Pages

Thursday, 27 October 2011

Slow week but a healthy one.. indeed

Memang tak dinafikan minggu ni kerja aku slow.. as macam tak gerak langsung jer.. Tapi physically, mentally dan emotionally lebih baik dari sebelum nie.. Been talking to few people lately.. dan seriously better.. Lagi-lagi my life keep inspiring them.. and I could still help them even when I'm still in lots of trouble.. Walaupun percutian tidak banyak bergerak.. tapi dengan keadaan fizikal dan mental serta emosi yang lebih stabil.. Penjanaan idea dan pemikiran kreatif serta kritis bukan lagi satu penakulan mantik.. Tapi merupakan satu proses penghasilan yang lebih jitu dan bersepadu.. 

Bila makin lama aku bergelumang dengan percutian ini.. aku terlupa yang aku perlu menjaga perasaan dalam diriku sendiri jugak.. kadangkala aku terlalu mengejar percutian kali ini sehinggakan diri aku tidak dihargai dengan baik.. and it's nice to step outside and talk to people.. dan yang menariknya.. they didn't look it as bad as you think.. and usually they are in a greater mess than you are.. So benda-benda macam nie membuatkan aku berfikir kenapa aku perlu stress out dan tertekan sedangkan ianya sebuah proses.. Percutian ini merupakan sebuah proses yang mana bukan untuk menjadikan aku lebih bijaksana.. Tapi menjadikan aku lebih dekat dengan Penciptaku melalui saluran yang sepatutnya.. Jika aku terus tertekan.. maknenyer aku tertekan dengan Penciptaku sendiri.. Jika aku salahkan percutian kali ini.. maknanya aku menyalahkan Pencipta aku kerna mencipta percutian ini untuk aku..

Dan aku tidak rasa ini salah sesiapa mahupun diriku.. Mungkin aku terlalu terikat bahawa dunia ini salah dan betul.. Kalau tidak salah, ianya betul dan kalau tidak betul ianya salah.. Namun, hakikatnya dunia ini tidak semudah itu.. Jika ianya Tidak Salah.. tak semestinya ianya Betul.. dan Jika ianya Tidak Betul, tidak semestinya ianya Salah..

Maka aku tidak perlu menunding jari pada diriku mahupun sesiapa jika ianya salah mahupun betul kerna keduanya sesuatu yang abstrak dan melibatkan penakulan mantik yang lebih kompleks.. Cukuplah dengan mengetahui isi dan konteks berbanding mencari ianya salah mahupun betul..

Rasanya macam dah lari dari topik asal.. but been writing something like this are nice.. and this is the tought that coming out from a healthy and critical mind.. Just my guess and opinion.. XD

No comments: