Sedar tak sedar dah lebih dari setengah tahun blog ini ditinggalkan.. Pelbagai liku-liku hidup telah aku lalui.. Namun aku rasakan aku perlu menulis kembali.. Nukilan kali ini lebih kepada kisah hidupku dan bagaiman suntikan Islam itu sedikit sebanyak membuatkan aku kenal dan hargai diri aku..
Ya, aku belajar tentang Islam lebih banyak di negara asing.. Di Bristol, Eropah dan Amerika Syarikat berbanding di negaraku sendiri.. Semoga nukilan-nukilan ini akan mampu memberi sumber inspirasi buat insan-insan yang masih berjuang dalam mencari makna kehidupan.. Nukilan ini tidak bermakna aku sudah selesai berjuang.. Setiap nafas dan langkah ini masih dalam satu perjuangan..
Aku rasakan ada baiknya aku titipkan sedikit sebanyak perjalanan hidup ini.. Semoga ianya menjadi ilmu dan pengalaman yang bermanfaat untuk insan lain di luar sana..
Percutian Hujung Dunia sebenarnya hanyalah elaborasi dari proses pengajian di peringkat PhD (Doctorate of Philosophy). Mungkin ada yang pernah dengar insan lain klasifikasikan sebagai Permanent Head Damage, Possible Heart Dysfunction dan kata-kata negatif lain.. Buat diriku.. "We are what we think". Maka aku mulakan perjalanan aku dengan kata-kata yang positif supaya perjalanan aku mencari dan meneroka ilmu Allah itu, InshaAllah diberkati dan sentiasa dibawah lindung rahmatnya..
Jika ada yang sudi dan rajin jejak cerita awal dari blog ini sendiri.. Semuanya bermula semasa aku mula menjejakkan kaki ke bumi Bristol..
Kali ini aku cuba bawa perspektif hidup aku sebelum semuanya bermula..
No comments:
Post a Comment