Pages

Tuesday, 4 October 2011

Kenapa ianya tak boleh bersama...

Ideologi ini tersemat dalam sanubariku sejak aku dibangku sekolah lagi.. mungkin sejak darjah 1 tapi aku rasakan ianya makin benar-benar berlaku selepas beberapa cubaan yang dilakukan dan aku mula percaya di awal darjah 4.. yang mana bila difikirkan kembali tidak logik dan ade banyak cacat celanya.. cuma bila aku renungkan kembali ade kebenaran dalam diriku... cuma tidak pasti boleh atau tidak aku generalkannya..
"You can't master both.. it is either friendship or knowledge.. Your choice.. Your path... and Your life.."
 Bila difikirkan, tak mustahil ade yang katakan tak masuk akal dan tak rasional.. ada juga yang katakan.. aku boleh je dapat kedua-duanya.. Bila direnungkan kembali.. ungkapan ini lebih kepada proses untuk memilikinya dan pengorbanan perlu dilakukan.. tapi tidak dinafikan ada entiti yang ketiga dan sebenarnya yang paling utama.. yakni keluarga.. di mana terpaksa dikeluarkan daripada isu ini sebabkan sukar bagi seseorang itu untuk mengorbankan keluarganya..

Mungkin ianya terjadi pada diri aku kerna kelemahan dan kapasiti aku sendiri ataupun ianya boleh dijadikan rujukan umum.. ianya terpulang kepada intepretasi diri masing-masing.. Bagiku, setiap kali aku mengejar sesuatu ilmu mahupun pengetahuan, tak mustahil dan keberangkalian untuk aku mengabaikan persahabatan yang terlah terjalin amatlah tinggi.. Ada juga aku fikirkan mengapa semua ini terjadi.. adakah masa dan tenaga untuk mengekalkan persahabatan itu terlalu tinggi nilainya sehinggakan boleh menjadi pembejat dalam melengkapkan siri-siri pelayaran aku.. ataupun persahabatan itu sering kali mengaburi pelayaran aku bagaikan kabus yang sering menjelma dia awal fajar pagi.. Adakah kerna setiap persahabatan yang aku sulami dengan perasaan kasih dan sayang membuatkan fikiran ku sering terganggu.. ataupun fokus dalam pelayaran aku mudah terganggu dengan permasalahan yang wujud dari persahabatan yang terjalin kerna aku menghargai persahabatan yang telah terjalin dan tidak sampai hati melihat rakanku merana tanpa pertolonganku..

Aku rasakan frasa yang terakhir hampir tepat mengambarkan senario setiap siri pelayaran bahteraku.. Namun, dalam setiap pelayaran.. ianya ada tujuan dan destinasi.. ianya merupakan kepentingan buatku.. bak kata orang putih.. priority.. dengan itu, walaupun aku hargai persahabatan yang terjalin.. dan mudah bersimpati dengan rakan-rakanku.. kadangkala, aku perlu bertegas dan beralih pandangan.. memilih pelayaranku.. daripada rakanku.. hakikatnya memang kejam.. kejam bagiku untuk beralih pandangan dan berlalu pergi.. tapi.. lebih baik begitu dari aku hanyut lalu karam dengan bahteraku dalam pelayaran mencari jawapan kepada ciptaan-Nya.. mungkin jawapan ini agak kejam dan mementingkan diri sendiri.. tapi aku yakin dan percaya ada insan lain yang akan membantu mereka.. namun tidak mudah untuk insan lain membantu diriku ini.. malahan jarang sekali aku melihat tangan-tangan dihulurkan semasa aku lemas dalam pelayaranku.. hanya pautan pada kayu-kayu yang hanyut membuatkan aku terus bernafas.. dan aku masih tertanya-tanya.. 

terlalu sukarkah untuk insan lain membantuku.. 
terlalu sukarkah untuk seorang rakanku menyelamatkan aku...
terlalu sukarkah untuk seseorang itu menahanku dari belakang supaya aku tidak jatuh lagi..
terlalu sukarkah untuk seseorang itu menangkapku sebelum diri ini jatuh tersembam dimuka bumi lagi..

ataupun aku.. 

tidak pernah meminta tolong...
tidak pernah berusaha untuk dibantu..
tidak pernah mengalami kesusahan..

mungkinkah..

Senyumanku setiap hari menutup sejarah hitam hidupku..
Tawaku setiap hari menyelubungi jiwa ku yang lemas dengan hidup ini..
Ceriaku membuatkan hidup ku tampak lebih senang dan riang berbanding insan lain..
Gelak riangku mengkaburi hidup ku yang penuh dengan onar dan duri..

dan tak mustahil...

Jika mereka memang tidak kisahkah akn hidupku ini...

Dengan itu, semenjak aku dibangku sekolah.. aku memilih ilmu berbanding persahabatan... dan bagiku ianya tidak akan datang bersama.. kerna percayalah.. 
"Kawan semasa kita suka, gembira, riang ria memang sentiasa ramai namun Kawan pabila kita terasa diri ini begitu hina, ketika berduka, sedih dan sanggup menitiskan air mata bersama mungkin tiada"
Jika dirimu mempunyai  kawan semasa dirimu berduka.. membimbingmu kembali ke jalan yang benar.. dialah kawan dunia akhirat mu.. dan jagalah persahabatan itu lebih dari ilmu yang pernah dikau kandung selama ini..

Dan pesan ibuku yang takkan aku lupakan.. sejak kecil lagi...
"Be nice to everyone, but trust no one"
 

No comments: