Its sound so dodgy post kali ni.. Mungkin bagus jugak bila aku keluar dari state of denial ni.. Thanks babe for the chat, talk and open minded thinking throughout the night.. Kalau nak diikutkan.. Kau antara beberapa orang dalam dunia ni aku berani ceritakan benda alah ni.. Mungkin orang yang ketiga.. Tapi kau lah yang pertama aku cerita ikhlas dari hati aku.. The first time ever aku open up diriku dan jadi sejujur-jujurnya.. Mungkin betul jugak bila Amrul selalu cakap aku Heartbreaker dan Dealbreaker.. Bila kau sendiri cakap semalam aku rasa macam De javu balik jer.. Mungkin kebaikan aku selama ini disalah ertikan oleh terlalu ramai manusia.. Bila respond dari kawan-kawan kau dan dari diri kau sendiri dalam pelbagai situasi kebaikan aku.. Makin aku nampak banyak kebaikan dan kemesraan aku disalah ertikan..
Dari kecil aku cuba untuk jadi sebaik mungkin.. Tak pentingkan diri sendiri.. Pentingkan orang lain.. Lebihkan keperluan orang lain berbanding diri aku.. Kadangkala walaupun benda tu menyusahkan aku, aku masih lakukan demi orang lain.. Susah nak cakap tak.. Sentiasa bantu sesiapa dalam kesusahan.. Itu ideologi yang aku bentuk sejak kecil lagi.. Selagi aku rasa aku boleh bantu aku akan bantu.. Aku akan tolong.. Dan mungkin apa yang aku lakukan ni, hanya aku saja yang lakukan.. Yang membuatkan orang lain rasa special.. Rasa dihargai.. Cuma niat aku selama ini ikhlas.. Bagiku setiap manusia wajar dihargai.. kerana setiap satu dari mereka mempunyai keunikan masing-masing.. Maka aku ingat tak salah untuk aku menyerlahkan lagi keunikan diri mereka.. Memberi sokongan dalam pelbagai aspek kebolehan mereka supaya mereka boleh pergi jauh..
Malangnya tanpa aku sedar.. Aku bermain dengan perasaan mereka.. Prinsip yang aku pegang, yakni tak pernah memberi harapan dan janji palsu.. Rupanya aku berikan dalam keadaan tanpa sedar.. Kebaikan yang aku tonjolkan sebenarnya memberi harapan dan janji manis pada mereka.. Babe, bila kau cakap macam tu baru aku perasan yang mana apa yang aku selalu lakukan hanya dilakukan oleh pasangan kekasih or suami isteri.. Aku terlalu berusaha untuk menjadi lebih baik dan baik sehinggakan aku lakukan perkara yang jarang manusia biasa lakukan.. Yang membuatkan ianya disalah ertikan oleh insan lain..
Dan sekarang aku rasakan benda yang sama.. What comes around goes around.. Cuma kali ini bukan disebabkan ada orang sentiasa lakukan kebaikan pada aku.. Permainan kali ini agak berbeza.. Bak kata ko babe, buku bertemu dengan ruas.. Cuma selama ni aku fight a losing battle kot.. Sebab setiap kali aku diserang bila aku tengah down.. Bukan apa, dalam tahun 2012 banyak proses yang melibatkan jatuh bangun aku.. Dan setiap kali aku jatuh, permainannya bermula.. Sentiasa berada di sisi aku untuk papah aku balik.. Thanks for stating the obvious babe.. Tapi bila dah sayang, ular depan mata pun tak nampak.. Semalam aku admit banyak silap aku.. Cinta itu buta.. Ikutkan hati tu mati..
Kalau nak momento kan perasaan aku ni.. Memang aku sayang giler kot kat dia.. Sebagaimana aku pernah sayang seorang gadis pada umur aku 16 tahun, 17 tahun, 20 tahun dan 22 tahun.. Macam tu jugak lah perasaan aku sekarang.. Tapi aku kene tamatkan semua ni dan ucapkan selamat tinggal.. Walaupun alasan kali ini jauh berbeza dengan alasan sewaktu umur aku 16,17,20 dan 22 tahun..
Aku tahu kali ini lebih perit dan menyeksakan.. Sebab dulu aku mudah melepaskan perasaan ini dan mengucapkan selamat tinggal sebab aku masih ada tempat untuk mengadu dan bercerita.. Ada tempat untuk aku menangis sepuas-puasnya.. Aku takut aku tak cukup kuat untuk hadapi semuanya.. Sebab ada masanya aku dah ucapkan selamat tinggal dah dan tolak dia sejauh-jauhnya dari hidup aku tapi bila aku jatuh.. bila aku tersungkur takde sapa-sapa pun untuk duduk kat sebelah aku untuk mendengar semua cerita duka dan lara aku.. Dan permainan dia sungguh keji.. Waktu tu dia kekal disitu bermain permainan biasa dirinya.. dan seperti biasa aku tewas ke-sekian kalinya..
Tapi bak pesanan ko babe, aku kene move on.. Esok dah masuk tahun suku abad aku.. Aku kene move on.. Aku bukan budak kecik lagi.. Aku bukan budak belasan tahun yang mengejar keseronokan dunia.. Aku bukan budak lagi.. Kalau dulu masa 17 tahun boleh la aku merancang permainan yang sama dan bermain itu dan ini.. Aku dah tua.. Tolong la admit Zamir yang ko dah tua.. Ko bukan budak lagi..
Maka aku rasakan hari ini hari paling baik untuk tamatkan segalanya.. Hari terakhir sebelum aku menjangkau suku abad tahun ku.. Lepaskan lah segalanya.. Ucapkan selamat tinggal untuk ke-sekian kalinya..
Namun kali ini aku kene berubah.. Aku tak nak setiap kali aku jatuh dirimu bermain dengan perasaan ini lagi.. Dan hanya satu benda je aku nampak.. Satu solusi ke yang aku jumpa.. Shutting down.. Tutup balik dunia aku.. Pendamkan perasaan dan hapuskan segala perasaan yang ada dalam diri aku.. Aku tahu side effect dia cukup besar.. Bak kata Cikgu aku dulu.. Benda ni macam bom jangka masa.. Bila-bila boleh meletup dan aku tahu kalau ianya meletup, ianya merupakan pengakhiran hidup aku.. Penamatnya.. Tapi aku kene tekad dan nekad jugak.. Kali ini aku lebih rela memilih jalan ini berbanding hidup aku jadi boneka perasaan dirimu.. Dipermainkan dalam setiap detik dan ketika.. Kalau aku terpaksa memilih jalan untuk menamatkan hidup aku.. Lebih rela aku jadi bom jangka masa berbanding boneka dirimu..
Babe semalam aku tak cakap kat ko apa side effect aku shutting down.. Sebab aku tak sampai hati ceritakan apa yang jadi masa lampau waktu ianya meletup.. Aku bersyukur masa tu Amrul ada di sisi aku.. Tapi kali ni aku harap ada lah sesiapa yang dapat hentikan aku bila aku meletup.. Cuma kali ni aku dah tekad.. Walaupun tiada siapa lagi untuk hentikan letupan tu.. Aku redha.. Kalau inilah pengakhiran hayatku.. Aku terima seadanya.. Dari aku terus sayangkan sesuatu yang mustahil untuk disayangi dan dicintai.. Lebih baik untuk aku mengundur diri..
Maafkan aku sebab tak berlaku jujur masa ko berikan aku nasihat semalam.. Aku tahu kalau aku bagi tau apa yang akan jadi kalau aku shutting down ko takkan setuju dengan aku dan suruh aku teruskan plan aku ni..
Harapnya inilah kali terakhir aku fikirkan akan dirimu.. Dan inilah hari terakhir untuk aku menyayangi seseorang insan bergelar manusia.. Pabila terbenamnya matahari pada hari ini.. No turning back.. Time to end this once and for all..
8 comments:
'hari terakhir untuk aku menyayangi seseorang insan bergelar manusia' apakah ini Zamir oi??? abeh kami kat Msia ni dah ko anggap pe? kucing? hahhahaha... no hart feeling please... saja tembak ko kat sini.. happy new year Zamir!
Oit makcik.. Ingat ko dah tak follow post aku.. yela busy jadi loyar buruk kan..
Owh qoute tu.. Banyak yang jadi dalam tahun 2012.. Nak kata aku nyesal pun tak jugak.. Cuma aku rasa sekarang ni bukan masanya untuk biarkan perasaan aku dibuka pada insan lain..
Tapi untuk korang.. aku still sayang sampai bila-bila kot.. Kawan-kawan waktu aku kecik.. Gaduh sampai tarik-tarik baju.. tarik tudung semua..
Cuma untuk aku menyayangi insan lain dalam keadaan aku sekarang ni lebih baik aku lenyapkan dulu perasaan tu..
Dengan ko tak pernah ada hard feeling kot.. Walaupun ko kekadang ko ter-over kan.. haha..
Happy New Year.. Lama rasanya tak jumpa kan.. Bila la aku dapat hang out dengan ko lagi...
ok... mcm nk nagis terharu lak baca .. hahahah.. alaaaa.. kalu ak x over... xbest la.. mn bole bg ko sorang je... hahahhaha.... so.. tarik balik x apa ko ckp tu? mn bole ak xfollow blog ko.... heheheheh.... makanan utk minda ak blog ko ni... cume yg panjang berjela memang ak xbaca... hahahahhah.... =p tu la.. ko balik tak tahun ni? nanti bgtau ak ok.. ak nk keychain..heheheh...
Haha.. tak tarik balik pun kata-kata tu.. Time to move on kan.. Hahahaha..
Bukan memang sume post aku panjang-panjang ke.. Saje taknak bagi orang baca.. Yang betul-betul nak baca je akan berjaya baca sampai habis.. Sebab aku tulis pun untuk diri aku sendiri.. Ni salah satu cara untuk buat orang tak baca ar.. Hahahha..
Erm doakan urusan aku dipermudahkan dan yang terbaik kekal jadi milik aku.. Sebab aku sendiri pun tak tau bila aku balik.. :D
ceh... eh ye ke? xla... ada je yg pendek2... ak xgigih membaca sgt sbb ak sakit mata baca.. tukar font xleh ke? huhuhu.. memang la ak tau reason ko guna font ni.. tapi.. hmm.. yela2.. ak org minoriti.. huhuhuhu... over xnak org baca...
insyaAllah.. sume urusan ko akan di permudahkan dan hanya yg terbaik utk ko.. balik la bercuti... tahun ni xde aral.. insyaAllah ak start kerja.. hehhehe.. leh blanja ko... pizza je la tapi... sorry la makanan omputeh gak ak nk blanja... =p but if u dun mind.. bole je nk makan nasi campur kat gerai.. heeeee....jadi.. sesamala kita doakan kejayaan dan dimudahkan segala urusan.. yo?
Aku rasa font ni dah cukup besar dah.. Ye r, dah kat mane je lagi aku nak luahkan.. Kat sini bukan nyer ade orang cam ko 24/7.. Yang leh aku ngadu domba.. So kat blog ni je la aku tulis semua.. Nak private kan plak nnt orang kata kekwat la plak.. Hahahha...
Thanks ayuni.. Semoga yang terbaik pun sentiasa jadi milik ko.. Aku tak kisah pun makan pape.. Asalkan orang tu ikhlas nak bagi makan kan.. Hidup kat sini mengajar erti cukup dan juga terima seadanya.. XD..
hahahha... ko ingat ak 7E ke apa? 24/7.. tapi xperla ak amek as pujian la ye.. mekasih2.. hahahah.... malu lak.. =p ko jgn gatal nk private kan.. ak xde email utk blog ak ni.. hahahah.. ak buang email nya.. tp jgn la ko tny mcm mn ak leh guna acc ni.. ak pun xtau Zamir oiiii...
InsyaAllah.. mudah-mudahan.. thanks Zamir! okie.. balik sini mesej ak tau...
oh lupa.. wey.. email yahoo ak dalama xguna sejak ak sambung sek ni.. ak guna gmail.. =p... ko nk gosip2 dgn ak leh r guna gmail.. email ko dlm ym ak terlupa lak pswod ny.. T_T
Tak la.. Takdenyer aku nak private kan.. Tu sebab penulisan dia jadi macam ni.. Untuk mengelakkan salah faham dan bergaduhan yang melampau.. Macam la aku leh start pape pergaduhan pun.. Aiseh.. Macam baik sangat je bunyi aku ni..
InsyaAllah balik aku roger ko.. Mane leh tak jumpe.. Kata childhood friend.. Budak kecik yang kawan dengan aku yang selekeh ni.. Hahaha.. Kawan sebab nak kawan dan bukan sebab benda lain..
Pape ko PM la aku dalam pape media sosial yang ko boleh carik aku.. Nnt aku bagi email aku..
Post a Comment