Pages

Tuesday, 1 November 2011

Sekecil manapun ianya tetap bermakna..

Pernah tak kita terfikir yang mana pabila kita dewasa kelak, ada sesetengah benda yang diri ini rasakan tidak wajar untuk dilakukan kerna tidak menunjukkan kematangan akal ataupun gaya hidup kerna ianya tidak lagi serasi dengan usia dan kematangan empunya diri pada waktu dan ketika tersebut.. Namun perkara sebegini yang menjadikan diri kita lengkap dari persepektif diri sendiri..

Aku alaminya hari ini.. sejak dari kecil lagi hidup aku bergelumang dengan game dan jugak research.. bukan research yang melibatkan chemical atau ape jua bentuk penyelidikan sains but basic research on anything that came across my mind.. Dan pabila minggu ini aku memulakannya kembali.. aku dapati, hidupku lebih mudah dan lebih lengkap.. seolah-olah takde kekurangan pown dalam hidup ini.. Mungkin selama ini aku terlalu asyik dengan penyelidikan ilmu saintifik yang mana ianya tidak lagi seimbang dengan diriku dahulu.. Ada juga yang mengatakan usia diriku ini tidak wajar lagi untuk memenuhi masa lapangkan dengan game dan sebagainya.. namun, bagiku pabila sesuatu itu serasi dengan diri kita dan secara tak langsung ia membantu meningkatkan kualiti hidup dan juga konsentrasi terhadap perkara lain.. Ianya tidak patut dihalang tapi sepatutnya digalakkan.. namun ianya tidak akan jadi tak terkawal seperti zaman kecilku yang mana 8 jam/sehari merupakan rutin biasa.. cukuplah sejam atau dua jam sehari.. sudah cukup untuk membuatkan diri ini kenal akan empunya badan dan selesa dengan kehidupannya..

No comments: