Sunday, 12 May 2013

Suku Abad dah..

Post ni di post jika aku tak berjaya untuk menghupdate blog waktu aku menyambut jubilee perak tahun ni..

Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan selepas 25 tahun bernafas di bumi fatamorgana ini.. Sedar tak sedar aku dah bakal melabuhkan pelayaran percutian aku kali ini... Sekejap je 3 tahun berlalu.. Lip lap lip lap.. nanti dah 4 tahun..

Anyway, sambutan kali ini dilaksanakan dalam bentuk yang berlainan.. Kalau ikutkan urutan peristiwa sejak aku sampai ke bumi asing ini..

2010 -  sambut dengan Akak Siti Fairus dalam wayang (time tu dia leh pulak tau birthday aku, dan ajak aku tengok wayang sebab time tu memang takde niat nak sambut pun, lagi-lagi baru sampai UK) - Akak memang awesome la

2011 -  sambut dengan best fren forever dunia akhirat aku.. (Boleh pulak pagi-pagi aku bukak mata ade console PS2 tepi katil aku.. YES, aku kuno, tahun 2011 baru main PS2, tak macam orang lain kan).. Thanks Amrul, sampai hari ni aku layan Dynasty warrior bila rindu kat ko

2012 - Tahun ni dah start lain, pagi-pagi birthday ada junior datang rumah.. Lepas borak-borak dia nak b'fast kat rumah aku.. So aku masakkan la waffle untuk dia.. (Best part, dia request macam-macam without knowing hari tu birthday aku).. Sepanjang hari aku pusing-pusing Bristol.. Keeping it simple and secret from Bristolian..

2013 -  Tahun ni, aku nekad dan tekad nak keluar.. keluar untuk berkhalwat.. Bukan khalwat yang tangkap berdua-duaan tu.. Tapi menyendiri untuk mencari makna kehidupan.. Target aku untuk ke lautan Atlantik.. Pulang atau tidak, aku sendiri pun tak pasti.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Sebelum aku pergi, niat di hati untuk tahun ini, walaupun selalunya aku yang dapat hadiah untuk hari lahir.. Hari lahir aku kali ini aku nak memberi, memberi pada orang lain.. Alhamdulillah, sebelum aku tinggalkan bumi Bristol, aku dah memberi sebanyak yang aku mampu pada seramai mungkin insan.. Andai aku tak kembali.. InshaAllah kabar berita itu akan sampai juga pada mereka yang lain..

Antara perkara yang aku perlu muhasabah dan mencari sewaktu di tengah lautan:

- Kehidupan yang minimalis dan sentiasa rasa cukup dan bersyukur dengan pemberian Ilahi
- Usahakan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan
- Buangkan rasa sayang dan kasih pada manusia semata-mata bukan atas usaha mencari keredhaan Allah..

Semoga sekembalinya dari lautan Atlantik, aku dapat memahami sedikit sebanyak intipati kehidupan ini untuk meneruskan kehidupan suku abad ini..

InshaAllah

Monday, 22 April 2013

Hanya sebuah fantasi..

Truth hurts.. Itulah ayat2 biasa yang aku sering kali dengar mengenai kebenaran.. Namun tak semuanya pahit dan tak semuanya manis.. Cuma kali ini, pabila aku dihadapkan dengan sesuatu jawapan pada permintaan aku selama ini.. Ianya terjawab dengan cukup indah oleh Maha Suci Allah dengan perancanganNya sendiri.. Rupanya selama ini.. Perasaan suka dan sayang yang wujud hanyalah sebuah fantasi.. Jauh benar dari rupa realiti.. Terlalu jauh.. Yang aku ingatkan indah, rasakan indah.. Haram.. jauh sekali brader.. Jauh.. Bila diletakkan realiti di sebelah perasaan fantasi aku.. Tak dapat nak di cari mana yang indah.. Mana yang sedap.. Perasaan yang diulit sebelum tidur dan sesudah bangun tu.. Takda dekatnya dengan keadaan realiti.. Takde satu pun yang seronok.. Inilah gambaran bertapa rapuhnya suatu perasaan pabila dibandingkan dengan keadaan sebenar.. Suka dan sayang.. Hanyalah satu perspektif dan pandangan manusia terhadap sesuatu perkara.. Kadangkala pabila fantasi tu melebihi dari realiti.. Kita seolah-olah akan terperangkap dalam dunia fantasi dan tak sedar akan kebenaran sebuah realiti.. Alhamdulillah, aku masih dikurniakan akal dan hati yang teguh dan kukuh untuk memperlihatkan bertapa jahilnya aku terhadap fantasi aku sendiri.. Terhadap perasaan yang aku layan saban hari.. Lagi-lagi pabila ianya sesuatu yang terlarang dan di larang.. 

Mungkin ianya fitrah manusia.. Sukakan pada sesuatu yang tak boleh dan terlarang hinggakan tidak dapaat dibezakan yang boleh, yang tidak, yang terlarang dan juga yang tersedia.. Penakulan dan pemerhatian aku pabila dihidangkan sebuah realiti seperti yang aku alami baru-baru ini menyedarkan tiada lagi perasaan sayang mahupun suka.. Selama ini peluang diberikan hanyalah atas dasar perasaan terhadap fantasi yang tak sesekali berpijak di bumi yang nyata.. Alhamdulillah, Maha Suci Allah.. Pabila aku mengimbau setiap kali aku cuba realisasikan sesebuah fantasi.. Pelbagai jenis halangan dan cabaran dihidangkan.. Allah masih sayangkan diri ini supaya tidak sesekali terjebak dalam kancah yang aku sendiri tak mampu keluar.. Lebih baik aku tidak mulakannya berbanding berhenti selepas terjebak..

Kini aku sedar, perasaan itu hanyalah sebagai pengganti kekosongan dalam hati ini.. Dan kini kekosongan itu seharusnya diisi dengan tujuan hidup.. Perancangan keperluan hidup haruslah aku landaskan berdasarkan tujuan hidup.. Zaman kini bukan lagi persoalan antara kehendak dan keperluan tetapi persoalaan antara keperluan dan tujuan hidup.. Bukanlah masanya untuk aku dibuai fantasi.. Dibuai perasaan suka dan sayang.. Mungkin jika aku pendamkan perasaan ini, sejarah hitam mungkin berulang.. Namun mungkin itu hanyalah satu mainan perasaan yang bakal mengganggu-gugat keperluan hidup lalu menyempitkan tujuan hidup..

Aku sedar akan perancangan yang aku perlu laksanakan.. Walapun aku sebagai manusia hanya mampu mentadbir hidup aku dan selebihnya terserah kepada takdir dan rezeki Allah.. Itu bukan penghalang untuk aku merancang apa di hadapan.. Pabila aku merenung ke luar jendela, melihat segenap bumi asing ini.. Aku sedar yang perancangan aku haruslah berdasarkan tujuan hidup aku.. Bukannya atas impian manusia lain ataupun harapan serta jangkaan manusia lain.. Hidup aku kerana Allah, dan kepada Allah seharusnya aku serahkan hidup ini..

Cukuplah hari ini pabila dibukakan mata aku akan perasaan suka dan sayang aku hanyalah mainan yang rapuh.. Bukan kenyataan, bahkan hanya fantasi yang sia-sia.. Jika diteruskan, ianya hanya akan mengeruhkan keadaan.. Berpijaklah di bumi yang nyata.. Kembalilah kepada sifat dirimu yang cintakan ilmu kerana Allah.. 

Ingatlah bahawa Allah mencintai hambaNya yang melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh kerana usaha bersungguh-sungguh itu lahir dari hati yang ikhlas.. Lakukanlah sesuatu dengan sebaik mungkin dan janganlah sesekali mengharapkan pembalasan manusia.. Kerana manusia itu adalah makhluk yang paling tidak bersyukur dan menghargai.. Harapkanlah kasih sayang dan belaian Allah swt.. Dambakan lah cintaNya kerana itulah sebaik-baik perasaan..

Thursday, 18 April 2013

Ketenangan suatu yang indah..

Ujian.. Datang dalam pelbagai bentuk.. Setiap manusia dan makhluk Allah akan melalui fasa ini namun setiapnya akan diuji dalam keadaan yang sungguh unik.. Bagiku, dari tahun ke tahun sejak aku memulakan kembara percutian ini, ujianku cukup jelas.. Untuk mengekalkan ketenangan dalam hatiku.. Setiap saat dan detik, ketenangan jiwaku cukup diuji.. Menjentik hatiku untuk berubah secara rasional mahupun tidak.. Aku sedar tanpa ketenangan, rasional pemikiran aku akan tercabar dan banyak perkara yang kurang enak dan tidak elok akan berlaku.. It will be like a ripple effect.. 

Dan... Alhamdulillah, Maha Suci Allah.. Setiap ujian membawa aku dekat kepadaNya.. Macam-macam ujian diberikan yang menggetarkan ketenangan yang ditanam dalam diriku.. Dari ujian material, kewangan sampaikan ke manusia, perasaan dan sebagainya..

Antara buku yang baru aku menelaah baru-baru ni bertajuk "Nota hati seorang Lelaki".. Alhamdulillah, cukup indah pemilihan buku yang dihadiahakan oleh ibu bapa ku.. Seolah-olah mereka boleh meneka perlunya aku buku ni sebagai panduan dalam mendekatkan diri pada Allah.. Banyak pengajaran yang aku perolehi dari buku ni.. Antaranya:

"Perasaan adalah rapuh, pemikiran merupakan sesuatu yang teguh dan hati akan kekal teguh.. Maka lawanlah.. Lawanlah perasaan yang rapuh itu"

"Memberilah sesuatu sebelum ingin menerima sesuatu.. Dan pemberian terbesar apabila memberi tanpa terdetik mengharapkan penerimaan.. Berilah kerana Allah.. Kerana Allah menyuruh hambaNya untuk memberi.. Berilah kerana Allah"

InsyaAllah selain usaha untuk terus-menerus memberi dalam pelbagai bentuk.. Aku cuba untuk didik diri ini agar dapat kekalkan solat jemaah hampir setiap hari.. InsyaAllah sekurang-kurangnya 3 kali sehari.. Walaupun baru beberapa hari baru aku laksanakan pemberian secara rawak (random) dan juga solat berjemaah hampir setiap solat wajib.. Alhamdulillah, ketenangan hati ini cukup indah.. Sampaikan rakan-rakan sekerja tersenyum sambil berkata "The Zamir we knew is back.. The Fun, Cheerful, Happy Go Lucky and Enthusiastic is back".. Tak sangka, selama aku dalam keadaan keliru dan kecamuk, sikap aku terhadap mereka turut berubah.. Alhamdulillah Maha Suci Allah kerana mengembalikan ketenangan ini pada diriku.. Semoga dengan ketenangan ini, aku mampu cambahkan dan ceriakan hidup manusia-mansuia lain..

Hidup ini kena sentiasa memberi.. Tangan yang memberi lebih seronok, lebih gembira.. Lagi-lagi pabila setiap pemberian itu diberikan kerana Allah dan juga disulami dengan perasaan kasih sayang.. Berilah walaupun hanya sedikit.. Berilah pada sesiapa jua.. Berikanlah pada yang memerlukan.. Berikanlah jua pada yang masih selesa.. Semoga dengan pemberian ini, ianyakan akan menjadi ripple effect.. InsyaAllah..

Wednesday, 10 April 2013

Dilemma tamatnya percutian..

Makin aku menulis.. makin laju jari-jemari ini mula menaip.. Aku sedar dan aku akur.. Kenapa tahap saturation terlalu cepat berlaku.. Terlalu singkat masanya untuk aku berada dalam keadaan tepu.. Bukan kerana ketandusan idea mahupun susahnya untuk mencernakan sesautu bahan.. Dengan izin Allah, being me, aku diberikan nikmat untuk berfikir dan menganalisa sesuatu perkara secara tuntas sekiranya aku dalam keadaan tenang dan perkara tu dalam ruang lingkup kepakaran aku sendiri.. Namun, kini antara dilemma yang ada dalam diriku.. Hanya satu.. apa selepas ini.. Apa yang aku inginkan.. 

Adakah aku perlu pulang ke Malaysia secepat mungkin ataupun terus menimba ilmu di bumi asing.. Jika aku perlu kembali ke Malaysia, ke mana hala tuju seterusnya? IPTA? IPTS? Syarikat sendiri ataupun korporat di luar sana.. Dan jika aku tak nak kembali ke Malaysia buat masa terdekat ni.. Mana pilihan hati? Bristol? Europe? Australia or even US?.. Aku tak dapat nak tetapkan keputusan sekarang,, It is so not me.. 8 tahun yang lalu aku dah tahu aku nak buat percutian ni.. 5 tahun yang lalu aku dah tahu aku nak buat di mana dan dengan sapa.. Dan sekarang aku sendiri tak pasti di mana hala tuju hidup aku..

Is there any possibility for me to just do a simple job and be satisfied with it? Makan gaji and never dreamt big? Enjoying my remaining days? Seolah-olah aku takde impian dan cita-cita selepas tamat percutian kali ini.. Orang asyik cakap boleh la ko menang hadiah Nobel nanti tapi tak pernah pun aku jadikan itu sebagai impian.. Ada yang cakap, nanti bolehlah buat itu dan ini menang award itu dan ini macam mentor-mentor aku.. Yet aku tak pernah letakkan pencapaian sampai ke tahap tu.. Semua yang aku buat selama ni hanya atas dasar aku seronok bermain-main dalam makmal sambil menghiburkan hati aku.. Aku hanya seronok untuk dapat peluang berfikir dan sejauh mana aku boleh fikirkan sesuatu perkara..

By doing business recently, aku dapat tahu dan dapat rasakan jiwa aku bukannya ke arah itu.. Maaf jika jawapan ni mengecewakan pelbagai pihak.. Aku enjoy buat benda tu sebab aku dapat peluang untuk befikir dan manfaatkan teknik-teknik berfikir yang aku amalkan dan improve ke suatu tahap yang baru.. But when money concern, I'm out of the picture.. Duit dan harta benda memang indah tapi bukan sumber motivasi aku untuk teruskan hidup.. Mungkin kalau aku end up buat kerja gaji RM2000-3000 lepas habis percutian ni, orang akan cakap aku gila kot..

Aku tak pernah dihidangkan dengan kemewahan tanpa dihadapkan dengan hutang-piutang sebagai penimbal balik.. Kebanyakan kemewahan yang aku kenal, bukan diajar oleh keluarga aku sendiri.. Ianya datang dari unsur dunia luar yang aku seharusnya mampu kawal dan usir keluar apa yang tak patut.. Ingat lagi bila aku katakan 4 tahun yang lalu baju kemeja RM50 dan seluar slack RM40, mahal kot.. Even sekarang bila jeans lebih dari £20 aku dah anggap mahal dan baju yang lebih £5 dah kira mahal.. Aku sentiasa hidup dalam keadaan yang mengingatkan aku untuk tidak membazir dan hargai apa yang aku ada..

Maka seharusnya gaji dan harta benda bukan ukuran untuk aku memilih hala tuju hidup aku.. Aku yakin dan percaya ramai yang tak akan setuju dengan pendapat yang sebegini.. Bila aku fikir macam ni, membuatkan aku ralat dan rasa bersalah untuk pulang ke Malaysia.. Sebabkan kawan-kawan baik aku dah menanti untuk aku kembali ke Malaysia for me to run a company.. Yet aku tak rasa tu jiwa aku.. Aku tak rasa aku boleh jadi orang korporat with the ties and shirts.. Meeting people for these and that.. Aku lebih rela duduk dalam makmal and mind my own business.. Indulge in my own world..

Apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup ni? Kalau itu pun aku tak boleh jawab.. Sampai bila-bila aku tak boleh nak move on.. Tak boleh nak melintasi garisan penamat yang sebenarnya 100m je dari hidup aku ni... 

Tuesday, 9 April 2013

Tepung dah..

Baru beberapa hari yang lalu aku mulakan penulisan untuk menamatkan percutian aku.. Sedar tak sedar percutian hujung dunia ni mungkin akan sampai pada penghujungnya.. Cuma entah bila.. Hahahaha.. baru beberapa hari aku dah tepu tahap cipan.. Nak keluar satu dua ayat pun makin payah.. Padahal baru 2000 words.. Nak kira baru 5% kot.. Kalau dah 95% aku nak tepu tu aku faham la.. Macam mana la nak siapkan dalam masa 6 bulan kot..Takpe-takpe, start slow.. In sha Allah lama2 jadilah bukit kan..

Monday, 8 April 2013

Minggu ke-2

Hoyeah.. Alhamdulillah, minggu ke-2 menulis ni.. Idea masih berjalan lancar.. Dapatlah tulis dalam 1700 patah perkataan sekarang ni.. Esok sambung tulis lagi sikit sebanyak.. Buat masa ni tak masuk full momentum lagi.. Tulis lite-lite jer dulu.. Tak nak bagi pressure badan.. Bagi rehat otak dan tak nak over burden kan.. InsyaAllah rezeki tu dah tertulis sejak azali lagi.. Yang penting berusaha ke arah tu..

Cuma.. ada benda bermain di fikiran aku.. Aduhai, yang tak sedap plak orang dah start buat cerita.. Bukan apa, aku kalau benda macam ni.. Malas nak bising-bising.. Lagi-lagi benda ni bukan jadi pun.. Lagi-lagi bila berbicara pasal hati dan perasaan.. Buat masa ni taknak fikir sangat.. Sebab dari dulu memang aku selalu lebihkan tanggungjawab aku yang hakiki berbanding fitrah manusia tu sendiri.. Entah macam mana aku boleh jadi macam tu pun aku tak tau..

Dan ada yang cakap aku ego.. Malah ada yang cakap aku ada tendency untuk jadi heart breaker.. Sebab nak tak nak ada la sejarah lampau yang aku secara tak sengaja lukakan hati insan lain secara aku tak sedar... Mungkin sebab aku bagi mixed signal ataupun apa2 cara lain la kan.. Yup, aku mengaku ada salah aku jugak.. So bila aku tak sure.. Memang sampai bebila pun aku takkan start initiate pape step.. 

Bak kata ada akak-akak ni la.. Aku bukan jenis nak memain.. nak test sana test sini.. Sebab aku pun rasa takde point nak memain.. Bak kata Julius Caesar kan.. I see, I like, I conquer.. Tapi bila dah 6 tahun takde komitmen dan selama ni aku uruskan banyak benda sendiri.. Kekadang tu sampai tahap aku tak jumpe side untuk lengkapkan apa yang aku takde.. Dan bila kat UK ni plak.. Banyak unsur bersyukur dengan apa yang ada.. Makin meminumkan kehendak aku dalam pelbagai perkara..

So untuk aku mula suka tu makin susah.. Tapi tak mustahil.. Cuma bila dalam keadaan yang aku tengah fokus untuk tamatkan segala-galanya.. Makin menyulitkan keadaan.. Namun ianya tak mustahil..

Cuma yang aku tak gemar kalau orang dah start buat cerita.. Sebab aku tak ada yang terluka sebabkan benda-benda macam ni.. Haih, aku rasa post kali ni memang penuh dengan keegoan kot.. Terlalu ego untuk admit and initiate the first step.. Cnfirm ada je yang nak cakap kat aku, ko ni laki kot.. So man up.. and bla bla bla.. Haha.. Mana ada manusia sempurna kan.. So kalau nak tgk flaws aku, here you go.. N kalau nak tengok ego aku kat mana.. Dah tau kan.. So takde manusia yang sempurna dan tak de lelaki yang tak de ego.. Hahahaha.. Aku dah start merepek sebab banyak sangat fikir pasal nak tulis apa esok dalam word document aku nih..

Anyway.. tengok lah macam mana.. dan seperti biasa aku doakan apa yang terbaik untuk aku.. Sebab semua benda pun dah ditetapkan sebelum aku lahir.. Yang penting jangan putus berdoa, usaha dan lepas tu tawakal.. Semua perkara atas kehendak-Nya.. Dan kalau Dia dah kata Jadi, maka Jadilah ia..

Tak guna nak fikir panjang-panjang.. Nak buat itu ini.. Hati dan perasaan ni dibawah kawalan yang Maha Suci.. Bila-bila masa dia boleh cuit, jentik dan balikkan hati ini dalam pelbagai perkara.. So, nak risau buat ape kan..

Wednesday, 3 April 2013

1st day..

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 1096 hari aku bertapak kat negara asing ni.. Kalau nak bahasa mudahnya dah 3 tahun dah aku kat sini.. So kiranya hari ni 1st day aku sampai Bristol 3 tahun yang lalu.. Begitu singkat masa berlalu.. Sepanjang perjalanan percutian ni.. Macam-macam liku kehidupan yang aku lalui.. Dari budak berhingus.. Hingus meleleh sampai ke lantai sampai la jadi budak-budak yang hingus dia meleleh tahap pipi jer.. 

Hari ni aku bangun dalam keadaan yang sungguh aman.. Sambil makan roti-bakar-telur-tiga-suku ala-ala lorong kulit kat Pulau Pinang.. Aku mulakan hidup aku dengan ucapan Alhamdulillah.. Inilah masa yang aku nanti-nantikan.. 6 bulan terakhir yang bakal mengubah hidup aku untuk kali yang ke berapa kali, aku pun tak pasti.. Cukup aman.. Rasa lega dan lapang hati.. Semuanya keranaMu Ya Allah..

Sampai di sekolah, dapat dua email.. Satu dari Arizona, satu dari Melbourne.. Alhamdulillah, kedua-kedua bertanya khabar dan bercerita mengenai kajian-kajian yang masih berlangsung.. Lega aku mendengar data-data terbaru.. Rasa bersyukur sangat bila kolaborasi baru dari Aussie di samping yang dah sedia ada di US.. Bukan senang untuk menggalas amanah ni namun Allah memilih aku atas sebab yang dia sendiri ketahui.. Alhamdulillah..

Hari ni jugak hari pertama untuk aku mulakan penulisan aku secara rasmi.. Alhamdulillah, 800 patah perkataan berjaya aku tulis untuk hari ini.. Walaupun tak banyak.. dalam 5 muka surat yang berjaya aku tulis.. Ianya cukup baik untuk permulaan kali ini.. Walaupun aku tahu banyak yang perlu diperbetulkan.. Namun ianya cukup baik untuk permulaan.. Sebak pun ada, tak sangka aku boleh tulis.. Selama ni aku rasa susah dan sukar.. Namun jari-jemari ni tetap menekan papan kekunci untuk mengeluarkan satu per satu patah perkataan.. Alhamdulillah segala puji buat dirimu..

Mungkin persediaan aku sepanjang hujung minggu ni.. In sha Allah bakal membuahkan hasilnya.. Bila aku menerapkan yang aku kene tulis.. Setiap pagi petang siang dan malam.. Hanya tulisan yang memenuhi minda aku.. Asyik aku teringat cerita untuk bab ini, cerita untuk bab itu.. Fikirkan ayat apa untuk letak situ sini.. Dan gambar ni nak letak mana.. gambar tu nak touch up macam mana.. Alhamdulillah, bila aku fikirkan setiap masa, Allah bukakan hati aku untuk mula menulis.. Rasa lancar semasa aku menulis.. Ya aku tahu, penulisan aku tak sempurna namun ianya sebuah permulaan.. In sha Allah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Bermula dengan 800 perkataan.. dalam sebulan in sha Allah tak mustahil jadi 20 000 malahan 30 000 tak mustahil dengan kuasa Mu Ya Allah..

Ini hari pertama, aku tahu masih jauh perjalanan ini.. Namun akan aku hadapi setabah mungkin.. Semoga hari ini akan terus tenang.. Begitu juga hari-hari yang lain.. Semoga diriku semakin tenang dari hari ke hari..