Selepas aku masuk keluar dan menyelami beberapa dunia sejak aku mula bernafas di bumi ini.. Banyak yang aku rasakan.. Itu dan ini bukan duniaku.. Dan secara realiti dan hakiki memang dunia tu bukan milik aku pun (tapi tu cerita lain la kan).. Adakala aku meminta pada Sang Pencipta untuk rasakan dunia-dunia itu namun bukan semua permintaan aku itu sebenarnya baik untukku.. Dihadapkan aku akan dunia ini, diberikan aku nikmat untuk merasa dunia itu.. Dan akhirnya aku sedar dunia itu dan ini yang aku cuba untuk selami tak kekal dan tak lekat dalam jiwaku.. Pendek kata aku tak gembira dengan dunia itu.. Mulanya aku ingatkan dunia sebegitu mampu mengisi kekosongan hati.. Mampu membuatkan ku tertawa dan mengukir senyuman di bibir.. Rupanya tidak.. Resonansi dan frekuensi jauh sekali.. Janggal dan kaget.. Itu perasaan yang timbul..
Nak kata krisis identiti tu taktau la kan.. Tapi krisis perspektif la kot.. Nama mudahnya tak sekufu.. Kalau dah bentuk mangga tu segitiga, aku paksa kunci bentuk segiempat masuk.. Memang macam haram pun takkan masuk.. Itu ibarat dunia itu dan ini dengan jiwaku. Aku rasakan didikan aku masih kecil membuatkan aku menolak akan semua dunia itu dan ini.. Antaranya bukan aku menolak teknologi tapi sebagai contoh la.. Phonebook dalam telefon tu, baru aku sedar kemudahan itu membuatkan aku tak peka dan tak menggunakan otak dengan baik.. Kalau dulu tu hampir semua nombor telefon orang aku ingat.. Sekarang ni? Hanya nombor telefon yang aku ingat sebelum tingkatan 4 je kekal dalam ingatan..
Bukan aku nak kata aku nak hidup susah (Nauzubillah).. Tapi kadangkala kemudahan itu membuatkan aku lupa akan diri aku.. Kadangkala membuatkan aku alpa yang aku ini hanya insan biasa yang lemah.. Kesusahan mengajar aku banyak erti kehidupan.. Walaupun aku tahu kesusahan yang aku alami jauh lebih nikmat dari kesusahan anak-anak kebuluran di Afrika, kanak-kanak yang berlumuran darah di Syria.. Apatah lagi kanak-kanak yang bertemu dengan kereta kebal hari demi hari di Gaza.. Namun makin kerap nikmat kemudahan diberikan, aku risaukan makin hilang susur galur asal usul aku.. Mungkin itu yang menyebabkan jiwa ini meronta-ronta pabila hidup ini terlalu mudah kerana wujudnya kemudahan-kemudahan ini... Confirm la ada orang nak bangkang nanti.. Kata tak guna kemudahan nanti kufur nikmat dan bla bla bla (Itu hak individu masing-masing.. Itu pendapat orang dan aku takde hak nak kata pape)
Lagi pun susah senang itu abstrak.. Dan selalunya bila orang mengeluh dan katakan apa yang aku buat itu susah dan sengaja nak susahkan diri.. Tak pernah pulak terdetik yang aku lakukan itu benda yang payah.. Susah dan senang itu abstrak.. Ada benda yang susah untuk satu individu, senang untuk individu yang lain dan sebaliknya.. Maka selagi aku tak kata susah dan mengeluh benda tu payah.. Bagi aku ianya boleh dilakukan dan manageable.. Macam bila aku lihat orang berenang 10 km sehari.. Aku rasakan susah, padahal cik kak yang berenang tu kata biasa jer.. Sama la macam aku cakap statik dan dinamik tu payah, padahal jurutera-jurutera tu kata ala kacang je.. Maka benda ni abstrak..
Tapi bagiku, selagi mana aku boleh lakukan dengan tulang empat kerat aku ni.. Selagi mana aku boleh ikhtiar untuk laksanakan.. Aku takkan sesekali katakan ianya susah.. Sebab aku percaya kebolehan manusia itu tiada batasan nya.. Risiko dan ketakutan yang membatasi kudrat manusia.. Itu sebab aku suka bandingkan diri aku dengan diriku yang dulu.. Pencapaian aku yang dulu.. Kalau dulu aku boleh jalan 8 jam tanpa henti kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh hasilkan kerja sebaik ini kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh berenang sejauh ini kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh berserah dan bergantung harap pada yang Maha Suci, kenapa tidak sekarang.. Kalau dulu aku boleh ikhlaskan hati dan sucikan hati dalam setiap pekerjaan aku kenapa tidak sekarang.. Selagi badan aku larat dan sanggup hadapai semua itu.. Sepatutnya aku boleh buat.. Dulu banyak cabaran yang membuatkan badan aku lakukan transformasi.. Berubah menjadi lebih baik.. lebih kuat dan lebih berdaya saing.. Maka tak seharusnya aku terus hidup dalam keselesaan ini membuatkan badan makin lembik, makin lemah dan makin dimanjakan.. Badan, fizikal, mental mahupun akal.. Semuanya berfungsi dalam keadaan yang sama.. Kalau tak dicabar.. kalau tak digunakan ianya akan menjadi semakin lemah dan lemah.. Kalau orang katakan aku tak gunakan kemudahan itu kufur nikmat, tidakkah kita menjadi kufur nikmat jika tak gunakan nikmat asas badan, fizikal, mental dan akal yang dikurniakan Allah ini.. Tidakkah kita terfikir akan hal ini??
No comments:
Post a Comment