Kalau ada sape-sape nak muntah or tetibe loya tekak ke ape lepas baca tajuk post ni memang dipersilakan pergi main jauh-jauh.. Paling tak pun tekan la ALT+F4 (wujud lagi ke function ni).. Kasi abis cerita.. Senang simple..
Alkisah cerita ni bermula sejak dua minggu lepas rasanya tapi dikuatkan kan lagi azam itu minggu lepas dan semalam memang diteguhkan lagi la perasaan ni.. Thanks to my skandal (eh-eh bukan, tak pasal-pasal kene bunuh suami/tunang/balak dia kang), tapi thanks to her this resolution was made and made as clear as it supposed to be.. Meh aku bagi pembuka kata dulu...
"Dalam hidup ini kita kena sentiasa buat pilihan, aku dah buat pilihan aku tapi hati aku, aku tinggalkan dekat sini"
Aku rasakan kata-kata ni cukup untuk mudah untuk diertikan dalam pelbagai perkara.. Untuk aku pergi lebih jauh, aku rasakan lebih baik aku fokus akan kasih sayangku pada insan yang lebih berharga dan pada situasi yang lebih berharga.. Mungkin selama ini kasih sayang, tumpuan dan belaian yang diberikan terlalu mudah untuk dizahirkan sehingga nilai estetika setiap satu darinya merundum dan hilang nilainya.. Yang mana nilai esklusif tak wujud dalam setiap sentuhan.. Senang citer dah jadi murahan sangat la..
Cuma kadangkala kasih sayang itu diberikan pada insan yang tidak wajar menerimanya.. Kasih sayang itu dicernakan pada masa dan ketika yang jauh dari bersesuaian.. Kasih sayang itu mungkin juga pernah dan akan disalah ertikan.. Maka dalam keadaan ini, lebih baik hati ini ditinggalkan di sini.. Biarkan ianya di sini buat seketika atapun buat selamanya.. Sehinggakan ada yang layak untuk menerima belaian dan sentuhan perasaan yang sewajarnya..
Sebab dalam hidup ini aku perlu buat pilihan dan aku dah ada pilihan dan haluan hidup aku.. Maka aku tak rasa aku perlu terus salurkan kasih sayang pada insan yang tak tahu untuk menghargai apatah tak pernah terdetik untuk cuba memahami.. Aku tak pernah sesekali mengharapkan setiap perbuatan aku di balas dengan balasan yang setimpal.. Apa yang aku harapkan hanyalah pemahaman.. Proses memahami.. itu saja.. Dan setelah terang lagi bersuluh.. Telah jelas lagi nyata.. Maka untuk tidak terus mengguris hati dan menoreh hati aku dengan pisau lipat ni.. Lebih baik aku tinggalkan hati aku di sini..
Kita tengok insan bertuah mana yang mampu untuk ambil hati ini dan letakkan ditempat yang sepatutnya... Dah jadi macam pedang Excalibur dah.. abis.. rosak.. rosak... Hahahhaha
2 comments:
I did it my way~...kan abg zamir? =D
your way.. your decision.. Hahaha
Post a Comment