Pages

Friday, 30 November 2012

From Boston to New York..

Hari ni tamat la sudah MRS Fall Meeting untuk tahun 2012.. Banyak benda yang aku belajar kali ni.. Dari bidang percutian aku sendiri sampai la ke soft skill dan networking skill.. Untuk aku ceritakan semua sekali memang hampir mustahil la.. Tapi aku yakin dan aku percaya, aku yang akan kembali ke Bristol kali ini akan berbeda dengan aku yang pergi keluar darinya tempoh hari.. Walaupun tempoh seminggu nampak sekejap.. Namun pengalaman dan pemantapan pemikiran mampu mengubah persepsi manusia dalam pelbagai keadaan mahupun peristiwa.. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi keran diberikan peluang untuk bertemu insan-insan unik ciptaan-Nya.. Bukan setakat bertemu dalam sebuah simposium.. Malah berkongsi cerita di meja makan.. Berkongsi pengalaman sambil menikmati minuman.. Rasakan seolah-olah sentuhan cerita mereka bagaikan dari seorang ayah kepada seorang anak.. Sepanjang malam bila menemai diorang bercerita.. Setiap pengalaman dan peristiwa yang disampaikan penuh dengan keinginan untuk menyampaikan ilmu pada diriku tanpa sebarang perasaan prejudis.. Walaupun aku bukannya datang dari sama bangsa, negara mahupun agama.. Ianya bukan satu masalah.. Sampai ada yang menawarkan lawatan ke makmal masing-masing untuk membuka peluang bagi aku mempelajari pelbagai ilmu baru.. Begitu pemurah sikap ahli-ahli komuniti diamond di simposium kali ini.. Sampaikan bila aku melihat kembali akan situasi di Malaysia.. Bukan untuk katakan bangsa yang seagama dengan aku tak elok ataupun bukan untuk merendah-rendahkan diorang.. Tapi orang-orang kat sini lebih Islam sifatnya berbanding kebanyakan manusia yang aku kenali di Malaysia.. Cukup berbeza.. Sampai aku tak faham kenapa orang kat Malaysia nak sorok benda, taknak share pengetahuan masing-masing.. Semuanya kalau boleh nak lebih dari orang lain.. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit.. Kedekut ilmu tahap cipan pun ada.. Lagi-lagi kalau ada makmal gempak.. Jangan harap la dia nak share maklumat penyelidikan dia dengan orang lain.. Alasan ni rahsia la, under patent filing la.. Tak boleh disclosed la dan sebagainya.. Padahal orang kat sini, baru bertukar satu dua idea, dah trus ajak datang lab dan ajak buat koloborasi.. Anyway, aku harapkan generasi muda kali ini, mampu membawa perubahan pemikiran di Malaysia, supaya tak terlalu ke'aku'an dan terlalu banggakan pencapaian sendiri berbanding berkongsi ilmu dengan manusia seluruh alam..

Anyway, sekarang ni aku dalam train dari Boston ke New York sambil menikmati Coastal Path of New England.. Rasa macam dalam movie mat salleh plak.. Semoga percutian kali ni lebih membuka mata ini akan matlamat dan tujuan hidup di muka bumi ciptaan Ilahi..

No comments: