Bila diimbas kembali.. Dalams setahun ke dua tahun ni.. Lagi-lagi selepas tragedi April berulang dua tahun berturut-turut, membuatkan aku mengubah rentak hidup aku.. Membuka peluang untuk perasaan menyelami segenap tubuh badan ini.. Mengalir dalam setiap arus peredaran dalaman.. Cuma bila aku renungkan dan fikirkan akan semua yang berlaku.. Adakah ini tindakan yang wajar.. Adakah pabila aku membenarkan perasaan membawa pemberatnya sendiri dalam keputusan aku, ianya sesuatu yang membantu atau memusnahkan.. Gembira, suka, sedih, marah, mengamuk, bengang, sedih, dan sayang.. Semuanya membawa entiti yang berbeza dan respond yang berbeza..
Aku akui ada masanya perasaan ini menolak aku supaya pergi lebih jauh.. Tapi adakah ianya berbaloi dengan kemusnahan yang dilakukan.. Secara jujurnya dah lama aku tak rasa seterluka ini.. Tiada sesiapa pun yang melukakan diri ini.. Aku rasakan aku terluka atas perasaan aku sendiri.. Salah aku jugak.. Menyayangi insan yang mustahil untuk disayangi.. Menyayangi dirinya lebih dari seorang kawan, itu silapku.. Mungkin pengalaman ni menambah epilog cinta dalam hidup aku.. Aku tak nafikan ianya memberi sedikit sebanyak jawapan perasaan cinta dan sayang itu sendiri.. Ianya melebarkan maksud cinta itu buta.. Ianya mendefinisikan rasa rindu dan sayang.. Dan kenapa manusia mampu berjanji akan sesuatu yang mustahil demi kegilaan pada insan yang lain.. Bila aku menggunakan akal berbanding perasaan untuk berfikir.. Jelas dan terang semua kegilaan yang aku lakukan demi insan yang aku sayangi.. Cuma bila akal yang bersuara, makin jelas kenapa perasaan ini sesuatu yang terlarang.. Sesuatu yang tak wajar untuk aku lakukan.. Kelakuan dan tindak tanduk selama ini terlalu obsesif dan melampau.. Tiada justifikasi yang jelas dalam kelakuan aku.. Yang mana ianya akan bertambah keruh pabila persoalan give and take masuk campur.. Pabila aku mula mempersoalkan kenapa asyik aku yang memberi dan jarang menerima.. Seolah-olah aku pilihan yang terakhir..
Tapi aku tak nafikan, dalam setiap sakit ada perasaan indahnya.. Bila bersama, berkongsi cerita.. Namun semuanya bersifat sementara.. Bila akal mula bertindak mengatasi perasaan.. Justifikasi setiap tindakan masih lagi tidak jelas dan samar-samar.. Apatah lagi tiada yang sekufu.. tiada persamaan.. Satu pun tidak.. Mungkin kerana aku terlalu memaksa akan semua ini..
Mungkinkah kerana trauma dan tragedi April lalu dan yang lepas.. Membuatkan aku menidakkan akalku dan mengambil jalan mudah untuk percaya akan perasaanku.. Memaksa perasaanku mengambil alih tugas untuk akalku befikir.. Dan pastinya ianya satu tindakan yang salah.. Bila aku renungkan kembali.. Pabila gunung-gunung mula bersuara.. Mula berbicara padaku.. Baru ku sedar.. Pabila alam semulajadi menyampaikan amanat dan nasihat.. Barulah hati ini bergetar semula..
Aku tak kata perasaan itu sesuatu yang buruk dan jahat.. Apatah lagi aku tak nafikan ada saatnya aku bahagia dan rasakan dunia ini cukup indah namun aku tak nafikan jua bahawa ada masanya aku rasa terseksa hampir jadi gila.. Cuma mungkin perasaan ini hanyalah mainan manusia.. Dan mungkin juga aku salah gunakan ianya sebagai jalan pintas untuk aku mengalah dalam berfikir akan masalah dunia..
Untuk pengakhiran tahun ini.. usahlah aku imbau akan pencapaian fizikal mahupun mental.. Lebih baik aku melihat pada ukuran kemusnahan yang telah aku lakukan.. Muka bumi yang telah aku rosakkan.. Adakah dengan meletakkan perasaan dalam tindak tandukku, makin banyak kemusnahan yang aku lakukan.. Jika dibandingkan dengan masa silam di mana perasaan diletakkan jauh dalam sudut hati.. Kemusnahan yang terjadi bersifat setempat dan banyaknya hanya memusnahkan diri aku.. Ada keadaan diri aku musnah secara total.. Luar dan dalam.. Namun aku bersyukur kerana ianya tidak melibatkan sesiapa yang lain..
Tapi kini, aku rasakan kemusnahan bersifat ledakan berangkai dan melibatkan pelbagai pihak.. Yang mana aku kesal kerana mulutku banyak badan yang binasa, kerana lagakku yang lain merana, kerana perasaanku habis semuanya..
Cuma kalau asyik berbicara pasal kemusnahan, sampai bila-bila tiada perubahan.. Kalau asyik berbicara siapa yang salah dan menunding jari pada yang lain.. Sampai kiamat tiada penyelesaian.. Aku rasakan, aku perlu merancang kembali strategi dan menggunakan akal dalam menilai sesuatu perkara.. Cuma langkah paling mudah aku dapat fikirkan buat masa sekarang hanyalah.....
TSS - Tenang, Sabar dan Senyum..
Walau apa jua keadaan, pastikan diriku dalam keadaan tenang.. Keadaan fizikal dan mental yang tenang mampu memudahkan proses kesabaran dalam apa jua keadaan yang akhirnya membuahkan senyuman.. Walau sakit macam mana diri ini, walau perit macam mana pun.. Walau luka itu mustahil untuk diubati.. Senyuman seharusnya terus terukir dibibir.. Walau gembira, suka dan teruja macam mana pun.. Senyuman yang seharusnya terukir la kan.. Perasaan sebenar??? Tidak perlulah dizahirkan pada sesiapa.. Kerana fitrah manusia pabila perasaannya dizahirkan, ianya mahu difahami.. Dan makin mudah dirinya terluka pabila tiada yang cuba untuk memahami.. Maka lebih mudah untuk tidak dizahirkan.. Hingga tiba masanya pada si Dia yang sedia menerima segalanya..
No comments:
Post a Comment