Pages

Thursday 30 January 2014

Till we meet again...

Bila melihat kembali asal usul kewujudan blog ini hampir 4 tahun yang lepas.. Ianya untuk melakar jalan cerita perjuangan dan kehidupan aku sepanjang percutian aku di bumi asing ini.. Jika diimbau kembali, banyak pengalaman yang telah aku lalui.. Suka duka.. Gembira sedih.. Marah dan geram.. Adakalanya keluar jugak bahasa-bahasa yang tidak enak.. Ampun maaf di minta atas kekilafan dan kefakiran ilmu dalam menyampaikan sesuatu perkara..

Aku tahu ini bukan kali pertama aku nukilkan post-post seperti ini.. Cuma ini adalah petanda aku akan berehat sebentar atau mungkin selamanya dalam alam maya ini.. Sama ada dalam blog ini mahupun dunia media sosial yang lain.. Bukan kerana aku sudah jumpa peneman hidup lain.. InshaAllah kalau dah jumpa, ianya proses ke arah penyatuan jiwa melalui jalan yang halal.. InshaAllah.. Doakan yang terbaik..

Apa-apa pun 1 February merupakan minggu terakhir aku mempunyai status yang aku kecapi sekarang.. Selepas tarikh itu ianya adalah proses transisi dari satu status ke status yang lain.. Bukan aku nak meletakkan hidup aku dalam status yang tertentu tapi kerana telah berjanji dengan insan tertentu maka aku rasakan transisi ini penting dalam menguruskan hidup aku lebih baik..

Lagipun minggu ni minggu akan datang aku akan mula uruskan beberapa yayasan dan fund untuk masa depan.. Maka masa aku akan lebih ke arah itu.. macam mana untuk jayakan yayasan-yayasan yang bakal ditubuhkan.. Pengurusan kewangan dan sebagai..

Tambahan lagi, InshaAllah dalam bulan depan aku akan mulakan trust fund untuk bakal anak-anak aku.. Masanya dah tiba kot untuk aku fikirkan pasal keluarga sendiri.. Nak tak nak  benda macam ni akan hadir jugak.. Maka aku kena mula act upon it.. Walaupun semuanya akhirnya aku berserah pada Allah.. Tapi usaha tu kena ada.. Lepas usaha baru tawakal..

InshaAllah lepas ni kehidupan aku akan jadi lain.. Perubahan itu ada, cuma sejauh mana aku tak pasti.. Lagipun minggu depan aku mulakan sesuatu yang baru.. Sangat-sangat baru.. Pengalaman yang tak pernah aku cuba selama ini..

Doakan yang terbaik untuk diriku dan hidupku wahai sahabat, rakan dan taulan.. Semoga apa yang aku nukilkan selama ini mampu memberi ilmu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja.. Walaupun aku tahu kebanyakannya hanyalah repekan dan luahan yang entah apa2 dari dirku..

Yayasan sebuah realiti..

Alhamdulillah, selepas beberapa mesyuarat mengenai trust fund dan yayasan.. Semuanya berjalan lancar.. Alhamdulillah beberapa anak yatim dan sustainability fund dah mula menjadi pilihan hati dan target yayasan..

InshaAllah semoga Allah permudahkan niat ini.. Walaupun ada orang cakap lebih baik jadi kaya raya dan lagi mudah untuk bersedekah.. Namun buat diriku.. Lebih baik aku mula memberi dulu sebelum jadi kaya.. Kerana kekayaan takkan sesekali melambangkan hati yang menginfakkan.. Namun inshaAllah hati yang menginfakkan akan sentiasa dipenuhi rasa nikmat dan kekayaan dari Allah.. Rasa nikmat yang paling utama, yakni rasa cukup dengan hidup ini.. 

InshaAllah yayasan yang aku mimpikan suatu masa lalu mula mengorak langkah pertamanya.. Akan mengambil anak yatim pertama untuk ditaja.. InshaAllah dalam masa terdekat.. Semoga dengan usaha ini.. Ianya akan membersihkan hati kami semua dari onar dan duri.. Mendekatkan hati ini pada diriMu wahai Ilahi.. Semoga ianya menjadi perlindungan dari api nerakaMu, perlindungan dari seksa kuburMu, perlindungan dari fitnah dunia serta fitnah Dajjal..

Aku yakin dan percaya, ujian yang menanti bukanlah kecil.. Kebaikan itu harganya cukup besar di dunia ini.. Takkan ada satu kebaikan pun yang tak diuji.. Yang ini lagilah besar nilainya.. Duit waqaf datang dari yayasan ada nilai yang tersendiri.. Maka perancangan perlu diteliti agar tidak disalahgunakan.. Lagi-lagi termakan untuk diri sendiri.. Nauzubillah.. Moga dijauhkan cabaran seperti ini...


Wednesday 29 January 2014

Getting stronger and stronger

Alhamdulillah.. Buat masa ini, setiap hari rasa lebih bermakna untuk aku teruskan kehidupan yang dibentangkan untuk aku.. Entah dari mana datangnya sumber kekuatan ini.. Mungkin dengan izin Allah, ianya datang selepas aku meletakkan sesuatu pada haknya.. Mengembalikan hak pada yang sepatutnya.. Memberikan peluang untuk diri aku pergi lebih jauh.. Membuka sekatan dalam kekuatan aku kerna gusar ianya bakal merosakkan diri aku sendiri..
 
InshaAllah, kali ini, asas dalam perjuangan lebih kukuh, inshaAllah.. Sedar tak sedar diri aku sendiri dah mula mengatur strategi demi strategi serang balas.. Ianya cukup halus namun masih dalam penelitian.. Aku gembira dan aku suka... Alhamdulillah, akhirnya aku jumpa sesuatu yang aku mampu laksanakan dalam keadaan yang aku gembira dan suka..
 
Aku gembira pabila perasaan cintakan ilmu itu kembali.. Perasaan ingin tahu akan sesuatu perkara itu menusuk jiwa.. Seolah-olah ianya makanan yang memberikan kekuatan.. Dengan izin Allah, pabila ilmu itu mampu memudahkan hidup insan lain.. Kegembiraan yang digambarkan cukup.. cukup sempurna..
 
Aku terlupa, kebaikan dan sedekah yang perlu aku lakukan tak terhad pada saudara seIslam aku semata-mata.. Ianya untuk umat manusia.. Umat Nabi Muhammad saw itu sendiri.. Maka, percaturan aku selama ini ada kekilafan.. InshaAllah kini skopnya lebih luas..
 
Namun tak dinafikan, di saat aku gembira ini.. Ianya takkan berkekalan.. Bagiku ini hadiah dari Penciptaku.. Rehat sementara untuk didatangkan cabaran yang lebih besar.. Peluang untuk aku mengumpul tenaga bagi bersedia dengan cabaran yang aku sendiri tak mungkin dapat gambarkan..
 
Alhamdulillah, aku bersyukur.. Tesis dah hampir selesai.. Sikit je lagi.. Dari dulu aku kekalkan perkataan sikit je lagi.. Tak perlu untuk aku fikir apa penamatnya kerana perancangan Allah cukup sempurna.. Yang penting aku laksanakan tanggungjawab aku hari demi hari..
 
Walaupun ada ketikanya ianya perit.. Ianya membuatkan aku tak mampu bangun.. Namun aku percaya dan redha dengan pemberian dariNya.. Alhamdulillah, ianya berjalan lancar.. Setiap satu yang Dia hadapkan padaku adalah persediaan untuk hari-hari yang mendatang..
 
Untuk aku menjadi sesuatu yang luar biasa, jalannya bukan terletak pada kebiasaan.. Walaupun mungkin suatu hari nanti aku akan berakhir sebagai insan biasa.. Aku redha dengan takdir diriku kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku..
 
Namun sekarang bukan masanya untuk berfikir tentang masa depan.. Ianya perjuangan masa sekarang.. Walaupun perjuangan ini nampak naif dan kebudak-budakan.. Ianya satu perjuangan.. InshaAllah dengan izinNya jika ianya ada kebaikan.. Ripple effect bakal tercetus.. Menggoyahkan malah akan melumpuhkan institusi-institusi yang sepatutnya..
 
Yang penting aku kena kekalkan kekuatan ini dan menjadi lebih kuat dari hari ke hari.. Seteruk mana aku jatuh.. Kekuatan ini aku harus kekalkan.. Senyuman ini harus aku ukirkan.. kerana perjuangan aku masih jauh.. Ianya takkan selesai selagi aku masih terus bernafas di muka bumi ini..
 
Selagi hayat dikandung badan.. Selagi itu tidak sesekali aku terlepas dari tanggungjawab dan amanah ini.. Selagi hayat dikandung badan.. Selagi itu tak terlepas untuk aku membahagiakan dan memudahkan hidup insan lain... Dalam pelbagai aspek kehidupan, dalam seribu satu perspektif dan dalam berbagai-bagai jenis situasi..
 
Kuasa ditanganku.. Mulakan sekarang dan bukannya bila aku benar-benar berkuasa mengikut konteks fahaman manusia biasa..
 
Dare to be different.. To change the world or die trying..

Tuesday 28 January 2014

Pumped up...

Alhamdulillah.. Hari ni bermula dengan lancar.. Walaupun agak lambat.. Namun secara asasnya lebih produktif dari semalam dalam pelbagai perkara..
 
Alhamdulillah jugak hari ni aku tandatangan kontrak baru.. Aku dah decide untuk mulakan hidup aku dalam haluan yang aku pilih.. InshaAllah semoga ianya baik untuk aku..
 
Lepas selesai je tandatangan.. Terus satu amanah yang tak terjangka menerjah tiba.. Sorang pelajar tahun akhir datang jumpa aku.. Dengan mata yang sayu mula bercerita masalah kajian beliau.. Aduh, makin dia cerita makin matanya mula berkaca.. Aduh sudah... Jangan la nak nangis kat sini bang.. Tak macho kot.. So aku terus tukar tajuk perbualan, ubah supaya kembali ceria..
 
Aku tak salahkan dia, sebab bukan salah dia.. Research pun bukan semuanya mudah, semuanya indah.. Cuma mungkin apa yang dia hadapi itu terlalu besar untuk dirinya.. Dan sejak aku mula menulis tesis aku ignore semua ini.. Agak kejam namun mungkin ini permulaan untuk aku sambung tugas mendidik aku.. 
 
Bukankah hidup ini antara tujuan dia untuk memudahkan hidup insan lain, melapangkan hidup insan lain dan tidak sesekali menyempitkan hidup mereka.. Maka aku rasakan aku kena penuhi tanggungjawab ini buat masa ini..
 
Perihal tesis? itu manageable.. Lagipun inshaAllah kalau aku tolong orang, Allah akan tolong aku dalam pelbagai perkara lain..
 
Lagipun bidang yang dia mintak tolong dalam ruang lingkup pemikiran aku.. Maka tak salah bukan?
 
Buat masa ni aku bersyukur.. Hidup makin mudah dan dipermudahkan.. Siapa sangka ribut taufan beberapa minggu lalu adalah untuk menghasilkan jalan yang lebih cantik dan lebih baik untuk aku lalui.. Walaupun ributnya masih tak reda namun jalan yang terbentang cukup awesome..
 
Terima kasih Ya Allah kerana dikau membuka peluang untuk aku mengembangkan payung-payung anak yatim yang sedia ada ke tahap yang berbeza..
 
Dikau berikan aku peluang untuk menubuhkan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.. Walaupun ianya baru satu permulaan.. InshaAllah dengan izinMu ianya akan berkembang dengan lebih mekar..
 
Hari ini dikau berikan aku rahmat dan ketenangan padaku.. Moga dikau berikan pada insan-insan lain yang turut memerlukannya kerana Dikau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
 
~Alhamdulillah, tak sangka gaji part-time kerja kali ini sama dengan gaji full-time driver bus.. Akan aku gunakan peluang ini sebaik mungkin.. InshaAllah dengan keredhaanMu akan ku teruskan hidup ini~

Monday 27 January 2014

Pengurusan hidup..

Permulaan hari ini seolah-olah tak produktif sangat.. Kemalasan tambahan dengan kepenatan aktiviti hujung minggu membuatkan diri ini susah untuk bangun apatah lagi bergerak dari katil yang empuk.. Aduh, malasnya..
 
Pengakhiran hari kalau aku lihat dari konteks penulisan tesis.. Hampeh.. Tak gerak satu huruf pun.. Kalau nak fikir bab ni jer.. Malang la masa yang terbuang.. 
 
Malang ke? Aku tak rasa macam tu kot... Sekembalinya semua jeneral-jeneral kesayangan aku.. Aku mengambil masa yang agak lama untuk meneliti laporan dari sorang demi sorang..
 
Simply awesome..
 
Rasanya dah makin jelas apa yang aku nak lakukan.. Lepas aku teliti laporan mengenai institusi anak yatim, kesan-kesan peperangan semasa, kestabilan ekonomi dan politik yang berkaitan serta penelitian kitab-kitab Ilmuan Islam.. Tambahan laporan terkini situasi Ilmu Al-Quran, hadith, sirah dan fiqh aku.. Ianya membawa kepada konklusi yang memuaskan..
 
Maka aku boleh simpulkan yang aku kena kurangkan waktu berfoya-foya dan fokus pada perubahan yang perlu aku laksanakan..
 
Bermula dari konteks pendidikan, perkembangan teknologi dan pengurusan anak-anak yatim.. Kali ini aku kena tambah self-development yang baru.. Lebih-lebih lagi mengenai ilmu Al-Quran, hadith, sirah dan fiqh.. Bahagian tu kena selari dengan ilmu teknologi aku bagi memberikan impak yang sewajarnya.. 
 
Itu antara laporan dari jeneral-jeneral kesayangan aku.. Selepas 10 tahun aku tak dinilai dari dalam..
 
Lepas tu, aku dapat beberapa email dari Laura, Sarah dan Devan.. Satu per satu memberikan informasi yang berguna.. Esok aku kena jumpa sorang-sorang untuk uruskan dokumen yang perlu dan juga pendidikan serta ilmu yang perlu diturunkan..
 
Alhamdulillah, hari demi hari, hidup ini semakin mudah.. Cuma antara laporan utama dari ketujuh-tujuh jeneral hati ialah mula ambil serius kehidupan aku.. Terlalu banyak dah masa aku habiskan dengan berfoya-foya atas alasan ukhwah dan juga tanggungjawab sosial.. Namun ianya hanya escapism untuk aku lari dari amanah yang lebih besar.. Tanggungjawab terhadap ilmu, keluarga dan anak-anak yatim.. Itu yang lebih utama buat masa ini..
 
Maka esok merupakan hari yang baru.. Dengan fokus yang baru dalam hidup.. Harapnya dengan ini ianya akan membawa reaksi ekstrem dan 'En' aku kepada peringkat yang berbeza.. Supaya aku boleh masuk balik dalam 'The Zone' untuk aku melaksanakan pembaharuan baru.. Meninggalkan legasi yang lebih baik sebelum ini.. Meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang lebih baik dari generasi-generasi sebelum ini..
 
Aku datang ke dalam dunia ini sebagai orang asing/orang luar dan pasti aku akan tinggalkan dunia ini dalam keadaan yang sama.. Cuma biarlah sumbangan aku itu menjadi ilmu yang bermanfaat walaupun tiada siapa yang kenal mahupun ingat aku diriku.. Bukan nama yang ingin aku tinggalkan.. Cukuplah dengan ilmu yang bermanfaat kepada agama Islam dan umat Nabi Muhammad saw...

Akhirnya telah tiba masa untuk mereka kembali..

Selamat kembali 7 jeneral hati yang aku nanti-nantikan selama ini.. Akhirnya telah lengkap semua persiapan yang dilaksanakan dengan teliti sejak beberapa tahun yang lalu.. Dengan kembalinya semua jeneral hati yang telah melengkapkan tugasan masing-masing, sudah tiba masa untuk melangkah dalam dunia baru, fasa baru dan alam baru..

Ini tak bermakna aku akan tinggalkan kisah hidup dan dunia yang aku bina sebelum ini.. Ianya hanya akan membawa perubahan yang drastik.. Risiko akan meningkat berkali ganda.. Perjuangan akan lebih tertumpu dalam beberapa perkara utama.. Reaksi ekstrem dan 'En' akan mula dikekalkan 24 jam sehari.. Setiap minit adalah sesuatu yang bermakna.. Kalau nak kata tiada lagi masa untuk jadi budak-budak tipu la kan sebab tu dah jadi tugasan untuk salah satu jeneral hati yang ada.. 

Pendekatan peperangan kali ini dalam bentuk yang berbeza.. Meskipun 7 jeneral takkan sesekali melambangkan angka dalam perjuangan.. Harapnya ianya cukup untuk membawa perubahan yang aku inginkan..

Ada masanya aku berharap aku boleh hidup normal seperti manusia biasa.. Namun fasa 10 tahun yang lalu mengubah segala-galanya.. Pabila aku mula mempersoalkan apa yang normal, apa yang menjadi kebiasaan.. Atas dasar apa common sense wujud.. Maka itulah bermula percaturan untuk aku tinggalkan hidup yang dikatakan normal..

Ada masanya aku jatuh terduduk dan dambakan kehidupan biasa dan normal.. Namun, itu bukan pilihan aku dan jauh dari hak kehidupan aku.. Suatu masa dulu, ini janji aku.. Ini janji kami bertujuh.. Janji yang pasti akan kami kotakan.. 

Pada mulanya aku ingin justifikasikan asas perjuangan ini dalam bentuk yang lebih luas.. Skop yang lebih lebar.. Namun setelah hati ini mula berbincang dan musyuwarah.. 7 jeneral sudah mencukupi.. Kami bertujuh.. Tidak perlu untuk libatkan orang luar dalam dunia ini..

Sudah cukup onar dan duri.. Amarah dan dengki.. Kemusnahan dan kesengsaraan.. Maka tak perlu untuk kami tambah semua itu lagi.. Tak perlu untuk kami tanam perasaan itu pada orang lain.. Tidak perlu ada lagi keperitan seperti itu..

Tiba masanya untuk kami mengorak langkah, membina jalan yang lebih bahagia.. Jalan yang penuh ketenangan.. Jalan yang dibina atas dasar kasih dan sayang.. Atas dasar untuk mencari keredhaan Ilahi dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pengembara di dunia ini..

Selamat kembali wahai hati bertujuh.. 

The world is yours now..

Have fun and make full used of it.. 

Hati berkata lagi..

Pabila malam bersilih ganti siang, bulan separa menjadi purnama dan kian separuh semula.. Hati ini mula memberikan rasa dan jawapan dalam beberapa perkara.. Keputusan telah dicerna dan diluahkan.. Dahulu untuk datang ke Bristol atas kapasiti Amrul berada di sini.. Kerna bongkak hati (bertapa lemahnya diri ini ketika itu) yakni katakan bahawa perjalanan pengajian akan menjadi mudah kerana kisah silamku, maka kehadiran di Bristol adalah kerna kehadiran Amrul..  (Happy Birthday Amrul, aku tak wish kau sebab kau akan tau kenapa dalam masa beberapa hari lagi)
 
Sedar tak sedar lepas Amrul pergi, kehidupan acap kali menjadi parah kerna tanpa dirinya.. Diri ini seolah hilang sebab untuk kekal di sini.. Namun pabila aku katakan sesuatu, inshaAllah akan aku kotakan.. Untuk habiskan pengajian kali ini, maka ianya janji pada agama, bangsa dan negara.. Maka seharusnya aku kotakan janji aku melalui perjanjian yang telah termetrai..
 
Namun, keputusan haluan hidup kali ini aku pilih atas kepentingan diriku sendiri.. Hati ini yakin dan percaya inilah yang terbaik buat masa ini.. Moga Allah tunjukkan dan bimbing dengan lemah-lembut menuju jalan yang terbaik dalam hidup ini..
 
Fasa kedua akan bermula tak lama lagi dalam proses pembersihan hati.. Buat masa ini, fasa pertama berjalan dengan baik.. Walau ada sedikit sebanyak kekurangan, ianya diteruskan dengan penuh kelancaran...
 
Yang membuatkan hati ini berkata-kata dan bersetuju untuk memilih jalan ini, bukan kerana keyakinannya dalam perjalanan kali ini.. Alasannya cukup mudah, kerana dirinya terasa lebih banyak ianya akan terus belajar.. Lagi-lagi perubahan sejak April yang lalu memberi kesan yang cukup mendalam.. Memberi makna yang cukup besar buat hati yang cukup kecil..
 
Sedar tak sedar, perubahan dari April lalu bakal mencecah setahun lamanya.. Dalam masa setahun pelbagai perkara yang terjadi maka hati ini ingin mengetahui apa yang bakal dialaminya jika ia diberi peluang untuk pergi jauh..
 
Walaupun cabaran yang bakal datang bukan calang-calang.. Namun pertaruhan nyawa itu bukan sesuatu yang baru.. Mei 2012 sudah mengajar sedikit sebanyak nilai nyawa dalam jiwa manusia.. Maka inshaAllah dengan izinNya, hati ini ingin belajar lebih dari apa yang dirinya peroleh dalam masa hampir 4 tahun di sini..
 
Janji  untuk terus setia itu masih kekal dalam ingatan.. Janji untuk membangunkan naga yang masih lena itu adalah satu kepastian.. Janji untuk membimbing anak muda di tanah air bukan satu lagenda hanya menjadi bualan ramai.. Ianya satu kemestian kerna ianya satu janji suatu masa dahulu..
 
Makin jauh aku selami, akhirnya sampai ke kotak misteri yang aku rasakan belum tiba masanya untuk aku membuka kuncinya.. Bukan kerana takut isinya, namun khuatir akan impak pada keputusan semasa..
 
Aku teringat kisah Nadia Ixora... Aku teringat kisah riang Si hitam manis.. Aku teringat kisah kita bersama.. Apatah lagi kisah si Singa Leo.. Belum lagi kisah Anak Pak Atan.. Rasanya, belum tiba masanya untuk hati ini ke arah itu.. Biarlah ia pergi dalam kapasiti perjalanannya sendiri.. 
 
Hati ini dalam evolusinya yang tersendiri.. Jangan dibiarkan anasir luar dan dalam menguasainya kembali.. Pabila telah usai evolusinya, biarkan kematangannya dalam membuat keputusan mendidik reaksi ekstrem dalam meneruskan tugasan beliau..
 
Akan tiba kembali gerak hati dan gerak tangan bersulaman antara satu sama lain membina konklusi hidup yang terbaik.. Terbaik untuk agama, bangsa dan negara.. Untuk mereka yang tercinta... Yang terus dicintai hingga hujung nyawa..

Friday 24 January 2014

Falling in Love..

Lepas hampir 48 jam aku stabilkan 'Cleansing Technique', misi dan visi hidup aku makin jelas.. Mula-mula macam nak gila jugak untuk stabilkan teknik ni dalam masa yang sama kawal hati supaya tak berbolak-balik dalam tindakan yang sedang dan akan dilakukan (Semoga Allah membawa hati ini ke peringkat yang lebih baik dari hari ke hari)..

Sejak beberapa hari ni, bentuk mimpi pun dah berubah.. Rasanya lebih jelas dan lebih kukuh mimpi-mimpi yang aku rasakan.. Sama ada mainan tidur ataupun petunjuk aku tak pasti.. Yang pasti aku akan proceed with caution.. Cuma frasa yang asyik muncul sama ada waktu dalam mimpi ataupun daydreaming asyik terngiang-ngiang dalam kepala ni

"Jangan jatuh cinta pada diri ini jika dirimu tidak bersedia untuk melihat diri ini pergi pada esok hari"

Aku tak tau nak respond apa dengan ayat ni.. Tapi kalau ikut dari konteks kematian.. Memang manusia akan mati pada bila-bila masa.. Kalau tak nak ada perpisahan jangan wujudkan pertemuan.. Maka bila dilihat dalam konteks cinta mahupun perkahwinan.. Memang satu dugaan yang besar jika insan yang kita sayang tu meninggalkan kita keesokan harinya.. Tak kisah la dalam apa jua bentuk, kematian, penceraian atau sebagainya.. Tapi itu realiti yang jarang manusia fikirkan.. Lagi-lagi pabila dilamun cinta, kita rasakan semuanya akan kekal selamanya..

Yup, pemikiran yang naif.. Tiada benda yang kekal selamanya di dunia ini.. Masalah, wang ringgit, kekayaan, ilmu dan sebagainya tidak akan kekal.. Esok lusa semuanya boleh lenyap.. Orang yang hidup saat ini tak mustahil akan mati keesokan hari..

Rasanya bila aku dah mula menulis perihal sebegini.. Perihal kematian dan pemergian.. Rasanya aku dah tahu apa yang hati aku inginkan.. Apa yang dirinya dambakan selama ini.. Oh hati, dikau tak pernah berubah sejak aku mengenali dirimu.. Walau sejauh mana hidup aku terpesong... Dikau sedia menanti.. Dikau seolah-olah tahu akan akan kembali.. 

Alhamdulillah, hari makin hari keputusan aku dalam hidup ini kian jelas.. Kian kukuh.. Namun itu hanya perancangan aku dan perancangan Allah swt adalah yang terbaik.. 

Sejak kebelakangan ini aku mula mimpi akan masa depan.. Masa depan aku dan masa depan dunia.. Rasa hati, gerak hati dan instinct aku pun mula menerjah seluruh pelusuk perspektif yang aku ada.. Seolah-olah aku mula memancarkan 'En' dalam keadaan luar kawal.. Subconciously..

Walaupun ramai yang kata kuasa dan kekayaan merupakan asas untuk pergi lebih jauh dalam perjuangan ini.. Namun, jika ia bukan untuk aku, ianya bukan untuk aku.. Lepas berborak panjang dengan hati ini.. Borak yang sangat panjang.. Ada satu malam tu aku rasakan dah 3-4 jam aku bercerita namun rupanya2 baru 30 minit.. Yup, malam-malam kebelakangan ini sangat lama dan panjang.. InshaAllah ada keberkatan dalam perbualan kami..

Lepas borak dengan hati, aku terlupa diri yang aku kenali suatu masa dulu.. Hati yang aku kenal suatu masa dulu... Maka kini telah jelas landasan perjuangan aku.. Telah nampak asas kukuh dalam jalan dakwah yang terbentang luas.. Perjuangan itu satu sunnah.. Namun perjuangan tidak terhad dalam bentuk peperangan.. 

Aku tak nafikan yang mana kekayaan dan tanah adalah faktor utama untuk menguasai sesuatu perkara.. Dan bukan aku nak katakan aku tolak semua itu untuk hidup sederhana adalah satu perbuatan pentingkan diri..

Sejak dari dulu, jalan perjuangan kita berbeza.. Cukup berbeza.. Aku hormati jalan-jalan mujahadah yang lain.. Maka aku harapkan penghormatan yang sama.. Walau sejauh mana berbezanya jalan kita.. InshaAllah matlamatnya tetap sama.. Mencari keredhaan Ilahi.. 

Sama ada aku pilih jalan ini atau tidak, kematian itu pasti... Sama ada hari ini, esok atau lusa.. Tiada siapa yang tahu..

Yang pasti matlamat takkan sesekali menghalalkan cara aku..
Yang pasti ianya takkan memudaratkan diri aku secara langsung..
Yang pasti ianya takkan sesekali melanggar batasan-batasan agama..
Yang pasti ianya bukanlah sebagai pencetus amarah, perdebatan mahupun peperangan..

Jika sesuatu dicipta atas kapasiti aku.. Ianya hanyalah untuk melumpuhkan dan bukan untuk membunuh.. Bukan hak aku untuk mengambil nyawa insan lain kerana kita takkan tahu tahap kepercayaan seseorang insan kepada Allah sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.. Itu urusan dirinya dengan Allah swt..

Perang apabila diperangi.. noktah..

Jalan aku pasti berbeza.. Sebagai 'wizard' aku takkan sesekali lancarkan serangan seperti 'warrior'.. Tapi tak mustahil untuk kami berdiri di barisan paling hadapan dalam bentuk yang berbeza..

 

Thursday 23 January 2014

24 jam dah..

Lepas 24 jam, withdrawal syndrome makin tak menentu.. Pagi-pagi tadi dah terfikir nak main-main dengan the sweet smell of death with the tingling burning sensation mixture.. Cuma akal ini masih rasional untuk tidak terus mengambil jalan pintas.. The will to move forward even though there are no visible progress are an obvious extraordinary efforts.. So nak tak nak kena jugak bertahan.. It will get easier and easier..

Alhamdulillah, selain that hiccup hari ini hidup berjalan dengan baik.. Tambahan dengan niat di hati untuk berpuasa mematahkan lagi bisikan-bisikan syaitan untuk terus melakukan kejahatan.. I'm looking forward untuk kelas hadith malam ni.. Sejak hari ke hari attending that hadith session, it help.. Indeed in help.. Rasa seolah-olah pesan Rasulullah saw memang tepat menusuk jiwa.. Dari permulaan kelas pembelajaran yang bermula dengan niat, istiqamah dan nilai kesabaran.. Semalam dapat pulak hadith pasal taubat dan penyesalan.. Memang smack on the face.. Cuma terasa kelembutan Rasulullah saw dalam mendidik umatnya.. Indahnya kasih sayangmu wahai kekasih Allah..

Hari ini ada beberapa amanah dan tanggungjawab yang aku perlu laksanakan.. Entah kenapa budak-budak lab tetiba terbukak hati nak suruh aku buat meeting untuk cross-check kerja diorang.. Diorang ingat aku superstar ke apa nak tengok and endorse kerja diorang.. Salah pilih orang kot.. Aku ni picisan jer bak melukut ditepi gantang.. Sapa nak tengok dan siapa nak dengar.. Never kot.. Tin kosong pun lagi baik.. Anyway, dah diorang mintak nasihat.. Maka InshaAllah aku akan cuba tunaikan sebaik mungkin..

Buat masa ni pulak, aku tengah merancang untuk bina tabung kecemasan melalui konsep dan konteks wakaf.. Cuma selama ni aku buat sorang2.. Kali ini nak mula ketengahkan idea kat orang-orang lain kot.. Mana tau dapat membantu sedikit sebanyak dan dapat tinggalkan sesuatu yang bermanfaat kat alam fatarmogana ni..

Lepas tu, aku mula gatal tangan bukak email.. Bukan apa, aku dah tak larat di gantung tak bertali dengan JPA.. Aku tak kisah dah apa kata putus dia... Tup, tup.. JPA tak hantar email lagi tapi.. Alhamdulillah, Allah tu akan sentiasa merancang yang terbaik untuk hambanya.. Pabila kita berdoa pada Allah swt.. Dia akan sentiasa makbulkan doa hambanya cuma pabila kita rasa doa kita tak termakbul.. Sebenarnya bukan tak termakbul tapi DiriNya akan sentiasa memakbulkan doa itu pada saat dan ketika yang terbaik untuk diri kita.. 

So bila aku bukak satu email ini.. Baca dari atas sampai bawah.. Sampai ke semua CC nyer email.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Itu jer yang mampu aku ucapkan..

Betullah kata-kata insan yang terdahulu.. Bersabarlah kerana dengan sabar dan kemudian usaha.. Setiap masalah itu akan selesai akhirnya kerana dunia ini takkan kekal.. begitu juga dengan masalah mahupun kesenangan yang kita ada.. Pabila kita tahu ianya takkan kekal.. Dada ini akan jadi lapang dan tenang sepanjang masa, sepanjang zaman..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana sentiasa berikan yang terbaik pada diriku di masa dan saat yang terbaik untuk diriku..

 

Wednesday 22 January 2014

Withdrawal syndrome...

Tak dinafikan hari pertama memang susah.. Bila nak membentuk balik hati dan lidah ni.. Payah-payah... Ada jugak masa aku nak kembali pada aku nyer homemade theraphy guna lithium dan choloroform.. Feveret drugs aku.. Tapi aku tak buat.. Alhamdulillah, aku tak start balik wat benda-benda bodoh yang aku buat dulu bila masuk tahap pembersihan diri..

Cuma payah kot bila bab hati dan lidah.. Mula-mula kena hentikan semua cakap belakang, mengumpat, cari salah manusia dan mengintip kehidupan orang lain.. Ada masa dan ketika hari ni.. Akward moment dah bila aku dah takde benda lain nak dibualkan.. Serius, baru aku tahu bertapa teruknya diri aku sebelum ni.. Selama ni cerita seharian aku berkisar pasal hidup orang lain.. Bila aku tekad untuk berhenti terus wujud silent akward moment.. Namun aku makin memahami intipati nasihat Rasulullah saw yang mana berkatalah sesuatu yang baik dan jika tidak, diam itu lebih baik..

Memang seharian aku withdrawal syndrome.. Ada je orang aku nak carik untuk cerita itu ini ataupun korek cerita itu ini.. Namun bila aku dah hampir je ke arah tu.. Terus aku ingat balik hati ini perlu dididik.. Lidah ini perlu ditegur dan dibelai dengan penuh kasih sayang..

 Tak cukup dengan tu, aku putuskan juga hati ini dengan kebergantungan pada manusia lain.. Bila bab ni, aku ingatkan takde masalah sangat.. Lepas set the target, withdrawal syndrome tak yah cakap la.. Then, bila muhasabah balik.. Aduh, perit.. Kebanyakan sebab aku berjumpa dengan orang itu dan ini hanyalah untuk bercerita dengan orang itu dan ini yang akhirnya menyebabkan kebergantungan pada insan lain adalah semata-mata kerana cerita orang itu dan ini..

Parah-parah.. Habis berapa banyak dah daging saudara aku aku makan.. Nak tak nak, fasa kedua lepas ni ialah mintak maaf dengan semua yang pernah aku mengumpat, kutuk dan sebagaimana.. Selagi mana ianya tak dilaksanakan.. Selagi itu pembersihan hati dan lidah tak mampu aku sempurnakan..

InshaAllah, mula sedikit demi sedikit.. Mula-mula hati dan lidah.. InshaAllah selesai yang ini, yang lain akan menyusul dengan lebih mudah..

It is not gonna be easy tapi inshaAllah it will be a great life afterwards..

Keep going on and stay away from the drugs.. 

Kembalikan segala kebergantungan pada Allah dan lakukan yang terbaik dalam hidup..

Limitless & The Pandora Box

Alhamdulillah.. Akhirnya pagi tadi aku dapat tamparan kilat pukul 3-4 pagi.. Memang ohsem tahap dewata raya.. Terjaga terus rasa satu badan berpeluh dari atas sampai bawah.. Ni bukan peluh yang tahap baru nak terbit peluh.. Ni peluh tahap lenjun giler babeng nyer peluh..

Mula-mula ingatkan mimpi tu macam biasa la mainan tidur.. Last-last tak sedap hati gak terus bangun dan continue rutin harian.. Walaupun suhu kat luar mencecah single digit.. Aku rasakan panas je berpanjangan akibat tamparan kilat sebentar tadi..

Rupanya aku terlalu lama merenung pintu yang salah.. Aku terlalu lama memikirkan tentang masalah dari cara untuk selesaikan cabaran yang ada.. Hari demi hari aku tak sedar yang mana hidup ini bergerak secara exponential dan cara untuk aku hadapi hanyalah berkadar langsung.. Learning curve aku drop like hell dan akhirnya jadilah buntu macam cacing kepanasan tunggu masa nak kena pijak dengan budak umur 2 tahun..

Satu benda je aku nak kena buat sebenarnya.. Become stronger and stronger.. Jangan sesekali tunduk pada cabaran mahupun halangan.. Mimpi semalam mengingatkan aku tentang Pandora Box 10 tahun yang lalu.. Yang mana aku simpan rapi kerana masa tu aku sealed dia habis-habisan kerana aku hampir gila memikirkan hal dunia, akhirat dan konsep keTuhanan.. Yang mana ianya membawa evolusi diri aku ke peringkat yang menarik tapi berbahaya.. Waktu tu dah hampir gila dah kot dan akhirnya aku sepakat untuk simpan dan sealed far-far away.. Termasuklah konsep evolusi manusia tanpa batasan..

Rupanya, sedar tak sedar.. Evolusi yang aku lalui pada 10 tahun yang lalu.. Hadnya sampai di sini.. Aku terlalu selesa dengan keadaan aku sekarang sampai aku tak mencabar diri aku untuk pergi lebih jauh.. Untuk terus berevolusi.. Sampaikan bila aku tersepit antara dua dilemma.. antara dua pilihan.. antara dua kerjaya.. antara dua jalan.. Aku berhenti untuk fikirkan evolusi yang mampu aku jana dan akhirnya aku tumpas dengan mula berkongsi kisah pilhan dan dilemma dengan insan lain...

Aku mula mengambil jalan mudah untuk meluahkan daripada mengatasi dengan kuasa aku sendiri.. Makin aku luahkan, hidup aku makin selesa kerana pseudo-comforting effect yang berlaku.. Biasala kan bila kita luahkan sesuatu kita rasa ringan (kononnya) sebab the burdens being shared but it is not that simple.. The weight of 'it' on your shoulder never reduced.. 

Suatu masa dulu aku pernah utarakan konsep kebolehan manusia adalah limitless (dengan izin Allah.. obviously la kan).. Namun sebabkan fasa kegilaan aku, aku hentikan semua kajian yang ada.. Mungkin 10 tahun yang lalu aku tak bersedia kerana aku tak pasti apa yang akan aku temui.. Sekarang? mungkin dah tiba masanya untuk aku buka kembali kotak Pandora tu..

Namun sebelum itu ada beberapa perkara aku perlu selesaikan.. Yang mana aku kena pastikan perjalanan hidup aku sebelum ini bagaikan kesan tapak kaki di padang pasir mahupun tepian pandai.. Pabila angin bertiup ataupun ombak menghempas pantai, ianya hilang tanpa jejak.. I did break my first rule of life tho.. Yang mana takkan ada seseorang pun yang tahu kisah hidup aku dari A to Z.. Cuma baru 40-50% being leaked out.. So good enough for proper damaged control later this week..

Yang ke-2.. Asas untuk hati dan jasad aku perlu kukuh kali ini.. Bukan seperti 10 tahun yang lalu.. Yang mana budak picisan yang dahagakan semua ilmu dalam skala yang berbeza.. Bak kata orang tua-tua, kalau kail panjang sejengkal, lautan jangan diduga.. Maka persediaan asas yang kukuh itu perlu dan sangat penting.. Maka proses pembelajaran asas hati dan keimanan itu akan menjadi pokok dalam proses membuka semula kotak Pandora..

Lepas terbukanya kotak tu.. Saat dan ketika tu aku kena pastikan semuanya hanya dalam ruang lingkup dunia aku sendiri.. Aku mulakan hidup ini sebagai orang luar (stranger, outsider and etc) maka aku harus teruskan dan tamatkan hidup ini dalam sedemikian rupa..

Namun ianya tak menghentikan kapasiti aku dalam membantu dan meringankan beban orang lain.. Asas dalam pemahaman hati kali ini adalah pemecahan hati kepada dua entiti yang berbeza.. It combined both solitude and solidarity in the same context (complicated and complexs).. Kalau tak complicated, takde la boleh buat aku gila waktu zaman muda remaja dulu kan.. Hahahhaa.. Good ol' days..

Asas dia cukup mudah, using the solitude concept untuk capai tahap kebergantungan hidup ini hanya pada Allah swt semata-mata dan bertawakal serta berserah dalam urusan kehidupan selepas berusaha sebaik mungkin (in the limitless possible ways).. Namun pada masa yang sama, using the solidarity concept to reach out to the furthest possible way to help the most people in need within your own capacity and beyond (as human capacity are limitless aite)..

Dengan dua konsep yang saling bertentangan, ianya akan push the limit further and further.. Putting others first in your life.. Either your families or companions or even the stranger that needed it the most.. As everyone come to this life as stranger, no one suppose to be strangers to the others as everyone sailing in the same boat..

Maka, aku rasakan untuk aku pisahkan jalan hidup aku mengikut citarasa dan kehendak setempat adalah sesuatu yang tidak wajar.. As this mind and body possess a limitless capabilities.. InshaAllah ada jalan yang membolehkan semuanya tercapai dalam keadaan tersendiri.. Matlamat takkan sesekali menghalalkan cara..

Impian untuk menjadi 'Sang Matahari' bukan mudah namun bukan mustahil.. Jalannya cukup berliku, berduri dan tak mustahil penuh kesunyian.. Lihatlah Matahari di langit.. Acap kali manusia lupakan kehadirannya.. Bila mana ia menghilang barulah duhai manusia mula mengeluh.. Sang Matahari yang memberi nilai kehidupan kepada manusia.. Memberi kekuatan untuk manusia terus hidup.. Bila dia hadir banyak manfaatnya.. Bila hilangnya sang mentari, ianya memberi ruang untuk manusia dan makhluk lain berehat.. Begitu besar jasamu namun bukan penghargaan yang dikau kejar.. Cukuplah untuk melihat manusia mendongak ke langit, senyum dan ucapkan Alhamdulillah pada Yang Maha Esa.. Peredaran Matahari pada paksinya hanyalah dengan izin Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana...

Sebagaimana cerahnya sinar mentari, itulah impian dan cita-cita yang tersemai dalam kotak Pandora.. Kotak hitam yang tersimpan rapi, dikunci kemas mula dibuka... "Demi Mentari Esok" tertulis jelas di atas sehelai kertas.. Inilah pilihan hidupku.. Jalan dan liku yang akan aku selusuri untuk hari-hari mendatang..


Tuesday 21 January 2014

Harga Hidup Berdikari..

I'm making really bad decision lately.. I'm not supposed to break the wall and open up.. Arghhhh... Silap besar.. Benda yang paling aku takut selama ni.. Aku buat jugak akhirnya sebab tekanan dari dalaman yang tak mampu aku kawal.. Aku ingat hati ni dah cukup kental.. Tapi masih lagi picisan tahap sampah..

Aku dah agak dah, kalau aku mintak nasihat dengan famili aku ataupun kawan-kawan baik aku.. Bukan nye nasihat yang aku dapat.. Aku just akan cetuskan kerisauan tahap karma dalam hidup diorang.. Zamir mula mintak nasihat? Zamir lost dalam hala tuju hidup? Zamir tak tau nak buat ape lepas ni? Haru... Haru-biru hidup diorang dengar benda alah ni..

Saat di mana aku mula bercerita keadaan situasi aku mental dan fizikal.. Saat itu kerisauan menerjah kotak hati setiap seorang insan yang kenal aku sejak kecil...

Rasanya untuk aku hidup normal dengan wujudnya badan-badan penasihat macam satu impian yang tak mungkin aku akan capai.. Ini mungkin harga yang perlu aku bayar dalam hidup berdikari..

Aku rasa tetap salah aku kerana mula meletakkan kebergantungan pada insan lain.. Yang mana seharusnya aku mintak nasihat dan pandangan Pencipta aku sendiri.. Mungkin ini mesej yang Dia ingin sampaikan.. Makin banyak manusia yang aku cari untuk meminta nasihat, makin serabut jiwa diorang aku lakukan.. Kerana yang berhak untuk aku mintak nasihat dan petunjuk hanyalah Tuhanku yang satu..

Cuma aku tahu.. aku penuh dengan kekilafan.. dosa... dan tahap kesabaranku cukup nipis.. Selalunya aku akan tewas dan hilang sabar menanti nasihat dariMu Ilahi lantas aku terus mencari manusia agar aku dapat rasakan respond yang lebih pantas.. Bertapa jahilnya diriku.. Padahal respond dariMu lebih pantas.. Hatiku, imanku boleh dijentik sepantas kilat oleh DiriMu.. Namun kerana kepercayaanku kadangkala goyah, lalu aku tumpas..

Bila aku fikirkan kembali, ini merupakan antara saat yang aku harapkan ada yang mampu berikan nasihat pada ku.. Selama aku bernafas, semua keputusan aku laksanakan dengan penakulan oleh diriku sendiri.. Ada masanya aku ingin orang yang aku sayang berikan nasihat pada diriku dan bukan hanya menyokong semata-mata.. Namun bukan itu yang aku terima...

Bukan aku tak hargai sokongan semua pihak.. Tapi aku tak sempurna.. Diriku penuh dengan kesilapan dan dosa.. Jauh dari kesempurnaan.. Tidak semua yang keluar dari mulut aku itu benar dan tidak semua yang keluar itu mutiara.. 

Walau setinggi mana aku melangkah.. Aku sentiasa perlu dinasihati.. Dikritik dalam setiap tindakan salah ku.. Sejauh mana aku pergi aku hanya insan biasa.. Seorang hamba pada Ilahi yang mencari cinta yang hakiki..

Namun jika benar ini jalan yang perlu aku selusuri.. Aku redha dan pasrah.. Jika perbuatan aku untuk meminta nasihat pada insan lain hanya akan mencetuskan kerisauan ribuan batu nautika.. Maka akan aku simpan semuanya dalam penakulan antara aku dan Ilahi.. Biarlah DiriNya yang sentiasa menjadi peneman hakiki.. Pendamping setia perjalanan ini..

Kerna walau sesunyi mana perjalanan ini, aku tahu Dia akan sentiasa di sisi.. Dulu, kini dan hingga abadi..

Monday 20 January 2014

Larikan Diri Dari Realiti

Walaupun saban hari aku katakan aku akan fikirkan untuk masa ini dan bukan masa hadapan.. Malangnya pabila aku bukan lagi insan biasa sejak 1 dekad yang lalu, aku tak mampu lari dari realiti ini..

Sejak 10 tahun yang lalu aku merancang (Aku tahu Allah juga merancang dan perancanganNya lebih baik).. Namun dalam 10 tahun yang lalu, sejauh mana aku larikan diri dari perancangan aku.. Diri ini akan kembali kepada asas perjuangan yang satu.. Yang mana suatu masa dulu aku boleh gelak ketawa katakan mustahil untuk ada pihak kuasa besar yang akan mula memandang usaha enteng aku ini.. Kini, aku terkesima diam seribu bicara pabila kuasa besar sudah mula menjeling pada gerak geri aku.. Aku tahu, hanya tiba masa pabila mereka mula pandang tepat mataku dan direnung dalam-dalam apa yang aku ketahui..

Bukan aku menjadi makin paranoya tapi pabila insan yang bakal menyemak kajian aku kali ini mempunyai hubung-kait yang besar dengan 'Dewa-Dewa' di negara kuasa-kuasa besar.. Lagi-lagi negara di mana aku berimpian untuk bebaskan suatu hari nanti.. Ianya menjadi suatu yang parah dan serius.. Tesis yang akan aku utarakan lain dari apa yang aku sudah sampaikan di mata dunia.. Dengan harapan tiada siapa yang akan melihat tesis ini, maka seribu satu bicara dan rahsia aku selitkan (semua ke? biarlah rahsia).. Namun, jika penilai itu yang baca.. Aku yakin dan percaya sekelip mata dewa-dewa tech-ion akan menghidu apa yang aku cuba sampaikan di mata dunia..

Setelah fikir panjang.. Aku rasakan perjuangan yang aku canangkan satu dekad yang lalu perlu aku tunaikan.. Jika ini akan mencetuskan peperangan.. Biarlah aku yang berada di barisan hadapan.. Aku tak rasakan aku perlukan ratusan ribu tentera.. Biarlah diri ini yang tamatkan apa yang aku mulakan..

Aku tak rasa aku perlu bawa insan lain dalam perjuangan mahupun peperangan kali ini..Setiap manusia ada kehidupannya sendiri dan aku tak rasa aku perlukan mereka untuk korbankan hidup mereka untuk sesuatu yang tak pasti seperti ini.. 

Cukup untuk aku seorang pergi untuk realisasikan jika itu masa depan yang pasti.. Aku redha dengan jalan ini jika ini yang terbaik untuk aku dan agama ku.. Fizikal dan mental, sampai bila-bila aku takkan bersedia namun selagi aku tak mara.. Takkan aku tahu keputusan yang menanti di sana..

Ada sebabnya kenapa aku dan kenapa semua ini.. Yang pasti inilah yang terbaik untuk meminimumkan kawalan kerosakan..

Thursday 16 January 2014

Hidup untuk hari ini..

Aku selalu keluarkan kata-kata berbaur motivasi ataupun yang sudah basi kepada manusia dipersekitaran aku.. Yeah, easier said than done.. I get you guys now.. Seperti biasa memang bila kata-kata tu dilontarkan kembali pada aku.. Takkan ada effect kot.. Ala2 bullet proof nano-force field dah menyelubungi segenap pelusuk zarah dalam diri aku.. Nak tak nak, ianya kena bermula dari dalam.. Dari hati...

Aaaaaaa... Sekarang baru aku faham maksud frozen heart dan segala scheming dari diri aku yang lepas.. Yang mana strategi demi strategi diorang laksanakan demi aku di masa akan datang, yakni sekarang.. Thanks korang, walaupun dah lama kita bersatu kembali.. Sampai aku dah lupa peranan korang satu per satu dulu.. Kini, korang datang dalam bentuk yang berbeza..

Bila mana aku terjumpa dengan frasa hati yang beku.. Dunia yang gelap dan sebagainya.. Baru aku faham makna yang korang cuba sampaikan.. Bukan niat korang nak suruh aku bekukan hati dan masuk fasa solitude yang berpanjangan.. Rupanya hati yang beku tu maksudnya untuk aku berhenti seketika.. Statikkan pandangan aku terhadap dunia luar serta faktor luar.. Kemudian nilai hati aku kembali.. Lepas tu, frasa Dunia yang gelap dan lautan yang dalam merujuk kepada complete darkness.. Dalam keadaan hati aku yang statik ditambah dengan suasana gelap dan dalam.. Ianya kini antara aku dan hati aku.. The heart, soul and mind talk.. Dalam keadaan dunia gelap nan lautan dalam serta hati yang beku.. Tiada gangguan dari dunia luar.. 

Ianya merujuk kepada perbualan dengan hati.. Tanya hati aku, apa yang dia nak.. Apa yang buat dia rasa selesa.. Apa yang buat dia rasa tenang.. Apa keinginannya.. Hati itu ada haknya ke atas akal dan jasad.. Hatilah yang memulakan segala niat.. Hati merupakan kunci keimanan dan kepercayaan aku pada sesuatu kejadian.. Hati juga merupakan asas pada penzahirkan tindakan dan membenarkan lisan.. Hati merupakan pokok dan kunci keimanan..

Akhirnya aku faham apa yang korang nak sampaikan.. Akan tiba suatu masa nanti aku makin tak percaya dengan instinct dan hati aku sendiri dan mula mendengar pandangan manusia lain.. Cuma kerana akan ada masa aku obses terhadap pandangan orang lain.. Aku terlupa soal hati dan perasaannya.. Maka sebab itu dikau lancarkan semua serang balas secara tak langsung untuk aku duduk kembali berbicara dengan hati..

Tangisan dan esakan hari demi hari bukanlah tangisan ke atas insan lain.. ianya hanya panggilan hati untuk mengenang tugasnya pada Ilahi.. Tanggungjawabnya pada Ilahi.. Alasan gugurnya air mata itu hanya tinggal alasan kerana maksud yang sebenar lebih mendalam..

Pabila hati mula berkata-kata.. Seribu satu kata hikmah yang tersemat rapi mula dilontarkan.. Semua nasihat yang pernah dilontarkan pada insan lain terus di lempar, tampar dan sepak laju-laju ke muka minda dan fizikal..

Akhirnya, pesanan terakhir hati.. Hidup untuk hari ini.. Entah aku akan hidup esok atau tidak.. Tiada siapa yang tahu.. Maka hidup untuk hari ini, saat ini dan ketika ini.. Don't find trouble unless trouble trouble's you & Cross the bridge when you come to it..

Learnt to put down the glasses.. Everyone make mistakes and only fool repeated it..

Ingatlah seteruk mana dirimu.. Hatimu masih lagi dalam keadaan lembut dan penuh kebaikan.. Sejahat mana kejahatan silammu, Hatimu telah lama maafkan.. Selicik mana tipu licikmu, hatimu tahu ianya hanya kerana dikau takut akan dunia ini..

Hatimu sentiasa melihat dirimu bagaikan anak kecil dalam dunia fatamorgana ini.. Hatimu sentiasa di sisi untuk menjaga dirimu... Selagi mana Akhlakmu dikau jaga, kepercayaanmu pada Ilahi dikau manifestasikan.. Selagi hidupmu untuk terus memberi.. Hatimu InshaAllah, Allah swt akan jaga kesuciannya..

Darkest Deepest Ocean

Ini akan jadi kesinambungan siri post yang lepas.. Another Dark post.. Proceed with your own risk..

Kalau ikutkan freezing rate yang hati aku alami dalam fasa 'frozen heart'.. Kira-kiranya hujung minggu ni akan lengkap proses tu.. Lepas tu boleh la lempar hati ni dalam lautan paling dalam, paling gelap..

Semuanya bermula bila mana aku mengimbau kenangan-kenangan lepas.. Satu per satu.. Tak sangka, diriku yang lalu telah sediakan perangkap dan perancangan untuk aku di masa hadapan.. Hipnosis melalui penulisan.. Satu teknik yang aku tak sangka akan kena pada diri aku sendiri.. Paling keji ianya merupakan half-body hipnosis yang mana diriku sedar namun aku tak tau macam mana nak hentikan.. Damn, aku yang dulu memang cukup ohsem.. Tak sangka aku dah capai tahap macam tu sekali suatu masa dulu..

Anyway, aku tak rasa niat dia jahat.. Waktu kami bertujuh (7 ke? aku tak ingat) rencanakan semua ini.. Aku tak rasa ianya untuk memusnahkan aku.. Mungkin hanya sebagai peringatan dan panduan.. Harapnya ianya bukan multi-level hipnosis yang melibatkan 'limbo and abyss'.. Aku tak rasa aku kuasai dah benda alah tu suatu masa dulu..

Cuma perasaan yang aku rasa sekarang.. It is simply unworthy feeling towards the world and the creature exist in it.. To put it into simple context, aku rasa macam sampah masyarakat.. Rasa macam semua orang lebih baik dan lebih hebat dari aku.. Sumbangan diorang akan bagi impak yang lebih baik dalam dunia ini sama ada secara fizikal, mental, emosi mahupun rohani.. Beyond my level in any kind dan sebagainya.. Rasa macam hidup aku akan terus dan terus menyusahkan orang lain... Seolah-olah macam beban batu digalas..

Mungkin lebih baik aku bertindak dalam keadaan anonymous dalam apa yang aku lakukan selepas ini.. Biarlah hanya kebaikan pada orang yang sampai tanpa perlu mengetahui dan memahami hidup aku.. Aku tak tau sama ada aku akan bersedia dengan complete solitude atau tidak.. 

Aku rasa tak perlu kot untuk orang lain bagi seribu satu kata-kata hikmah about how wrong this is...

Let the heart lay down in the deepest darkest ocean.. As it is an unworthy heart to be known or even to be a story in any mankind history.. Let it be my time capsule and mine alone..

The world would be better off without me and without my heart..

Nombor dan kehidupan..

Aku rasa akan tiba jugak masa untuk aku start cacar-merba kan blog ni.. Memang tak sah kalau tak sampai satu tahap dalam pusingan hidup aku yang aku akan tarah balik blog ni.. Luahkan emosi yang merepek tahap dewata raya..

Maka aku tak nasihatkan sesiapa untuk membuang masa korang yang berharga untuk terus baca post kali ini.. Sebab ianya akan menjadi satu repekan yang berpanjangan..

So untuk anti-klimaks.. Meh aku mulakan dengan aku dah bosan dengan hidup ini.. Kan aku dah cakap... Klise... Klise...

Aku makin tak faham dengan hidup ini.. Apabila semuanya benda nak dinomborkan.. Tempat pertama la... 10 terbaik dunia la... Yang pertama hasilkan itu dan ini la.. Korang tau tak nombor tu satu tekanan hidup.. Tekanan!!!!!!!!!.. Tak habis dengan tu.. Bila zaman ijazah dulu.. Pasal pointer la.. 4 flat la.. 1 class la... 2nd class upper la.. Dan sebagainya.. Bila masuk dunia lain.. Ranking itu dan ini.. What the %&!£%!!!!

Akhirnya aku kembali kepada diri aku yang aku tak suka.. Shutting down myself from the world.. Serius tak larat dengan expectation dari luar dan dalam diri aku sendiri.. Sampaikan aku rasa hidup ni satu repekan semata-mata.. Banyak giler benda nak buat dan sebagainya..

Yeah, aku tau ni petanda pertama aku dah burnout.. Banyak sangat nak buat.. Overwhelm dengan kehidupan dan sebagainya.. Yeah aku akan regret (tak kot) post benda alah ni kat alam maya... Tapi biarlah.. Malas nak fikir akibat dia nanti (Matilah aku bila benda ni haunt hidup aku 5-10 tahun akan datang)

Anway, aku tak rasa nombor sebagai satu ukuran yang adil.. Lagi-lagi untuk benda yang subjektif dan tak bersifat fizikal.. Dan akhirnya buat orang yang blurr dan ntah pape macam aku ni terus jadi sampah masyarakat..

Rasanya ilmu dalam badan aku ni makin deteriorate slowly.. Macam akan hilang ditelan zaman begitu sahaja.. Penat dan tak larat.. Aku kalau boleh nak baring dan tak bangun2.. Letih ar dengan semua benda ni.. Nak faham sorang2.. Nak kunyah sorang2.. Ingatkan bila ada orang lain dalam hidup ni, takde la bosan mana.. Realiti tetap realiti.. Suck-up and move on (Korang senang la cakap kang.. Sepak kang baru tau.. Ni emosi tahap ape pun aku tak tau).. 

Anyway.. aku rasa dah terlambat dah untuk revert balik pandangan aku as walk away sequencing dah berjalan pun.. At least bila aku froze and self-destruct takde la sape2 akan kena collateral damage.. Keep the damaged to minimum aite..

This is just toooooo much!!!!!!!!!!....


Wednesday 15 January 2014

Pengalaman mengajar kita....

Sejak kebelakangan ini, Alhamdulillah aku diberi peluang untuk mengimbau kembali memori-memori lepas.. Yang mana sudah bertahun-tahun berlalu.. Ada yang aku ingat seingat-ingatnya.. Ada yang aku ingat samar-samar.. Kotak memori ini rupanya tersimpan rapi dan setiap satu memori berkait dengan memori yang lain..

Begitu jugak dengan blog ni.. Semalam aku mengimbau satu per satu penulisan yang aku karang sejak hampir 4 tahun yang lalu.. Sedar tak sedar, blog ini wujud semasa aku mulakan percutian aku di bumi asing ini.. Bila aku toleh dan tengok kembali semua penulisan aku.. Macam-macam perasaan aku nampak.. Gembira, sedih, keliru, marah, kecewa, kesal dan sebagainya.. Setiap satu penulisan wujud kerana rangsangan dari dunia luar pada waktu dan ketika itu.. Sama ada rangsangan interpersonal mahupun intrapersonal.. 

Selesai aku tengok penulisan dalam blog ni.. Aku pergi ke belakang lagi.. Melihat blog-blog masa zaman muda remaja (Tak yah kot korang nak cari semua tu.. not worth your time).. Bila baca balik, lagi la tersipu-sipu... Ada blog yang wujud sebab perasaan marah dan dendam.. Ada wujud sebab rasa nak share semua benda dalam dunia aku dengan dunia tanpa sempadan dan macam-macam lagi..

Namun setelah selesai aku tengok seimbas lalu semua ini.. Aku pandang kembali diri aku.. 25 tahun bukan satu masa yang panjang namun bukan satu jangka masa yang singkat jugak.. Raut wajah ku dah berubah sedikit demi sedikit.. Tanda-tanda penuaan telah mula kelihatan.. InshaAllah bukan setakat fizikal aku makin matang.. Harapnya emosi dan spiritual aku turut matang bersama usia...

Seribu satu pengalaman.. Sama ada pengalaman aku mahupun pengalaman orang lain mengajar aku erti kehidupan.. Dari memori dan penulisan aku.. Sedar tak sedar, sebenarnya diri aku dah berubah.. Alhamdulillah, ianya ke arah kebaikan.. Itu yang aku nampak.. Kalau-kalau ianya berubah kearah kejahatan, mintak sangat-sangat pada yang perasan itu untuk tegur dan nasihat diri aku.. (Walaupun aku tau aku ni degil dan susah nak dengar nasihat)..

Cuma bila aku terus selami pengalaman dan perjalanan hidup aku.. Aku tak nafikan 5 bulan terakhir ini merupakan perjalanan paling sukar namun aku bersyukur kerana ianya juga perjalanan yang paling tenang dalam hidup aku.. Walaupun aku masih berusaha mencari makna dan tujuan kejadian aku di muka bumi ini.. Namun pencarian itu dilaksanakan dalam keadaan tenang..

Secara jujurnya.. I'm hitting rock bottom of my life.. Satu keajaiban bagiku bila mana aku boleh hidup di negara asing selepas biasiswa aku diberhentikan.. Aku bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.. Yang mampu ada itu dan ini sekelip mata.. Sehingga kini, aku pun tak pasti macam mana aku boleh terus hidup.. Yang pasti, semuanya ketentuan dan perancangan Ilahi.. Jika perkara yang sama dihadapkan pada aku 3 atau 4 tahun yang lalu atau mungkin 8 tahun yang lalu.. Aku yakin aku akan hilang akal dan meroyan tak tentu pasal..

Walaupun hari demi hari aku sedar akan sumber kewangan aku makin merosot dan tipu la kalau takde sekelumit perasaan risau tu.. Tapi entah.. Aku rasa semuanya akan berakhir dengan kebaikan.. Everything will be ok.. All is well.. Entah dari mana kekuatan hati ini untuk percaya sehingga ke tahap itu.. 

Cuma satu yang pasti, aku bersyukur pada Ilahi kerana memberikan aku peluang untuk meletakkan kehidupan aku atas ketentuanNya..

Kerana ketentuanNya dan pengalaman yang Dia berikan aku dalam bentuk cabaran dan halangan yang membuatkan aku terus berdiri untuk mara kehadapan.. Itu satu realiti yang takkan aku sangkal sampai bila-bila.. Hanya kata-kata Alhamdulillah yang mampu aku ucapkan pada Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.. Pengalaman yang paling berharga aku pelajari dalam tempoh 5-6 bulan ini ialah wang dan harta dunia bukanlah segalanya..

Memang tak dinafikan yang mana kalau kita kaya-raya.. Lebih banyak yang mampu kita sumbangkan.. Lebih banyak yang mampu kita beri.. Namun sebenarnya, walaupun kita tak kaya.. Kita tak berada.. Banyak yang mampu kita berikan.. Kita sumbangkan.. Pemberian bukan semata-mata dalam bentuk harta dan material.. Lebih dari itu.. Pabila kita mampu memberi kesenangan pada orang lain.. Pabila kita mampu memberi keselesaan.. keselamatan.. keinginan untuk terus berubah dan maju kehadapan.. Semua itu satu pemberian.. 

Pemberian tidak terhad semata-mata dalam bentuk material.. Ianya wujud dalam pelbagai konteks.. Emosi... Spiritual.. Kadangkala hanya kerana kita bersama-sama melengkapi kehidupan satu sama lain.. Ianya adalah pemberian yang bermakna untuk insan lain..

Dari dulu aku percaya akan konsep hidup pada memberi.. Setiap yang ada pada diriku ada haknya pada insan lain.. Berilah seikhlas hati dan semampu yang boleh.. Berilah terlebih dahulu sebelum hadir niat untuk menerima.. Jangan meminta-minta namun terima pemberian dengan hati yang terbuka..

Sampaikan aku rasa tiada lagi erti hidup jika aku berhenti memberi.. Rasanya pabila tiba dan saat aku rasakan persaaan itu.. Maka makin hampir aku dengan pengakhiran hayat aku.. Pabila tiada lagi yang mampu aku berikan dan pabila aku mula menyusahkan kehidupan insan lain.. Ada baiknya aku tinggalkan dunia ini.. Namun ajal maut aku terletak pada tanganMu Ya Allah... Dikau lebih mengetahui dan mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini..

Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan aku pengalaman hidup sedemikian rupa.. Walaupun sukar, namun Dia sentiasa tunjukkan jalan yang baik untuk diriku.. Aku sendiri tak pasti apa yang akan terjadi untuk hari esok.. Yang pasti aku hargai hati yang aku miliki sekarang.. Hati yang sentiasa ingin memberi demi mencari keredhaan Ilahi..


Monday 13 January 2014

Life is unexpected..

Jika diimbau antara prinsip awal dalam kehidupan yang aku caknakan ini, antara yang paling mudah diungkap namun paling sukar dicerna ialah:

"Hope for the best & Prepare for the worst"

Aku tak nafikan ianya membawa kepada situasi yang cukup, cukup ekstrem.. Aku rasakan kerana prinsip ini juga aku memula memupuk sifat reaksi ekstrem dalam menilai sesuatu perkara.. Yang mana dalam masa beberapa detik aku kena mula menilai dan memberi pandangan pada diriku mengenai laluan hidup yang aku rasakan terbaik.. Ala-ala, split second decisions for multi-path adventure la.. (Okay, complex)..

Sedar tak sedar, dalam hidup aku semuanya berjalan lancar.. Bukan lancar seperti yang aku rancangkan.. Cuma lancar mengikut kehendak Allah swt.. Alhamdulillah, bila aku melihat jalan yang aku telusuri, aku bersyukur.. Hidupku cukup senang dan cukup mudah.. Semuanya dipermudahkan.. Seolah-olah aku tidak pernah rasa sukarnya hidup ini.. Aku mempunyai keluarga yang menyayangi dan sentiasa mendidik diri aku untuk menjadi lebih baik.. Sistem pendidikan yang dilaksanakan juga banyak berpihak pada diriku.. Hidup di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti berlalu begitu sahaja.. Keputusan akademik dalam keadaan baik dan tiada masalah.. Hubungan dengan kawan-kawan dan tenaga pendidik berada dalam keadaan yang cukup bermanfaat.. Setelah tamat alam universiti di Malaysia, aku diberikan peluang untuk melihat dunia luar dan memulakan perjalanan ni bumi Bristol.. Semuanya indah-indah belaka.. Alhamdulillah, syukur pada Allah swt kerana memberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah..

Jika aku nak bandingkan dengan insan lain.. Yang mana makan minum pun tak pasti.. Tempat untuk bermalam pun entah di mana.. Belum lagi yang sudah tiada ibu dan ayah.. Tidak berpeluang belajar.. Tak kira sama ada dalam atau luar negara.. Tidak mengetahui alam dan dunia ini cukup indah.. Jika dibandingkan dengan mereka semua.. Kalau aku masih tak bersyukur.. Sejauh mana kekukufuran aku pada nikmatMu Ya Allah.. 

Ini antara perkara yang aku acap kali fikirkan.. Adakah kerana aku cukup lemah dan tak bersedia untuk diuji.. Maka hidupku cukup mudah.. Kerana bila dibandingkan dengan ujian kanak-kanak lain.. yang berada di negara-negara miskin.. Yang tak kenal siapa ibu mereka, siapa ayah mereka.. Lemahnya diri aku kerana aku tahu Allah swt hanya sediakan cabaran atas kapasiti manusia itu sendiri..

Bila memikirkan keadaan ini aku terus terduduk diam.. Fikirkan, sejauh mana kekuatan aku dalam menghadapi dugaan.. Sejauh mana aku boleh letakkan kepercayaan pada Allah jika ujian seperti itu datang menghinggap..

Namun, dalam perspektif lain aku nampak ini sebagai ujian untuk diriku.. Untuk aku berdiri hidup senang dan pada masa yang sama aku sedar akan kesusahan orang lain.. Maka ianya satu bentuk ujian padaku.. Sejauh mana aku betul-betul kisah dan mahu membantu atau aku akan tewas dan menjadi manusia yang pentingkan diriku sendiri..

Setiap nikmat yang aku ada.. Akan dipersoalkan satu per satu.. Dari syiling sekecil 1 sen sampai la Xbox 360 Star Wars Edition (Mampus aku nak jawab kalau yang ni kena soal).. Yang ni baru harta fizikal.. Belum lagi harta intelek dan anggota badan yang digunakan dini hari.. Nikmat mana yang akan aku terus kufurkan? 

Ini secara tak langsung membawa pada keadaan worst case scenario.. Semua orang selalu fikirkan akan worst case scenario adalah kegagalan.. Namun, ramai yang lupa.. Perkara yang paling buruk berlaku pada manusia adalah pabila kematian menjemput kita tiba.. Tiada manusia yang betul-betul bersedia untuk menerima kematian (Manusia akhir zaman la kan.. Manusia zaman kegemilangan Islam semua memang ohsem belaka)

Cuba bayangkan kalau esok kita tak bangun lagi.. Adakah kita mati dalam melakukan kebaikan ataupun mati dalam onar dan duri akibat umpatan, cacian yang kita tinggalkan pada kenalan sebelum kita tidur malam.. Adakah sempat kita tinggalkan amal jariah, anak yang soleh serta ilmu yang bermanfaat sebelum kematian menjemput kita..

Kalau tanya aku, anak yang soleh confirm tak sempat (kalau mati esok la kan).. Cuma, yang mampu aku harapkan, setiap hari ianya menjadi motivasi aku untuk terus melakukan kebaikan dalam setiap aspek kehidupan.. Lagi-lagi kita tak tahu ilmu yang mana akan menjadi ilmu bermanfaat.. Jangan berangan la Zamir kalau kau rasa confirm ilmu diamond kau tu bermanfaat.. Silap2 dia buat jadi senjata serang orang Islam balik.. Ha jawab kau dekat akhirat nanti.. Maka, aku sendiri tak tau ilmu yang mana satu.. Maka setiap ilmu yang aku ada, akan aku berusaha untuk kongsikan.. Semoga ilmu itu menjadi ilmu yang bermanfaat dan mendapat redha Allah swt.

Amal jariah? Kalau ikutkan mudah sangat nak buat amal jariah ni.. Cuma bila manusia tak fikir akan kematian dan ingat akan hidup selamanya.. Kita akan sentiasa fikir aku dan hanya aku.. Tidak lagi kita dan mustahil untuk kami... Diri sendiri di dahulukan sampai terlupa ada insan lain yang lebih berhak ke atas nikmat diri kita.. Setiap perbuatan baik yang kita laksanakan boleh bertukar menjadi ibadah dan amal jariah jika dan hanya jika niatnya kerana Allah swt.. Cuma sebabkan hati manusia yang sentiasa tamakkan kemewahan dunia dan lupanya akan kematian buatkan manusia rasa dirinya akan hidup kekal abadi..

Ya kita akan hidup kekal abadi namun bukan di sini namun di Akhirat sana nanti..

Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba aku membebel pasal kematian.. Mungkin kerana aku rasakan setiap kali aku tidur dan bangun pagi.. Aku rasakan tarikh kematian makin menghampiri.. Makin meningkat usiaku, makin hampir aku dengan alam barzarkhku.. Cuma sudahkah aku bersedia sebelum Izrail menjemputku?

~Sejak kebelakangan ni aku asyik flashback kehidupan aku dari kecik sampai la sekarang.. Itu yang aku ingat.. Belum lagi yang mana malaikat best-fren aku tulis tak henti-henti dekat bahu kanan dan kiri ni.. Macam tak sanggup je nak lihat semua tu dipertontonkan balik sewaktu di Padang Masyar nanti..~

*Di kesempatan ni nak mintak maaf la dekat mana-mana manusia yang aku pernah buat salah, silap serta kejahatan.. Yang tak puas hati kita boleh setel baik dekat dunia eh.. Jangan ar main tuntut-tuntut kat Akhirat.. Lagipun aku dah maafkan lama dah semua salah silap orang lain.. So kira 0-0 ar.. Pleaseeee...*