Pages

Saturday, 8 December 2012

Terlalu lama ku tenung pintu yang dah tertutup..

Rasanya sekarang ni la masa paling kerap ayat-ayat yang aku lontarkan suatu masa dulu terkena balik kat batang hidung aku ni.. Skang baru aku sedar ayat feveret aku masa kat jasin dulu singgah tepat je kat muka sendiri..
"Pabila satu pintu kebajikan tertutup, seribu pintu-pintu kebajikan yang lain terbuka dan dihamparkan di depanmu.. Sayangnya kita terlalu lama menenung pintu yang sudah tertutup sehinggakan terabai seribu satu pintu yang telah dihamparkan"
 Dan sekarang aku sedar, aku terlalu lama mengharapkan pintu yang dah tertutup tu terbuka balik untuk menerima diri ini.. Sampailah ada insan bertuah ni ingatkan aku.. "Ada sebabnya Allah menjauhkan sesuatu perkara dari dirimu.. Dan yang pasti makin dijauhkan sesuatu perkara itu dikhuatiri ianya akan membuatkan dirimu sengsara ataupun jatuh dalam kancah kebinasaan.." Aku fikir punya fikir.. Mungkin ada betul jugak kan kata-kata tu.. Kalau diikutkan memang dah beberapa bulan aku paksa jugak benda ni masuk dalam hidup aku.. Tapi makin aku paksa, makin jauh dan makin jauh.. Tapi aku tak pernah berfikir asal benda ni pergi makin jauh, malangnya aku masih paksa supaya ia masuk jugak dalam lingkungan hidup ini..

Nak kata tak dapat signal.. Seribu satu signal aku dah dapat dah.. Mungkin perasaan itu mudah dikaburi dengan nafsu berbanding akal.. Yang membuatkan aku berusaha seribu satu cara untuk pastikan ianya berhasil..

Dan Alhamdulillah kini aku sedar akan senario semasa.. Yang mana aku hanya mengejar bayang-bayangku sendiri.. Demi memuaskan nafsu yang tidak akan puas.. Ianya bukan proses untuk memuaskan nafsu tapi untu mendidik dan mentarbiahkan nafsu supaya ianya dilentur dalam bentuk dan sifat yang sepatutnya..

Dalam situasi ini seharusnya aku menggunakan akal untuk melakukan justifikasi namun aku kerap kali menggunakan tindakan refleks dari nafsu untuk menzahirkan justifikasi dalam bentuk perbuatan mahupun kata-kata..

Maka tidak seharusnya aku untuk memaksa perkara ini agar terus terjadi.. Dan kalau dianalisa dengan lebih mendalam.. Takde persamaan pun antara aku dan dia.. antara aku dan mereka.. Perkataan sekufu jauh sekali untuk didefinisikan dalam perkara ini.. Dan apa yang membuatkan aku seringkali memaksa sesuatu perkara agar terjadi.. Pabila dilihat dan diperinci semuanya berkisar dari segi nafsu yang boleh dibahagikan dalam beberapa entiti.. Tidak perlu untuk diperincikan entiti yang mana, cukuplah untuk melihat seribu satu perhubungan yang dicipta, banyaknya berteraskan pada nafsu berbanding benda lain.. Pada kali pertama bertemu, nafsu yang menguasai justifikasi berbanding akal.. Maka tidak mustahil setiap perkara yang terjalin dan terbina selepas itu lebih berlandaskan nafsu berbanding akal..

Pabila analisa yang lebih mendalam dibuat dalam hubungan yang di bina dalam entiti yang berbeza.. Dapat dilihat hubungan yang dibina menggunakan akal berbanding nafsu mempunyai tahap operasi yang lebih membina dan bermanfaat.. Malahan setiap kali nafsu cuba memporak-porandakan hubungan yang dibina dengan akal.. Nyata ianya gagal dan tidak sekelumit pun kesan nafsu mampu menjejaskan perhubungan tersebut.. Dan hubungan yang dibina melalui akal membawa keseluruhan proses ke peringkat yang lebih tinggi di mana secara tak langsung ianya membawa solusi kepada permasalahan-permasalahan yang menggangu dan mengusarkan individu-individu tertentu..

Walaubagaimanapun, jika perhubungan itu dibina atas dasar nafsu.. hubungan itu tidak mampu berevolusi malahan permasalahan yang mampu diselesaikan hanyalah pada peringkat asas (surface) dan pokok dalam setiap isu tak mampu diatasi dan keadaan selalunya akan bertambah buruk malahan ianya mampu merosakkan perhubungan tersebut.. Dalam perhubungan berdasarkan nafsu, kegembiraan yang dicapai bersifat sementara dan mampu berubah bila-bila masa pabila pokok permasalahan mula timbul dan selalunya bermula dari kepentingan ataupun keutamaan perhubungan tersebut.. Selalunya perhubungan yang dibina atas dasar nafsu kaku pada peringkat asas (takkan berevolusi) dan entiti sekufu ataupun perkongsian minat yang sama jarang hadir maka pabila keutamaan menjadi isu, selalu perhubungan sebegini akan diabaikan dan fokus lebih diberikan pada benda yang lebih utama..

Lepas aku tulis apa yang aku fikirkan, things get really complicated and complex.. Tapi ni lah hasilnya.. Dan tak sangka dalam keadaan sekarang.. Rupanya lebih banyak perhubungan yang aku cipta atas dasar nafsu berbanding akal.. Yang mana merupakan pokok permasalahan aku kali ini.. Kerana pabila ianya tak berevolusi dan perkongsian minat tak terjalin.. Mustahil untuk membawa proses ini ke peringkat yang lebih tinggi.. Ianya juga tak dinafikan berpunca dari desakan diri atas kerisauan dari segi kestabilan emosi, mental mahupun fizikal.. Atas desakan ini, demi mencari jalan pintas.. Hubungan berdasarkan nafsu lebih mudah dicambahkan berbanding hubungan berdasarkan akal..

Semoga atas kesedaran ini, rombakan perhubungan mampu dilakukan dan diperbaiki supaya senario terlalu lama merenung pintu yang telah tertutup dan mengabaikan seribu satu pintu rezeki lain dapat dielakkan..

P/S: Tahniah kepada sesiapa yang mampu membaca dan memahi post kali ini.. Aku sendiri akui ianya jauh lebih complex dari apa yang aku bayangkan..

2 comments:

FaFa said...

seriusly mcm ayat dlm thesis bahasa melayu. almost all words in here adalah digunakan dlm dicscussion chapter 4. hihi.

anyway zamir, anything happens to you no matter it is bad or good, may you return and relate them to our religion, Islam.

balik2 pada agama. hidup ini kan pentas tarbiyyah untuk manusia.

ujian hati takkan pernah sunyi.... kerana Allah ingin UJI.

TC!

Zamir said...

Amik feeling sikit Tiha.. maka kene la fikir-fikir ayat tesis kan.. XD

Yup.. so true, bila sedar pasal benda alah ni dan tulis kat sini, nampak macam-macam benda and it is true.. Semuanya balik kepada Allah yang satu..

Dia mengajar manusia dalam keunikan-Nya sendiri.. Apa yang dipinta dan diminta sentiasa diberikan dalam cara yang tersendiri.. Yang membuatkan manusia sedar akan cinta hakiki dan dimana sang hamba sentiasa berdiri..

Thanks Tiha..

TC2...