Pages

Monday, 17 October 2011

Kadangkala ianya terlalu enteng di mata kita...

Tanpa kita sedari sebenarnya setiap tindak-tanduk dan tindakan kita diperhatikan oleh manusia lain.. dan aku yakin dan pasti.. dalam setiap perbuatan kita akan menjadi persoalan dan juga perbualan manusia lain.. (tak dinafikan kadangkala aku bercerita juga mengenai perihal lain.. yeah, maybe bak kata pepatah small mind think about people.. so mind aku kecik je kowt kan)... Namun, tak salah jika perbuatan itu dilaksanakan bagi menghindarkan diri kita dari melakukan kesilapan sedemikian rupa...

Terlalu banyak perkara sebenarnya yang kita pandang mudah dan perbuatan ini membuatkan pelbagai pihak mungkin dan pasti terasa dengan perbuatan kita.. tapi kalau nak jaga hati semua pihak pulak... memang mustahil la kan.. Namun, jika ianya melibatkan keluarga aku pasti tiada toleransi dalam hal sedemikian..

Bagiku, sejak kecil lagi.. walau macam mana pun layanan ibu bapa dan adik beradik kepadd diri aku ini.. mereka tetap merupakan dari daging ku.. darah yang mengalir dalam diri ini sama merah dengan mereka.. sama rasanya dan juga sama sumbernya.. tidak sesekali aku akan menggantikan mereka dengan orang lain mahupun dengan sesiapa pown.. Biarlah jika hidupku susah dahulu dan sekarang.. biarpun kami tidak dapat menikmati apa yang mereka  nikmati semasa kecil.. namun biarkan ikatan kami utuh dan kukuh selamanya.. biarkan ianya menjadi seperti air di cincang takkan putus.. bukannya seperti pantun:

Nasi lemak buah bidara,
Bunga selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerna kasih hamba turutkan..

Klasifikasi kasih di sini bukan sahaja merujuk pada kekasih tetapi boleh sahaja diimplementasikan kepada sesiapa yang kita kasihi sama ada kawan-kawan, harta benda dan apa jua bentuk kasih sayang yang boleh ditonjolkan..

Yang mana bila diperhatikan generasi sekarang... ianya begitu sembolik dalam hidup sesetengah pihak.. seolah-olah ada yang tidak berpuas hati dengan keluarga sendiri dan cuba menggantikan keluarga mereka dengan orang lain.. Walau trauma macam mana pun kehidupan di zaman kanak-kanak, aku tak rasakan sesuatu yang wajar.. kasih sayang seorang ibu pada anaknya.... kasih sayang seorang ayah pada anaknya.. kasih sayang seorang abang pada adiknya.. kasih sayang seorang kakak pada adiknya dan juga kasih sayang seorang adik pada abang-abang dan kakak-kakaknya pasti tiada gantinya.. Mungkin pabila kita gembira dan bersuka ria kita terlupa akan kehadiran mereka.. namun percaya lah.. pabila kita jatuh dalam lembah kegelapan.. pasti yang berdiri disebelah diri ini adalah keluarga yang tercinta.. ibu mana yang sanggup melihat anaknya derita.. diri mereka sanggup menanggung derita itu dari melihat anak yang mereka kandung 9 bulan itu menderita di depan matanya..

Namun, sedarkah kita pabila kita mula mengabaikan mereka.. mengabaikan keluarga sendiri dan melebih-lebihkan orang lain.. sedikit demi sedikit terguris hati mereka.. dari sayup-sayup jauh nun di sana, hati kecil mereka terus terluka.. dan kadangkala mereka akan bermonolog.. apa salah mereka.. apa dosa mereka sehinggakan diberikan layanan yang sedemikian rupa..

Kadangkala.. pabila kita terlalu gembira bersama rakan... mendapat layanan yang indah belaka.. kita terlalu membandingkan layanan keluarga pada diri kita ini.. dan tanpa disengajakan kita membuang mereka sedikit demi sedikit dari hidup kita.. Kadangkala ianya terlalu enteng dimata kita sehinggakan kita lupa siapa yang melahirkan kita.. siapa yang membesarkan kita.. dan siapa yang menjaga kita sewaktu diri ini gelisah diwaktu malam... 

Ya Allah ya Tuhanku.. tetapkan lah imanku dan biarkanlah diri ini terus bersyukur dengan keluarga yang membesarkan ku.. biarpun siapalah mereka dimata dunia.. tetapi Ya Allah angkatlah darjat mereka dimatamu.. kerna merekah lah yang menjadikan siapa diriku hari ini dan hari esok... dan.. tetapkah dalam hatiku ini.. merekalah segalanya dalam hidupku.. biar diwaktu suka mahupun duka.. merekalah keluargaku dunia dan akhirat... Maafkan amir jika pernah melukakan hati mak, abah, along, ayie n siti.. semoga kita semua kekal sebagai satu keluarga selamanya.. dunia dan akhirat..

No comments: