Pages

Monday 31 October 2011

Aku sering kali untuk menidakkannya... padahal ianya betul dan pasti..

Tiba masanya untuk aku berdepan dengan isu kali ini.. Banyak kali aku cuba menafikan bahawa aku makin jauh dari-Nya.. seolah-olah tiada pape yang berlaku.. Kini tiba masanya untuk aku merungkai kenapa jiwaku masih gundah gulana.. kenapa tiada ketenangan dalam hidupku.. dalam hidup penuh penafian ini aku terlupa akan keredhaan-Nya dan hampir terkejar-kejar pengiktirafan manusia..

1. Hampir 18 bulan hidup di sini.. Secara jujurnya waktu solat ku lebih berterabur jika dibandingkan sewaktu di Malaysia.. Jangan nak salahkan perubahan musim atau apa jua alasan yang wujud.. Jika aku percaya pada kewujudan-Nya, aku tidak akan lupa akan kehadiran-Nya dalam hidupku..

2. Ayat-ayat lazim dalam hidupku.. yang telah diterapkan sejak umurku 5 tahun makin kering dan hilang dari bibir ini.. Dahulunya, setiap kali menaiki kenderaan akan menjadi rutin wajib untuk dilafazkan dengan baik dan betul..

3. Makin jarang aku mendengar nama-nama Allah disebut.. padahal dunia tanpa sempadan.. dan dengan beberapa 'click', ianya boleh terpapar di depan mataku..

4. Bacaan surah Yasiin makin jauh dari hatiku.. Jika dahulu boleh dilafazkan bila-bila masa.. Kini, seolah-olah ianya hanya tersekat dikerongkong.. Dahulu tidak pernah ditinggalkan walau sekali dalam setiap minggu.. Kini, tak mustahil untuk tidak dilafazkan sebulan.. 

5. Jika surah Yasiin telah dijadikan sebegitu rupa.. bayangkan lah ape yang terjadi pada Al-Mulk.. 

6. Dahulunya doa yang dipanjatkan begitu panjang lebar dalam dwi-bahasa.. kini tanpa perasaan serba salah, meninggalkan tikar sembahyang tanpa doa yang dilafazkan..

7. Jika sebuah doa makin berat diutarakan oleh bibir ini.. bayangkan selawat, ayat Kursi dan ayat-ayat lazim selepas solat..

Tidak perlu untuk aku senaraikan ianya dengan lebih lanjut.. Ini lah sebenarnyer permasalahan dalam hidupku.. jawapan kenapa hidupku tidak tenang.. Semua perasaan lain adalah dicetuskan oleh jiwa yang tengah terseksa dan diseksa ini.. Jiwa ini meronta-ronta untuk didekatkan kembali diri pada Penciptanya.. Apa gunanya kalau aku berada di sini atas perjuangan dalam mengabdikan diri pada-Nya.. Padahal, dalam diam aku menjauhkan diri daripadanya... Kini bukan lagi masa untuk diriku menafikan semua ini.. Hadapinya dan jangan lari dan menafikan lagi.. Inilah yang berlaku dan inilah yang tengah dan sedang berlaku.. Jika ianya tidak diselesaikan.. Dirimu bukan dirimu yang dikau kenal lagi.. Kerna tidak mustahil Akhlak mu akan terpesong dengan lebih jauh lagi.. bukan setakat Akhlak, Akidah dan ilmu Tauhid mu akan menjadi mangsa perjudian perasaan dirimu sendiri.. Sedarlah dan jadi menafikan semua ini lagi.. Pulanglah dan kembalilah kepada dirimu yang dikau kenali dahulu..

Inilah ujian terbesar buat dirimu.. Di sini tiada siapa yang akan kisahkan dirimu... Tiada sesiapa yang akan meningatkan dirimu.. Tiada sesiapa yang akan menegur kesilapan dirimu.. Jika dikau berjaya.. Dikau berjaya sebagai hamba-Nya.. kerna tidak pernah sesekali dikau akan terpesong dari Agama dan juga keredhaan-Nya..

Sedarlah sebelum semuanya terlambat kerna tiada guna tangisan dikemudian hari...

1 comment:

Anonymous said...

macammana cara yg betul utk tidak lalai dn hidup yg penuh tipu daya saban waktu ini. Persekitaran, org sekeliling sgt mempengaruhi. Mustahil dapat bertahan jika hari2 sekelilingnya org yg lalai juga. Amatlah payah mencari org yg pegang pd kebenaran.