. Boom Bam Boom Bam, dah June.. Yang geraknyer tak banyak.. So kali ni aku tekad, nak buat yang terbaik.. Bulan ni aku nak Istiqamah.. Nak rancang jadual hidup yang lebih effektif.. Sekarang ni aku letak dalam mind set aku, kalau aku tak habiskan benda ni, sampai bila-bila perancangan aku yang lain tak boleh gerak.. So abiskan ni dulu.. Habiskan..

Lepas tu ada la rakan-rakan lain start tanya bila aku nak habis, bila nak balik Malaysia.. Kalau ikutkan hati memang aku nak balik secepat mungkin.. Dah lama tak jumpa parent aku, adik beradik aku.. Walaupun aku jarang cakap kat diorang.. Tapi aku rindu kot.. Dan biasa lah, laki.. ego tu mesti ada kan.. Lagi-lagi bila adik memang sah2 la takkan ngaku.. 

So bila balik? Dulu aku ada cakap mungkin hujung tahun ni, tapi sekarang aku sendiri tak pasti.. Aku hanya doakan yang terbaik jer.. Perancangan Allah tu lebih indah..

Pastu ada gak orang komen, tak nak ar buat PhD, tengok Zamir pun struggle.. Kan aku dah cakap, aku manusia biasa gak.. Bukan malaikat mahupun dewa-dewi.. Cuma struggle ada banyak peringkat.. Yet kalau korang hidup kat sekitar aku, mungkin tak nampak sangat kot.. Sebab aku tends untuk exaggerate dan merepek lebih bila tulis kat sini ke or kat mana-mana tempat lain..

Kalau ikutkan daily life aku happy jer.. Jalan sana sini, makan sana sini.. Usha tempat tu, usha tempat ni.. Melawat orang itu dan ini.. 

Cuma, aku tetap rindu dengan insan-insan yang aku tinggalkan kat Malaysia.. Tu yang paling aku struggle kot.. Sebab setiap sorang daripada diorang takkan dapat aku tukar ganti.. Bukan aku cakap kat sini tak de yang leh up to their par.. Tapi diorang cukup istimewa.. Bagaikan mangga dan kunci, aur dan tebing.. Walaupun banyak kali gaduh, tinggi suara, boikot dan sebagainya.. Tapi perasaan cubit peha kanan, peha kiri pun sakit tu tetap ada..

Setiap fasa kehidupan aku kalau tak 2-3 orang mesti ada sorang yang aku jumpa.. Tapi kat sini aku struggle sket.. Mungkin sebab persekitaran ni bukan di bina untuk orang yang jiwa macam aku kot.. Ataupun ianya khas di bina untuk kukuhkan diri aku supaya aku leh jadi lebih baik lagi..

Tapi InshaAllah tak lama dah untuk aku lepasi fasa ni.. Fasa terakhir dalam dunia pembalajaran formal.. Sikit je lagi.. sikit je lagi Zamir...

Ia bukan milikku lagi..

Makin lama makin bersawang dah blog ini.. Bukan apa, tiada yang menarik aku lalui saban hari dan takde perkara yang aku rasa mampu aku wacanakan dari pemerhatian hari demi hari.. Cuma perjalanan kali ini aku rasakan terlalu panjang.. Cukup panjang untuk diriku.. Bukan mudah untuk meneruskan perjuangan pabila kenyakinan dan kekuatan diri diuji secara mental dan fizikal.. Lagi-lagi pabila kekuatan mental sering kali ni uji.. Namun aku acap kali ingatkan diri ini, abaikan saja ucapan, bisikan seperti itu.. Kerana itu hanyalah godaan Syaitan yang cuba melemahkan semangat aku.. Namun adakalanya aku tetap tewas.. Tewas terhadap bisikan panggilan ke neraka.. Banyak kali aku sesali perbuatan seperti ini, namun entah mengapa kadang kala nafsu menguasai badan, lidah mengatasi akal, jiwa menakhluki hati.. Selalunya serangan demi serangan bertalu ditujukan dalam keadaan yang paling halus.. Yang mana makin aku sedari bertapa rapuhnya hati ini.. Bertapa lemahnya keteguhan diri.. Tewas dan tumpas..

Namun gagal, tewas dan tumpas tak bermakna aku pasrah dengan kekalahan.. Tak bermakna inilah penamat perjuangan jiwa ini.. Pertemuan dengan rakan baik ku selepas 8 tahun sedikit sebanyak memberikan suntikan jiwa.. Memahami apa yang aku alami walaupun dalam perspektif berbeza.. Alhamdulillah, kini, beliau bakal kembali ke pangkuan keluarga.. Pangkuan bakal suami tercinta.. Semoga dirinya dan keluarga sentiasa dilimpahi rahmat..

Aku? Entah bila, aku pun tak mampu untuk lengkapkan ayat itu.. Perkahwinan, anak kecil.. Semuanya perkara yang tiada manusia yang tak mahu.. Namun, ah.. terlalu banyak alasan dalam diri ku.. Tapi siapa lagi yang memahami diri aku melainkan diri aku sendiri.. Setiap kali aku melihat hidupku 2,3 mahupun 5 tahun dari sekarang.. Aku tak nampak diriku sebagai suami yang amanah serta ayah yang baik.. Aku cuba untuk menjadi yang lebih baik dari hari demi hari.. Namun makin besar perubahan yang ingin aku capai, makin besar ujian dan halangan yang disediakan..

Namun, aku tetap mara ke hadapan..Cuma buat masa ini, dia bukan milikku lagi.. Bila sampai masa, jika ianya jodoh antara kita.. Takkan lari gunung di kejar.. Buat masa ini, mungkin ada hikmah dan kebaikan disebalik setiap yang berlaku..

Sunday 12 May 2013

Suku Abad dah..

Post ni di post jika aku tak berjaya untuk menghupdate blog waktu aku menyambut jubilee perak tahun ni..

Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan selepas 25 tahun bernafas di bumi fatamorgana ini.. Sedar tak sedar aku dah bakal melabuhkan pelayaran percutian aku kali ini... Sekejap je 3 tahun berlalu.. Lip lap lip lap.. nanti dah 4 tahun..

Anyway, sambutan kali ini dilaksanakan dalam bentuk yang berlainan.. Kalau ikutkan urutan peristiwa sejak aku sampai ke bumi asing ini..

2010 -  sambut dengan Akak Siti Fairus dalam wayang (time tu dia leh pulak tau birthday aku, dan ajak aku tengok wayang sebab time tu memang takde niat nak sambut pun, lagi-lagi baru sampai UK) - Akak memang awesome la

2011 -  sambut dengan best fren forever dunia akhirat aku.. (Boleh pulak pagi-pagi aku bukak mata ade console PS2 tepi katil aku.. YES, aku kuno, tahun 2011 baru main PS2, tak macam orang lain kan).. Thanks Amrul, sampai hari ni aku layan Dynasty warrior bila rindu kat ko

2012 - Tahun ni dah start lain, pagi-pagi birthday ada junior datang rumah.. Lepas borak-borak dia nak b'fast kat rumah aku.. So aku masakkan la waffle untuk dia.. (Best part, dia request macam-macam without knowing hari tu birthday aku).. Sepanjang hari aku pusing-pusing Bristol.. Keeping it simple and secret from Bristolian..

2013 -  Tahun ni, aku nekad dan tekad nak keluar.. keluar untuk berkhalwat.. Bukan khalwat yang tangkap berdua-duaan tu.. Tapi menyendiri untuk mencari makna kehidupan.. Target aku untuk ke lautan Atlantik.. Pulang atau tidak, aku sendiri pun tak pasti.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Sebelum aku pergi, niat di hati untuk tahun ini, walaupun selalunya aku yang dapat hadiah untuk hari lahir.. Hari lahir aku kali ini aku nak memberi, memberi pada orang lain.. Alhamdulillah, sebelum aku tinggalkan bumi Bristol, aku dah memberi sebanyak yang aku mampu pada seramai mungkin insan.. Andai aku tak kembali.. InshaAllah kabar berita itu akan sampai juga pada mereka yang lain..

Antara perkara yang aku perlu muhasabah dan mencari sewaktu di tengah lautan:

- Kehidupan yang minimalis dan sentiasa rasa cukup dan bersyukur dengan pemberian Ilahi
- Usahakan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan
- Buangkan rasa sayang dan kasih pada manusia semata-mata bukan atas usaha mencari keredhaan Allah..

Semoga sekembalinya dari lautan Atlantik, aku dapat memahami sedikit sebanyak intipati kehidupan ini untuk meneruskan kehidupan suku abad ini..

InshaAllah

Monday 22 April 2013

Hanya sebuah fantasi..

Truth hurts.. Itulah ayat2 biasa yang aku sering kali dengar mengenai kebenaran.. Namun tak semuanya pahit dan tak semuanya manis.. Cuma kali ini, pabila aku dihadapkan dengan sesuatu jawapan pada permintaan aku selama ini.. Ianya terjawab dengan cukup indah oleh Maha Suci Allah dengan perancanganNya sendiri.. Rupanya selama ini.. Perasaan suka dan sayang yang wujud hanyalah sebuah fantasi.. Jauh benar dari rupa realiti.. Terlalu jauh.. Yang aku ingatkan indah, rasakan indah.. Haram.. jauh sekali brader.. Jauh.. Bila diletakkan realiti di sebelah perasaan fantasi aku.. Tak dapat nak di cari mana yang indah.. Mana yang sedap.. Perasaan yang diulit sebelum tidur dan sesudah bangun tu.. Takda dekatnya dengan keadaan realiti.. Takde satu pun yang seronok.. Inilah gambaran bertapa rapuhnya suatu perasaan pabila dibandingkan dengan keadaan sebenar.. Suka dan sayang.. Hanyalah satu perspektif dan pandangan manusia terhadap sesuatu perkara.. Kadangkala pabila fantasi tu melebihi dari realiti.. Kita seolah-olah akan terperangkap dalam dunia fantasi dan tak sedar akan kebenaran sebuah realiti.. Alhamdulillah, aku masih dikurniakan akal dan hati yang teguh dan kukuh untuk memperlihatkan bertapa jahilnya aku terhadap fantasi aku sendiri.. Terhadap perasaan yang aku layan saban hari.. Lagi-lagi pabila ianya sesuatu yang terlarang dan di larang.. 

Mungkin ianya fitrah manusia.. Sukakan pada sesuatu yang tak boleh dan terlarang hinggakan tidak dapaat dibezakan yang boleh, yang tidak, yang terlarang dan juga yang tersedia.. Penakulan dan pemerhatian aku pabila dihidangkan sebuah realiti seperti yang aku alami baru-baru ini menyedarkan tiada lagi perasaan sayang mahupun suka.. Selama ini peluang diberikan hanyalah atas dasar perasaan terhadap fantasi yang tak sesekali berpijak di bumi yang nyata.. Alhamdulillah, Maha Suci Allah.. Pabila aku mengimbau setiap kali aku cuba realisasikan sesebuah fantasi.. Pelbagai jenis halangan dan cabaran dihidangkan.. Allah masih sayangkan diri ini supaya tidak sesekali terjebak dalam kancah yang aku sendiri tak mampu keluar.. Lebih baik aku tidak mulakannya berbanding berhenti selepas terjebak..

Kini aku sedar, perasaan itu hanyalah sebagai pengganti kekosongan dalam hati ini.. Dan kini kekosongan itu seharusnya diisi dengan tujuan hidup.. Perancangan keperluan hidup haruslah aku landaskan berdasarkan tujuan hidup.. Zaman kini bukan lagi persoalan antara kehendak dan keperluan tetapi persoalaan antara keperluan dan tujuan hidup.. Bukanlah masanya untuk aku dibuai fantasi.. Dibuai perasaan suka dan sayang.. Mungkin jika aku pendamkan perasaan ini, sejarah hitam mungkin berulang.. Namun mungkin itu hanyalah satu mainan perasaan yang bakal mengganggu-gugat keperluan hidup lalu menyempitkan tujuan hidup..

Aku sedar akan perancangan yang aku perlu laksanakan.. Walapun aku sebagai manusia hanya mampu mentadbir hidup aku dan selebihnya terserah kepada takdir dan rezeki Allah.. Itu bukan penghalang untuk aku merancang apa di hadapan.. Pabila aku merenung ke luar jendela, melihat segenap bumi asing ini.. Aku sedar yang perancangan aku haruslah berdasarkan tujuan hidup aku.. Bukannya atas impian manusia lain ataupun harapan serta jangkaan manusia lain.. Hidup aku kerana Allah, dan kepada Allah seharusnya aku serahkan hidup ini..

Cukuplah hari ini pabila dibukakan mata aku akan perasaan suka dan sayang aku hanyalah mainan yang rapuh.. Bukan kenyataan, bahkan hanya fantasi yang sia-sia.. Jika diteruskan, ianya hanya akan mengeruhkan keadaan.. Berpijaklah di bumi yang nyata.. Kembalilah kepada sifat dirimu yang cintakan ilmu kerana Allah.. 

Ingatlah bahawa Allah mencintai hambaNya yang melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh kerana usaha bersungguh-sungguh itu lahir dari hati yang ikhlas.. Lakukanlah sesuatu dengan sebaik mungkin dan janganlah sesekali mengharapkan pembalasan manusia.. Kerana manusia itu adalah makhluk yang paling tidak bersyukur dan menghargai.. Harapkanlah kasih sayang dan belaian Allah swt.. Dambakan lah cintaNya kerana itulah sebaik-baik perasaan..

Thursday 18 April 2013

Ketenangan suatu yang indah..

Ujian.. Datang dalam pelbagai bentuk.. Setiap manusia dan makhluk Allah akan melalui fasa ini namun setiapnya akan diuji dalam keadaan yang sungguh unik.. Bagiku, dari tahun ke tahun sejak aku memulakan kembara percutian ini, ujianku cukup jelas.. Untuk mengekalkan ketenangan dalam hatiku.. Setiap saat dan detik, ketenangan jiwaku cukup diuji.. Menjentik hatiku untuk berubah secara rasional mahupun tidak.. Aku sedar tanpa ketenangan, rasional pemikiran aku akan tercabar dan banyak perkara yang kurang enak dan tidak elok akan berlaku.. It will be like a ripple effect.. 

Dan... Alhamdulillah, Maha Suci Allah.. Setiap ujian membawa aku dekat kepadaNya.. Macam-macam ujian diberikan yang menggetarkan ketenangan yang ditanam dalam diriku.. Dari ujian material, kewangan sampaikan ke manusia, perasaan dan sebagainya..

Antara buku yang baru aku menelaah baru-baru ni bertajuk "Nota hati seorang Lelaki".. Alhamdulillah, cukup indah pemilihan buku yang dihadiahakan oleh ibu bapa ku.. Seolah-olah mereka boleh meneka perlunya aku buku ni sebagai panduan dalam mendekatkan diri pada Allah.. Banyak pengajaran yang aku perolehi dari buku ni.. Antaranya:

"Perasaan adalah rapuh, pemikiran merupakan sesuatu yang teguh dan hati akan kekal teguh.. Maka lawanlah.. Lawanlah perasaan yang rapuh itu"

"Memberilah sesuatu sebelum ingin menerima sesuatu.. Dan pemberian terbesar apabila memberi tanpa terdetik mengharapkan penerimaan.. Berilah kerana Allah.. Kerana Allah menyuruh hambaNya untuk memberi.. Berilah kerana Allah"

InsyaAllah selain usaha untuk terus-menerus memberi dalam pelbagai bentuk.. Aku cuba untuk didik diri ini agar dapat kekalkan solat jemaah hampir setiap hari.. InsyaAllah sekurang-kurangnya 3 kali sehari.. Walaupun baru beberapa hari baru aku laksanakan pemberian secara rawak (random) dan juga solat berjemaah hampir setiap solat wajib.. Alhamdulillah, ketenangan hati ini cukup indah.. Sampaikan rakan-rakan sekerja tersenyum sambil berkata "The Zamir we knew is back.. The Fun, Cheerful, Happy Go Lucky and Enthusiastic is back".. Tak sangka, selama aku dalam keadaan keliru dan kecamuk, sikap aku terhadap mereka turut berubah.. Alhamdulillah Maha Suci Allah kerana mengembalikan ketenangan ini pada diriku.. Semoga dengan ketenangan ini, aku mampu cambahkan dan ceriakan hidup manusia-mansuia lain..

Hidup ini kena sentiasa memberi.. Tangan yang memberi lebih seronok, lebih gembira.. Lagi-lagi pabila setiap pemberian itu diberikan kerana Allah dan juga disulami dengan perasaan kasih sayang.. Berilah walaupun hanya sedikit.. Berilah pada sesiapa jua.. Berikanlah pada yang memerlukan.. Berikanlah jua pada yang masih selesa.. Semoga dengan pemberian ini, ianyakan akan menjadi ripple effect.. InsyaAllah..

Wednesday 10 April 2013

Dilemma tamatnya percutian..

Makin aku menulis.. makin laju jari-jemari ini mula menaip.. Aku sedar dan aku akur.. Kenapa tahap saturation terlalu cepat berlaku.. Terlalu singkat masanya untuk aku berada dalam keadaan tepu.. Bukan kerana ketandusan idea mahupun susahnya untuk mencernakan sesautu bahan.. Dengan izin Allah, being me, aku diberikan nikmat untuk berfikir dan menganalisa sesuatu perkara secara tuntas sekiranya aku dalam keadaan tenang dan perkara tu dalam ruang lingkup kepakaran aku sendiri.. Namun, kini antara dilemma yang ada dalam diriku.. Hanya satu.. apa selepas ini.. Apa yang aku inginkan.. 

Adakah aku perlu pulang ke Malaysia secepat mungkin ataupun terus menimba ilmu di bumi asing.. Jika aku perlu kembali ke Malaysia, ke mana hala tuju seterusnya? IPTA? IPTS? Syarikat sendiri ataupun korporat di luar sana.. Dan jika aku tak nak kembali ke Malaysia buat masa terdekat ni.. Mana pilihan hati? Bristol? Europe? Australia or even US?.. Aku tak dapat nak tetapkan keputusan sekarang,, It is so not me.. 8 tahun yang lalu aku dah tahu aku nak buat percutian ni.. 5 tahun yang lalu aku dah tahu aku nak buat di mana dan dengan sapa.. Dan sekarang aku sendiri tak pasti di mana hala tuju hidup aku..

Is there any possibility for me to just do a simple job and be satisfied with it? Makan gaji and never dreamt big? Enjoying my remaining days? Seolah-olah aku takde impian dan cita-cita selepas tamat percutian kali ini.. Orang asyik cakap boleh la ko menang hadiah Nobel nanti tapi tak pernah pun aku jadikan itu sebagai impian.. Ada yang cakap, nanti bolehlah buat itu dan ini menang award itu dan ini macam mentor-mentor aku.. Yet aku tak pernah letakkan pencapaian sampai ke tahap tu.. Semua yang aku buat selama ni hanya atas dasar aku seronok bermain-main dalam makmal sambil menghiburkan hati aku.. Aku hanya seronok untuk dapat peluang berfikir dan sejauh mana aku boleh fikirkan sesuatu perkara..

By doing business recently, aku dapat tahu dan dapat rasakan jiwa aku bukannya ke arah itu.. Maaf jika jawapan ni mengecewakan pelbagai pihak.. Aku enjoy buat benda tu sebab aku dapat peluang untuk befikir dan manfaatkan teknik-teknik berfikir yang aku amalkan dan improve ke suatu tahap yang baru.. But when money concern, I'm out of the picture.. Duit dan harta benda memang indah tapi bukan sumber motivasi aku untuk teruskan hidup.. Mungkin kalau aku end up buat kerja gaji RM2000-3000 lepas habis percutian ni, orang akan cakap aku gila kot..

Aku tak pernah dihidangkan dengan kemewahan tanpa dihadapkan dengan hutang-piutang sebagai penimbal balik.. Kebanyakan kemewahan yang aku kenal, bukan diajar oleh keluarga aku sendiri.. Ianya datang dari unsur dunia luar yang aku seharusnya mampu kawal dan usir keluar apa yang tak patut.. Ingat lagi bila aku katakan 4 tahun yang lalu baju kemeja RM50 dan seluar slack RM40, mahal kot.. Even sekarang bila jeans lebih dari £20 aku dah anggap mahal dan baju yang lebih £5 dah kira mahal.. Aku sentiasa hidup dalam keadaan yang mengingatkan aku untuk tidak membazir dan hargai apa yang aku ada..

Maka seharusnya gaji dan harta benda bukan ukuran untuk aku memilih hala tuju hidup aku.. Aku yakin dan percaya ramai yang tak akan setuju dengan pendapat yang sebegini.. Bila aku fikir macam ni, membuatkan aku ralat dan rasa bersalah untuk pulang ke Malaysia.. Sebabkan kawan-kawan baik aku dah menanti untuk aku kembali ke Malaysia for me to run a company.. Yet aku tak rasa tu jiwa aku.. Aku tak rasa aku boleh jadi orang korporat with the ties and shirts.. Meeting people for these and that.. Aku lebih rela duduk dalam makmal and mind my own business.. Indulge in my own world..

Apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup ni? Kalau itu pun aku tak boleh jawab.. Sampai bila-bila aku tak boleh nak move on.. Tak boleh nak melintasi garisan penamat yang sebenarnya 100m je dari hidup aku ni... 

Tuesday 9 April 2013

Tepung dah..

Baru beberapa hari yang lalu aku mulakan penulisan untuk menamatkan percutian aku.. Sedar tak sedar percutian hujung dunia ni mungkin akan sampai pada penghujungnya.. Cuma entah bila.. Hahahaha.. baru beberapa hari aku dah tepu tahap cipan.. Nak keluar satu dua ayat pun makin payah.. Padahal baru 2000 words.. Nak kira baru 5% kot.. Kalau dah 95% aku nak tepu tu aku faham la.. Macam mana la nak siapkan dalam masa 6 bulan kot..Takpe-takpe, start slow.. In sha Allah lama2 jadilah bukit kan..

Monday 8 April 2013

Minggu ke-2

Hoyeah.. Alhamdulillah, minggu ke-2 menulis ni.. Idea masih berjalan lancar.. Dapatlah tulis dalam 1700 patah perkataan sekarang ni.. Esok sambung tulis lagi sikit sebanyak.. Buat masa ni tak masuk full momentum lagi.. Tulis lite-lite jer dulu.. Tak nak bagi pressure badan.. Bagi rehat otak dan tak nak over burden kan.. InsyaAllah rezeki tu dah tertulis sejak azali lagi.. Yang penting berusaha ke arah tu..

Cuma.. ada benda bermain di fikiran aku.. Aduhai, yang tak sedap plak orang dah start buat cerita.. Bukan apa, aku kalau benda macam ni.. Malas nak bising-bising.. Lagi-lagi benda ni bukan jadi pun.. Lagi-lagi bila berbicara pasal hati dan perasaan.. Buat masa ni taknak fikir sangat.. Sebab dari dulu memang aku selalu lebihkan tanggungjawab aku yang hakiki berbanding fitrah manusia tu sendiri.. Entah macam mana aku boleh jadi macam tu pun aku tak tau..

Dan ada yang cakap aku ego.. Malah ada yang cakap aku ada tendency untuk jadi heart breaker.. Sebab nak tak nak ada la sejarah lampau yang aku secara tak sengaja lukakan hati insan lain secara aku tak sedar... Mungkin sebab aku bagi mixed signal ataupun apa2 cara lain la kan.. Yup, aku mengaku ada salah aku jugak.. So bila aku tak sure.. Memang sampai bebila pun aku takkan start initiate pape step.. 

Bak kata ada akak-akak ni la.. Aku bukan jenis nak memain.. nak test sana test sini.. Sebab aku pun rasa takde point nak memain.. Bak kata Julius Caesar kan.. I see, I like, I conquer.. Tapi bila dah 6 tahun takde komitmen dan selama ni aku uruskan banyak benda sendiri.. Kekadang tu sampai tahap aku tak jumpe side untuk lengkapkan apa yang aku takde.. Dan bila kat UK ni plak.. Banyak unsur bersyukur dengan apa yang ada.. Makin meminumkan kehendak aku dalam pelbagai perkara..

So untuk aku mula suka tu makin susah.. Tapi tak mustahil.. Cuma bila dalam keadaan yang aku tengah fokus untuk tamatkan segala-galanya.. Makin menyulitkan keadaan.. Namun ianya tak mustahil..

Cuma yang aku tak gemar kalau orang dah start buat cerita.. Sebab aku tak ada yang terluka sebabkan benda-benda macam ni.. Haih, aku rasa post kali ni memang penuh dengan keegoan kot.. Terlalu ego untuk admit and initiate the first step.. Cnfirm ada je yang nak cakap kat aku, ko ni laki kot.. So man up.. and bla bla bla.. Haha.. Mana ada manusia sempurna kan.. So kalau nak tgk flaws aku, here you go.. N kalau nak tengok ego aku kat mana.. Dah tau kan.. So takde manusia yang sempurna dan tak de lelaki yang tak de ego.. Hahahaha.. Aku dah start merepek sebab banyak sangat fikir pasal nak tulis apa esok dalam word document aku nih..

Anyway.. tengok lah macam mana.. dan seperti biasa aku doakan apa yang terbaik untuk aku.. Sebab semua benda pun dah ditetapkan sebelum aku lahir.. Yang penting jangan putus berdoa, usaha dan lepas tu tawakal.. Semua perkara atas kehendak-Nya.. Dan kalau Dia dah kata Jadi, maka Jadilah ia..

Tak guna nak fikir panjang-panjang.. Nak buat itu ini.. Hati dan perasaan ni dibawah kawalan yang Maha Suci.. Bila-bila masa dia boleh cuit, jentik dan balikkan hati ini dalam pelbagai perkara.. So, nak risau buat ape kan..

Wednesday 3 April 2013

1st day..

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 1096 hari aku bertapak kat negara asing ni.. Kalau nak bahasa mudahnya dah 3 tahun dah aku kat sini.. So kiranya hari ni 1st day aku sampai Bristol 3 tahun yang lalu.. Begitu singkat masa berlalu.. Sepanjang perjalanan percutian ni.. Macam-macam liku kehidupan yang aku lalui.. Dari budak berhingus.. Hingus meleleh sampai ke lantai sampai la jadi budak-budak yang hingus dia meleleh tahap pipi jer.. 

Hari ni aku bangun dalam keadaan yang sungguh aman.. Sambil makan roti-bakar-telur-tiga-suku ala-ala lorong kulit kat Pulau Pinang.. Aku mulakan hidup aku dengan ucapan Alhamdulillah.. Inilah masa yang aku nanti-nantikan.. 6 bulan terakhir yang bakal mengubah hidup aku untuk kali yang ke berapa kali, aku pun tak pasti.. Cukup aman.. Rasa lega dan lapang hati.. Semuanya keranaMu Ya Allah..

Sampai di sekolah, dapat dua email.. Satu dari Arizona, satu dari Melbourne.. Alhamdulillah, kedua-kedua bertanya khabar dan bercerita mengenai kajian-kajian yang masih berlangsung.. Lega aku mendengar data-data terbaru.. Rasa bersyukur sangat bila kolaborasi baru dari Aussie di samping yang dah sedia ada di US.. Bukan senang untuk menggalas amanah ni namun Allah memilih aku atas sebab yang dia sendiri ketahui.. Alhamdulillah..

Hari ni jugak hari pertama untuk aku mulakan penulisan aku secara rasmi.. Alhamdulillah, 800 patah perkataan berjaya aku tulis untuk hari ini.. Walaupun tak banyak.. dalam 5 muka surat yang berjaya aku tulis.. Ianya cukup baik untuk permulaan kali ini.. Walaupun aku tahu banyak yang perlu diperbetulkan.. Namun ianya cukup baik untuk permulaan.. Sebak pun ada, tak sangka aku boleh tulis.. Selama ni aku rasa susah dan sukar.. Namun jari-jemari ni tetap menekan papan kekunci untuk mengeluarkan satu per satu patah perkataan.. Alhamdulillah segala puji buat dirimu..

Mungkin persediaan aku sepanjang hujung minggu ni.. In sha Allah bakal membuahkan hasilnya.. Bila aku menerapkan yang aku kene tulis.. Setiap pagi petang siang dan malam.. Hanya tulisan yang memenuhi minda aku.. Asyik aku teringat cerita untuk bab ini, cerita untuk bab itu.. Fikirkan ayat apa untuk letak situ sini.. Dan gambar ni nak letak mana.. gambar tu nak touch up macam mana.. Alhamdulillah, bila aku fikirkan setiap masa, Allah bukakan hati aku untuk mula menulis.. Rasa lancar semasa aku menulis.. Ya aku tahu, penulisan aku tak sempurna namun ianya sebuah permulaan.. In sha Allah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Bermula dengan 800 perkataan.. dalam sebulan in sha Allah tak mustahil jadi 20 000 malahan 30 000 tak mustahil dengan kuasa Mu Ya Allah..

Ini hari pertama, aku tahu masih jauh perjalanan ini.. Namun akan aku hadapi setabah mungkin.. Semoga hari ini akan terus tenang.. Begitu juga hari-hari yang lain.. Semoga diriku semakin tenang dari hari ke hari..

Monday 1 April 2013

Keindahan sukar dikekalkan..

Berhentilah berharap pada makhluk ciptaanNya kerana ciptaanNya tak pernah kekal.. Berharaplah pada pencipta mereka kerana Dia akan kekal selamanya..

Itu yang aku cuba terapkan dalam minda aku sejak dua menjak ini.. Bukan niat aku untuk menolak perasaan kasih dan sayang.. Aku tahu diulit perasaan seperti itu cukup indah.. Namun keindahan itu sukar untuk kekal.. Kerana bagiku.. bagi diri ini yang tidak seperti manusia lain.. Yang hala tuju hidupnya entah ke mana.. Yang mana garisan hidupnya kekal menjadi misteri.. Untuk dirinya menerima nikmat keindahan ini.. belum tiba masanya.. Baginya keindahan ini bagaikan layar putih yang cuba memerangkap dirinya agar tidak keluar mencari diri dan identitinya yang sebenar..

Sebab pabila semuanya cantik, semuanya indah, semuanya selesa.. Aku akan terperangkap dalam konsep bersenang-lenang dan kaki ini tidak lagi digunakan seperti sebelumnya, tangan ini makin jarang digunakan seperti sebelumnya dan akal ini makin kurang geraknya seperti sebelum ini..

Aku tahu cabaran yang akan bermula kurang dari beberapa hari ini merupakan antara terbesar dalam hidup aku.. Masih jelas dalam ingatan aku.. Banyak yang aku lontarkan mengenai tarikh keramat 3 April 2013.. Semua kata-kata yang dimulakan.. "Lepas 3 tahun aku jalani kehidupan ini..." dan semua ungkapan yang aku gunakan dengan permulaan Lepas 3 tahun nanti.. semuanya menjurus pada tarikh keramat ini.. Tarikh ini cukup kuat implikasinya.. Kerana sejak aku di awal peringkat Sarjana Muda, ayat Lepas 3 tahun ini sudah berada di hujung bibirku.. Cukup besar makna ayat ini, lagi-lagi bagi aku yang cuba menunaikan apa yang aku cakapkan..

Bagi aku yang memang dari dulu lemah dalam bab penulisan dan bahasa Inggeris.. Ini merupakan cabaran yang cukup-cukup besar untuk aku laksanakan.. Lagi-lagi ianya merupakan penulisan akademik pertama aku yang akan mencecah puluhan ribu perkataan.. Puluhan ke ratusan gambar serta graf yang perlu dimuatkan..

Aku tahu ianya akan mengubah perspektif hidup aku selepas aku melaluinya.. Namun selepas bukanlah isu yang perlu aku gusar atau risaukan.. Cuma satu perkara yang pasti.. Yang perlu aku ketahui, adakah aku akan lalui semua ini secara bersendirian dan berseorangan.. Ataupun aku perlukan teman untuk mendampingi sewaktu saat jatuh bangunku.. Sewaktu aku di bawah mahupun di atas.. Sebab ramai yang aku kenal dan lihat memerlukan pelbagai support system bagi melalui fasa ini.. Dan di sinilah perbezaan paling ketara bagi mereka yang masih bujang dan yang sudah berumah tangga.. Jangan terkejut ramai rakan dan kenalanku yang aku lihat pabila mereka melalui fasa ini, mereka turut mendirikan rumah tangga.. Atas alasan apa aku sendiri tak pasti namun aku yakin dan percaya, faktor berada dalam fasa ini sedikit sebanyak membantu dalam menimbang tara keputusan mereka untuk mendirikan rumah tangga..

Dan bagi yang bujang ada di antara mereka putus cinta dan sebagainya kerana tidak sehaluan sewaktu dalam fasa ini namun tak dinafikan ada hubungan yang bertambah intim dan akrab selepas melepasi fasa yang cukup singkat tempohnya tapi cukup panjang laluan liku-likunya..

Bagi aku? Aku tak pasti apa yang akan jadi dan apa penamatnya.. Cuma, kalau aku dapat laluinya secara berseorangan, ianya cukup menakutkan.. itu yang pasti.. Namun to overcome your fear, you have to face it head on.. Kalau aku berjaya, ianya merupakan permulaan fasa hidup yang baru.. Jika tidak? aku tak nak fikir ke arah itu buat masa ini.. 

Tersenyum aku taktala membaca komen dari kawan ku yang masih mengharapkan diri ini masih "witty" dan "optimistic" seperti 8 tahun yang lalu.. In sha Allah, akan aku cuba kekal optimistik dalam setiap tindakan aku.. Kerana dengan sikap itu, aku mampu mempengaruhi ramai orang untuk terus maju dalam hidup mereka.. Dan tak mustahil ianya juga dapat turut membantu dalam meneruskan percutian aku kali ini..

Support system? Secara jujurnya untuk fasa kali ini, none.. yup, none to be honest.. Semua perajurit-perajurit dan srikandi-srikandi yang sentiasa berada di sisi aku telah pulang, telah kembali kepada tugasan dan hak mereka.. Sebab itu aku katakan ianya merupakan perjuangan paling besar yang akan aku alami kerana, ianya antara diri aku dan ketakutan aku sendiri tanpa sebarang penasihat ataupun bala tentera untuk membantu aku..

It will be my battle, the battle that never been fought before.. The battle that will determine whether a legend will be born or an ordinary man will kneel to his fear and be consume by dark negativity.. The battle that will last for as short as 6 month or as long till death open its own door..

In sha Allah it will be fine.. Selagi aku berserah dan berharap pada Allah yang menciptakan aku.. Pencipta segala isi langit dan bumi.. Selagi ianya kerana Allah dan untuk kebaikan makhluk-makhluknya.. In sha Allah, Dia takkan sesekali meninggalkan sisi hambanya yang sentiasa mendambakan kasih sayang dan keredhaanNya.. Semata-mata kasih sayang dari-Nya dan bukan dari makhluk-makhluk ciptaan-Nya..

Sunday 31 March 2013

Tiada lagi rasa Cinta, Sayang dan Suka..

Sedar tak sedar esok dah bulan April.. Bulan Ampat ooo.. Ingat lagi 3 tahun yang lepas time ni tengah kemas-kemas bag.. Beli apa-apa bekalan yang patut untuk bawak datang negara bertuah ni.. Bertuah ke? Pandai-pandai la korang analisis sendiri (bajet ada reader la kat blog yang tahap suam-suam kuku ni).. Anyway, tanggal 3 April menandakan permulaan percutian aku yang penuh dengan dugaan dan cabaran.. Kalau nak tengok balik, kebanyakan dugaan tu memang payah dan pahit waktu alami tu.. Namun bila tengok balik apa yang aku dah lalui tu tak de la teruk sangat.. Bajet dah kuat la lepas hadapi cabaran yang kecik cenonet tu.. Padahal time kene dulu tu meraung, menangis tak berlagu.. Anyway semua dugaan tu buat aku jadi lagi tabah.. So kalau nak di review semua dugaan tu lebih kurang macam ni la bunyi nyer.. 

1st year semua sampel kene tolak tepi sebab lepas setahun buat keje, baru perasaan sample aku tu contaminated by cotton buds.. Arghhh sapa sangka dalam cotton buds ada lithium.. Dan lithium tu lagi banyak dari apa yang aku cuba masukkan dalam diamond aku selama ni...

2nd year plak dengan bangganya aku buktikan yang aku nyer experimental background tak telly dengan teori berdasarkan theoretical simulation aku.. Fhuh yang ni memang terbaik sebab aku sendiri cakap diri aku salah dan waktu tu siap feeling bazir je keje aku dua tahun ni sebab macam buat keje sia-sia..

3rd year pulak setakat ni cuma untuk dapatkan data dari reaktor terakhir yang tak berjaya dibina-bina namun Allah tu Maha Besar.. Trip ke Arizona tu membuahkan hasil yang sangat besar dan walaupun tak membuktikan teori 2 tahun lepas namun membuka skop baru untuk membawa teknologi berlian ni ke tahap yang berbeza..

So minggu depan masuk dah 4th year.. Bila nak habis? aku sendiri pun tak pasti tapi 3 April sebagai petanda untuk aku mula menulis.. Walaupun masih banyak data yang tak cukup tapi aku nekad untuk tulis.. Tapi bila aku masuk fasa menulis.. It will not be fun.. Aku sendiri tahu kenapa.. Bila aku dah masuk fasa ni jangan la ada sapa nak ngade-ngade gedik ke ape kejadah ke kan.. Sebab dalam fasa ni tahap toleransi aku memang kat tahap minimum ar.. Tahap kesabaran pun turun giler-giler nyer.. So boleh cakap no more mister nice guy kowt..

Skang ni senang giler rasa agitated.. annoyed and cannot go with people.. Aduhai.. Hahahha... Ntah macam mana bila pandang muka sorang-sorang hilang terus perasaan suka, sayang dan sebagainya la... Macam dah tertutup hati dan perasaan ini untuk rasa suka dan sayang.. Mungkin sebab otak aku sendiri pun dah fokus untuk benda lain.. So bila dah tengok manusia lain tanpa perasaan kasih dan sayang.. Memang sayonara ar.. Apa orang buat sikit semuanya salah.. semuanya silap.. Manusiakan.. Yes aku admit aku tak sempurna, aku ada banyak kelemahan.. Jauh benar dari sifat-sifat mulia seoran manusia..

Tapi ini yang aku perasan, bila dah takde perasaan kasih dan sayang.. Perkara yang selama ni aku tak kisah, yang aku pertahankan yang aku tolerate.. Semua aku tak boleh terima dah.. Dulu aku tak kisah korang buat macam kat aku.. Pijak kepala sampai kan.. Ataupun bila dah jadi macam ni baru aku nampak perkara sebenar kot.. Baru nampak bertapa bodohnya aku untuk bersabar selama ni dan dipergunakan selama ni.. Terhegeh-geheh buat benda ni buat benda tu.. Korbankan itu ini.. Demi apa? aku sendiri pun tak tau.. Bila tengok sekarang ni, bukan aku dapat pape pun.. (Giler tak ikhlas selama ni.. rosak-rosak).. Bukan lah, bukan aku nak mengungkit, cuma aku rasa banyak senagat benda bodoh yang tak masuk akal aku buat bila aku buat semuanya berlandaskan perasaan kasih, sayang dan suka.. 

So bila dah jadi macam ni, kiranya kene muhasabah diri ar.. Jangan nak buat keje membabi buta jer.. Sebab baik sangat pun susah gak.. Senang sangat orang nak pergunakan.. Pengajaran... pengajaran..

Saturday 30 March 2013

Ultimatum

Bapak lama aku tak tengok blog ni.. Abis dah sawang sana sini.. Ok lah, bukan apa.. Bila aku lama tak tulis blog ni ada beberapa possibility je kenapa.. Satu sebab kehidupan yang sangat hectic (tipu-tipu).. Tak pun sebab takde idea aku nak cerita atau gosipkan (mungkin jugak kan).. Ataupun aku nyer emosi dalam keadaan stabil yang tak perlukan aku untuk meluahkan bagai dalam blog (cukup lah jerit sorang2 dalam kolam renang.. Kuang kuang kuang)...

Rasanya gabungan tiga sebab kat atas tu yang buatkan aku dah lama tak menulis.. Banyak gak yang aku nak ceritakan dalam blog ni.. Tapi sebelum tu aku citer sket pasal kisah Ultimatum.. Yup, aku rasakan betul la apa member-member lama aku cakap.. Aku ni baik sangat (bapak poyo ayat), kan orang dah pijak kepala.. So... here we go.. the Ultimatum.. Your're wasting my time and to be honest, you're not worth my time.. Or in short your're dead to me.. Nice kan.. Ayat penuh emosi bagai.. sampai nak you're dead, you're dead.. Tapi aku rasa this is the limit.. The line that I should draw and stay behind it.. Aku akui ada gak silap aku sebab paksa dalam beberapa benda tapi.. skang ni lantaklah.. Macam ayat biasa mak aku.. Anak orang, bukan anak aku.. Kalau anak aku, lepas kene slow talk, pastu pep talk.. Then tak jalan gak baru aku sepak terajang flying kick.. Memandangkan ni anak orang.. Let it be.. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.. So let me sit back and enjoy their destruction.. Aku rasakan even kalau aku cakap I told you so pown dan terlebih baik.. So, forget about it.. baik aku amik popcorn ke, nasi lemak ke, char kuey teow ke.. Makin sambil melihat nakhoda kapal tenggelam bersama-sama kapal keegoan masing-masing..

Sedangkan Nabi Nuh yang seorang Nabi tu pun dah berusaha pelbagai cara tak dapat nak selamatkan anak dia.. Inikan aku pulak, manusia yang penuh hina dan bergelumang dengan dosa untuk selamatkan manusia lain yang tak ada 10% pertalian darah dengan aku.. So up until now, I've tried my best.. So this is it.. Tapi aku nak letak jugak remark ni.. Korang dah kira bernasib baik la.. Kalau ikutkan budak-budak sebelum ni dah lama dah aku slam the door in your face.. Tapi korang aku bagi jugak satu, dua, tiga peluang.. Yet sampah tak jalan gak..

Bukan aku nak cakap aku the best dan terbaik sebagainya.. Yes, aku pun tak sempurna dan banyak silap.. So dengan keegoan aku, I'm closing these doors dan takkan bukak-bukak balik.. Mark my words.. Ini janji aku pada diri aku sendiri.. 

Korang nak berjaya ke, nak tertonggeng ke, telanjang ke.. Lantak korang la... Itu hak korang, itu life korang.. I'm just gonna be the people that pass by while walking in the park.. No more sweet advise or even harsh advise.. No more concern thought or even the slightest thought at the back of my head.. Rasanya banyak lagi insan lain yang berhak untuk aku sumbangkan tenaga dan juga segala yang ada.. Banyak lagi insan yang lebih memerlukan.. (In fact mungkin I'm not needed in the first place dan aku jer yang terhegeh-hegeh bajet di perlukan)..

Better focus on my precious and myself.. Lagi bagus, aku happy.. dan tak susahkan hidup sesapa..

Wednesday 27 February 2013

Mutiara yang hilang..

Alhamdulillah.. Dalam sepanjang tempoh 20 hari selepas post aku yang lalu.. Banyak yang berlaku, banyak yang aku selami dan makin banyak yang aku kenal diri ini.. Banyak masa yang aku luangkan untuk mendengar permintaan dari diriku sendiri.. Mula menyayanginya sebagaimana dia berhak untuk disayangi.. Hampir sebulan aku hidup di padang pasir ni.. Macam-macam yang aku rasa dan kecapi serta nikmati.. Selain cuacanya yang jauh berbeza dari England mahupun Malaysia, banyak yang aku cuba nikmati dan kekalkan ia sebagai memori sepanjang hayat..

Padang Pasir yang tandus ni banyak mengajar aku erti kehidupan secara tak langsung.. Aktiviti panjat memanjat gunung setiap minggu membuka ruang lingkup baru dalam kehidupan ku.. Membuatkan aku berfikir lebih banyak akan hala tuju hidup ku dan sumbangan aku pada masyarakat kelak.. Secara kasarnya aku berjaya, Alhamdulillah, berjaya untuk aktifkan balik fungsi asas akalku sebagai diari dan log book.. Untuk pastikan aku menyusun dan mengatur perancangan hidup aku dengan lebih teratur.. Fully optimised setiap masa setiap saat.. Terus update bila ada pape perubahan yang berlaku dalam sesuatu masa..

Kawalan emosi pun dah semakin baik.. Bila aku berikan masa dan ruang lingkup untuk diri aku meluahkan segalanya.. Ianya membawa kepada perubahan yang lebih baik.. Dan reaksi yang ditunjukkan dalam setiap cabaran dan permasalahan pun berubah.. Perspekstif melihat sesuatu perkara dilihat dari ruang yang berbeza..

Dan yang paling penting aku rasakan.. Aku mula menghargai potensi diri aku.. Selepas sebulan di sini.. Aku alami pelbagai transformasi.. Dari seorang ahli kimia, kini aku boleh berbicara sebagai seorang ahli fizik dan tak mustahil sebagai seorang jurutera dalam bidang-bidang tertentu.. Bila aku mula mengiktiraf diri aku sendiri, potensi yang lama terpendam mula menonjolkan diri yang selama ni segan silu..

Aku rasakan sebenarnya semua manusia sama jer.. Bila diberi peluang, InsyaAllah ianya mampu menonjolkan potensi diri masing-masing..

Semoga perubahan yang positif ni dapat diteruskan dalam memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan ummah demi membina masa depan yang lebih cermerlang untuk semua pihak..

Friday 8 February 2013

The End...

Rasanya dah tiba masanya untuk aku hadapi semua ini.. Bila aku lihat kitaran hidup yang seolah-olah tiada penghujung.. Aku terpaksa akur dan terima tanggungjawab serta amanah ni dengan hati terbuka.. Bukan masanya untuk aku berlagak seperti anak kecil di pentas dunia.. di persada benua.. 

Dah selesai aku lepaskan semuanya.. dan kini aku rasa dah tiba masanya untuk aku lepaskan diri aku dari belenggu perspektif manusia.. Lepaskan diri aku untuk terbang bebas memahami erti kehidupan melalui kaca mata aku sendiri.. Bak kata rakan-rakan serta akak-akak yang sentiasa menemani diri ini sehingga ke saat ini.. It is about the journey and the process.. Dan setelah aku lepaskan semuanya.. aku dah makin nampak dan kenal diri aku yang sebenarnya.. Insan yang ingin hidup seadanya namun sebebas mungkin menebarkan sayap ilmunya..

Duit bukan ukuran.. harta benda apatah lagi.. Semua tu selama ni 'peer pressure' dari persekitaran.. Mungkin ini yang terakhir aku pun tak pasti.. Selepas ni sikit demi sikit digital fingerprint aku akan berkurangan.. Bukan niat untuk menghilangkan diri.. Bukan niat untuk mengundur diri.. Cuma ini yang terbaik buat masa ini.. Dalam proses aku memahami diri aku sendiri.. Dalam proses untuk mematangkan diri.. Lebih elok untuk kata-kata itu aku luahkan pada diriku.. Berbanding aku terus coretkan di sini ataupun mengharap perhatian di ruangan yang lain..

Aku kene kuat dan tabah hadapi semua ni.. Aku kene cekal dan teguh melihat jauh ke hadapan.. Aku kene berdiri teguh melawan arus perubahan.. Kerana aku bukannya insan yang berubah mengikut zaman.. Aku bukannya insan yang seharusnya selari dengan arus permodenan.. Bukan harta dan wang ringgit yang aku impikan.. Bukan mahligai istana yang bakal membuatkan aku tidur lena..

Sebelum aku mengundur diri.. Ku pinta kemaafan dari semua.. Sama ada aku tersilap kata mahupun perbuatan.. Secara sengaja mahupun tidak.. Ampunkan insan lemah bergelar Zamir Othman...

Till we meet again.. Assalamualaikum..