Bila makin jauh di perantauan.. Bila mengembara seorang diri.. Membawa diri ke tempat yang tak pernah dijejaki.. Pelbagai perasaan bercampur baur.. Gembira, teruja, risau, takut, sedih, rambang mata dan ada kalanya sunyi.. Setelah lebih dari seminggu aku meninggalkan bumi Bristol dan hampir 3 tahun meninggalkan bumi Malaysia.. Perjalanan hari ini terasa cukup jauh.. Matahari pagi di New York agak kelam.. Seolah-olah macam kabus.. Tapi sampai pukul 3 petang tak clear2 jugak.. Rasanya kabus campur jerebu la tu.. Hari ni tanpa arah tuju sangat perjalanan di bandar metropolitan ni.. Aku hanya mengikut langkah kaki ini ke mana ianya tuju.. Cuma sepanjang perjalanan.. Fikiran ku melayang.. Jauh nun ke mana pun aku tak pasti.. Namun bunyi deruan ombak dan teksi kuning tak sesekali menganggu lamunanku..
Overall ikut citarasa aku.. mungkin sebab aku bukannya orang bandar.. Aku secara jujurnya tak suka kot bandar ni.. Sibuk gila dan penuh dengan manusia.. Kalau tak bersiku badan bertolak sana-sini memang tak sah.. Lepas tu, udara dia memang kotor la.. (lantak la orang nak cakap aku exaggerate kan).. Baru sehari aku duduk sini dah start batuk dan selsema.. Dan yang paling obvious sekali, apa yang aku tengok dalam TV or mana-mana promosi memang indah khabar dari rupa je ar.. Sama je kes dengan Big Ben or Eifel Tower.. Seluruh Manhattan sama je.. Xde la lawan mana.. (Again personal experience aku dan mungkin sebab aku bukan budak bandar.. So semua binaan-binaan manusia ni tak menarik perhatian aku..
Tapi apa yang pasti, makin lama aku kat sini makin aku rindukan Malaysia.. Rindukan semua benda.. Lantaklah dengan orang nak cakap buruk Malaysia dan sebagainya.. All in all mana ada tempat yang sempurna.. Semua tempat ada baik dan buruknya.. Dah jauh aku merantau dan banyak benda yang aku belajar.. Banyak yang aku lihat, banyak lagi yang aku interpretasi.. Walaupun dalam semua pengembaraan ni, aku banyak habiskan masa seorang diri.. Tak dinafikan, kadangkala mungkin lebih baik berteman.. Tak la sunyi sangat dalam semua pengembaraan ni.. Cuma aku pun tak pasti kenapa selalunya aku end up sorang-sorang.. Nak kata takdir aku pun tak pasti.. Jeles gak ar kat orang lain sebenarnya, sebab bila pergi jalan, semua pergi ramai-ramai (tapi tak la seramai rombongan cik Kiah).. Mungkin salah aku jugak ataupun mungkin aku dalam fasa keseorangan..
Walaupun sesedap mana lobster yang aku makan hari-hari ataupun Philly cheese steak yang aku hadap setiap petang.. Apatah lagi cheese bagel menjadi pembuka juadah harian.. Aku masih rindukan masakan Malaysia.. The food is simply awesome and rock.. Atmosphere makanan kat Malaysia pun far more better than anywhere.. Mungkin tu sebab aku tak gemuk-gemuk dok UK or even kat US ni..
Sedar tak sedar dah 11 hari aku kat sini dan tiba masanya untuk aku kembali ke tugas asal.. Habiskan percutian dan belajar dengan bersungguh-sungguh.. Maka aku tekad nak buat dateline.. By 14hb ni.. Aku nak siapkan 1st draft on Preparation of Li source for Diamond Growth.. Harapnya sempat la buat.. Tapi nak tak nak kene strict kat diri sendiri ni.. Kalau tengok budak-budak undergrad lain boleh je cope dengan dateline kan.. So aku pun boleh buat jugak.. Kalau tak siap, rotan diri sendiri.. Hahaha, matilah...
All in all, it is one of the craziest journey in my life time.. Met nice and awesome people.. InsyaAllah kalau baik persahabatan yang di bina ni, berkekalanlah ianya sehingga ke hari akhirat.. XD
8 comments:
Zamir, u ada p conferences RAFFS 2011?
zamir rahsia anda telah diketahui, ngeh3. jumpe raihan td kat fakulti. excited plak jumpe org UK. hehe.
so dont worry, your SG will be at door next week maybe. hehe. kte kirim melalui raihan. alang2 kan.
pasal sample, its ok kot, i'll try search else where yg raman available. cth: yusran kat UPM. ni idea Dr.
okay, pjg lebar plak. enjoy ur journey there. TC. ^^
Abis la aku.. jap-jap.. Rahsia mane pulak ni.. cuba bagi hint sikit..
Wah, thanks tiha and sorry susahkan Tiha..
Owh pasal Raman tu, balik esok aku try allign balik laser untuk tengok laser intensity.. Kalau2 ada lebihan sampel try la bagi kat raihan sikit.. At least aku boleh runkan kalau Raman dan okay..
Haha.. Dr ade je kan cerita dan plan dia..
To cik Anon:
RAFSS 2011, rasanya pergi time tu bagi talk on n-type semiconducting diamond kowt..
Kenape eh?
bole ke bg kat raihan? means waktu kat london xkene cek ke? sbb diorg kan sgt strict.
erm xde pape pon. just cite kehidupan zamir di UK tu jek. hihi. no worries, xde rahsia pon.
Erm, yang tu memang bergantung kat rezeki ar.. Selalunya lepas je.. Cuma kalau kantoi, risau plak sebab raihan kan cepat gelabah sikit.. hahahaha..
Ah.. Tak nak caya... Raihan kowt, sape tak kenal kaki gosip tu (Matilah kalau raihan tau ni).. Ape la yang dia jaja kan.. Pape pun aku insan tak berdosa lagi tak bersalah dalam pape cerita dia.. hahahaha.. aku mungkin mangsa keadaan.. :(((
haha. no worries, ur secret will be safe in my pocket. hihi
owh tidak.. Tak lama lagi dapat la black mailed dari Tiha ni.. Owh no.. Hahahhaha
Post a Comment