Pages

Monday, 17 December 2012

Made up my mind..

Lepas fikir punya fikir punya la fikir.. Aku dah amik keputusan.. Mungkin keputusan kali ini bakal mengubah hidup aku.. Alhamdulillah kalau ianya menjadikan hidup aku lebih baik dan harapnya dihindarkan dari ianya menjadikan hidup aku lebih buruk dan teruk.. Cuma lepas berfikir.. Mungkin ianya akan menjadi kesilapan dalam hidup aku tapi lepas aku fikir masak-masak.. InsyaAllah aku takkan menyesal dengan pilihan kali ini.. Risiko memang besar.. Kalau sape yang kenal aku dulu.. Zamir insan yang jarang sekali bermain dengan risiko.. Setiap benda yang dia lakukan.. Dia dah lakukan berulang kali dan paling tak pun dia dah sediakan semua perancangan bagi mengurangkan risiko tu ke tahap terendah.. Serendah mungkin.. Cuma kali ini walaupun dah rendahkan sehabis boleh.. Ianya masih menggunung tinggi..

Aku dah sedia nak amik tawaran untuk ke Arizona.. Bila aku fikir masak-masak.. Rasanya elok untuk aku duduk selama sebulan minimum.. Bukan apa, peluang macam ni mungkin datang sekali seumur hidup.. Untuk bersama-sama dengan antara ciptaan Allah yang mempunyai tahap pemikiran jauh lebih kehadapan berbanding aku.. Yang mempunyai keunikan sendiri.. Ianya rezeki aku pabila ditawarkan secara persendirian oleh tuan punya badan.. Apa yang aku ada sekarang kalau nak diikutkan sudah cukup untuk menamatkan percutian kali ini.. Cuma bila aku melihat rakan-rakan aku yang kembali ke Malaysia.. Cerita-cerita mentor-mentor ku bagaikan tak masuk akal.. 3 tahun yang lalu mereka suruh aku abiskan percutian ini secepat mungkin dan bila kembali ke Malaysia boleh je nak sambung dan teruskan apa yang aku lakukan.. Tapi bila melihat senario kawan-kawan aku.. Aku sedar yang kata-kata mereka tu ibarat mimpi kosong yang aku sendiri kene hasilkan.. Mungkin bukan aku yang akan menikmati hasilnya tapi yang pasti generasi-generasi selepas itu.. Sebabkan itu aku amik keputusan untuk berikan masa dan ketika ini kepada diriku sendiri.. Mungkin jugak aku bersifat pentingkan diri sendiri.. Tapi aku fikirkan, kalaulah ini kali terakhir aku bergelumang dengan teknologi ni.. Biarkan aku rasai nikmatnya sehingga ke penghabisan.. Biar aku tamatkan apa yang aku mulakan.. Biar putih tulang jangan aku putih mata..

Aku tahu keputusan aku kali ini boleh dikategorikan hampir gila.. Mana tak nyer, biasiswa aku akan tamat dalam masa kurang dari setahun.. Dan aku masih lagi melakukan lab work macam budak 1st year.. Banyak dan masih banyak.. Di samping itu, aku bersetuju untuk pergi ke Arizona untuk melengkapkan salah satu bahagian percutian aku..

Tapi aku fikirkan, bodoh kalau aku tak amik peluang ini.. Mungkin Bob bakal menjadi majikan aku suatu hari nanti... Aku pun tak pasti.. Untuk bekerja dengan seorang yang macam tu.. Impian ramai anak tempatan yang mengikuti kerja beliau.. He is a great man.. Bukan dalam bidang berlian semata-mata.. Tapi dalam dunia material.. Ada orang yang cakap aku seolah-olah membuang masa depan aku macam tu jer.. Aku boleh tamatkan dengan senang dan mudah tapi aku jadikan semuanya kacau bilau..

Aku tahu kalau aku amik peluang ni.. Makin lambat untuk aku mula menulis tesisku.. Maka mungkin aku terpaksa menyambung percutian aku dengan duit yang sangat-sangat terhad.. Dan perjalanan ke Arizona pulak bakal mengambil sebahagian dari asetku.. Dan entah bila aku akan tamatkan percutian ini.. Seolah-olah aku sengaja melompat ke dalam api.. Tapi.. Bila lagi.. bila lagi untuk aku dapatkan pengalaman untuk melihat makmal Bob dan untuk belajar dari insan yang selama ini hanya aku baca penulisannya..

Aku dah buat keputusan.. Walaupun mungkin ianya keputusan yang salah.. Bagiku ianya yang terbaik untukku.. Dan aku sentiasa berdoa dan berserah pada Mu Ya Allah.. Tunjukkanlah aku jalan yang diredhaiMu.. Dan kurniakanlah apa yang terbaik untuk diriku..

No comments: