Bila aku meletakkan Allah pada tempat-Nya dan sebagai penguasa Alam.. Hati ini kembali tenang.. Ketakutan dan kerunsingan mula hilang.. Cuba azab neraka dan kepanasan jahanam mula menerjah.. Penyesalan demi penyesalan terlintas dalam hati dan sanubari ni.. Perasaan kasih dan sayang yang selama ini aku tersalah bagi.. tersalah beri membuatkan aku terus berada dalam sesalan.. Namun semua sesalan dan penyesalan ini dalam keadaan tenang.. Air mata bergenang dan mengalir dalam keadaan yang tersendiri.. Ketenangan yang aku sendiri tak pernah rasakan..
Khutbah tengah hari tadi membuatkan air mata ini terus mengalir.. Apatah lagi ianya menceritakan akan perihal kematian.. Setiap kali aku mendengar ucapan kematian.. Badan ku bergetar.. Dari hujung kaki ke hujung kepala.. Bagaikan renjatan elektrik mengalir.. Dan bila terbayang dosa yang aku lakukan selama ini.. Layakkah diri ini untuk syurgaMu Ya Allah.. Namun ku tak mampu menanggung api nerakaMu.. Perasaan ini terus buatkan air mata ini mengalir..
Hidup ini begitu singkat.. Bila khatib berbicara bertapa singkatnya hidup ini.. Ianya cukup simbolik.. Sewaktu aku lahir.. Aku diazankan dan diiqamahkan.. Tapi sedar atau tidak selepas azan dan iqamah pasti diikuti dengan solat.. Di mana solatnya?? Sedar atau tidak, solatnya adalah solat jenazah aku sendiri.. Azan dan iqamah yang aku dengar pada permulaan hidup aku adalah persediaan untuk solat jenazahku sendiri.. Maka tempoh antara azan dan iqamah dengan solat cukup sekejap.. Begitu jugaklah sekejapnya hidupku ini.. Hidup aku ini hanyalah beberapa nafas diantara azan dan iqamah sebelum solat untukku menjelma..
Cerita mengenai azab kubur dan soalan Mungkar dan Nangkir terus menusuk diriku.. Tiga soalan bocor yang aku tahu sejak dari kecil.. Siapa Tuhan Kamu? Apa Agama Kamu? Siapa Rasul Kamu?.. Pabila soalan ini meresap masuk dalam jiwaku.. Sejauh mana hatiku mengiyakan Allah Tuhanku, Islam agamaku dan Rasulullah saw rasulku.. Sejauh mana hatiku mengiyakan semua ini.. Semua ini terus membuatkan jiwaku bergetar..
Semua ini menggambarkan bertapa jauhnya diri ini dari Islam.. Dari Allah.. Dari kekasih-Nya.. Sejauh mana aku tersesat dalam dunia ni.. Sejauh mana aku tersasar dari jalan yang lurus.. Aku pun tak tahu.. Sambil berjalan di gigi air buat kali kedua hari ini.. Hatiku bermain-main, memikirkan soal kematian.. Bayangkan kalau inilah hari terakhir aku hidup di dunia ini.. Hari esok merupakan solat untukku.. Cukupkah amalan ku untuk mencium bau syurga.. Cukupkah amalan ini supaya hatiku memberikan jawapan yang ringkas dan tepat pada Mungkar dan Nangkir..
Usahla aku nak kira amalan yang aku lakukan selama ini.. Pastinya kebaikan dan ibadah ku cukup sikit jika nak dibandingkan dengan dosa-dosa pada Allah, manusia dan sekalian makhluk.. Itulah rontaan hati dan kekosongan yang aku alami sebenarnya.. Dosa-dosa yang aku lakukan dari mulut turun ke tangan turun ke hati.. Bertapanya kotor diri ini.. Dari perbuatan yang menghampiri zina, penderhakaan pada ibu dan ayah aku sehinggakan mereka menangis atas perbuatan aku (belum kira bila aku meninggi suara lagi) sehinggalah pengkhianatan aku pada manusia dan makhluk Allah yang lain.. Tu belum dicampur dengan umpatan dan kutukan dalam diri ini.. Ya Allah ampunilah dosa hamba-Mu ini walaupun aku sedar mungkin aku tidak layak untuk menerima ampunanMu.. Namun DiriMu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. Bimbinglah diriku.. Masukkanlah aku ke dalam kebenaranMu dan keluarkanlah aku dari dunia ini melalui pintu kebenaranMu jua.. Kurniakanlah bagiku penolong dalam membimbing diriku dalam kebenaran dan keredhaanMu..
3-4 hari lagi nak meninggalkan tahun 2012.. Tiba-tiba diri ini rasakan sesuatu yang seriau.. Apakan jika telah ditentukan bahawasanya tidak akan diriku melihat tahun 2013.. Adakah aku dah bersedia dengan semua ini.. Selain amalanku.. sudahkah aku meminta maaf pada semua insan yang aku musnahkan, hancurkan hidup mereka.. Tidak akan Allah ampunkan dosa hambaNya jika ianya berkaitan dengan hambaNya yang lain.. Sudahkah aku bersedia untuk pergi buat selamanya.. Izrail boleh datang bila-bila masa.. Sekarang? Esok? Malam ni? Tiada siapa yang tahu.. Bersediakah aku.. Adakah tangan ini masih lagi melakukan maksiat.. Akal ini masih memikirkan jalan-jalan maksiat.. Hati ini masih mendambakan maksiat.. Bersediakah aku??
Pesanan buat diriku.. Ingatlah ayat pertama yang ditujukan padaku.. Allahuakbar Allahuakbar.. Allah Maha Besar Allah Maha Besar.. Tahun depan jika aku masih sempat melihatnya.. Ianya merupakan suku abad kehidupan aku dalam dunia ini.. Sampai bila aku nak mengejar keseronokan dunia bergelumang dengan maksiat-maksiat.. Allah itu satu, janji Dia benar dan akhirat itu benar.. Jadikanlah air mata yang mengalir pada hari ini sebagai kunci penyucian diriku..
Dan dalam kesempatan ini aku ingin memohon maaf pada semua yang pernah terluka atas sebab diri ini.. Maafkanlah segala kesalahan yang pernah aku lakukan.. Janganlah dirimu risau, sejak dari dulu lagi.. Aku tak pernah menyimpan dendam dan tiada satu benda pun aku tak maafkan.. Tiada dosa antara dirimu dan diriku.. Jika aku pernah terasa suatu masa dulu.. Telah lama aku maafkan.. Tiada apa yang perlu aku maafkan dalam hidup kalian semua..
Maka pintaku hanya satu.. Jika aku berdosa dalam hati kalian.. Jika aku bersalah dalam hatimu wahai kawan, wahai rakan, wahai musuhku.. Maafkan aku.. Halalkan segalanya dan jika ada yang aku berhutang.. Tuntutlah sebelum jasad ini kaku menyembah bumi.. Maafkan diri ini yang penuh dengan kelemahan..
No comments:
Post a Comment