Bila cakap pasal drama hari jumaat.. aku tak maksudkan drama tahajjud cinta yang sume org sibuk perkatakan.. kali nie, aku berbicara pasal drama aku sendiri.. tapi tak la sehot dugaan drama tahajjud cinta tu.. dari satu dugaan ke dugaan yang lain... seolah-olah diorang la manusia paling sedih dan sadis dalam dunia nie...
Al-kisahnya bermula macamn nie.. bermula 7.30 pg aku dah mula membanting tulang menolong rakanku mengemas barang-barang beliau untuk dimasukkan ke dalam kontena.. Dipendekkan cerita, pukul 9.30 kontena pown sampai.. dan dengan bersahaja (haha.. cm lh caya jer).. aku mula mengangkat barang-barang tersebut dalam kontena.. Nak dijadikan cerita.. hari tu plak hari paling panas dalam minggu or maybe tahun nie... so dah dalam kontena.. berbahang la sikit.. smapai jer pukul 12.. alhamdulillah semua nyer selesai dan aku bermandikan sedikit jer peluh.. so tak yah balik umah untuk mandi balik dan terus ke solat jumaat selepas menjamu selera di rumah beliau...
Tu belum dramanyer lagi.. Esoknya pulak aku dah berjanji dengan segelintir rakan-rakan sebaya ku ingin mengadakan party kecil-kecil lan (edisi party nie akan diceritakan pada post berikutnya).. maka ayam dan kambing yang aku nak beli tak beli lagi... So sejurus abes solat jumaat aku pun meneruskan perjalanan ke kedai ayam berdekatan.. dalam 15 minit jalan kaki.. sampai je dekat kedai tu.. boleh la pulak dia tulis attending funeral.. (Innalillah....) mungkin hari yang baik untuk kebumikan mayat sebab hari jumaat dan cuaca yang sangat baik.. maka drama pown bermula.. esok tetamu dah nk datang.. Ayam masih tidak kelihatan.. Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 ptg.. So, terus ke plan B.. straight ke Easton untuk membeli ayam.. Sampai je di Easton, terus bantai 4 kg ayam dan 1 kg kambing serta 4 paket Sosej yang aku rasa sedap (sebab rasa macam sosej dekat Malaysia).. sementara menunggu bus... my big sis menjadi tempat berbicara drama bersiri kali nie.. Akhirnya sampai rumah dalam pukul 4.15 ptg.. Mulalah kerja membasuh ayam dan marinate ayam... dalam pukul 5 selesai tapi aku tak berpuas hati kerna jumlah ayam hanyalah 25 ketul.. rasa bersalah mula menjelma.. sebab kawan-kawan yang nak datang menjangkau 20 orang.. dah la ajak tengah hari.. so tk sedap pulak kalau time diorg makan-makan.. nak tambah ayam.. tengok-tengok ayam dah abis.. So demi menjadi host yang baik.. aku pown keluar kembali mencari ayam..
Rasa hati pada waktu itu mengatakan yang sesi pengebumian pada tengah hari itu telah selesai.. so aku pergi la balik ke kedai ayam terdekat... Malangnya masih tutup lagi.. dan aku terus ke Plan C, ke Asda.. jam sudah menunjukkan pukul 5.35 ptg.. Sampai je di Asda, aku terus grab ape yang patut.. mula-mula nak amek bahagian dada, tapi dah abes stok.. so belasah je la wings.. Alhamdulillah, beli semua yang ade di Asda, dapat la dalam 29 ketul.. 29 + 25 (54 ketul).. cukup la rasanya... dalam 6.15 ptg tunggu bus untuk pulang ke rumah.. nak di pendekkan cerita yang dah panjang nie.. bus takde.. boleh... Arghhhhh.... 4 bus yang lalu semuanya tulis "Sorry no service available"... Sabar je la kan..
Akhirnya dalam 7.15 baru la ade bas yang berhenti.. dalam 7.45 sampai di city centre (nie pown drama tunggu another bus 20 minit)... singgah di sainsbury's membeli barang marinate versi lain.. untuk menyedapkan lagi chicken wings.. Sebelum pulang, singgah di rumah kawanku untuk dinner.. dan dengan baik hatinya, beliau menghantar ku pulang setelah penat lelah mencari Ayam untuk esok...
Macam-macam spekulasi dicanai mengenai cabaran untuk berbuat baik kali ini dan yang paling logik ialah tulah supervisor aku.. sebab hari tu hari jumaat kan.. kene pegi lab.. tapi aku ponteng.. dan waktu angkat barang pukul 8.15 pg.. hampir terserempak dengan dia waktu dia nak pegi keje (rumah kawan aku on the way dari rumah dia nak ke school).. then bila aku nampak dia terus aku menyorok belakang kotak.. So kira nya tak dapat izin dia memonteng nie.. So maybe tu balasannya kowt.. haha.. Sorry Paul.. next week I'll be your best student kayy.. Promise...
No comments:
Post a Comment