Lepas balik dari amereka.. Hidup yang aku rasakan di bumi Bristol ni sedikit sebanyak ada kelainannya.. Bukan maksudku ada bangunan baru mahupun budaya baru yang diterapkan dalam masyarakat di Bristol.. Cuma bila aku melihat sesuatu, perspektif ku agak lain dengan diriku yang dahulu.. Mindaku lebih rasional.. Lebih mudah untuk melihat perkara dari sudut yang aku nak lakukan dan yang aku kena lakukan..
Semalam bila aku duduk menyambung percutianku.. Walaupun hari sabtu (gigih ni..), Aku menikmati suasana dalam makmal (okeyh bunyi so wrongkan).. Yup that were what I felt.. Peace and Tranquility.. Entah kenapa kalau dulu mesti rasa takut dan sebagainya sebabkan hallway dan design lab yang banyak ruang gelap dan tersorok tapi semua tu tak terlintas langsung dalam kepala ni.. Yang ada just jom buat ni, jom buat tu.. Cuba buat ni, cuba buat tu.. Seolah-olah macam pentas untuk aku melakarkan apa yang terpapar di mindaku.. Paling takleh blah, boleh plak Pakcik Paul datang melawat.. terkejut beruk la aku kejap.. sebab sape sangka dia datang weekend kan.. Tapi sebab dia what auto-reaction over the weekend, so kene laa dia menjenguk untuk pastikan semuanya ok.. Dan aku tunggu gak ayat cepumas dia tanya kenapa aku datang weekend (sebab macam pantang dia sikit la untuk pelajar dia kerja over time (baiknya Paul)) tapi tak terkeluar pun.. So dalam diam aku paham la yang dia pun sedar kerja aku banyak lagi tak siap dan untuk siapkan dalam tempoh masa weekdays hampir mustahil.. Amik ko, sentap kan bila boss sendiri aknowledge yang aku banyak lagi kerja.. Hahaha.. Well said.. well said..
Walaupun ada la senario yang aku gelabah dalam lab sebab tak jumpe file sampai kakak aku kene fire sikit sebab text tak kene masa (sorry Sis).. Selain dari tu, aku enjoy suasana dalam lab tu.. Rasa macam aku nyer safe zone.. Rasa selamat je.. Nak buat ape semua aku boleh buat.. Dan tak sangka-sangka ada la kawan-kawan lama aku contact balik.. Ceritakan kisah suka dan duka diorang.. Ade yang nak give up je dalam hal tertentu.. It is so random.. Yang mana aku tak expect hal-hal macam ni boleh wujud.. Yet aku rasa cukup selesa.. we talked and talked.. Ada la sesi-sesi yang mana tak leh nak tahan air mata kan.. Ye ar, bila korang kawan atas dasar ikhlas dan jujur.. Sampai mati pun bonding tu kekal.. Tak kisah la dah beranak ke dah bersuami or dah beristeri pun.. It is still there.. Antara ayat yang wat aku sebak bila ada yang cakap "Tak sangka Allah anugerah aku kawan yang dekat dan walaupun jauh beribu batu, tak sekelumit pun rasa sayang dan memahami dia berubah walaupun 3 tahun kita tak bersua".. Serius aku tak sangka ayat-ayat aku walaupun tak bersua muka mampu meredakan perasaan gundah gulana orang lain (off course dengan izin Allah).. Tapi ayat-ayat aku??? Rasanya dah lama aku tak berlaku jujur dalam perbualan.. Sejak aku datang kat Bristol.. I kept holding back.. Bukan nak kata aku menipu, bohong or apa.. Tapi sejak aku datang sini aku rasa inferior dengan orang lain.. Dan mulanya masa tu, aku holding back dengan kata-kata aku.. Sebab setiap kali aku tengok orang-orang kat sini, aku rasakan semuanya lebih baik dari aku.. Lagi-lagi kalau orang Malaysia.. Mungkin sebabnya bila tengok akak-akak or abang-abang kat sini, semuanya dah establish dan ada career path masing-masing buatkan aku jadi lebih introvert.. Yang mana aku selalu jaga tutur kata dan perbuatan aku supaya tak salah langkah in many ways.. Lepas tu bila dengan budak-budak undergrad pulak, aku tak tau kenapa.. Mungkin sebab aku selalu fikirkan budak-budak yang wat 1st degree kat oversea sume hebat-hebat belaka (berapa banyak kata jamak aku nak gabung pun tak tau ar) dan aku ni yang sambung kat UTM, universiti tempatan je, mana la samakan.. So selalunya aku rasa tak layak kot nak bagi nasihat dan membuatkan aku lagilah hold back kata-kata aku.. Itu belum tengok background sorang-sorang.. So better stay away from their way la kowt.. Kalau aku nak bandingkan dengan diorang, tak yah la.. aku dengan famili aku sape je.. Pengalaman diorang berlambak kowt.. Seolah-olah kalau aku bagi nasihat pun, tak ubah macam rusa menyalak di pantat gajah (Ni peribahasa asli ok, bukan aku sengaja nak meng"SX"kan post ni)
Sebabkan kalau aku tak hold back.. Dah dapat dah signature komen macam kat UTM dlu.. "Zamir tu asyik nak membebel je, buat ni salah buat tu salah.." Dan bila aku hold back nampak sangat aku tak jujur dengan diri aku sendiri.. Tapi nak wat macam mana, sebabkan aku yang datang kat sini.. Masuk dalam komuniti tu.. Bukannya macam kat UTM yang mana komuniti tu dibina bersama-sama.. So lain la sikit caranya kan..
Per said, sebabkan keadaan tu, semalam bila aku mula berlaku jujur dengan kata-kata aku dengan rakan-rakan ku yang sangat random tetibe contact aku balik.. Aku mula berlaku jujur dalam makmal.. Aku tak hold back aku nyer kata-kata mahupun tindakan.. Dan Alhamdulillah aku achieved something even bigger and greater.. Walaupun aku laksanakan benda alah ni pada makhluk yang tak bernyawa (ikut definisi biologi).. Aku rasa lebih aman, bahagia dan tenang.. Just to be myself.. Tak yah nak susun seribu satu ayat sebelum aku utarakan pendapat aku.. Buatkan aku selesa.. sangat selesa..
Maka dengan perasaan yang sama aku melangkah keluar dari sekolah aku.. My day end beautifully without any regrets and any worries.. It felt wonderful.. Banyak yang aku dapat laksanakan walaupun masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan..
It continued this morning.. yang mana aku saja-saja walk sekitar kawasan perumahan dan end up kat the Downs (just kawasan padang/taman yang super luas), menikmati sinar mentari pertama yang menghiasi hari Ahad ini.. It is simply amazing when you're being honest to yourself..
No comments:
Post a Comment