Pages

Thursday, 20 December 2012

Kosong..

Entah kenapa.. Ini yang aku rasakan malam ini.. Kekosongan.. Aku tahu, jawapannya cukup mudah.. Iaitu ianya satu tanda yang aku makin jauh dari Sang Pencipta.. Yang mana hatiku merayu-rayu untuk mendekatkan diri pada-Nya.. Tuhan yang satu.. Yang bermain difikiran aku bukan ini.. Tapi kenapa perasaan ini sering terjadi bila di hujung-hujung tahun.. Dan kenapa setiap kali ianya bermain-main di kala waktu khamis dan jumaat.. Ingat lagi tahun lepas.. Aku meluahkan perasaan yang sama dalam bentuk ayat-ayat.. Sayupnya rasa pagi ini, jika ini jumaatku yang terakhir, ampunkan aku wahai ayah dan bonda, abang dan kakakku serta rakan-rakanku yang lain..

Ini yang menjadi suatu misteri.. Yang buatkan aku tertanya-tanya.. Apakah makna kekosongan hati ini.. Rasanya setiap tahun ianya terjadi.. Cuma ianya lebih perit di sini sebabkan aku ingin luahkan.. Keluarkan.. Lontarkan.. Namun, masa dan keadaan tak pernah sesuai.. Dan selalunya aku berdiam diri dan membiarkan ianya memamah diri sedikit demi sedikit.. Kerna aku tau masalah aku ini tidak cukup besar kalau nak dibandingkan dengan insan lain.. Permasalahan aku tak pernah cukup besar.. Tak perlu untuk buatkan orang lain risau.. Itu yang selalu aku tanamkan.. Selalu aku fikirkan..

Makin perit hati ini, makin kerap aku tersenyum.. senyum dan gelak tawa.. Selalu aku cuba untuk sembunyikan semua keperitan hati ini.. Biarlah orang tak nampak bertapa terluka dan sakitnya hati ini.. Cukuplah jika senyuman ini mampu membuatkan orang lain bahagia.. Cukuplah gelak tawa ini mampu menghilangkan kesunyian orang lain.. Cukuplah kehadiran ini untuk membahagiakan orang lain.. Aku tahu sejak dari belasan tahun lalu.. Mungkin inilah pengakhiranku.. Yang mana aku tak seharusnya pentingkan diriku.. Pentingkan perasaanku.. Kerana untuk membuatkan orang menyayangi diri ini.. Aku seharusnya saya insan lain terlebih dahulu.. Untuk membahagiakan diriku, aku kene belajar membahagiakan diri orang lain..

Hidup ini bukan untuk aku.. walaupun kadangkala aku rasakan benda yang aku buat itu tidak adil untuk diriku.. Dan ianya hanya akan membuatkan aku terus terluka.. dan terus berada dalam keadaan kekosongan ini.. Hati ini selalu berdetik.. Cukuplah dengan melihat senyuman orang yang diriku sayangi walaupun dari jauh.. Walaupun beribu batu kita terpisah.. Sayangilah semua insan dan semua manusia.. Kerana hidup ini terlalu singkat untuk membenci.. Mungkin mulut ini pernah membenci namun tidak sesekali hati ini akan terus menyimpan perasaan itu..

Namun fitrah manusia tetap fitrah manusia.. Walau sekuat mana diriku.. Itu bukan lawanku.. Perasaan kasih, sayang, cinta, suka, teman, pengiktirafan dan penghargaan.. Itu fitrah manusia yang perlu diisi.. Walau sekuat mana aku tekan perasaan ini dalam diriku.. Walau setiap hari aku paksa untuk ianya tak pernah keluar menjengah untuk diriku.. Ianya pasti menjelma lambat laun.. Dan itu yang aku rasakan sebabkan kekosongan dalam diriku pada setiap hujung tahun.. Yang mana sepanjang tahun mungkin dengan jayanya aku menekan semua perasaan tu.. Tapi bila hujung tahun menjelma, kekuatan aku tak cukup untuk menampung keinginan fitrah ku sendiri.. Maka semua perasaan itu bergabung membentuk kekosongan dalam hidupku.. Cuba memerangkap aku untuk memenuhi kehendak diriku sendiri..

Alhamdulillah tahun demi tahun, insyaAllah ada saja kekuatan yang datang dalam diriku untuk menekan kembali semua perasaan ini supaya aku dapat menghadapi tahun mendatang dengan lebih baik.. Rasanya inilah bayaran yang aku perlu terima dengan laluan hidup yang sebegini rupa.. Yang mana demi untuk terus menjadi matahari, memancarkan sinar harapan di mana aku berada.. Aku sentiasa berdiri seorang diri.. Yang cuba menghampiri akan melecur terbakar.. Dan mungkin sebab itu aku selalu cuba untuk berada setinggi mungkin supaya tiada yang terluka dan cedera kerana kepanasan jasadku..

Mungkin.. hanya perspektif dalam diriku..

No comments: