Pages

Wednesday, 5 October 2011

18 bulan telah berlalu..

Sedar tak sedar.. pada 3 Oktober 2011.. yakni 2 hari lepas... sudah 18 bulan aku berada di bumi Bristol.. keadaannya sudah tidak asing lagi bagiku.. Bukan seperti mana waktu pertama kali aku menjejakkan kaki ke Bristol.. walaupun tampak yakin.. tapi nak beli tiket bas pown aku cuak... 18 bulan ini mengajar aku pelbagai erti dan makna kehidupan.. Allah memberi aku peluang untuk menjadi lebih penyabar, lebih redha, mengenal erti kegagalan dan mengajar aku untuk bangkit semula.. 18 bulan ini juga dipenuhi dengan suka dan duka.. pahit getir kehidupan.. linangan air mata.. mengalirnya darah keluar dari badanku.. semuanya aku rasai selama 18 bulan ini.. dan aku bersyukur ke hadrat-Nya.. aku masih lagi bernafas di bumi asing ini.. 

Ingat lagi waktu pertama kali aku sampai di sini... harapan ku menggunung tinggi.. dalam aspek akademik mahupun kehidupan sosial.. namun perancangan aku tidak sehebat perancangan yang Maha Agung.. Aku dahulunya yang susah merasa erti kegagalan... seorang yang tidak pernah mati akal.. seorang yang jarang sekali diulit perasaan sayang dan rindu.. Yang sentiasa berteman disisinya.. Di uji dengan keadaan yang aku sendiri tidak sangka.. Aku merasakan kegagalan yang paling lama dalam hidupku.. aku diberikan kegagalan demi kegagalan supaya aku lebih kenal erti kegagalan dan supaya aku lebih merasa manisnya kejayaan.. Diriku yang sering mendapat jawapan dalam sekelip mata diuji dengan permasalahan dunia yang tiada manusia mampu selesaikan.. 20 tahun mereka mencari jawapan.. dan kini permasalahan itu menjadi milikku.. kekal milikku.. selama 18 bulan aku berfikir masih dalam kebuntuan.. tak mampu memecahkan teka-teki milik Penciptaku.. 

Seseorang yang hati nya tidak pernah diulit rasa sayang dan rindu.. Disentuh hatiku dengan perasaan begitu sewaktu aku dalam kegagalan.. Diuji sama ada keyakinan aku itu utuh mahupun goyah.. Diuji adakah pendirian aku berubah sewaktu aku dibawah.. Diuji sama ada aku akan perjudikan nasib diri dan agama.. Setiap malam diri ini inginkan belaian dan kasih sayang... namun aku sedar ianya ujian dan cabaran bagi membentuk diriku sebagai pahlawan di masa akan datang... 18 bulan aku mengharunginya.. dengan berbekalkan harapan sewaktu aku tiba.. aku tidak akan berganjak.. tempat aku berdiri ini masih sama.. semangat juang aku untuk pertahankannya tetap sama.. Semoga aku kekal sebagai diriku ini dan tidak berubah kerna cabaran dan ujian kali ini..

Setelah 18 bulan... hari pertama selepas 18 bulan di sini... titisan air mata mengiringi hari ku.. tak mampu aku menahan sebak di dada.. sambil mataku masih terlekat rapi di kanta microskop optik.. sedar tak sedar air mata mula membasahi kanta serta pipiku.. Buat pertama kalinya dalam 18 bulan ini... berlian yang aku hasilkan menepati teori yang aku utarakan.. buat pertama kalinya dalam 18 bulan ini aku mendapat jawapan kepada satu dari seribu persoalan yang timbul.. dalam 18 bulan ini.. dalam 549 hari ini.. pertama kali aku rasakan manisnya sebuah kejayaan.. walaupun perjalanan aku masih jauh... usaha dan kesabaranku selama 18 bulan dalam mengharungi segala cabaran, dugaan, pahit dan getir kehidupan membuahkan hasil.. Seolah-olah beban yang digalas selama ini hilang begitu saja.. Aku hanya mampu bersyukur ke hadrat Ilahi kerna diberi kekuatan untuk terus bersabar hari demi hari..


Dalam masa dua hari selepas 18 bulan berlalu.. aku mampu hasilkan or bak kata rakanku "peak evolution".. yang memberangsangkan.. data terbaik yang aku hasilkan dalam 18 bulan lalu merupakan dua data terendah dalam graf ini.. dan dua data terbaru ku menunjukkan peak evolution yang sangat memberangsangkan..

18 bulan... adakah ini merupakan tempoh paling lama aku diuji dengan kegagalan.. diletakkan diriku pada paras paling bawah dalam hidupku.. semuanya... hanya Dia lebih mengetahui.. Alhamdulillah.. semoga rentak ini dapat diteruskan lagi.. semoga kejayaan demi kejayaan... penemuan demi penemuan dapat ku hasilkan.. kini, aku boleh berdiri tegak, mengatakan.. aku berjaya mengharungi 18 bulan dan aku masih lagi diriku.. tiada satu pun yang berubah.. sepertimana diriku meninggalkan tanah air pada awal 2010.. seperti itu juga aku pada hujung 2011.. walaupun usia ku telah meningkat.. sifat dan perangaiku masih sama... sama seperti dulu... seolah-olah masa tidak pernah berganjak.. Diri ini juga tidak pernah berubah.. masih berlari-lari ke sana ke mari... mulutnya masih lagi tidak berhenti.. tangannya masih lagi menghasilkan magis di makmal ini.. hatinya masih lagi bagaikan anak kecil... dirinya masih lagi begitu dan begini.. tiada yang berubah... cuma dia lebih kenal erti kehidupan dan kegagalan.. hanya luka-luka pengorbanan yang bertambah di dalam hati... yang menjadikan dia pahlawan suatu hari nanti..

18 bulan telah berlalu.. dan aku masih di sini.. seperti dahulu.. memegang panji demi mengotakan janji kita sebagai pahlawan di abad ini...

5 comments:

missdreamer said...

alhamdulillah. congrates zamir. u deserve it. teruskan usaha. :)

Zamir said...

Thanks tiha.. Semoga hari nie lebih baik untuk kita semua berbanding semalam.. Tiha pown jangan mengalah.. we are in this together.. So we should end it together too...

cik rye said...

sungguh touching entry ini..

tetiba nak tulis pasal research gak..

anw congratez!

Zamir said...

thanks rye.. all the best for your research too..

FaFa said...

Congrates to both of u, Raihan and Zamir. All the best in your future undertaking. :)