Pages

Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Monday, 13 January 2014

Life is unexpected..

Jika diimbau antara prinsip awal dalam kehidupan yang aku caknakan ini, antara yang paling mudah diungkap namun paling sukar dicerna ialah:

"Hope for the best & Prepare for the worst"

Aku tak nafikan ianya membawa kepada situasi yang cukup, cukup ekstrem.. Aku rasakan kerana prinsip ini juga aku memula memupuk sifat reaksi ekstrem dalam menilai sesuatu perkara.. Yang mana dalam masa beberapa detik aku kena mula menilai dan memberi pandangan pada diriku mengenai laluan hidup yang aku rasakan terbaik.. Ala-ala, split second decisions for multi-path adventure la.. (Okay, complex)..

Sedar tak sedar, dalam hidup aku semuanya berjalan lancar.. Bukan lancar seperti yang aku rancangkan.. Cuma lancar mengikut kehendak Allah swt.. Alhamdulillah, bila aku melihat jalan yang aku telusuri, aku bersyukur.. Hidupku cukup senang dan cukup mudah.. Semuanya dipermudahkan.. Seolah-olah aku tidak pernah rasa sukarnya hidup ini.. Aku mempunyai keluarga yang menyayangi dan sentiasa mendidik diri aku untuk menjadi lebih baik.. Sistem pendidikan yang dilaksanakan juga banyak berpihak pada diriku.. Hidup di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti berlalu begitu sahaja.. Keputusan akademik dalam keadaan baik dan tiada masalah.. Hubungan dengan kawan-kawan dan tenaga pendidik berada dalam keadaan yang cukup bermanfaat.. Setelah tamat alam universiti di Malaysia, aku diberikan peluang untuk melihat dunia luar dan memulakan perjalanan ni bumi Bristol.. Semuanya indah-indah belaka.. Alhamdulillah, syukur pada Allah swt kerana memberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah..

Jika aku nak bandingkan dengan insan lain.. Yang mana makan minum pun tak pasti.. Tempat untuk bermalam pun entah di mana.. Belum lagi yang sudah tiada ibu dan ayah.. Tidak berpeluang belajar.. Tak kira sama ada dalam atau luar negara.. Tidak mengetahui alam dan dunia ini cukup indah.. Jika dibandingkan dengan mereka semua.. Kalau aku masih tak bersyukur.. Sejauh mana kekukufuran aku pada nikmatMu Ya Allah.. 

Ini antara perkara yang aku acap kali fikirkan.. Adakah kerana aku cukup lemah dan tak bersedia untuk diuji.. Maka hidupku cukup mudah.. Kerana bila dibandingkan dengan ujian kanak-kanak lain.. yang berada di negara-negara miskin.. Yang tak kenal siapa ibu mereka, siapa ayah mereka.. Lemahnya diri aku kerana aku tahu Allah swt hanya sediakan cabaran atas kapasiti manusia itu sendiri..

Bila memikirkan keadaan ini aku terus terduduk diam.. Fikirkan, sejauh mana kekuatan aku dalam menghadapi dugaan.. Sejauh mana aku boleh letakkan kepercayaan pada Allah jika ujian seperti itu datang menghinggap..

Namun, dalam perspektif lain aku nampak ini sebagai ujian untuk diriku.. Untuk aku berdiri hidup senang dan pada masa yang sama aku sedar akan kesusahan orang lain.. Maka ianya satu bentuk ujian padaku.. Sejauh mana aku betul-betul kisah dan mahu membantu atau aku akan tewas dan menjadi manusia yang pentingkan diriku sendiri..

Setiap nikmat yang aku ada.. Akan dipersoalkan satu per satu.. Dari syiling sekecil 1 sen sampai la Xbox 360 Star Wars Edition (Mampus aku nak jawab kalau yang ni kena soal).. Yang ni baru harta fizikal.. Belum lagi harta intelek dan anggota badan yang digunakan dini hari.. Nikmat mana yang akan aku terus kufurkan? 

Ini secara tak langsung membawa pada keadaan worst case scenario.. Semua orang selalu fikirkan akan worst case scenario adalah kegagalan.. Namun, ramai yang lupa.. Perkara yang paling buruk berlaku pada manusia adalah pabila kematian menjemput kita tiba.. Tiada manusia yang betul-betul bersedia untuk menerima kematian (Manusia akhir zaman la kan.. Manusia zaman kegemilangan Islam semua memang ohsem belaka)

Cuba bayangkan kalau esok kita tak bangun lagi.. Adakah kita mati dalam melakukan kebaikan ataupun mati dalam onar dan duri akibat umpatan, cacian yang kita tinggalkan pada kenalan sebelum kita tidur malam.. Adakah sempat kita tinggalkan amal jariah, anak yang soleh serta ilmu yang bermanfaat sebelum kematian menjemput kita..

Kalau tanya aku, anak yang soleh confirm tak sempat (kalau mati esok la kan).. Cuma, yang mampu aku harapkan, setiap hari ianya menjadi motivasi aku untuk terus melakukan kebaikan dalam setiap aspek kehidupan.. Lagi-lagi kita tak tahu ilmu yang mana akan menjadi ilmu bermanfaat.. Jangan berangan la Zamir kalau kau rasa confirm ilmu diamond kau tu bermanfaat.. Silap2 dia buat jadi senjata serang orang Islam balik.. Ha jawab kau dekat akhirat nanti.. Maka, aku sendiri tak tau ilmu yang mana satu.. Maka setiap ilmu yang aku ada, akan aku berusaha untuk kongsikan.. Semoga ilmu itu menjadi ilmu yang bermanfaat dan mendapat redha Allah swt.

Amal jariah? Kalau ikutkan mudah sangat nak buat amal jariah ni.. Cuma bila manusia tak fikir akan kematian dan ingat akan hidup selamanya.. Kita akan sentiasa fikir aku dan hanya aku.. Tidak lagi kita dan mustahil untuk kami... Diri sendiri di dahulukan sampai terlupa ada insan lain yang lebih berhak ke atas nikmat diri kita.. Setiap perbuatan baik yang kita laksanakan boleh bertukar menjadi ibadah dan amal jariah jika dan hanya jika niatnya kerana Allah swt.. Cuma sebabkan hati manusia yang sentiasa tamakkan kemewahan dunia dan lupanya akan kematian buatkan manusia rasa dirinya akan hidup kekal abadi..

Ya kita akan hidup kekal abadi namun bukan di sini namun di Akhirat sana nanti..

Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba aku membebel pasal kematian.. Mungkin kerana aku rasakan setiap kali aku tidur dan bangun pagi.. Aku rasakan tarikh kematian makin menghampiri.. Makin meningkat usiaku, makin hampir aku dengan alam barzarkhku.. Cuma sudahkah aku bersedia sebelum Izrail menjemputku?

~Sejak kebelakangan ni aku asyik flashback kehidupan aku dari kecik sampai la sekarang.. Itu yang aku ingat.. Belum lagi yang mana malaikat best-fren aku tulis tak henti-henti dekat bahu kanan dan kiri ni.. Macam tak sanggup je nak lihat semua tu dipertontonkan balik sewaktu di Padang Masyar nanti..~

*Di kesempatan ni nak mintak maaf la dekat mana-mana manusia yang aku pernah buat salah, silap serta kejahatan.. Yang tak puas hati kita boleh setel baik dekat dunia eh.. Jangan ar main tuntut-tuntut kat Akhirat.. Lagipun aku dah maafkan lama dah semua salah silap orang lain.. So kira 0-0 ar.. Pleaseeee...*
 

Sunday, 12 January 2014

Persimpangan Jalan

Rasanya untuk post kali ni kene letak disclaimer awal2.. Sebab dia punya mengarut mungkin akan membuang masa sesiapa yang tak berminat..

Disclaimer: Post ini sumpah panjang.. So tak yah la buang masa korang nak baca.. Sebab post ni memang pasal diri aku dan hanya diri aku seorang..

*****

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan sekalian alam, Allah swt yang masih memberikan aku rezeki, rahmat dan hidayah dalam menogkah arus kehidupan ini.. Setiap manusia yang percaya akan Allah dan Islam sebagai tonggak arus kehidupannya akan meletakkan kepercayaan pada Allah.. Dirinya akan diuji, dicabar setiap saat.. Setiap detik pasti ujian datang melanda.. Ini kerana penat lelah diuji oleh Allah bukan sekadar penghapusan dosa malah untuk mengangkat darjatnya kelak di Akhirat.. Keredhaan Allah menjadi misi hidupnya di muka bumi ini..

Maka selain untuk hidup sebaik mungkin, Allah swt memberi manusia akan akal.. satu nikmat yang cukup Agung untuk berfikir dalam mencakna kehidupan.. Allah memberikan kita peluang merancang dan mentadbir hidup kita.. Namun perancangan Allah adalah satu hakiki dalam kesempurnaanNya..

Sebelum ni aku ada cerita persimpangan jalan antara kehidupan emosi dan fizikal.. Di mana pabila soalan mengenai kerjaya dan keluarga mula menerjah.. Belum sempat aku usaikan cabaran masa itu.. Isu keluarga bercambah lebih jauh (aku kira tidak perlu aku ceritakan di sini dan biarlah Allah menentukan masa yang terbaik untuk diriku).. Cuma isu kerjaya aku kena hadapi dalam keadaan yang lebih rasional dan professional..

 Maka mulalah pencarian untuk melihat jalan apa yang aku ada.. Secara kasar lepas aku satukan semua jalan-jalan yang wujud dengan reaksi ekstrem yang aku ada.. Tinggalkan tiga cabang utama yang mana InshaAllah akan bersatu diakhirnya.. Cuma bila? Aku sendiri tak punya idea...

Antara pilihan di hati:

1.Ekonomi
2.Teknologi
3.Pendidikan

Semuanya ada sebab dan musabab tersendiri.. Kenapa ekonomi? Dalam arus permodenan sekarang.. Hampir semua perkara yang boleh dibeli dan duit menjadi asas pada segalanya.. Maka kalau aku teruskan usaha dalam bidang ekonomi.. Aku tahu dengan duit yang banyak.. InshaAllah aku mampu memberi dalam skala yang lebih besar.. Kalau dulu bercinta (bukan tak boleh cuma sukar) aku nak tolong bina perigi, sekolah dan sebagainya.. Maka jika aku dah berjaya (InshaAllah) dalam bidang ekonomi.. Bukan setakat perigi.. Kilang roti dan ladang ternakan pun aku boleh usahakan di negara-negara yang memerlukan.. Zakat yang mampu aku sumbangkan memang akan jadi satu nilai yang sangat-sangat menakjubkan..

Kenapa Teknologi? Sejak kecil lagi aku nampak teknologi mampu mengubah nasib pelbagai pihak lagi-lagi kalau digunakan dalam skala yang berpatutan.. Lagipun asas pada teknologi adalah penemuan teknologi itu sendiri.. Alhamdulillah dengan akal yang Allah kurniakan.. Aku diberi kelebihan untuk berfikir dengan lebih mendalam dalam sesuatu aspek.. Ini membuatkan jiwa penyelidikan aku berada pada skala yang berbeza.. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi, hanya itu yang mampu aku ucapkan.. kerana semua ilmu yang aku timba ini hadir kerana ilmuNya yang sangat luas dan RedhaNya dalam aku mendalami ilmu ini.. Sedar tak sedar, sejak aku melangkah masuk dalam dunia penyelidikan pada tahun 2008, walaupun tak banyak, ada beberapa sumbangan yang aku mampu berikan pada teknologi dunia.. Walaupun ianya merupakan sumbangan yang cukup cukup kecil.. Namun dengan izinNya ia mampu membuka hati individu-individu tertentu untuk meneroka ilmu itu sehingga ke tahap yang menakjubkan.. Dan ini membawa kepada simpang yang ke-3..

Kenapa Pendidikan? Orang kata jiwa pendidik aku cukup lembut.. Pabila aku mengajar, seolah-olah ianya bukan diriku sendiri.. Di saat aku mula mengajar, kesabaran aku mula meningkat mendadak.. Sampaikan mereka lihat pabila aku mula mengajar, kasih sayang yang aku curahkan tidak mampu mereka gambarkan.. Dalam setiap ketegasan aku ada kelembutannya.. Setiap yang salah ada pembetulannya.. Yang lemah akan menjadi maju.. Yang baik akan menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. Aku tak nafikan, pabila aku mula mengajar in personal level.. Apa yang aku harapkan ilmu itu dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan InshaAllah diaplikasi oleh mereka dalam skala yang lebih baik dari apa yang aku mampu lakukan.. Bagi aku, aku nampak setiap insan yang aku ajar dan dididik,secara langsung mahupun tidak, mampu untuk atasi aku di masa hadapan.. Tugas  aku cukup mudah, memberikan mereka peluang untuk pergi lebih jauh.. Aku hanya sekadar batu loncatan untuk mereka kecapi impian dan cita-cita mereka.. Setiap insan yang hadir dalam pengajaran dan pembelajaran aku.. Aku sentiasa tatang sepenuh hati.. Dan doakan hanya satu untuk melihat mereka menjadi yang terbaik dalam hidup mereka..


Dan disinilah persimpangan itu membawa haluan masing2.. Aku harapkan aku dapat mengimbangkan antara satu aspek dan aspek yang lain.. Aku rasa itu sesuatu yang tak mustahil.. Jika para Ilmuan Islam dulu boleh lakukan.. Kenapa tidak aku? Maka bermulalah episod atau simpang baru dalam hidup aku yang tengah aku fikirkan (Ingatkan dah habis dah post ni kan padahal tadi tu baru intro.. Hahahaha)


Kalau melihat kepada kenapa aku nak jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik dalam bidang yang aku ceburi.. Satu je sebab utama.. Dari kecik ini perspektif naifku.. Untuk mengembangkan  Islam dengan lebih effektif dan effisien dalam dunia materialistik ni.. Nak tak nak diriku kena ada pengiktirafan manusia (kerana itu hakikat manusia masa kini).. Namun bagi aku pengiktirafan manusia bukan dasar segalanya.. Ianya hanya satu unsur untuk memudahkan aku menyampaikan bertapa indahnya Islam..

Sedangkan dakwah Rasulullah saw sendiri bermula dengan peribadi dan akhlak beliau.. Maka mengapa tidak kita.. Dan aku rasakan lebih mudah untuk aku sampaikan Islam pada orang lain dengan melihatkan keperibadian aku (Yes, aku tahu aku tidak sempurna dan masih dalam proses untuk memupuk akhlak muslim yang lebih baik).. Supaya ketegasan keputusan dan tindakan aku selari dengan ajaran Islam itu sendiri.. Dengan menjadikan tumpuan diriku di mata dunia, ia pasti lebih effektif (aku tak cakap mudah sebab bukan mudah weiii bila mata dunia pandang dekat kau).. 

Yang ni bila ada 2-3 negara pandang kat tindakan aku pun dan goyang kaki.. Macam mana la bila satu dunia pandang.. Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kekuatan untuk terus membuat keputusan berlandaskan agamaNya dan usaha mencari keredhaanNya..

Maka jika objektif aku untuk mengembangkan Islam.. Aku kena nilai balik diri aku.. Jika sekarang ini, tahap aku di mata dunia sudah mula kelihatan sedikit demi sedikit (sumpah ayat bapak poyo).. Macam mana dengan peribadi aku? Adakah akhlak dan akidah aku dah cukup baik sebagai seorang muslim.. Jika benar ini objektif aku, sejauh mana diri aku bersedia untuk membawa imej Islam di persada dunia? Sudahkah aku bersedia..

Maka aku mula mengimbau buku-buku lama.. Kisah para Ilmuan.. Yang mana hidup aku jauh bertentangan dengan hidup mereka.. Hidup imam-imam besar, dan tokoh-tokoh ilmuan.. Yang mana seawal kanak-kanak mereka sudah meghafal Al-Quran dan menguasai bahasa Arab.. Aku? sumpah jauh.. Macam teras bumi dengan cakerawala.. Ni baru dengan tokoh ilmuan, tak yah berangan nak tengok para sahabat.. Rasulullah saw? Tunduk malu aku nyorok bawah katil.. Owh, kerdilnya diri aku berbanding cita-cita dan impian aku..

Maka wujud persimpangan yang seterusnya.. Mungkin kita tiba masanya untuk aku memperkasa ilmu agama pada tahap yang berbeza.. Sejak dari dulu aku selalu je terlintas melihat kitab-kitab lama dari ilmuan Islam.. Cuma aku tak tergerak hati untuk mendalami.. Untuk memahami melalui hati..

Maka aku rasakan, sudah tiba masanya untuk aku mengambil serius akan isu ini.. Mula membuka kitab-kitab imam besar dan ilmuan dahulu.. Memahami konteks Islam dalam erti kata sebenar.. Supaya pabila mata dunia tertumpu pada diri ini.. Mereka akan nampak Islam dalam erti kata sebenar.. Islam satu agama yang indah..

Walaupun ianya tidak memberi jawapan sama ada ekonomi, teknologi ataupun pendidikan tetapi ianya memberi perspektif baru dalam aku mengejar Ilmu Allah itu sendiri..

InshaAllah jika niat ini benar kerana Allah.. DiriNya tidak akan sesekali mengecewakan hambaNya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana..
 

Sunday, 5 January 2014

2 hari 2 pagi..

Dalam 2 hari ni memang aku tidur malam lepas pukul 2 pagi.. Kalau ikutkan memang langgar semua jenis pantang larang aku dah la.. Sebab selalunya lepas pukul 2 pagi, takkan ada benda yang baik datang dari diri aku sendiri... Lagi-lagi bila melibatkan hal-hal dunia fatamorgana ni.. 

Tapi tahun 2014 macam menyediakan sebuah perjalanan yang aku sendiri makin minat untuk terokai.. Sesi refleksi kali ini bercambah hingga ke akar umbi.. Soalan yang dah bertahun-tahun aku tak bertanya pada diri sendiri mula menjengah dalam jendela peribadi.. Maka aku tak nafikan kehadiran pemangkin-pemangkin (catalyst) yang mana aku kira patut aku ucapkan terima kasih dan Alhamdulillah pada Ilahi dalam menghadirkan mereka pada saat begini.. 

Akhirnya semua persoalan selama 2 hari dan 2 pagi mengetuk pintu asas dalam garis laluan hidup aku sendiri.. Perkataan yang cukup sinonim dengan asimilasi hidup aku sejak kecil lagi.. Perkataan cukup mudah yang mana buat kali pertama aku jatuh cinta pada Kekasih Allah swt itu sendiri.. 'Amanah' merupakan kata kuncinya yang membuatkan aku sentiasa dalam keadaan waspada dan berjaga-jaga.. 

Semalam pabila aku mengimbau kisah waktu zaman kanak-kanak ribena aku yang mana aku rasa cukup ohsem sifat baginda Rasulullah SAW dalam menjaga amanah.. Sumpah ohsem bila baginda di gelar dengan gelaran Al-Amin dalam usia muda remaja.. Saat tu aku rasa aku kena jadi macam tu.. Aku kena jaga semua amanah yang aku ada sebelum aku mula menyampaikan sesuatu pada orang lain.. Keberkesanan penyampaian aku mengenai sesuatu isu hanya akan menjadi effektif jika dan hanya jika aku merupakan seorang yang menjaga amanah (itu premis penakulan mantik aku semasa di bangku sekolah rendah)..

Maka entah macam mana, sifat amanah itu merupakan kayu ukur aku dalam setiap tindakan.. Yang mana sifirnya cukup mudah  = jika aku tidak melaksanakan amanah itu dengan baik maka api neraka merupakan sahabat sejati aku di akhirat kelak.. Dan sebab sifat aku yang suka akan api (pyromaniac) maka aku tahu bertapa panasnya api kat dunia.. Maka sumpah aku tak nak rasa api neraka.. Dengan itu bermulanya isu aku dan amanah.. Where every single thing begin..

Maka untuk melengkapkan puzzle hidup aku (bagi sesiapa yang berminat).. Tengok balik semua tindak tanduk hidup aku.. Yang mana pabila ada situasi aku boleh elak dari memegang amanah dan hak ke atas manusia lain aku takkan sesekali offer menyerah diri untuk memegang amanah tu.. Ada kes aku gaduh sebab tak nak pegang amanah tu dan mula menolak dan menyerahkan pada orang lain.. Sampai la ada beberapa isu sehinggakan ada yang terpaksa cakap kat aku yang mana hanya aku dan aku seorang yang  mampu galas amanah tu.. Waktu macam tu memang dalam hati aku meraung kot, sampai cakap habislah, confirm api neraka tengah melambai-lambai mesra sambil berkata "Marilah, marilah.. Kita kan kawan"..

Ingat lagi waktu kecik-kecik ada la masa aku persoalkan kenapa la manusia gedik sangat nak pegang amanah jadi khalifah di bumi Allah ni.. Punyalah besar isu tu tapi suka hati jer nak terima (bertapa naifnya aku masa tu bila persoalkan tingkah laku Nabi Adam AS).. Astagfirullah.. Istigfar banyak-banyak Zamir.. Tapi bayangkan la masa aku kat sekolah rendah aku dah rasa beratnya amanah sebagai manusia dan tak mustahil kesan dari isu trauma fikirkan perkara macam tu seawal bangku sekolah membentuk diriku sekarang.. Manusia yang takut pada amanah..

Cuma walaupun aku takut pada amanah, tak bermakna pabila aku terima amanah tu akan buat sambil lewa.. Perasaan takut ni berlainan dengan perasaan malas.. Amanah tu satu entiti yang cukup besar dalam pandangan dan falsafah hidup aku.. Aku percaya jika Allah dah takdirkan itu amanah aku, maka aku dah bersedia dengan amanah yang macam tu kerana pabila sesuatu amanah dihadapkan padaku.. Hanya ada satu jalan keluar, lakukan sebaik mungkin atau walk away.. Kalau aku tak rasa aku mampu, walk away.. Jangan sesekali gatal nak terima dan cuba-cuba.. Ukur baju di badan sendiri.. Bukan terima amanah sebab nak nampak hebat, bajet cool, konon bijaksana dan sebagainya.. Apatah lagi kerana nama dan pangkat..

Sekali tersilap langkah dalam melaksanakan amanah, api neraka sudah tersenyum lebar.. Apabila aku mula bersetuju memikul sebarang amanah, sebelah kakiku sudah berada dalam lingkungan api neraka.. Tersilap langkah buruk padahnya.. Dan tak perlu rasanya untuk aku huraikan api neraka tu macam mana.. Aku buat kerja yang play around reaktor suhu 700-1000 pun aku dah kecoh bila melecur sikit.. Inikan pulak the Ultimate Black Fire.. 

Amanah tu sesuatu yang berat wahai anak Adam.. Percayalah jika dikau fikirkan akan bertapa besarnya amanah yang dirimu pikul ke atas dirmu, anggota badanmu, ibu bapamu, keluargamu, guru-gurumu, jiran tetangga, sahabat handai, agamamu, bangsamu, negaramu, dan ke atas umat manusia secara amnya.. Dikau takkan sanggup untuk terus bernafas pada saat yang seterusnya..  Ingatlah kisah bagaimana sepotong ayat dari firman Allah mampu meranapkan gunung-ganang yang cukup gah dan kuat kerana takutnya gunung tersebut pada amanah Allah swt..

Itu ketakutan aku dalam hidup ini... Ketakutan yang membuatkan aku terus untuk menjadi yang terbaik dalam apa yang aku lakukan.. Ketakutan yang sentiasa menggerakkan nadi ini untuk terus hidup dengan baik dan sejahtera..

Wednesday, 20 June 2012

Rising Dragon, Blazing Sky...

Alhamdulillah, I’m back on my feet back.. Hari nie walaupun perlahan.. biasalah baru balik bercuti kan.. Namun banyak kerja dapat disiapkan.. Mostly admin stuff termasuklah training instrument dan juga seminar serta conference yang bakal dihadiri.. Banyak email dah berjaya dibalas dengan sopan dan baiknya.. Alat-alat yang perlu dibook pown dah banyak yang setel..
Maka kini bermulalah pengembaraan solo aku kembali.. I’ve decided that I’m not going to wait anymore to walk side by side with anyone.. It will be full speed ahead.. Its either you try your best to catch up with me or die trying.. Aku dah muak dan mual untuk jadi baik dan menunggu.. Jadi baik dan mengajar sedangkan banyak masa yang aku ada aku boleh luangkan for myself improvement.. Maka lepas ni aku hanya akan mengajar dan mendidik orang yang nak diajar dan dididik jer.. Takde makne aku nak tolong semborono. 2 tahun nie cukup lah aku terhegeh-hegeh nak tolong orang.. Memang lah bagus dan tak salah nak tolong orang.. Tapi kalau dah semuanya opportunist dan tak kenang budi.. Buang masa je kan.. Lagi-lagi yang tak faham bahasa.. Even worst yang tak pernah berfikir pun pasal budi dan jasa.. So lebih baik aku jadi macam dulu.. Yang mana setiap kata yang keluar dari mulut nie berduri dan berbisa.. Dan siapa yang betul-betul tegar jer (the chosen one) that will stick till the end..
Aku dan malas.. aku dah muak dan aku dah jemu.. Permulaan baru untuk kembara baru kali ni.. Siapa yang nak kejar aku, kejarlah sendiri.. Takde nyer aku nak bagi tangga, sediakan lif dan sebagainya.. You want something, get it the hard way.. Tak kira la ko kroni Datuk mane ke, Tan Sri mane ke.. Aku tak kisah.. Kalau sesiapa takleh tahan dengan perangai aku lepas ni.. You know where is the door and just get out from my life.. And if you scared to enter the door.. Do not even think to enter it.. Simple.. Senang.. Cuma who ever can sustain.. I can’t promise any reward but I can assure that you will get the very best of me in your life..
Dan basically aku balik/pulang/kembali ke langit lah (bukan cam citer kerajaan langit ayah Pin okay).. I’m a dragon and I will be always up in the sky.. So dah tiba masa aku pulang.. Sape nak ikut, ikutlah.. aku tak halang but it will be a full speed journey ahead.. Try to catch up and don’t lose the trail.. It would not be a pathless journey but I cannot assure the path will last forever..
Maka jangan terkejutlah lepas ni kalau tetibe ade orang cakap aku sombong, bajet bagus or bongkak and so on.. Terpulang pada manusia nak judge ape (Padahal ni la komen dari majoriti junior kat UTM dulu bila mula-mula jumpe).. Itu mulut korang so korang punye pasal la tapi ni badan aku, so hak aku.. So no more mister nice guy.. Nope, never.. Anyone will need to earn my trust now  onwards and it will not come cheap..
Last but not least.. I’ll be there.. up high in the sky.. Roaming free as a dragon rising into the blazing sky of knowledge..

Sunday, 13 May 2012

A day to remember...

Alhamdulillah, rezeki hari ni dapat bertemu dengan Habib Ali Al-Jifri.. Antara waris keturunan Rasulullah saw.. Wajahnya terpancar cahaya yang aku sendiri tak dapat ungkapkan.. Yang pasti sepanjang masa aku kian tenang melihat wajahnya.. Resah dan gelisah yang aku alami hilang begitu saja.. Dan apa yang disampaikan oleh diri.. Alhamdulillah membuka mataku sendiri.. Antara beberapa perkara dia tekankan.. mengenai perubahan yang manusia ingin lakukan.. Dan yang paling bahaya dan yang paling merisaukan dia.. Pabila manusia mahu mengubah sesuatu dengan menggunakan kuasa politik.. Itu yang dia risaukan sendiri dan dia rasakan yang paling bahaya.. keran bagi dirinya apa yang paling penting perubahan itu datang dari hati datang dari akhlak peribadi seseorang itu dan bukan dengan kuasa politik atau apa-apa external power lain..

Ada juga beliau berpesan, di akhirat nanti.. ada satu golongan yang akan dihisab.. Solatnya cukup, amalnya cukup, sedekahnya cukup.. Cukup pelbagai kebaikan yang dia lakukan.. tapi hatinya tidak bersih.. Dia mencela orang, mengutuk orang dan melakukan pelbagai kejahatan hati yang lain.. Banyak penyakit hati yang dia lakukan..  Dan sedikit demi sedikit amalan yang dia lakukan, akan di ambil orang yang disakitinya dan bila amalnya telah habis.. Orang-orang yang disakitinya ini akan memberikan keburukan mereka pada dirinya.. Dan akhirnya disebabkan tiada lagi amal yang tinggal maka masuklah dirinya dalam api neraka.. Rasulullah turut bersabda inilah antara golongan yang digelar bankrupt (Nauzubillah, mintak dijauhkan dari menjadi dan menghampiri golongan sedemikan rupa)..

Dari pelbagai pesanan yang ditujukan kepada aku.. Aku dapat rasakan.. intipati yang paling penting ialah akhlak.. Contohi la akhlak Rasulullah.. Lakukan perubahan pada diri sendiri dulu.. Cantikkan Akhlak diri barulah nak betulkan akhlak orang lain.. Bersihkan Akhlak diri dulu baru nak bersihkan orang lain... InsyaAllah aku akan cuba perbaiki diri sendiri  untuk menjadi lebih baik dan mencontohi akhlak Rasulullah...

Dan lagi satu.. Aku dah sedar kenapa aku seolah-olah hilang minat dalam apa yang aku lakukan sebelum ni.. Sebab aku dah hilang sifat perfectionist aku.. Aku dah hilang sifat cabar dan di cabar.. aku terlalu selesa dengan kehidupan sekarang dan aku jarang keluar dari comfort zon aku.. aku terlupa yang diri aku sendiri.. aku terlupa siapa zamir yang sebenarnya.. dia bukan sekadar manusia yang duduk menanti peluang.. dia bukan manusia yang senang berpuasa hati dengan pencapaiannya... dia bukanlah manusia yang hanya duduk dan memerhati semata-mata.. Dan yang pasti dia bukanlah insan yang mengalah di tengah jalan.. 

Dia merupakan antara manusia yang passionate and enthusiastic yang pernah aku jumpa.. dialah manusia yang sentiasa inginkan yang terbaik.. Yang sentiasa mencabar dan dicabar.. Pushing his own limit... pushing the boundaries.. pushing whatever he can push.. It will never ever snap.. it will bent, twiss and what so ever.. but he will never ever backed down and say that's it.. He's the kind of guy that will never stop untill it is finish and even when it is finish he will continue further till mankind never thought the possibilities.. He is that kind of guy.. Dialah manusia yang mencipta peluang.. The man that create his own opportunity.. Walk his own path.,, Create his own legacy in many ways and in his own unique ways.. He was is the man of his own word.. and if all this is his word.. 

Get out from the comfort zone.. Be a good muslim... Cantikkan akhlak dan perbaiki diri and aim for the best.. in both world.. in the research world and also in the humanity world.. It is not wrong to be a perfectionist even no body is going to be perfect.. Ingat Zamir dengan doa dan usaha, engkau telah diberikan peluang untuk mencipta dan menghasilkan semua peluang yang ada.. maka jangan sia-siakan kerana kau berada dalam keadaan selesa.. This is not you.. Wake up and today is your wake up call.. Kau telah diketemukan dengan pelbagai insan yang bertuah disekeliling kau.. dan kau juga diketemukan dengan berbagai-bagai insan yang membawa cerita dan luka mereka.. It is time for you to move.. move your heart.. Stop being easily satisfied..

Understanding your research is not sufficient.. Zamir that we know understand others too.. He helps others in their research too..

Waiting the next step is wasting time.. Zamir that we know never ever wait.. Either he is doing something for himself or helping others in their strunggle..

Do one thing at a time is not fun... Zamir that we know do multiple stuff at a time... He even doing labwork a day before he is submitting his thesis.. and what he reported in there were the data 6 months back.. The data he obtained yesterday were ripped for the future.. He is that kind of guy.. the guy who will never ever satisfied in seeking any knowledge.. 

Giving was not enough for him.. Zamir that we know never turn back most of the offer.. Either in helping others solving their problems or just being there to listen..

He is the man in his own world.. The world that he lived is to create a better world for others.. That is what he dream to achieved.. I missed that guy.. From the bottom of my heart, I want to see what he can achieved and what will he achieved.. If you're reading this and heard this call.. Wake up and be there.. Not for me but for them.. For the people that you're protecting.. For the people that believe in you.. For the people that you help and you inspired.. For the people that look up to you.. For the people that being moved by your path.. Wake up and continue your life as the way you always did.. It is about your life and how you help others.. Every little helps..

Wake up and get out from the comfort zone.. That is not your life.. You belong to the wilderness.. The the passionate world that burnt with sensation and blazing enthusiasm.. It is not wrong to be the best and do the best.. but it is wrong if you're not even trying to do the best that you can.. So.. wake up and do your best.. No more hiding in the closet.. Because that is not The Zamir that we know...

*Disclaimer - Maaf jika post kali ni banyak pujian diberikan kat diri aku sendiri.. bukan niat nak tulis recommendation letter untuk kerja or so on.. Just as reminder to myself to get out from this comfort zone.. Thanks to everyone that involve today in helping me realise that I've been trapped in my comfort zone and stop being challenged by others ans accepting others challenges*

Saturday, 12 May 2012

It is a blast..

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran pada Allah yang Maha Esa.. Diberikan diri ini kudrat untuk meneruskan kehidupan.. Sedar tak sedar.. hayat ini makin menghampiri kematian.. Kini setahun telah berlalu sejak tanggal 12 Mei tahun lepas.. maka setahun diri ini makin menghampiri kematian dan juga untuk bertemu dengan penciptanya...

Alhamdulillah, bangun-bangun pagi dikejutkan dengan ucapan selamat dari kakak di utara bumi asing ni.. and for the first time aku bangun dan siapkan sarapan pagi untuk orang lain.. Tak tau la jampi serapah ape dia pakai.. Merami ke Medroa ke Firaga ke... Sampai boleh la plak aku bangun pagi dan siapkan breakfast untuk insan bertuah tu.. Then terus dengan sambutan kecil-kecilan from my friends.. Thank you guys and girls for the arrangement.. Thanks for the thought and for the giftssssssssss... Dah lama kowt orang tak bagi hadiah sebab selalunya been hiding this event in my life and just kept minimal to family members and closed friends.. So touching sket la tadi bila ada orang lain ingat.. because being purposely hide the date for personal interest.. I dont mind people knowing my age.. One of the reason for hiding it is due to I rarely remember people's important dates.. If I remember yours it is either you're my family, closed friends, loved ones or someone that I have crush on or someone that I stalk 24/7.. haha.. So untuk mengelakkan orang terluka dengan kelemahan aku untuk ingat tarikh-tarikh penting ni. Better not to let mine out kan.. 

The gifts were and are nice... The cards tooo.. Thank you.. It is a blast.. indeed a good one... 

Pastu dapat text from Mom and Dad.. So nice.. dapat pulak time nak Maghrib kat Malaysia.. It is struck deep inside my heart.. Untuk katakan bertapa bertuahnya aku di lahirkan dalam zaman dan keluarga yang aku miliki sekarang nie...

Dan apa yang aku rasa penting.. Alhamdulillah, I achieved so much in this one year time.. Aku jadi lagi bertanggungjawab (okay kekadang tu jadi lagi jahat, going to admit it), pengurusan kewangan lebih terancang, being modest and minimalist. Setiap hari dan masa try untuk dapatkan apa yang penting dalam hidup dan apa yang perlu berbanding apa yang aku nak.. Being doing few charity event. Alhamdulillah, walaupun masih banyak kekurangan.. sekurang-kurangnya, aku sendiri nampak apa perubahan yang berlaku. Terutamanya skang ni dah kurang risau dengan apa yang orang kata, dah kurang risau dengan apa nak jadi dengan percutian kali ni. Lebih kepada.. Buat yang terbaik dan kekalkan yang terbaik.

InsyaAllah aku akan cuba kekalkan keadaan yang baik sekarang ni dan cuba untuk hidup dengan lebih minimalist di masa akan datang. Hidup atas dasar keperluan dan bukan kehendak. Lebih bersemangat dalam menuntut ilmu. Lebih mudah untuk berkongsi ilmu. Dapat menjalankan kerja-kerja amal dengan lebih kerap. Berkongsi kesenangan dengan orang lain. Berhenti menilai orang lain dan kisah akan penilaian orang lain atas diri aku dan teruskan dalam proses mendidik diri ini supaya lebih dekat pada pencipta nya.. Erm mungkin dah kene start tambah ni, maybe it is time to start thinking a family of my own... bukan to create ek.. to start thinking.. ye la.. blaja pown dah nak sampai penghujungnya.. it is time kowt.. but to think first and obviously not to jump into it yet... Okay-okay berhenti merepek di sini.. full stop...

Tapi kan.. kata je minimalist.. bila cek-cek hadiah untuk diri sendiri.. haha.. jangan marah ek..

1. Star Wars Xbox 360 consoles (Kononnya hadiah 2nd year assessment - beli 3/4/2012)

tapi....

2. 10 g 999 Emas (Kononnya sebagai pemangkin ekonomi Islam - beli 10/5/2012)

tapi..

3. Phone baru (Kononnya nak renew kontrak  - renew 12/5/2012)

last-last semua macam jadi hadiah untuk hari ni jer.. Haha.. InsyaAllah semoga ianya akan dijadikan pemangkin kepada benda-benda yang lebih bermanfaat.. Semoga hari ni akan menjadi antara hari-hari permulaan terciptanya sejarah yang bakal membangkitkan semngat juang dalam diri ini untuk menegakkan syiar Islam semula di atas muka bumi ini.. InsyaAllah

Thursday, 29 March 2012

About Me.. Part 3

Baru selesai meeting dengan Pakcik Neil.. Dia nampak sangat gembira dan data-data yang ada makin boleh dipercayai... Dan antara ayat-ayat yang menarik.. Awak dah nak masuk tahun 3 kan.. Kita kene mula berfikir untuk tulis paper.. Boleh dapat beberapa paper yang menarik ni.. Alhamdulillah.. semoga semua urusanku dipermudahkan olehmu Ya Allah...

So seperti biasa balik ke topik asal.. cerita yang panjang dan mungkin membosankan.. Tapi dah nak abes dah.. last part..till now..

Maka, mulalah pelayaran bahtera ku sebagai mahasiswa luar negara.. Menetap di bumi asing.. Di Bristol, aku meneruskan kisah cinta yang di semai dari Jasin di bawah bimbingan Paul May.. Alhamdulillah, aku dikurniakan penyelia yang baik dan penyayang.. Aku tak rasa seperti di anak tirikan apatah lagi dipinggirkan.. Di sini, aku dipertanggungjawabkan untuk memahami mekanisma penghasilan berlian dalam bentuk semikonduktor untuk menghasilkan sel solar generasi baru.. Bunyi macam kompleks.. tapi memang kompleks pun.. Kini bukan lagi Kimia semata-mata.. Ianya meliputi bidang Fizik, Kejuruteraan dan juga Komputer Sains.. Masih ingat lagi, benda pertama yang aku pegang dalam lab.. erm... spanar.. Boleh plak kan chemist pegang spanar.. So, kini konsep chemist bukan stakat bikar mahupun kelalang kon.. tapi spanar, laser, batang besi dan voltan kuasa tinggi dan sebagainya... Mula-mula cuak dan risau jugak, pernah terfikir nak berhenti dan balik Malaysia tapi bila di fikirkan kembali cabaran yang diberikan semasa temuduga YPDA.. Takkan aku nak mengalah semudah itu.. Ibu dan ayahku mendidik aku sebagai seorang pejuang yang akan terus berjuang demi kepercayaan aku.. maka tak semudah itu untuk aku mengalah.. Aku menyahut cabaran dan meneruskan perjuangan ini..

Secara ringkasnya Tahun Pertama aku di sini, aku bergelumang dengan kontaminasi (bendasing) yang merosakkan sampel yang aku usahakan dalam setahun.. So basically start over.. Tahun Kedua, hipotesis dan juga asas eksperimental aku bertentangan dengan data-data simulasi komputer.. Basically aku sendiri yang buktikan eksperimental aku mustahil untuk dilakukan dengan data simulasi aku.. Mula-mula memang tak kelakar.. tapi bila fikir balik, banyak hikmah yang berlaku.. Then, skarang ni start over balik.. Walaupun banyak kali start over, pengalamannya tetap berbeza.. Dah nama pun menuntut ilmu, nak risau apa kan.. Rileks sudah...

Dan yang terakhir, pagi tadi bila aku start 'mengoogle' nama sendiri.. Berbeza dengan apa yang aku dapat tahun 2009 dan memang berbeza dengan apa yang aku dapat pada tahun 2005.. Mungkin kemajuan internet yang membawa perubahan ataupun diri aku sendiri dah melakukan perubahan.. Dan aku ucapkan terima kasih tak terhingga to all of you.. Especially My mom and Dad.. My brothers and sister.. Amrulqays, Hafidz, Shahul, Prof Halimaton, Dr Aziah, Fatiha, Ddee, Fathirah, Johari, Saufi, Syafiq and all the unsung heroes.. Your always in my heart.. Hopefully till eternity...


That's all about me, I guess...

Erm.. Dalam ni tak diselitkan pun kisah percintaan.. Any lovie dovie story.. sebab.. haha.. tak yah la nak citer.. sebab itu melibatkan insan lain dan bukan diri aku semata-mata.. kalau nak tau kene tanya direct kt insan-insan yang terlibat la.. but yes.. I do have crush and lots of crush.. hahaha..

Dan antara tujuan 3 Part topik kali ini bukan apa.. antaranya untuk meninggalkan title ataupun gelaran Darco Exxocimus.. Rasanya tak perlu dah benda nie.. Aku tak perlu hidup dalam kegelapan dan bayangan lagi.. Nak tau pasal Darco Exxocimus.. Hahaha... tak perlulah korang tau.. Kalau ada yang tau pasal sejarah benda alah ni dan tujuan asal diwujudkan.. diam-diam sudah.. Apa yang penting aku bukan lagi sebahagian dari benda tu..

Bagi aku buat masa sekarang apa yang penting aku hidup dengan menginspirasikan diri sendiri dan jika dengan kisah hidup dan cara hidup aku mampu memberi inspirasi kepada orang lain dan juga mampu mengubah hidup serta persepsi orang lain untuk menjadi lebih baik.. Baguslah kalau ianya menjadi realiti..

Bukan hak aku lagi untuk campur tangan dalam kehidupan manusia lain secara langsung mahupun tidak.. Tiada lagi between the line (kan Anis kan).. Tiada lagi double meaning.. Triple identification.. No more mastermind.. dan yang pasti no more playing games.. Sebab setiap kali ianya berlaku pasti ada yang terluka.. 

Maka, biarlah aku hidup as an honest man.. Proud of who I am and who I will be...

kerana ingatlah...

Things don't go wrong and break your heart so you can become bitter and gave up.. 
They happen to break you down and build you up so you can be all you were intended to be..

Itu yang aku belajar sejak sebulan dua yang lalu.. Ramai yang memberi inspirasi dalam hidup aku tanpa mengira latar belakang mereka.. dan aku boleh simpulkan dengan dua baris ayat di atas..

Till then.. lead a happy life.. It came once and supremely short.. Why bother with the sulking face and depressing mood... Smilo smilo... smile till death do apart us..

Wednesday, 28 March 2012

About Me.. Part 2

Hari yang malas datang lagi... matilah la kalau Pakcik Paul dan Pakcik Neil tau.. dah la ada meeting esok.. Barang-barang tak prepare lagi.. haha.. dan sebelum masuk sambungan cerita sebelum nie yang panjang dan ada potensi menjadi bosan.. Ni update komen dari Pakcik Paul plak mengenai Mock Viva tempoh hari:
Zamir is making excellent progress on a wide variety of projects and side-projects. Hopefully we can write a paper based on his LiN work sometime soon. Keep up the good work!
Dan kalau dia tau sepanjang hari ni aku main-main.. tulis blog update blog 2 ke 3 kali sehari dan main kejar-kejar kat luar tadi.. Silap-silap dia tarik balik komen.. nie.. Jangan marah ek Pakcik Paul.. bagi la saya rehat sehari dua kejap.. XD.. (Ayat yang menarik ialah wide variety projects and side-projects, berapa banyak la projek yang aku buatkan.. aku nampak dua jer, yang dia nampak banyak aku pun tak pasti kt mana.. tapi pape pown bersyukur dengan apa yang ada.. itu yang penting.. dari takde langsung or bayangkan kalau dia cakap Zamir tak buat keje langsung.. ha, kan parah kalau macam tu..)


Sekarang meh kembali ke topik asal...

kat mana last cerita lepas.. Owh masuk Jasin dan apa yang berlaku dekat Jasin.. erm kalau kupas banyak-banyak boleh jadi prosa traditional.. So kalau nak tau korek sendiri la dari kawan-kawan aku time kat jasin dulu.. haha, tak mustahil korang akan dapat feedback Zamir Skema, Zamir nerd and so on.. hahaha..

So pilihan aku ke Jasin, adalah pilihan aku sendiri, pilihan mengambil jurusan Sains pilihan aku sendiri.. Ingat lagi ayah aku cakap, Ko nie kepala otak ape la.. Abah bila fikir pasal Sains tak paham pown.. Camne korang boleh faham.. Yup.. Famili aku cukup versatil.. Takde satu pun persamaan baik dari mak, abah sampai la ke abang-abang dan kakak aku.. semua memilih haluan hidup yang berbeza.. Freedom of choice.. takde limitasi takde sekatan.. Mane ada ibu dan ayah yang tak nak lihat anaknya berjaya dan hidup senang.. tapi bukan dengan cara memaksa dan harta bukan kayu ukur segalanya.. Maka, kami gembira dan kami bahagia dengan haluan hidup yang kami pilih.. Thanks Mom and Dad for being a wonderful adviser... Dan lepas keputusan percubaan SPM keluar aku dah mula menetapkan haluan hidup aku.. Thanks to YSC 2005 dan Prof Halimaton Hamdan (takkan ku lupakan jasamu dan pengorbanan mu hingga ke akhir hayat ku).. aku mula nampak ke mana selepas ini.. Dia merupakan antara manusia yang hebat pernah aku jumpa selama ini.. Dalam pelbagai aspek kehebatannya.. Dengan itu, aku mengambil keputusan untuk mengikuti program Trek Pantas Ekpress MARA.. Koloborasi dengan pihak UTM.. setelah selesai SPM yang sebenar pada bulan 12.. Pengembaraan ku bakal bermula..

Di waktu semua kawan-kawanku enak menikmati cuti selepas SPM... Tanggal 14 Januari 2006 aku mula melangkah masuk ke kampus UTM skudai untuk melakukan peresediaan Ekspress MARA.. tujuanku mudah.. ini cara terpantas untuk aku melengkapkan ijazahku.. (malas nak pegi kelas lama-lama).. nak abiskan sepantas  mungkin... Dengan persediaan 4 bulan.. aku boleh memulakan tahun pertama ijazahku pada tahun yang sama dan melengkapkan dalam tempoh masa 3 tahun.. Secara teorinya pada umur 21 aku sudah memegang segulung ijazah... 4 bulan persediaan disediakan meliputi modul Kimia, Fizik dan juga Matematik.. Modul yang digunakan adalah versi padat dari matrikulasi.. Kelas macam biasa dan memang giler.. dari 8 pagi sehingga lah 5 atau 6 petang... Setiap hari disumbat dengan Fizik, Kimia dan Matematik tanpa henti dan tanpa rehat yang panjang.. Ingat lagi waktu itu.. Satu minggu habis satu bab... Memang laju padat dan rasanya berkesan untuk diriku.. Para pensyarah sangat membantu dan sangat bersifat keibubapaan.. Dan ketika itu aku berkongsi bilik dengan rakanku dari Kelantan (rasanya lah ke terengganu.. arghhh leh plak knfius.. sorii ayi).. So nama dia Muhammad Zahari Zaidi (kalau tak silap la.. sebab aku cakap kt dia, eh nama ko ada dua-dua nama abang aku)... Erm, kadang-kadang aku rasa bersalah plak kt dia.. sebab cara aku belajar lain dengan dirinya.. Disebabkan aku kepenatan di siang hari dengan semua teorem dan formula.. Aku selalu tidur awal.. Sebelum pukul 9 malam, aku enak dibuai mimpi.. Namun dirinya begitu bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan acap kali tidur lewat malam.. Aku juga sering kali meminta maaf jika waktu tidurku menganggu waktu belajar beliau.... Setelah selesai 4 bulan.. Peperiksaan pun menjelma.. Alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang.. tak silap 3.97.. ke 3.95.. tak ingat la tapi yang pasti Fizik Elektrik dapat A- (lepas tu sekarang ni gedik buat fizik elektrik kat Bristol kan)..  Terima kasih kepada semua pensyarah yang tak jemu-jemu melayan karenah aku dan juga En Azhar dengan pelbagai soalan mengenai pinjaman dari diri ini..

Tamat zaman persediaan, Julai 2006 mulalah aku memulakan kehidupan baru sebagai pelajar mahasiswa UTM Skudai jurusan Kimia Industri dan dengan bantuan Prof Halimaton aku bertukar bidang ke jurusan Kimia Tulen.. Selama 3 tahun aku bertungkus lumus meneruskan kehidupan dan hasilnya membuatkan aku berpuas hati.. Dengan CGPA keseluruhan 3.92 (Bermula dengan 3.87, 4.00, 3.85, 3.97, 3.83 dan diakhiri dengan 4.00) mampu mengukir senyuman buat ayahanda dan bonda tercinta.. Mereka tersenyum lebar menyambutku selepas upacara konvokensyen aku pada tahun 2009.. Sepanjang aku di UTM, pelbagai pengalaman diterokai, pasal pelajaran, tidak perlu aku kupas dah memang itu tanggungjawab ku di UTM.. Namuna ku cuba berjinak-jinak dengan dunia debat.. Menyeronokkan.. Aku menyertai beberapa pertandingan seperti Debat Diraja, Debat Perdana, ASTAR, Debat IKIM dan juga Debat Intergriti.. Banyak pengalaman manis dan banyak jugak pengalaman pahit.. Dan sempat juga berjinak sebagai ahli biro akademik JKM di KTC.. Seronok dan best especially waktu diberikan tugas semasa English Week.. Thanks Onn for the opportunity.. Dan kemudian berpindah ke fakulti dengan memegang jawatan Setiausaha Agong PESAT (Rahman ko paksa aku kan)... Pelik tapi benar aku tak pernah berdaftar dengan persatuan tu secara rasmi dan tak pernah menghantar permohonan sebagai setiausaha.. tiba-tiba je dilantik.. banyak yang PESAT lakukan dan banyak aku belajar dari diorang semua.. Terutamanya Rahman, Is, Irwan, Both Mizi, The Trio ladies (Nisa, Nafizah dan Nurul).. Tanpa korang tak banyak yang aku belajar pasal kehidupan ni.. Semasa tahun 2007 aku mula menjinak-jinakkan diri dengan dunia penyelidikan di bawah bimbingan Prof Halimaton.. Projek yang diberikan berlegar sekitar eksperimen Zero-G yang akan dijalankan di Jepun.. Namun rezeki kami bukan di situ,, Aku dah Khalif.. Owh lupa nak kenalkan, Khalif merupakan musuh ketat aku.. (in a good way).. rival ar.. Dan kite orang bekerjasama dalam projek ni selama 2 tahun untuk 2 kali penyertaan dan masih gagal.. But we learnt so much kan bro.. Keep challenging each other that made us who we are... Pada masa yang sama kenal jugak dengan Abg Izan, and the Duo Kak (alamak lupa nama, kak dayah dan kak erm.. tak ingat.. ampun kak terlupa nama akak.. I'm bad with name... sorry).. Selepas itu, mula melaksanakna Projek Sarjana Muda di bawah bimbingan Dr Zaiton Abdul Majid dan PM Dr Nor Aziah Buang.. Apa nama tajuk projek.. jap nak kene ingat balik sebab tajuk dia bertukar setiap kali hantar draft.. kalau tak silap "Extraction of Electric Arc Slag as catalyst for the Production of Carbon Nanotubes".. Dari Nama ni jer hanya 55% dari kerja sebenar aku.. Yup.. hanya 55%, yang lain masih dalam simpanan yang akan dibongkar sekembalinya aku ke tanah air.. It is a cool projek.. Aku suka... Dan masa banyak diluangkan bersama Ddee untuk menyiapkan CVD reaktor dari scratch.. form nothing to something.. Masa ni belajar banyak benda.. dan dalam masa yang sama.. Mencari cara untuk extract catalyst dari bahan buangan (slag).. Method development pown dari scratch.. Kalau tak silap dalam 8 bulan lebih kurang 185 jenis eksperimen dijalankan bagi  melenegkapkan kajian ini.. Alhmadulillah akhirnya berpuas hati dengan kajian.. Rasa terharu dan hampir mengalirkan air mata bila membentangkan hasil kerja di Simposium Projek Sarjana Muda 2008/2009.. Sokongan padu dari rakan dan para pensyarah membuatkan diri ini cukup dihargai.. Masih jelas dalam ingatan ini.. Bilik seminar tu penuh dan padat... Ramai yang duduk dan masih ramai yang berdiri.. Dr Rusmidah pun turut serta dalam sesi tu.. Dan 4 ke 5 Professor pun turut hadir.. Waktu mula-mula nak membentangkan memang cukup gelabah.. First time nampak ramai giler orang dan semua professor yang hebat-hebat ada kat situ pulak.. Sapa yang tak cuak tak tau ar.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Dan air mata mula bergenang apabila sesi soal jawab dimulakan dengan Dr Lee.. Aku masih ingat dengan jelas komen pertama beliau "Zamir congratulations. From your presentation I can see you had done a lot of experiments and putting a lot of efforts in order to understand and investigate this project. Well done and good job".. Bila aku dengar macam tu, it is my moment.. Terharu sangat.. Dan diikuti dengan komen dari Dr Hadi.. Yang mengiyakan apa yang disampaikan oleh Dr Lee.. bagi aku Dr Hadi merupakan seseorang yang superior dalam pemikiran beliau.. Aku sehingga saat ini masih memandang tinggi akan keupayaan beliau.. Talented, gifted and genius.. Tu je ungkapan yang aku boleh katakan.. Dan waktu itu, mendapat penghargaan dari diri Beliau memang sesuatu yang bermakna.. Erm, sesi soal jawan yang lain.. Tak perlu nak dikupas.. memang semua soalan maut datang menjengah sampai nak jawab pown terketar-ketar.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan dinobatkan antara Best Presenter tahun tu dan tak silap markah keseluruhan projek is 96%.. Tak pasti tapi ada diantara Dr Hadi or Dr Lee, salah sorang berikan aku markah penuh.. Usaha dan penat lelah siang dan malam.. Membuahkan hasil waktu itu.. masuk keluar lab pukul 2 3 pagi, kepenatan semuanya seolah-olah hilang terbang dari bahu ini.. Dengan projek itu juga, aku mewakili UTM untuk NRIC dan membawa pulang Pingat Perak.. Pingat pertama dalam hidup penyelidikanku..

Selepas menduduki peperiksaan akhir aku bekerja sementara waktu dengan Dr Zaiton dan Dr Aziah kemudian berubah majikan kepada Dr Rusmidah dan Prof Wan Azelee.. Semua berkaitan dengan slag, CNT, fotopemangkinan dan juga TiO2.. walaupun singkat, pengalamannya cukup indah.. Akhirnya sewaktu aku ingin meninggalkan UTM untuk selamanya.. Aku berjaya menyempurnakan beberapa perkara namun tak dinafikan ada juga yang aku tinggalkan dalam kekusutan.. Aku mintak maaf atas kelemahan diri ini...

Semasa upacara konvokesyen.. Tanpa disangka-sangka aku dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Pingat Pelajaran Diraja (Anugerah tertinggi, rasanya macam ala-ala best student kowt, cuma tak bawak gelaran Dato' ar) bersama Jennie.. Secara jujur aku tak sangka ianya akan menjadi milik aku.. Sebab borang permohonan bukan aku yang hantar.. Akak-akak dekat pejabat Aras 3 yang semangat.. Sebab aku tak amek kisah pown pasal benda ni.. Dan atas usaha mereka.. Kalau tak silap aku.. Buat kali pertama Fakulti Sains menerima darjah penghormatan setinggi itu selepas beberapa tahun or memang kali pertama aku tak pasti.. Dan kejutan itu bukan sahaja untuk diriku tapi untuk ibu bapa ku, abang-abang dan kakakku serta semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.. Sebab aku sendiri tak tahu dan bila Pak Ngah bukak surat khabar pada hari tu terus dia telefon ayahku dan mengucapkan tahniah.. Ketika itu upacara konvokesnyen belum bermula dan aku sendiri tak tahu aku akan menerimanya... So it is a supreme surprise for my parent.. Memang jelas waktu itu kegembiraan terpapar di wajah mereka.. Aku bersyukur kerana aku mampu membalas sedikit sebanyak jasa mereka dengan menggembirakan hati mereka.. Itu yang aku mampu lakukan.. dan akan aku lakukan dengan baik sekali...

Kalau tengok perjalanan kali ni, nampak aku agak self-centred dan pentingkan diri sendiri kowt.. sebab kononya waktu di Jasin dulu, berbicara untuk membantu insan lain.. But it is up to people to judge me.. Lain orang lain tafsirannya.. Bagiku, aku tak pernah mengabaikan tanggungjawabku untuk membantu insan lain.. cuma perspektif dan pendekatan mula berubah...

Selepas menerima penganugerahan dari Sultanah Zanariah.. Untuk memendekkan cerita yang mungkin cukup membosankan ini.. Aku di anugerahkan pula dengan Biasiswa Yang-Dipertuan Agong (YDPA).. Alhamdulillah semua ini atas ketentuan Allah sendiri.. Dan secara jujurnya aku sendiri tidak sangka yang aku bakal menerima kedua-dua anugerah ini dalam hidupku... Ianya tidak sesekali menjadi matlamat hidup aku.. dan tidak pernah terlintas dalam hidup ini untuk menerima anugerah yang sedemikian rupa...

Dan selepas menerima anugerah YDPA.. tepat tanggal 3 April 2010 aku mula menjejakkan kaki ke bumi Bristol untuk meneruskan pencarian ilmu dan disatukan dengan kawan baikku buat kali pertama di bawah satu institusi pengajian yang sama.. Dan di sini bermulalah kisah hidup aku yang baru dan lebih mencabar..

Erm.. rasanya macam dah takde sambungan kowt.. kalau ada pown mungkin closure.. tak pasti la plak..

About Me.. Part 1

Post kali ni will be lenghty and boring.. Yes will be boring.. Serius bosan.. It is mainly about my life and the summary of it.. Ni semua sebab mimpi semalam.. Basically just untuk sum up kehidupan aku, how wonderful my life are.. Dengan semua kelemahan dan kekuatan yang hadir bersama diri ini... It will be boring an nothing to do with other people.. It is for self-development purposes and if it can inspire other people. You are welcome to be inspired...

and this will be the first one I ever did publicly..


Tukar dalam bahasa Melayu pulak..


Anak kelahiran Selangor ini lahir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.. Lahirnya seorang putera yang berlumuran darah pada 7.27 petang (kalau tak silap), Khamis malam Jumaat dikeheningan tahun 1988.. Di besarkan di Bandar Tun Razak bersama-sama 2 orang abang dan seorang kakak.. Nama yang di beri cukup indah buat diri ini.. Muhammad Zamir Bin Othman.. Satu nama yang penuh dengan seribu satu makna keindahan.. Mendapat pendidikan awal di Tadika Othamniah (bukan ayah aku punya.. cerita betul ni). Sahabat pertama dalam hidup ini ditemukan seawal usia 3 tahun.. Dengan jarak rumah kurang dari 50 meter.. Itulah kawan gaduh, itulah kawan suka dan itulah kawan berduka.. Kini 21 tahun masa telah berlalu, walaupun banyak yang telah berubah namun persahabatan ini InsyaAllah akan kekal bersama selamanya...

Melanjutkan pelajaran ke Sek Keb Bandar Tun Razak (2) dan memasuki kelas 1 Jaya (erm kelas no 2 rasanya sebab tak dapat markah bagus masa tadika dulu..) Dan kemudian diteruskan dengan tahun 2 Jaya.. Bila darjah 3 lompat kelas, masuk 3 Pilihan (kelas pertama ar masa tu).. dan menamatkan sesi persekolahan di kelas 6 Pilihan.. Aku bersyukur di usia sekecil 7 tahun dan 8 tahun aku di ajar untuk memilih haluan hidupku sendiri. Memang tidak dinafikan ada bantuan dari ibu dan ayah.. Namun semua pilihan terletak pada diriku sendiri.. Sama ada ingin pergi ke sekolah ataupun tidak. Ingin mengambil cuti dan sebagainya.. Mereka tidak pernah membantah, Namun kata-kata mereka yang membuatkan diriku berfikir sama ada wajar atau tida-k untuk berbuat sedemikian rupa... Masih ingat lagi diri ini sewaktu 7 tahun. Biasa la bila bangun pagi kan, nak solat Subuh, pasti dah sudah pasti akan merengek la.. mula la dengan bunyi uhuk uhuk. urggh, urghhh,, eyiah... dan sebagainya.. Mudah, ayat emak masa tu.. Kalau Amir tak nak solat Subuh takpe, Mak takkan kejutkan lepas ni lagi.. (Bila dengar aku gembira giler)... Tapi.. Janji dengan Mak satu perkara, jangan sesekali mengucap dua kalimah syahadah sampai bila-bila.. Aku makin terpinga-pinga dan aku utarakan soalan, kenapa pulak? Dengan mudah Mak menjawab, buat apa lagi nak katakan tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah, kalau diri sendiri tak nak bangun dan solat Subuh.. Zazzz.. Sentap, terus aku bangun tanpa bicara dan solat Subuh tanpa banyak soal.. Sejak hari tu, dan alhamdulillah sampai sekarang bila dikejutkan solat Subuh, tak banyak tanya dan tak banyak soal.. Cukup berkesan didikan mereka.. Aku diberikan kebebasan penuh untuk berbuat pilihan dan pada masa yang sama aku diselitkan dengan panduan kehidupan untuk merujuk pada tingkah laku dan tindak balas aku terhadap sesuatu perkara.. Kalau nak diungkapkan semua kata-kata diorang.. Silap-silap blog ni boleh masuk kategori 18 SX or 18 PA even 18 SG.. so elakkan buat masa sekarang. tapi mereka tidak pernah sesekali menyorokkan realiti dunia sebenar sejak aku masih kecil lagi..

Aku tamat pengajian di Sek Keb Bandar Tun Razak (2) dengan keputusan 5A... haha.. itu pun ada sejarah tersendiri jugak. Boleh pulak menangis mula-mula sebab tak disenaraikan dalam senarai murid-murid yang dapat 5A sebab cikgu salah tengok list nama.. menangis bukan sebab terkilan ataupun apa.. tapi sebab suma rakan-rakan yang belajar dalam kumpulan yang sama dapat.. so sedih ar sebab tak dapat join the group (ala, budak kan time tu).. Tapi to make it short, Alhamdulillah dapat jugak 5A tapi ada pengajaran lain aku belajar masa tu... Biasa la kan.. UPSR benda besar kowt masa sekolah rendah.. kalau boleh dapat 5A ke 4A ke 3A ke mesti la nak ada ibu bapa teman sekali.. Tapi bukan untuk diriku.. Orang pertama yang peluk dan cium dahi aku.. erm tak silap Mak Fahmi... Yup, orang pertama.. Dia siap nangis kowt.. terharu aku.. Masa tu kalau tak silap ibu bapa ku tengah kerja.. Mungkin akan ada orang kata ish kejamnyer parent budak ni, anak dia punya la belajar elok-elok dapat result cemerlang.. tak amek pun cuti untuk tengok keputusan anak dia.. Bagi aku pengajaran dia mudah.. Diorang dah berjanji awal-awal kalau aku dapat 5A dia bagi RM500 dan kalau 4A takde pape.. Seolah-olah macam takde ruang untuk aku buat kesilapan kan... So itu asas didikan yang aku terima.. Aku kene buat yang terbaik dan terus lakukan yang terbaik dalam hidup aku.. sama ada mereka ada di sisi ku ataupun tidak.. itu tidak penting.. namun mereka selalu ingatkan aku bahawa doa mereka akan sentiasa bersamaku.. Itu sudah cukup buatku.. Sejak kecil mereka dan menyediakan aku dan adik-beradikku dalam keadaan paling teruk sekali.. Iaitu jika mereka pergi dulu.. Semua ni pengalam tragis ibuku.. ibu dan ayahnya pergi meninggalkan mereka 7 beradik di waktu usia ibuku awal 20-an.. dan ibuku yang menjaga semua adik-beradiknya.. Dan disebabkan kejadian tu, sejak dari kecil.. seawal 7/8 tahun aku dididik untuk hidup berdikari (bukan kene tinggal dalam hutan dan survive, tak sampai tahap tu lagi).. tapi dididik supaya jika mereka pergi dulu, mereka boleh pergi dengan tenang kerana mereka tahu anak mereka mampu hidup dengan baik dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.. Sebab itulah, sejak dari kecil, semua pilihan di tangan aku..

Selepas tamat sekolah rendah, tibalah masa untuk ke sekolah menengah.. untuk memendekkan cerita aku dapat tawaran MRSM Mersing tapi tak pegi.. then nak masuk Sek Men Bandar Tasik Selatan jer.. tapi ayah aku tak agree.. dalam tak setuju dia, hantar jugak aku untuk pendaftaraan dan dalam diam-diam dia isikan borang untuk ke Victoria Institution (aku tak tau pown ape kejadahnyer VI time tu).. Bila dan dapat surat tawaran, ayah aku tanya, nak pegi tak.. Aku cakap okay jugak, sebab aku tau bahasa inggeris aku paling teruk dalam keluarga aku.. Mungkin ini peluang yang lebih baik untuk aku memperbaiki antara kelemahan yang ada.. Macam-macam kenangan di VI, dan takkan dilupakan kedau-dua kawan baikku.. Haw That Jhong dan Vigneswaren (mana la korang sekarang ni...) Tamat dengan selesa zaman PMR dengan kelulusan 8A.. kali ni ibu bapa aku datang sekali.. erm.. sebab diorang tak caya aku belajar untuk PMR... Sebab dok rumah asyik layan citer cina, citer cina, citer cina.. ala kan zaman 2000 smpai 2003 terkenal dengan citer cina pkol 6 ptg kt TV3 tu.. benda alah tu la aku layan lepas tu layan kt Astro plak yang channel ape dlu tu, Wah Lai Tong or ape la nama dia.. aku dah ingat-ingat lupa.. so sebab kemusyikalan diorang, diorang nak jumpe semua cikgu aku (walaupun diorang akan jumpe setiap tahun) tapi masa Tingkatan 3 tu genting sikit ar, sebab aku dah start wat-wat perangai memberontak.. darah panas katakan... Tup, tup... haha amek ko, muka mak aku masuk TV plak.. sampai bos dia cakap penuh skrin TV rumah dia dengan muka mak aku.. Dan ayat paling catchy time tu.. Saya tak pernah meletakkan tekanan pada dia.. Segala keputusan dia saya serahkan kepada kematangan dirinya untuk berfikir.. Masa aku dengar tu, aku senyum jer.. Sebab it is sooooooo true.. Semua keputusan kat tangan aku kowt, diorang bertindak sebagai penasihat.. Tapi masa tu, wartawan tu muka tak puas hati giler.. sebab dia tak caya.. So kes masuk TV ni kesinambungan dari kes masuk paper waktu UPSR dulu (eh tak citer ek).. Aah dulu masa dapat 5A masuk paper.. so PMR masuk TV la plak... Agak-agak SPM nanti masuk ape ek? hahaha.. Masuk bakul angkat sendiri..

Selepas tamat PMR di VI.. aku mula melangkah masuk ke MRSM Jasin.. dan keluar dengan 10 A... bukan 10 A1.. so sebab ramai yang dapat 10 A1.. so aku takde la nak masuk pape kan... Cuma di Jasin, banyak perubahan yang aku alami.. sebab dah takde mak ayah sebagai penasihat tegar kan.. Maka ini adalah training ground or pusat latihan untuk melihat didikan dari ibu dan ayah aku.. Ada jugak spooky story kt sini pasal Doopleganger.. kecoh jugak dorm aku sekejap tapi bab tu.. tak yah nak citer banyak-banyak.. sebab aku pasti dia pun tak suke.. Kita dah agree dia tinggal kat situ dan aku terus kehidupan aku... Aduhai meremang plak bulu roma ni... Di situ aku mula mencari identiti, mengenal diri.. ala-ala masuk proses krisis identiti ar.. Nak jadi apa, apa tujuan hidup dan kenapa hidup dalam keadaan begini.. dan melalui didikan ibu bapa aku.. tak dinafikan aku menjalani kehidupan asrama dengan mudah dan sangat berbeza dengan kehidupan asrama yang aku bayangkan.. Hidupku masih bebas, masih aku yang tentukan walaupun ada pantauan dari warden dan juga cikgu-cikgu.. Aku mula membina haluan hidup.. Aku lebih nampak dengan jelas bahawa hatiku mula tertarik pada ilmu, segala bentuk ilmu.. dan asas percintaan itu demi membantu insan lain... cukup mudah.. so masa tu, macam-macam program aku jalankan.. mentor mentee (buat sendiri tau), Fast Revision Programme (buat sendiri jugak) sebab masa tu aku percaya jika aku inginkan perubahan.. jangan sesekali menunggu.. terus lakukan dan lakukan dengan sebaik mungkin.. sebab masa tu kalau nak tunggu BWP ke LDP ke EMC or ape benda lain.. memang susah nak jalan.. kene tanya cikgu penasihat dan cikgu bawak meeting pastu kene tanya pengetua and so on.. Aku nyer cara drastik jugak ar.. terus pegi jumpe pengetua.. Dan Alhamdulillah Allah sentiasa mempermudahkan urusan aku.. mungkin sebab niat nak bantu manusia lain kowt.. sampai tahun tu wujud la programme khas.. somehow Gifted and Genius nyer programme.. dan aku tak pasti macam mana aku boleh masuk dalam programme tu.. Sebab kalau tengok budak-budak lain memang hardcore gifted and talented ar.. jauh panggang dari api kalau nak compare dengan aku.. Ye ar, masa tu, Ada Afif, Mohd dan ramai lagi ar.. tapi itu rezeki aku dan dengan kapasiti tu, lagi senang untuk aku merancang program.. Aku tau, memang tak dinafikan most of the program yang aku buat one man show.. Aku dapat jugak komen dari cikgu-cikgu yang seolah-olah aku bukan hidup pada zaman ku.. So tak ramai faham kenapa aku buat macam tu dan macam ni.. Tapi bagi aku.. takpelah kalau diorang tak faham sekarang.. diorang akan faham nanti.. niat aku mudah.. untuk membantu mereka yang memerlukan... itu yang ayah dan ibu aku ajar.. Itu perkara paling asas... Dan aku rasa seronok dan lega bila aku dapat bantu diorang semua.. Pasal pelajaran aku? erm... tu kene tanya orang lain dalam kelas tu ar.. macam mana aku belajar.. sebab aku sendiri tak tau nak explain macam mana.. cuma yang pasti aku seronok belaja.. dalam kelas aku enjoy dengan semua ilmu tu.. Aku ikhlaskan hati.. aku belajar hanya kerana semangat ingin tahu dan bukan sebab SPM ataupun pointer masa di Jasin dulu.. Banyak je kes aku dihalau kuar kelas dan ada je aku ponteng kelas.. tapi semua tu bukan penghalang untuk aku mencari ilmu.. Aku pun manusia gak.. ada kelemahan dan ada perkara yang aku tak minat.. so ada masa yang drastik, aku ponteng kelas semata-mata nak dapatkan ilmu lain yang aku minat.. bukan ponteng kelas dan balik asrama untuk tido.. tak tak.., tidak sama sekali.. So Jasin sebagai training ground.. untuk aku, ianya kejayaan paling besar.. Sebab aku mampu melihat diriku membantu insan lain dalam kapasiti diri ini...

Cukup la buat masa ni.. nanti panjang sangat post kali ini..