Pages

Thursday, 27 December 2012

Menjadi dan Mencari yang lebih baik..

Selama ni aku asyik dan banyak kali katakan lebih baik diriku yang dahulu berbanding diriku yang sekarang.. Kononnya aku yang dulu itu dan ini dan aku yang sekarang entah pape.. Tapi sewaktu berlari-lari di gigi air sebentar tadi sambil bermandikan cahaya purnama.. Membuatkan aku lakukan refleksi yang cukup mendalam dalam diriku... Yang mana banyak pencapaian yang aku dah alami dan perubahan yang cukup aku patut banggakan dalam diri aku.. Antaranya:

Aku jadi lebih baik dari dulu.. Mulut aku dah tak macam dulu.. Jarang kata-kata yang melukakan orang yang keluar dari mulut ini.. Banyak lagi komen yang membina dari sarcasm serta sinisan yang mendalam..

Aku jadi lebih profesional dan penyabar dalam menguruskan emosi aku.. Walaupun ianya masih dalam keadaan yang rapuh, tapi aku rasakan ianya lebih baik berbanding tahun 2011..

Aku lebih menghormati dan menghargai pendapat orang lain dan mula menerima perspektif berbeza..

Dah makin kurang perangai aku tahu semuanya..

Aku lebih banyak bertanya dan tak segan bertanya benda yang aku tak tahu berbanding cuba-cuba bajet tahu..

Lebih banyak memerhatikan ciptaan Allah dan cuba menghargai apa yang dah terbentang di depan mataku..

Lebih banyak bersyukur dan redha dengan apa yang aku ada.. Cuba hidup semudah dan seasas mungkin..

Jadikan rutin bulanan Majlis bacaan Yasiin dan Solat Hajat... 

Kenal erti dan nikmat tawakal serta besarnya kekuasaan Allah..

********************

Namun tak dinafikan banyak perkara yang aku perlu perbaiki.. Banyak terlalu banyak untuk difikirkan namun ianya harus dilakukan.. Antara perkara yang aku nak ubah:

Ikhlaskan diri dalam melaksanakan ibadah aku..

Jangan tinggal solat.. Tak kisahlah sama ada solat wajib ataupun solat dhuha apatah lagi solat-solat lain..

Mengurangkan perasaan buruk sangka dan menilai manusia pada keadaan yang tak sepatutnya..

Kurangkan perbuatan yang sia-sia

Hilangkan terus perkataan dan perbualan yang sia-sia..

Banyakkan bersedekah dan kurangkan perasaan berkira dalam apa jua keadaan..

Tingkatkan lagi ketenangan dalam diri ini.. Ingat Allah selalu.. Setiap masa, sepanjang waktu..

************

Terima kasih la kat kawan-kawan aku yang ingatkan aku pasal semua benda ni.. Kalau bukan sebab aku jumpa diorang semua tadi.. Takkan nyer aku fikir sejauh dan sedalam ni.. Aku rasakan tinggalnya aku di bumi asing ni banyak mengajar aku bahawa harta dan keselesaan itu bersifat abstrak.. Bukan duit yang banyak memberikan aku kebahagiaan.. Bukan makanan yang mahal dan enak yang membuatkan tidur aku lena.. Bukan rumah yang besar menjanjikan kesenangan hidup.. Bukan kawan yang ramai menjanjikan hidup ini ceria dan takkan sunyi..

Cukuplah dengan makanan yang kenyang, rumah yang selesa, kawan yang memahami dan harta yang diberkati.. Cukuplah dengan semua itu untuk aku meneruskan hidup di bumi.. di Alam yang sementara ini.. Apa yang penting aku perlu tingkatkan lagi kebaikan dan pencapaian dalam diriku untuk disumbangkan kepada makhluk Allah yang lain dan juga perbaiki kelemahan-kelemahan aku yang masih lagi goyah dan rapuh.. Banyak lagi kelemahan yang aku nak senaraikan tapi cukuplah banyak ni dulu untuk aku atasi terlebih dulu..

Semoga DiriMu redha Ya Allah dengan hidupku.. Dan tunjukkanlah, bimbinglah diri ini untuk menjadi yang terbaik di sisiMu.. Yang terbaik untuk agamaMu Ya Allah..

2 comments:

FaFa said...

Semua manusia inginkan yang terbaik dlm hidup mereka. Tetapi boleh jadi apa yang kita rasa terbaik untuk kita sebenarnya Allah lebih tahu baik buruknya. Dan boleh jadi itu bukan yang terbaik untuk kita.

Jalan terbaik ialah REDHA dan BERSANGKA BAIK.

ayat ni sebenarnya ditujukan untuk diri sendiri, tapi saje nak menyemak kat sini....hihi

~Hijrah ini menuju Allah,
di hujungnya HASANAH~

Zamir said...

Good input Tiha.. Tu sebab kali ni aku fikir lebih baik untuk aku zahirkan perubahan diri dan peribadi lebih dari matlamat dan keinginan hidup.. Sebab matlamat dan keinginan tu kadangkala bukannya sesuatu yang baik untuk kita..

Tapi apa yang pasti peribadi yang baik.. Peribadi yang mulia seperti Rasulullah saw tu harus dicontohikan..