Pages

Thursday, 6 December 2012

Mabuk-mabuk..

Aku tak tau apesal hari ni.. Time nak mengajar budak-budak undergrad tadi.. Boleh plak terhuyung-hayang badan aku.. Bape kali nak langgar diorang.. Nak kata sebab baguette yang aku makan tadi memang tak ar.. Bukannya ade pape 'special' ingredient pun yang boleh buat aku weng.. Yet 3 jam tadi aku tangkap high sorang-sorang.. Sampai aku tak sedar aku bagi jawapan salah kat ada minah ni.. Sampai dia cakap kenapa tadi aku cakap lain.. Aduhai.. Sorry la dik ooii.. Mungkin jet lag baru nak kick in ataupun tak bangun-bangun dari dreamland... Dan akibat ketidakcekapan aku, kesian budak-budak ni, diorang la yang paling last sekali keluar dari lab.. Tapi nak buat macam mane.. Ni la pengalaman hidup kan.. (Saje nak cover salah sendiri)

Anyway, bukan setakat petang tadi.. Pagi tadi pun aku dah start weng sebenarnya.. Kelas semikonduktor fizik punya la layan.. Dah la pasal Quantum Hall effect (aah sudah, zamir dah start bukak cerita quantum dah).. Mana tak terbuka mata aku sekejap tapi ajaib nyer.. Muka aku paling blurr dalam kelas tu.. Takde satu benda pun melekat nak masuk dalam otak ni.. Memang rasa high semacam je r.. 40 minit abis macam tu jer.. Nasib baik la aku pernah kene brief dengan pakcik Paul waktu 2 tahun lepas.. So boleh la kaitkan sikit-sikit.. Kalau tak sia-sia je bangun pagi-pagi ngadap cuaca 1 oC..

Nak kata hari ni tak produktif tipu ar.. Banyak la benda buat tadi... Dari buli Sarah sampai la design glovebox (matilah kalau siti fairus dengar.. tersirap darah beliau dengar diri ini membina glovebox sendiri.. hahahha).. At least dah ada garis panduan nak buat apa esok dan sabtu dan ahad.. Ohhh S***.. Dah memang kene start keje weekend la kan.. Kalau tak, tak merasa naik kapal terbang awal tahun depan nanti..

Yet malam ni still penuh dengan alasan.. Waduh cmne nak siap keje ni kalau asyik penuh alasan je.. pastu mata dah kuyu.. Yet esok ada hati nak tanya Paul leh gi Belgium tak tahun depan.. Ada hati tu... Haih.. Zamir zamir.. wake up from this mesmerizing dream la... Hidup tak sentiasa indah.. Baik sedar sekarang dari tak pasal-pasal esok lusa kau meroyan dalam blog ni kan.. Pastu nanti satu dunia ingat ko psycho ke, hilang akal ke or ape kebende (Bajet satu dunia nak bukak blog ni.. Memang tak ar, bukan aku royalti mana-mana orang nak sibuk tau pun)..

Maka esok kene la jadi rajin.. Jumpe Judy tunjuk result, Buli Sarah (suka nya aku.. hahah).. Jumpe James untuk glovebox dan obviously spent masa dengan chenta dekat lab.. Dah lama chenta-chentaku diabaikan.. Bak kata member aku semalam at least walaupun chenta ini tak mampu nak bagi respond tapi setidak-tidaknya takdela dia leh nak betray sesuka hati kan.. Dan kalau dia tak respond xde la nak kecik hati makan dalam.. Senang.. Hahaha (Ni dah masuk tahap serius dah ni, jangan jadi cam kat jepun kawin dengan robot dalam dunia maya sudah.. haih..)

Tengah cari kekuatan sebenarnyer ni nak tangani internal issue yang tak berjaya diuruskan dengan baik.. Nak kata dah luahkan, memang dah luahkan dan terima kasih la pada sapa yang berusaha untuk memahami.. Cuma ntah la kenapa x reda jugak.. Mungkin kene atasi dan bukan luahkan semata-mata kot.. Tapi nak atasi macam mana.. Itu persoalan nyer.. Rasanya kene buangkan semua keinginan yang aku inginkan dan impikan setiap hari.. Perbaiki niat dan tujukan pada diri-Nya.. Hanya kepada dia aku berserah dan kepada dia aku kembali..

8 comments:

Ain Shazuanie said...

pregnant kut..haha~

Zamir said...

pregnant la sangat ain kan.. Mungkin ada yang pregnant kowt, tu yang terkena morning sickness dia sekali..

Ain Shazuanie said...

haha!!..siapakah??...=D

Zamir said...

Not sure.. might someone close or in a far far away kingdom..

Ain Shazuanie said...

haha..tulah..x nak rehat...lab x abis2...infinity~

Zamir said...

Time and tides wait for no man.. You will learn it one day.. When the time come, I will smile from ear to ear... Abis lah.. Muhahahhaha..

Owh btw bukan Motor Jasin dulu strive for infinite excellence ke?

Ain Shazuanie said...

alaa...masa kat Jasin dulu pun da puas kut study...ingat lagi masa form 5 memang 2 jam sehari la tido..abis taklim sampai kul 1..pastu stay up dengan nescafe..da jd bestfren pulak dgn nescafe..haha!!

a'ah..yg tu yg pendek...yg panjang yg We're d best bla bla bla tuh...awat?

btw...teringat yg pasal kitaran hidup yg jatuh bangun tuh...da lupa laa..citer balik..dulu ada citer kat D. Ben...

Zamir said...

Yeke masa kat Jasin dah puas study tapi kalau statement tu tak relate la dengan ajaran Islam... Bukan Islam menganjurkan umatnya menuntut ilmu sehingga ke liang lahad ke.. Maka isu dah puas atau tak takkan timbul kerana ilmu Allah tu luas dan mustahil manusia akan puas untuk mendalami ilmu yang Allah sediakan..

Dan sebab tu wujudnya moto strive for infinite excellence.. Paham maksud tersirat moto dari Hj Ruslan dulu tu?

Owh pasal kitaran hidup tu ada dalam salah satu post dalam blog ni..

Try cari post tajuk teori 7 tahun