Pages

Monday, 31 October 2011

Aku sering kali untuk menidakkannya... padahal ianya betul dan pasti..

Tiba masanya untuk aku berdepan dengan isu kali ini.. Banyak kali aku cuba menafikan bahawa aku makin jauh dari-Nya.. seolah-olah tiada pape yang berlaku.. Kini tiba masanya untuk aku merungkai kenapa jiwaku masih gundah gulana.. kenapa tiada ketenangan dalam hidupku.. dalam hidup penuh penafian ini aku terlupa akan keredhaan-Nya dan hampir terkejar-kejar pengiktirafan manusia..

1. Hampir 18 bulan hidup di sini.. Secara jujurnya waktu solat ku lebih berterabur jika dibandingkan sewaktu di Malaysia.. Jangan nak salahkan perubahan musim atau apa jua alasan yang wujud.. Jika aku percaya pada kewujudan-Nya, aku tidak akan lupa akan kehadiran-Nya dalam hidupku..

2. Ayat-ayat lazim dalam hidupku.. yang telah diterapkan sejak umurku 5 tahun makin kering dan hilang dari bibir ini.. Dahulunya, setiap kali menaiki kenderaan akan menjadi rutin wajib untuk dilafazkan dengan baik dan betul..

3. Makin jarang aku mendengar nama-nama Allah disebut.. padahal dunia tanpa sempadan.. dan dengan beberapa 'click', ianya boleh terpapar di depan mataku..

4. Bacaan surah Yasiin makin jauh dari hatiku.. Jika dahulu boleh dilafazkan bila-bila masa.. Kini, seolah-olah ianya hanya tersekat dikerongkong.. Dahulu tidak pernah ditinggalkan walau sekali dalam setiap minggu.. Kini, tak mustahil untuk tidak dilafazkan sebulan.. 

5. Jika surah Yasiin telah dijadikan sebegitu rupa.. bayangkan lah ape yang terjadi pada Al-Mulk.. 

6. Dahulunya doa yang dipanjatkan begitu panjang lebar dalam dwi-bahasa.. kini tanpa perasaan serba salah, meninggalkan tikar sembahyang tanpa doa yang dilafazkan..

7. Jika sebuah doa makin berat diutarakan oleh bibir ini.. bayangkan selawat, ayat Kursi dan ayat-ayat lazim selepas solat..

Tidak perlu untuk aku senaraikan ianya dengan lebih lanjut.. Ini lah sebenarnyer permasalahan dalam hidupku.. jawapan kenapa hidupku tidak tenang.. Semua perasaan lain adalah dicetuskan oleh jiwa yang tengah terseksa dan diseksa ini.. Jiwa ini meronta-ronta untuk didekatkan kembali diri pada Penciptanya.. Apa gunanya kalau aku berada di sini atas perjuangan dalam mengabdikan diri pada-Nya.. Padahal, dalam diam aku menjauhkan diri daripadanya... Kini bukan lagi masa untuk diriku menafikan semua ini.. Hadapinya dan jangan lari dan menafikan lagi.. Inilah yang berlaku dan inilah yang tengah dan sedang berlaku.. Jika ianya tidak diselesaikan.. Dirimu bukan dirimu yang dikau kenal lagi.. Kerna tidak mustahil Akhlak mu akan terpesong dengan lebih jauh lagi.. bukan setakat Akhlak, Akidah dan ilmu Tauhid mu akan menjadi mangsa perjudian perasaan dirimu sendiri.. Sedarlah dan jadi menafikan semua ini lagi.. Pulanglah dan kembalilah kepada dirimu yang dikau kenali dahulu..

Inilah ujian terbesar buat dirimu.. Di sini tiada siapa yang akan kisahkan dirimu... Tiada sesiapa yang akan meningatkan dirimu.. Tiada sesiapa yang akan menegur kesilapan dirimu.. Jika dikau berjaya.. Dikau berjaya sebagai hamba-Nya.. kerna tidak pernah sesekali dikau akan terpesong dari Agama dan juga keredhaan-Nya..

Sedarlah sebelum semuanya terlambat kerna tiada guna tangisan dikemudian hari...

Friday, 28 October 2011

Ilmu yang bermanfaat.. Sebarkanlah...

Thanks Amrul for teaching me all those stuff.. Teringat lagi pertama kali aku sampai ke bumi Bristol nie.. Dirimu menyerahkan tiket bus padaku, dan membeli tiket untuk dirimu.. Masihkah kau ingat?? Dan bila tibanya di pusat bandar.. kita bersama-sama ke tempat penginapan ku.. kau uruskan semuanya.. Masihkah kau ingat akan semua itu.. Dirimu juga mengajarku perkara-perkara asas dalam melengkapkan dan mempersiapkan diri ini demi menghadapi cuaca dan keadaan di Bristol.. Kita menghabiskan dalm £88.39 pada hari yang sama untuk membeli keperluanku.. dah la hari tu merupakan antara hari pertama hujan mula membasahi bumi Bristol.. dengan tanpa keluhan.. dirimu membantu aku mengangkut barang-barang tersebut.. dan buat kali pertama kunci rumahku tidak berfungsi.. Kita kebasahan untuk seketika.. dan terus untuk pusingan kedua kerna wujud barang lain yang tidak terbeli untuk kali pertama.. Masihkah dirimu ingat semua ini.. Ingat lagi tak ko gelakkan kan aku pasal duvet cover dan butang kat duvet cover tu.. Thanks for teaching me all those..

Esok nyer kita terus membeli barang-barang grocery.. Naek bus 24 hantar barang balik rumah.. naek pulak bus no 25.. then hntar barang balik rumah.. Then argue pasal IKEA tu jauh.. tak leh jalan kaki dari Easton.. padahal lintas jalan jer.. haha.. Then siap pegi ke ASDA plak tu.. within 2 days dah cover banyak tempat..

Ko sacrifice Perjumpaan Musim Bunga untuk semua tu.. thanks for being there.. Teaching me all those meaningful things in my life.. Help me starting fresh..

InsyaAllah  semua ilmu tu bermanfaat untuk aku.. dan akan aku terus sebarkan pada yang lain.. semoga ianya kekal bermanfaat selamanya..

Masihkah dikau ingat semua ini.. Thank you very much for all of it.. Really appreciate it.. mungkin dah terlambat untuk katakan terima kasih.. but it is there and always there..

Thursday, 27 October 2011

Slow week but a healthy one.. indeed

Memang tak dinafikan minggu ni kerja aku slow.. as macam tak gerak langsung jer.. Tapi physically, mentally dan emotionally lebih baik dari sebelum nie.. Been talking to few people lately.. dan seriously better.. Lagi-lagi my life keep inspiring them.. and I could still help them even when I'm still in lots of trouble.. Walaupun percutian tidak banyak bergerak.. tapi dengan keadaan fizikal dan mental serta emosi yang lebih stabil.. Penjanaan idea dan pemikiran kreatif serta kritis bukan lagi satu penakulan mantik.. Tapi merupakan satu proses penghasilan yang lebih jitu dan bersepadu.. 

Bila makin lama aku bergelumang dengan percutian ini.. aku terlupa yang aku perlu menjaga perasaan dalam diriku sendiri jugak.. kadangkala aku terlalu mengejar percutian kali ini sehinggakan diri aku tidak dihargai dengan baik.. and it's nice to step outside and talk to people.. dan yang menariknya.. they didn't look it as bad as you think.. and usually they are in a greater mess than you are.. So benda-benda macam nie membuatkan aku berfikir kenapa aku perlu stress out dan tertekan sedangkan ianya sebuah proses.. Percutian ini merupakan sebuah proses yang mana bukan untuk menjadikan aku lebih bijaksana.. Tapi menjadikan aku lebih dekat dengan Penciptaku melalui saluran yang sepatutnya.. Jika aku terus tertekan.. maknenyer aku tertekan dengan Penciptaku sendiri.. Jika aku salahkan percutian kali ini.. maknanya aku menyalahkan Pencipta aku kerna mencipta percutian ini untuk aku..

Dan aku tidak rasa ini salah sesiapa mahupun diriku.. Mungkin aku terlalu terikat bahawa dunia ini salah dan betul.. Kalau tidak salah, ianya betul dan kalau tidak betul ianya salah.. Namun, hakikatnya dunia ini tidak semudah itu.. Jika ianya Tidak Salah.. tak semestinya ianya Betul.. dan Jika ianya Tidak Betul, tidak semestinya ianya Salah..

Maka aku tidak perlu menunding jari pada diriku mahupun sesiapa jika ianya salah mahupun betul kerna keduanya sesuatu yang abstrak dan melibatkan penakulan mantik yang lebih kompleks.. Cukuplah dengan mengetahui isi dan konteks berbanding mencari ianya salah mahupun betul..

Rasanya macam dah lari dari topik asal.. but been writing something like this are nice.. and this is the tought that coming out from a healthy and critical mind.. Just my guess and opinion.. XD

Tuesday, 25 October 2011

Bersyukurlah..

Merujuk pada pandangan rakanku.. secara tak langsung membuatkan diriku tidak bersyukur seketika.. dan kini membuatkan aku ingat kembali kepada diriku.. Mengelakkan aku terus dalam keadaan kufur nikmat.. Seolah-olah bentak hatiku sebelum ini membuatkan aku tidak bersyukur dan inginkan lebih lagi.. padahal aku sudah memiliki lebih daripada itu.. Bersyukurlah dengan apa yang ada.. sesungguhnya ianya membuatkan dirimu lebih tenang di masa hadapan...

Hari ini, aku cuba hidup untuk tidak membandingkan diriku dengan orang lain... bersyukur dengan apa yang ada.. Ianya membuatkan diriku lebih lega lagi.. lebih seronok dan lebih ceria.. Jika dibandingkan dengan minggu-minggu lalu yang asyik cuba mengejar sesuatu perkara.. kononnya atas nama sesuatu perkara.. namun sebenarnya ianya untuk memuaskan diri aku sendiri.. Bila difikirkan kembali, aku pernah menikmati apa yang mereka nikmati sekarang.. kenapa aku perlu merasakannya lagi.. bagilah peluang kepada diorg pulak kan.. So, buat masa ini hargai apa yang aku ada dan jangan sesekali cuba untuk mengambil hak orang lain.. 

Mungkin kerna terlalu asyik dengan dunia sekeliling membuatkan aku sering membandingkan diri aku dengan hidup org lain yang membuatkan aku kurang bersyukur dengan apa yang telah aku peroleh.. Mungkin ada benarnya kata rakan-rakanku yang mana ramai yang ingin berada di tempatku ini.. Namun, aku sendiri acap kali melupakan keadaan ini dan cuba untuk menjadi orang lain dan mudah untuk tidak berpuas hati dan cuba untuk mendapatkan benda lain.. Ada diantara waktu aku cuba menafikan akan diri aku sendiri semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang bukannya hak untuk diriku.. 

Banyak perubahan yang aku rasakan selepas merenung kembali diri ini.. Terlalu banyak yang telah aku tempuhi dan ratusan nikmat telah aku kecapi.. dan kenapakah aku masih tidak bersyukur.. Padahal aku mengaku Allah itu Satu dan Islam itu agamaku.. kemanakah sikap bersyukurku.. dan kini aku sedar.. Selagi aku berteraskan nafsu dan berkiblatkan kepuasan diri.. Hatiku tidak akan tenang dan aku akan kekal tercari-cari dalam kegelapan..

maka kini aku akan cube perbetulkan niat dan fikiran ku kembali.. kerna aku percaya Allah itu maha berkuasa.. Pabila hambanya meminta untuk digolongkan dalam golongan yang sabar, bersyukur, tabah dan beriman.. Dia tidak akan memberikan semuanya begitu saja.. Ianya akan menyediakan peluang dan cabaran supaya diri ini lebih penyabar, lebih bersyukur, lebih tabah dan lebih beriman.. dan jika aku berjaya menghadapi dugaan itu.. tahap kesabaran, kesyukuran, ketabahan dan keimanan akan turut bertambah.. InsyaAllah..

Semoga aku lebih bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan pada diri ini.. Amin...

Muhasabah diri dan ingatlah semuanya sementara sahaja...

Alhamdulillah, been better.. Mungkin sebab selama nie bila ada masalah aku lari dan tak pernah nak berdepan.. Yup, bila kita ada masalah.. ade dua jer option FIGHT or FLIGHT.. dan biasanya aku akan FLIGHT.. sebab malas nak layan masalah nie.. cuma bila dia bertimbun dan semua masalah nie datang berkunjung serentak.. Mane aku nak lari??? belakang ade, depan pown ade.. kiri kanan atas bawah takyah cakap ar.. 360 kowt.. Lain la kalo aku leh jadi cm Hyuga Neji.. ultimate defensive move kan.. tapi malangnya aku bukan ninja dan aku hanya manusia biasa.. Dan kerana aku tak pernah berdepan dengan masalah.. so mmg aku takkan berdepan kowt.. Natijah nyer.. mengelak ke kanan terkena serpihan masalah dikanan.. tunduk ke bawah.. terkena picisan masalah di bawah.. tapi masa merupakan jawapan terbaik untuk segalanya.. lama kelamaan, akhirnya berjaya juga FLIGHT dari masalah.. cuma dalam setiap perlawanan pasti ada yang tercedera.. so luka-luka dan kecederaan nie menjejaskan prestasi, pertimbangan dan juga persepsi terhadap kehidupan..

Namun setelah cuba memuhasabah diri untuk beberapa ketika.. luka-luka tersebut sembuh dengan lebih cepat.. Sikap amarah dikawal dengan baik.. Perasaan buruk sangka hilang begitu saja.. Rasionaliti aku kembali sedia kala... Alhamdulillah, sebab dan musabab kenapa aku masih di sini dan terus berjuang masih utuh.. Syukur ke hadrat-Nya kerna mengingatkan kembali tujuan asal kenapa aku sanggup mengorbankan masa mudaku untuk semua ini.. Mengingatkan kembali janji-janji pengorbanan dan perjuanganku.. Yang mana semuanya bukan atas kepuasan diri semata-mata.. Ianya lebih dari itu.. Ianya bukan sekitar diri aku sahaja.. Ianya bukan untuk diriku.. dan pasti bukan untuk kemewahan diriku..

Aku terlupa yang mana tujuan dan niat asal bukan untuk memuaskan hati aku.. Pabila bukan akal menguasai diriku.. aku mula membandingkan kehidupan aku dengan kehidupan orang lain.. pencapaian orang lain, kebahagiaan orang lain dan juga perjalanan hidup orang lain.. yang mana semua itu bukan yang aku inginkan.. ianya hanya emosi yang kurang waras disebabkan luka-luka tempoh hari..

Yup.. Ianya mengingatkan kepada aku.. Berdirinya aku disini bukan untuk mencari kebahagiaan hidupku, Duduknya aku di sini bukan untuk memiliki apa yang sedang dimiliki oleh insan lain.. Bernafasnya aku di sini bukan untuk mengejar kepuasan nafsu ku.. Tidurku di sini bukan untuk dibuai mimpi indah seperti mereka yang lain.. Tetapi tegaknya diri ini di sini.. terpacaknya diri di sini untuk merubah supaya yang tidak pernah rasa bahagia akan merasi nikmat bahagia.. yang tidak pernah bermimpi indah akan dibuai mimpi indah dan yang tidak pernah memiliki apa-apa dalam kehidupan mereka, akhirnya mereka akan merasa nikmat yang sama..

Pabila aku mula meletakkan diri mereka dihadapan ku.. satu per satu wajah mereka ku tatap.. Aku teringat kembali kenapa aku berani berpisah dengan mereka yang ku cintai di tanah air ku.. Pabila aku merenung wajah mereka.. aku mendapat kembali kekuatan untuk membela nasib mereka.. Berdirinya aku di sini bukan kerna pekerjaan yang dijamin, kehidupan di masa hadapan yang serba mewah.. tetapi demi mengeluarkan mereka dari kesengsaraan dunia.. supaya tiada lagi air mata terus mengalir dari mata mereka..

Jika aku jatuh terduduk di sini dan terus terkulai kaku.. air mata mereka akan terus mengalir dan tidak pasti siapa yang akan terus membela mereka.. Jika aku terus berpeluk tubuh dan berdiam diri.. Seolah-olah aku menghiris hati mereka satu per satu setiap saat.. setiap detik..

Bangkitlah kembali wahai dirimu.. kerna perjuanganmu belum selesai.. titisan darah terkahirmu belum mula menitik lagi di atas muka bumi.. maka janganlah dirimu mengalah dan janganlah dirimu berserah sebelum berjuang..

Tataplah wajah mereka.. satu per satu setiap kali dirimu dibawah.. kerna mereka sentiasa lebih malang dari dirimu.. dikaulah harapan.. sinar harapan untuk mereka.. Pabila dirimu bersedih, tataplah wajah mereka.. kesedihan mu sedikit pun tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan mereka.. Pabila dirimu diulit kesunyian, tataplah wajah mereka.. kerna diri mereka tidak pernah mengenal erti keluarga sebenar.. Tataplah wajah mereka jika dirimu rasa tidak bertuah dan berada dalam kesusahan.. kerna mereka lebih mengenal erti kepayahan dan kesusahan.. namun mereka terus berjuang untuk hidup.. Menanti seorang insan membela nasib mereka.. menanti dirimu untuk membela nasib mereka.. 

Dikau harapan mereka.. jangan sesekali mengecewakan mereka.. jangan sesekali memusnhakan harapan mereka.. setiap hari.. setiap saat mereka menantikan dirimu untuk bersama-sama mereka mengukir sejarah baru.. mengukir lembaran hidup baru...

Setiap kali dikau berduka, tataplah wajah mereka.. tataplah wajah mereka.. semoga ia mampu mengingatkan dirimu kembali.. Siapa dirimu.. dan semoga ianya memberikan kekuatan kepada dirimu untuk bangun kembali.. terus menghunus pedang dan berjuang sehingga titisan terakhir darahmu membasahi bumi ini..

Demi anak kecil itu, bangunlah... bangunlah demi mereka dan bukan demi dirimu.. semoga dikau lebih tenang dalam hari-harimu..

Sunday, 23 October 2011

5 tahun yang lalu ataupun lebih lama lagi...

"Don't ever think to pick something that you've thrown away before.. 5 years already pass by since you've made that decision.. Why so sudden you change your mind? You've thrown it for a valid and rational decision and you made a pact that you will never ever pick it up again unless it can proved all your valid and rational decision are no more near its validity... Just remember when the pact is broken, it will lead you to a devastating life full of depression and restrict your boundary and limit.. You're not going to expand limitless anymore..."
Nie ape yang aku dapat dari mimpi semalam.. aku tak pasti kenapa.. tapi masih terngiang-ngiang dalam telinga ku.. dan gegendang telinga ini masih bergetar sehingga ke saat ini lagi.. Mungkinkah kerna aku sudah mula memungkiri janji pada diriku sendiri.. Janji yang aku berpegang teguh sejak 5 tahun yang lalu.. ataupun lebih dari itu.. Adakah tindak tanduk diri ini telah menyebabkan minda separuh sedarku mula mengingatkan kembali situasi 5 tahun yang lepas.. Yang mana makin hari makin aku lupakan.. 

Mungkin kerna kekecewaan yang berulang pada penghujung 2008 membuatkan janji demi janji pada diriku lebih kuat.. dan menjelang 2011, aku kian lupa pada janji itu... dan mungkin akan mengulangi pada tahun ini.. adakah semua ini seolah-olah defensive mechanism untuk melindungi diri aku dari terus terluka.. dirobek dan dicarik luka lama yang masih terbenam jauh di dalam hati ini.. Mungkinkah kerna harapan yang aku letakkan pada mereka, supaya mereka tunjukkan pada aku yang mana keputusan yang dibuat suatu masa dulu hanyalah keputusan seseorang yang tidak matang dan terburu.. namun, aku lebih kenal akan erti harapan.. harapan kadangkala merupakan illusi yang dihasilkan oleh diri ini bagi membenarkan apa cara sekali pun untuk mencapai matlamat..

Sudahlah Zamir.. lupakan saja harapan dirimu pada mereka semua.. dikau sudah membuka sekali haluan hidup dan jalan untuk diri mereka.. dan mereka gagal laksanakan tanggungjawab berkenaan.. dan kini dirimu sudah melihat kembali kredibilit mereka.. tiada yang berubah.. baik setahun, dua tahun dan kini tiga tahun perbedaan yang ada.. tiada yang mampu membuatkan dirimu memalingkan pandangan buat kali kedua.. Tiada antara mereka yang dirimu mampu iktiraf.. yang hanya dirimu dengari kejayaan lampau mereka.. kebolehan lampau mereka.. 

Di sinilah permulaan dunia sebenar.. bukan niat dihatimu untuk membanding-bandingkan mereka.. tapi jika mereka tidak layak untuk berada disampingmu.. tidak perlulah untuk dirimu menanggung mereka bagaikan biawak hidup.. bagaikan mayat hidup.. jika tidak wujud fungsi dalam kitaran hidupmu.. tidak perlulah untuk dirimu meluangkan masa untuk mereka.. kerna ingatlah...

Berkali-kali dirimu kecewa untuk mengubah pemikiran manusia lain.. dan dirimu terus kecewa kerna mereka tidak pernah berusaha untuk menjadi lebih baik.. dan kini apalah yang ada pada dirimu yang membuatkan dikau begitu yakin untuk melakukan perubahan sekali lagi.. kerna.. Ingatlah, jangan sesekali dirimu kecewa lagi.. kerna kini tiada sesiapa lagi disisimu.. tiada sesiapa yang memahami erti sebenar perjuanganmu..

Friday, 21 October 2011

Hati bikin panas ar...

Aduhai.. takmo tulis panjang-panjang sebab hati manyak panas ooo.. better berdiam diri wat sementara waktu sebelum nukilan nie jadi huru-hara nanti..

Thursday, 20 October 2011

Tersasar dari hala tuju percutian sebentar..

Minggu nie agak tersasar dari niat dan hala tuju percutian sebentar.. mungkin kerna momentum percutian hilang tiba-tiba.. ataupun diri terlalu selesa dengan keputusan yang ada buat masa ini... Ataupun kehilangan rakan taulan yang sebelum ini begitu tegar dengan percutian mereka membuatkan aku alpha dan tidak diingatkan kembali kenapa berada di sini.. InsyaAllah, jika tiada sebarang halangan, minggu depan mereka kembali dan percutian ini akan diteruskan bagaikan pecutan neutrino membelah angkasaraya...

Pape pown, semalam mendapat sedikit suntikan semangat dari penyelia tersayang.. 

Paul:    Zamir.. awak dah perlu fikirkan persidangan mana yang awak nak pergi.. Puerto Rico ataupun Boston.. saya tak galakkan Sepanyol.. 

Aku:    Tapi Paul, keputusan takde yang konklusif lagi dan bukan kita nak tunggu ianya sempurna baru disampaikan ke.. 

Paul:    Takpe Zamir, kali ini ianya tidak perlu konklusif.. ape yang awak ade dah ckup untuk disampaikan... 

Aku:    Kalau macam tu Paul, boleh saya pergi keduanya sekali? 

Paul:    Takde masalah, sebab duit perjalanan memang cukup dan saya nak awak ke Hasselt seperti tahun nie.. Cuma awak perlu bersedia lebih awal sebab Boston dan Puerto Rico perlu kan US Visa..

Aku:    Baik, saya akan fikirkannya..

Kesimpulannya kerna keje keras sebelum balik Malaysia.. Terus bangun awal hari nie.. hehehe

Wednesday, 19 October 2011

Tuesday, 18 October 2011

Mimpi kisah lalu...

Aku pun tidak pasti kenapa.. kali ini mainan mimpiku membawa ke alam persekolahanku... kebiasaannya, mimpi di alam persekolahan melibatkan kisah suka dan duka bersama rakan.. kenakalan sewaktu alam persekolahan.. sesi yang hampir membakar dewan sekolah.. memanipulasikan pengawal keselamatan.. bermain-main dengan warden asrama.. Fly dari asrama dengan teknik yang cukup sempurna..

Tapi...

mimpi kali ini mengimbau kisah percintaan ku suatu masa dahulu.. tidak dinafikan rasa kasih dan sayang itu benar-benar wujud.. namun disebabkan diri aku yang ego membuatkan dirimu terluka.. dan tidak pernah sesekali pun diri ini cuba meminta maaf dengan dirimu.. Dan sehingga saat ini.. tidak pernah sekali-kali aku cuba memberitahu perkara sebenar ianya berlaku.. Aku tidak menyesal dengan pilihanku (mungkin aku masih lagi dengan ego ku).. tapi aku masih rasa bersalah kerna tidak sesekali menceritakan perkara yang sebenar..

Semua yang ku lakukan untuk melindungi dirimu.. namun alasan tetap alasan dan aku masih lagi tidak perjelaskan pada dirimu.. Aku tahu itu hakmu, tapi tidak sesekali aku cuba menunaikannya.. Maafkan diriku ini..

Sejak saat kita berpisah.. aku berjanji pada diriku untuk tidak melukakan hati mana-mana perempuan lain dalam hidupku.. sejak kita berpisah aku tidak lagi cuba meluahkan perasaan pada sesiapa.. kerna aku risau, ianya akan berakhir seperti kita berdua.. pengakhiran yang melukakan dirimu.. Walaupun ada yang katakan ianya mungkin cinta monyet.. namun wujud sekelumit perasaan ikhlas dalam hubungan kita..

Aku masih lagi mengumpul kekuatan untuk menceritakan hal sebenar.. walaupun aku rasakan ianya tidak lagi relevan ataupun dirimu tidak lagi kisah akan semua ini.. namun rasa bersalah dalam diriku akan terus kekal sehingga ke akhirnya..

Maafkan daku dan semoga dikau bahagia senantiasa... Maafkan dosaku yang lalu wahai dirimu..

Monday, 17 October 2011

Kadangkala ianya terlalu enteng di mata kita...

Tanpa kita sedari sebenarnya setiap tindak-tanduk dan tindakan kita diperhatikan oleh manusia lain.. dan aku yakin dan pasti.. dalam setiap perbuatan kita akan menjadi persoalan dan juga perbualan manusia lain.. (tak dinafikan kadangkala aku bercerita juga mengenai perihal lain.. yeah, maybe bak kata pepatah small mind think about people.. so mind aku kecik je kowt kan)... Namun, tak salah jika perbuatan itu dilaksanakan bagi menghindarkan diri kita dari melakukan kesilapan sedemikian rupa...

Terlalu banyak perkara sebenarnya yang kita pandang mudah dan perbuatan ini membuatkan pelbagai pihak mungkin dan pasti terasa dengan perbuatan kita.. tapi kalau nak jaga hati semua pihak pulak... memang mustahil la kan.. Namun, jika ianya melibatkan keluarga aku pasti tiada toleransi dalam hal sedemikian..

Bagiku, sejak kecil lagi.. walau macam mana pun layanan ibu bapa dan adik beradik kepadd diri aku ini.. mereka tetap merupakan dari daging ku.. darah yang mengalir dalam diri ini sama merah dengan mereka.. sama rasanya dan juga sama sumbernya.. tidak sesekali aku akan menggantikan mereka dengan orang lain mahupun dengan sesiapa pown.. Biarlah jika hidupku susah dahulu dan sekarang.. biarpun kami tidak dapat menikmati apa yang mereka  nikmati semasa kecil.. namun biarkan ikatan kami utuh dan kukuh selamanya.. biarkan ianya menjadi seperti air di cincang takkan putus.. bukannya seperti pantun:

Nasi lemak buah bidara,
Bunga selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerna kasih hamba turutkan..

Klasifikasi kasih di sini bukan sahaja merujuk pada kekasih tetapi boleh sahaja diimplementasikan kepada sesiapa yang kita kasihi sama ada kawan-kawan, harta benda dan apa jua bentuk kasih sayang yang boleh ditonjolkan..

Yang mana bila diperhatikan generasi sekarang... ianya begitu sembolik dalam hidup sesetengah pihak.. seolah-olah ada yang tidak berpuas hati dengan keluarga sendiri dan cuba menggantikan keluarga mereka dengan orang lain.. Walau trauma macam mana pun kehidupan di zaman kanak-kanak, aku tak rasakan sesuatu yang wajar.. kasih sayang seorang ibu pada anaknya.... kasih sayang seorang ayah pada anaknya.. kasih sayang seorang abang pada adiknya.. kasih sayang seorang kakak pada adiknya dan juga kasih sayang seorang adik pada abang-abang dan kakak-kakaknya pasti tiada gantinya.. Mungkin pabila kita gembira dan bersuka ria kita terlupa akan kehadiran mereka.. namun percaya lah.. pabila kita jatuh dalam lembah kegelapan.. pasti yang berdiri disebelah diri ini adalah keluarga yang tercinta.. ibu mana yang sanggup melihat anaknya derita.. diri mereka sanggup menanggung derita itu dari melihat anak yang mereka kandung 9 bulan itu menderita di depan matanya..

Namun, sedarkah kita pabila kita mula mengabaikan mereka.. mengabaikan keluarga sendiri dan melebih-lebihkan orang lain.. sedikit demi sedikit terguris hati mereka.. dari sayup-sayup jauh nun di sana, hati kecil mereka terus terluka.. dan kadangkala mereka akan bermonolog.. apa salah mereka.. apa dosa mereka sehinggakan diberikan layanan yang sedemikian rupa..

Kadangkala.. pabila kita terlalu gembira bersama rakan... mendapat layanan yang indah belaka.. kita terlalu membandingkan layanan keluarga pada diri kita ini.. dan tanpa disengajakan kita membuang mereka sedikit demi sedikit dari hidup kita.. Kadangkala ianya terlalu enteng dimata kita sehinggakan kita lupa siapa yang melahirkan kita.. siapa yang membesarkan kita.. dan siapa yang menjaga kita sewaktu diri ini gelisah diwaktu malam... 

Ya Allah ya Tuhanku.. tetapkan lah imanku dan biarkanlah diri ini terus bersyukur dengan keluarga yang membesarkan ku.. biarpun siapalah mereka dimata dunia.. tetapi Ya Allah angkatlah darjat mereka dimatamu.. kerna merekah lah yang menjadikan siapa diriku hari ini dan hari esok... dan.. tetapkah dalam hatiku ini.. merekalah segalanya dalam hidupku.. biar diwaktu suka mahupun duka.. merekalah keluargaku dunia dan akhirat... Maafkan amir jika pernah melukakan hati mak, abah, along, ayie n siti.. semoga kita semua kekal sebagai satu keluarga selamanya.. dunia dan akhirat..

Friday, 14 October 2011

Demonstrator..

Semalam bermula la sesi pertama jadi demonstrator ni or in short Demo.. So keje dia senang jer.. dok dalam lab selama tiga jam dan pantau 4 eksperimen.. dan 1 jam aku dibayar £11.55.. kira banyak jugak tu.. keje 3 jam boleh cover grocery seminggu.. hehe.. lepas nie duit scholar mmg untuk simpanan hari tua je la.. haha.. So memang easy money.. sebab keje semalam takde la susah.. tapi aku kene study balik semua teori dan juga teknik eksperimen supaya diorg dapat laksanakan dengan lancar...  So, antara eksperimen yang aku jaga ialah:

- Determination of Glusoce using Cyclic Voltammetric Technique
- Polymer-Surfactant Interaction
- The Solution Properties of Polyelectrolyte
- Absorption Spectroscopy of Acetic acid and Bromocresol Green

Kalau nak lihat ruang lingkup eksperimen diorg memang jauh lagi complicated dari ape yang aku buat dekat universiti lama aku.. maka semuanya memang baru untuk aku.. memang pertama kali aku buat eksperimen nie.. so sebelum diorg buat.. memang wajib la aku try... so agak kekok sedikit.. tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..

Dalam lab, biasa lah budak yang baru belajar.. so tak tau banyak teknik dan special skill dalam lab.. banyak yang aku kongsikan dan they all willing to learn and really enthusiastic.. Teringat zaman aku muda-muda dulu (eceh..ceh.. sejak bila aku admit diri aku dah tua nie... hahaha).. Somehow bila aku share ilmu dan pengalaman yang aku ada untuk eksperimen tu.. aku rasa puas hati sangat.. gembira dan seronok.. Bila tengok diorg pown semangat bertanya soalan.. macam mana kalo result dan data macam nie and so on.. 

Semua ini membuatkan aku teringat kembali.. kenapa aku ingin menjadi penyelidik.. kenapa aku begitu yakin memilih profession ini dibangku sekolah lagi.. niat asalku untuk mendapatkan easy money hilang begitu saja.. Selepas tamat sesi semalam.. seolah-olah diriku flashback.. mengenang kembali saat lalu.. di mana, bukan penemuan baru dan kajian baru membuatkan aku gembira atau seronok.. tapi pabila aku berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang dengan generasi muda.. bagaimana aku menyampaikan ilmu dan mengaplikasikannya membuat hidup ku lebih bermakna.. membuatkan aku mampu tidur lena di malam hari.. Tak kusangka perkara sekecil ini membetulkan kembali niatku.. mengingatkan kembali diriku.. menguatkan lagi azamku untuk menghabiskan percutian kali ini.. Ianya bukan untuk diriku.. semuanya bukan untuk diriku.. tetapi ianya untuk dikongsi bersama dengan generasi akan datang.. Itulah tujuan.. itulah matlamat dan itulah sebab kewujudanku..

Wednesday, 12 October 2011

Jenjalan...

Tgh plan nak pegi jenjalan.. tapi taktau bila nak start.. nak naek Glasgow lagikah.. or turun ke portsmouth.. hehe.. Tgh menlistkan tempat mane nak pergi.. So... Antaranya ialah:

Nov:
Oxford
Glasgow
Portsmouth

Dis:
Rasanya dah ade dah tempat nak pergi

Jan:
France or Glasgow (ski trip)
Swansea 

Feb:
Cambridge
Southhampton

Mac:
Plan with the gurls I guess

April:
Walking trip to Jurassic Coast

Rasanyer la.. hehe.. pape pown maybe ade perubahan di masa akan datang..

Tuesday, 11 October 2011

Awesome but emptiness

Haik.. jangan nak start mengeluh pulak.. bukan ape.. minggu nie punya la bagus dalam hidup ko.. minggu lepas pown ape kurang nyer.. then, ikowt sedap je nak cari kesilapan diri sendiri.. dah-dah la tu... tak yah nak salah kan diri sendiri sangat.. ko dah buat yang terbaik and yet yang paling baik dalam 18 bulan nie.. stop searching for better method.. rehat jap.. chill.. You had and still have an awesome life kan.. so tak yah nak musnahkan lagi...

Manusia memang sering kali tak mudah berpuas hati.. dulu percutian ku tonggang langgang, merana setiap saat.. Sekarang nie sume telah mengikut percaturan ku.. dan.. tiba-tiba diri terasa banyak masa terluang dan makin sepi... Yup, sekarang nie dah ade masa untuk berfikir pasal diri sendiri.. takde 24 jam fikir pasal research.. sebab dah jumpe sedikit sebanyak sinar harapan untuk percutian.. then, bila fikir balik pasal diri sendiri.. perasaan sepi mula menerjah.. I have so many things to share.. sooo many things to talk about.. but I don't have anybody to to talk too.. Tak jumpe crowd yang sesuai untuk berbicara.. Takut menganggu kehidupuan diorg plak.. takut nanti mengeruhkan keadaan diorg.. sebab sume ade cabaran masing-masing.. nnt kalo aku cerita kisah gembira.. dan kabar gembira.. takut ade pulak yang berkecil hati ataupun iri hati.. dan masa ini lah.. diri ini terasa sunyi.. tak tau nak berbicara dengan siapa.. ingin berbicara dengan rakan di Malaysia.. tak dapat menatap wajah mereka.. maka takkan terubat rasa sunyi ini.. 

So.. stop thinking about that.. dan kembali pada kerja la kan.. fokuskan diri pada percutian.. sibukkan diri kembali.. dan mungkin dengan ini, rasa sunyi takkan menerjah kembali..

Mentaliti ku masih belum ditahap memuaskan..

Aku akui, diriku bukan lah sempurna.. cewah dah macam lirik lagu la plak.. tapi mmg aku akui diriku tidak sempurna.. bagi yang mengenali diriku.. sudah pasti mereka lebih mengetahui.. memang banyak kelemahan ku.. baik dari segi fizikal, mental mahupun emosi.. nie ape kes nie.. pi cter kelemahan sendiri kat satu dunia.. bukan niat aku nak membuka aib sendiri tapi demi mengajar diriku untuk menjadi lebih baik..

So kisahnya bermula macam nie.. ada sorg kawan aku nie.. dia kene buat reaction 18 jam.. so kene la start awal pagi.. dalam pkul 7.. kt sini 7 pg wat keje still dalam waktu subuh lagi tau.. so faham-faham la kan kalo mat salleh kene buat keje seawal nie, mmg mustahil dan kalau kene buat tu mmg terpaksa benar la buat keje.. So nak dijadikan cerita.. dia sampai.. baru nak start reaction.. dia pegi check tong gas.. empty... kalo aku.. mmg hangin la satu badan.. sebab baru 2 minggu tukar tong gas.. minggu lepas check penuh lagi.. ttbe hari nie dah empty.. kalo aku dah mengamuk satu lab lepas tu memang takde mood langsung..

tapi ape reaksi dia..

Dengan chill nyer.. dia cakap kt aku, its okay (sambil menolak tong gas tu ke cylinder bay).. dia terus amek tong gas baru dan pasang.. dia switch on sume valve dan start reaction.. lepas tu dia cari punca kebocoran.. mmg dekat ada satu alat nie yang slalu buat masalah.. dia terus disconnect,  dan seal bocor alat tu.. then dia cakap kt aku its done.. but we have to stay a bit longer because I start my reaction a bit late.. I'm really sorry.. Is it okay with you?

What....

Giler la mamat nie.. walaupun bukan orang Islam but he act like one.. Such a great gentleman and considerate people.. Dari menunding jari dia terus menyelesaikan masalah.. memang jauh panggang dari api pemikiran aku dengan dia.. Ya Allah, semoga dikau memberikan aku kekuatan untuk menjadi seperti beliau..

Dan aku setuju dengan kata-kata nie..

"If your're right, there is no point in getting mad"
"If your're wrong, there is no right for you to get mad"

Monday, 10 October 2011

Hari yang memabukkan..

Silap besar la hari nie terbangun lambat.. lupe pulak budak-budak undergrad dah start kelas.. so bile aku kluar rumah pukul 8.30 pg... adoii.. ramai plak dah budak-budak nie bersepah di bahu jalan.. dah la jalan macam itik.. pastu terhegeh2.. pagi-pagi dah wat mood aku spoil.. haha.. so next time ingat.. kalo nak pegi.. before 8 pagi atau lepaskan pukul 9 dulu.. serabut dowh budak-budak nie.. (padahal dulu aku pown budak undegrad gak kan.. hehe..)

So masuk je lab pagi nie.. berjumpe dengan En. Paul.. borak-borak mesra jap.. dia dia bercerita pasal dia nak run SEM.. saje-saje tengok sampel yang student dia buat dulu.. nak improve kan pape yang patut.. Then, dia mencari solvent atau bahasa melayunyer pelarut.. cari-cari punya cari dia tak jumpe.. aku pown nak gune gak.. so aku mencari n tak jumpe... selepas diselongkar satu lab.. aku jumpe hampir 16 botol pelarut yang kosong.. dan En Paul berpesan pada aku.. Kalau awak boleh tolong.. luangkan masa sekejap isi semua botol nie.. susah la kalo takde pelarut.. saya pown tak faham kenapa takde orang yang nak isi (aku setuju.. selalu aku jer yang isi)... So dengan rendah hati aku cakap okay..

Then mula la sesi mengisi sume minuman yang memabukkan dalam botol-botol pelarut tu.. ade Metanol, Etanol. Isopropanol dan Acetone.. Lepas luangkan masa.. kepala aku pown rasa ringan jer.. mabukkah sudah? aku pown tak pasti sebab tak penah mabukkan.. lepas kepala ringan.. rasa mual dan loya... hehe.. kalo betul sebab mabuk memang rasional la.. sebab beer pown 4% jer alkohol, wine dalam 8% kowt.. dan paling teruk vodka 40%.. yang aku tuang dalam btol pelarut tu sume 99.99%.. so kalo mabuk memang wajib la.. dah la hidung aku memang dekat jer dengan botol-botol nie... So layankan je la hari yang memabukkan hari nie..

Sunday, 9 October 2011

Lazy day...

Erm.. Hari nie malas nak buat pape melainkan routine harian hari Ahad... So, start pagi tadi dengan jogging for few miles (haha.. few ke 1 mile jer..) then dive into the swimming pool... Swim non-stop for one hour.. Puas hati dan buat kawan baru.. cume tak suke hari nie.. ramai budak swimming club datang for briefing.. haha.. cume yang terkejut kali nie.. all the freshy tak macam mat salleh biasa.. pelik pulak.. sejak bila diorg malu + segan dalam changing room.. Dulu, seolah-olah aku sorg je kowt yang pakai tuala.. Bagus la.. maksudnyer generasi baru nie.. ade la jugak perasaan malunyer.. bagus2..

Selesai dengan swimming.. trus beli barang grocery for this week.. settle.. then mula masa bermalas-malasan.. bermalasan untuk beberapa jam sebelum private event.. looking forward to this one.. sebab dah lame plan.. the best part.. aku just datang n diorg yang uruskan sume.. aah.. they did everything for me.. yeah.. party time on the sunday... and the best part.. the theme is suppose to be a lazy day.. haha.. so layankan je aje.. sebab no one will be cooking.. haha sume beli kt luar... nice.. 

Ok la.. kene siap nie..ciao..

Penatnyer..

Baru abes day trip to london to say goodbye to a dearest friend... All the best dan halal kan makan minum aku... Waa.. walaupun jarang berjumpa.. tapi bila berpisah.. perasaan sedih tu tetap ade... perjuangan mu telah selesai.. kini giliran aku untuk teruskan pulak.. Thanks for introducing Tinseltown kt London.. so now ade reason baru untuk turun London walaupun dirimu telah tiada..

Habis penat di London.. terus balik Bristol for the meteor storm nyer event.. Sayangnya cuaca hujan dan mendung.. Sorry you guys.. especially the freshy.. sebab tak dapat tengok meteor n kalo aku layan korg macam tak nak layan jer.. (penat ar hari nie n emosi tak stabil sangat).. biasa r bile ade membe balik n dah abes study.. terasa la kan..

Somehow, thanks for being there tonight too.. At least ade yang datang menggantikan yang telah pergi.. Harap-harap I wont destroy anything or jeopardise it in the future..

Badan dah penat giler tapi tak rasa ngantuk lagi nie.. something felt missing and it is wrong somewhere.. Adakah sebab perasaan risau or because you already know the truth.. Adoi... Knowing to much is not good.. Especially if you know too much about people.. Zamir stop the flowing of people information in your brain.. Nothing good would come from it.. You're just going to manipulate the situation and make it worse..

Friday, 7 October 2011

Selipar dalam makmal..

Tajuk nie kira panas kalo kat malaysia nie.. lagi-lagi dalam uni lame aku.. aku paham, kene pakai kasut sebab keselamatan dalam makmal.. memang reasonable.. haha.. so hari nie, first kt dalam lab kt bristol... aku pakai selipar.. bukan sengaja.. tapi dah sume orang excited.. so aku pown masuk je la lab pakai selipar..

Cerita bermula macam nie.. aku baru penat balik solat jumaat.. dan niat di hati nak sambung buat reaction dalam pukul 2.30.. tgk jam sket.. masih ade 15 minit lagi.. so jom la layan game sekejap.. tgh syok-syok layan game.. pakcik Neil plak masuk office (penyelia kedua aku).. terus dok sebelah aku.. (mana tak terkejut beruk aku).. tapi mat salleh kat sini cool.. dia datang jer.. dia kata boleh saya tengok gambar SEM yang awak tunjuk semalam tu.. sebab saya dah bercerita dekat kawan saya ini.. sambil memperkenalkan kawan dia..  Alamak.. cepat benarkah result aku sampai kat orang fizik.. dalam masa sehari jer.. ade dah orang berminat dengan result aku tu.. Alhamdulillah jika result tu membuka mata perlbagai pihak.. So terus dia tanya aku soklan.. n so on... dan seperti terasa kene ambush.. aku pown berusaha untuk menjawab dan juga untuk tidak menjawab.. sebab mane la sempat aku nak cari bahan untuk backup.. baru sangat ha aku dapat result tu.. 

Then aku menukar topik dengan aku cakap ade result baru.. nak tengok.. tapi aku lh tunjuk sampel sebab tak characterize lagi.. so dengan bangga nyer aku berlari-lari anak ke makmal diikuti oleh mereka berdua (baru aku sedar time tu aku masih berselipar).. diorg tak tegur.. so aku terus la dengan selamba pusing-pusing dalam makmal cari sampel aku.. dan tunjukkan kat diorg.. belek sana, belek sini.. tengok mickroskop dan sebagainya.. diorg happy.. dan cakap.. banyak benda kita boleh buat nie.. aku pown angguk-angguk jer.. takkan nak cakap tak plak kan.. diorg tengah happy tu..

So lepas dah penat lelah wat explain.. aku jumpe penyelia kesayangan plak.. berborak mesra pasal keje hari nie dan penemuan pelik.. dia pown pelik.. aku lagi pelik.. haha.. so layankan je la.. dia suruh wat further study lagi.. so layan.. Kesudahannya.. lepas tu aku terus tak buat keje dan jadi malas.. sampai la skang aku masih lagi pakai selipar.. hehehe..

Nie nak balik dah nie.. hari yang tak begitu produktif dalam lab tapi produktif dalam perbincangan.. okay la jugak kan.. So nak balik dulu...papai

P/S: Dynasty Warrior tunggu kepulanganku... Zaleha.. jumpe esok.. tak sabar nak untuk dengar sume cerita ko.. tak kisah la yang panas ataupun suam-suam kuku.. hehe...

Thursday, 6 October 2011

No research is 100% known or 100% proven..

Research is something wonderful I guess.. Even if you keep doing the same thing as others.. you just going to get different results and different findings.. and somehow, you just going to find how amazing it is to be a God creation.. even in the atomic level.. nothing is identical.. every single creation that He create is unique and full of suprises.. Yesterday He make me realize that the knowledge of mankind is so limited..

Alkisah cerita semalam bermula begini.. aku mula mengulangi parameter-parameter kajian terdahulu bagi memastikan aku berada dalam ruang lingkup pengetahuan yang sama dengan saintis terdahulu.. selepas itu aku cuba mengkaji pada keadaan yang ekstrem.. yang mana mengikut pandangan mereka.. ianya takkan berhasil.. diingatkan disini.. teknologi dan teknik ini telah dilengkapkan pada tahun 90-an dan telah digunapakai dan diterima oleh semua pihak.. namun pabila aku cuba pada keadaan yang ekstrem.. Aku melihat perubahan yang positive berlaku malah jika aku berjaya mencari ruang optimum dalam parameter ini.. Penemuanku akan lebih baik dari apa yang mereka laporkan dalam laporan terdahulu...

Ini membuatkan aku terfikir.. yakni, tiada ilmu manusia yang lengkap pun.. kata-kata manusia bukan satu kemestian dan kepercayaan.. kerna kita sendiri terhasil dengan kehendak-Nya.. ilmu yang mereka katakan telah terbina dan dilaporkan dengan baik.. juga mempunyai kelemahan.. 

Renung-renungkan lah.. bertapa hebatnya ciptaan-Nya.. yang mana setiap yang berlaku bergantung pada kehendak-Nya.. dan sebagai manusia.. walaupun kita berusaha untuk memahami... kita hanya mampu mengetahui apa yang kita lihat dan fahami... maka, selagi kita tak mencuba... jangan sesekali menyatakan konklusi yang pasti kerna hanya Dia yang mengetahui apa yang pasti dan apa yang akan terjadi..

Wednesday, 5 October 2011

18 bulan telah berlalu..

Sedar tak sedar.. pada 3 Oktober 2011.. yakni 2 hari lepas... sudah 18 bulan aku berada di bumi Bristol.. keadaannya sudah tidak asing lagi bagiku.. Bukan seperti mana waktu pertama kali aku menjejakkan kaki ke Bristol.. walaupun tampak yakin.. tapi nak beli tiket bas pown aku cuak... 18 bulan ini mengajar aku pelbagai erti dan makna kehidupan.. Allah memberi aku peluang untuk menjadi lebih penyabar, lebih redha, mengenal erti kegagalan dan mengajar aku untuk bangkit semula.. 18 bulan ini juga dipenuhi dengan suka dan duka.. pahit getir kehidupan.. linangan air mata.. mengalirnya darah keluar dari badanku.. semuanya aku rasai selama 18 bulan ini.. dan aku bersyukur ke hadrat-Nya.. aku masih lagi bernafas di bumi asing ini.. 

Ingat lagi waktu pertama kali aku sampai di sini... harapan ku menggunung tinggi.. dalam aspek akademik mahupun kehidupan sosial.. namun perancangan aku tidak sehebat perancangan yang Maha Agung.. Aku dahulunya yang susah merasa erti kegagalan... seorang yang tidak pernah mati akal.. seorang yang jarang sekali diulit perasaan sayang dan rindu.. Yang sentiasa berteman disisinya.. Di uji dengan keadaan yang aku sendiri tidak sangka.. Aku merasakan kegagalan yang paling lama dalam hidupku.. aku diberikan kegagalan demi kegagalan supaya aku lebih kenal erti kegagalan dan supaya aku lebih merasa manisnya kejayaan.. Diriku yang sering mendapat jawapan dalam sekelip mata diuji dengan permasalahan dunia yang tiada manusia mampu selesaikan.. 20 tahun mereka mencari jawapan.. dan kini permasalahan itu menjadi milikku.. kekal milikku.. selama 18 bulan aku berfikir masih dalam kebuntuan.. tak mampu memecahkan teka-teki milik Penciptaku.. 

Seseorang yang hati nya tidak pernah diulit rasa sayang dan rindu.. Disentuh hatiku dengan perasaan begitu sewaktu aku dalam kegagalan.. Diuji sama ada keyakinan aku itu utuh mahupun goyah.. Diuji adakah pendirian aku berubah sewaktu aku dibawah.. Diuji sama ada aku akan perjudikan nasib diri dan agama.. Setiap malam diri ini inginkan belaian dan kasih sayang... namun aku sedar ianya ujian dan cabaran bagi membentuk diriku sebagai pahlawan di masa akan datang... 18 bulan aku mengharunginya.. dengan berbekalkan harapan sewaktu aku tiba.. aku tidak akan berganjak.. tempat aku berdiri ini masih sama.. semangat juang aku untuk pertahankannya tetap sama.. Semoga aku kekal sebagai diriku ini dan tidak berubah kerna cabaran dan ujian kali ini..

Setelah 18 bulan... hari pertama selepas 18 bulan di sini... titisan air mata mengiringi hari ku.. tak mampu aku menahan sebak di dada.. sambil mataku masih terlekat rapi di kanta microskop optik.. sedar tak sedar air mata mula membasahi kanta serta pipiku.. Buat pertama kalinya dalam 18 bulan ini... berlian yang aku hasilkan menepati teori yang aku utarakan.. buat pertama kalinya dalam 18 bulan ini aku mendapat jawapan kepada satu dari seribu persoalan yang timbul.. dalam 18 bulan ini.. dalam 549 hari ini.. pertama kali aku rasakan manisnya sebuah kejayaan.. walaupun perjalanan aku masih jauh... usaha dan kesabaranku selama 18 bulan dalam mengharungi segala cabaran, dugaan, pahit dan getir kehidupan membuahkan hasil.. Seolah-olah beban yang digalas selama ini hilang begitu saja.. Aku hanya mampu bersyukur ke hadrat Ilahi kerna diberi kekuatan untuk terus bersabar hari demi hari..


Dalam masa dua hari selepas 18 bulan berlalu.. aku mampu hasilkan or bak kata rakanku "peak evolution".. yang memberangsangkan.. data terbaik yang aku hasilkan dalam 18 bulan lalu merupakan dua data terendah dalam graf ini.. dan dua data terbaru ku menunjukkan peak evolution yang sangat memberangsangkan..

18 bulan... adakah ini merupakan tempoh paling lama aku diuji dengan kegagalan.. diletakkan diriku pada paras paling bawah dalam hidupku.. semuanya... hanya Dia lebih mengetahui.. Alhamdulillah.. semoga rentak ini dapat diteruskan lagi.. semoga kejayaan demi kejayaan... penemuan demi penemuan dapat ku hasilkan.. kini, aku boleh berdiri tegak, mengatakan.. aku berjaya mengharungi 18 bulan dan aku masih lagi diriku.. tiada satu pun yang berubah.. sepertimana diriku meninggalkan tanah air pada awal 2010.. seperti itu juga aku pada hujung 2011.. walaupun usia ku telah meningkat.. sifat dan perangaiku masih sama... sama seperti dulu... seolah-olah masa tidak pernah berganjak.. Diri ini juga tidak pernah berubah.. masih berlari-lari ke sana ke mari... mulutnya masih lagi tidak berhenti.. tangannya masih lagi menghasilkan magis di makmal ini.. hatinya masih lagi bagaikan anak kecil... dirinya masih lagi begitu dan begini.. tiada yang berubah... cuma dia lebih kenal erti kehidupan dan kegagalan.. hanya luka-luka pengorbanan yang bertambah di dalam hati... yang menjadikan dia pahlawan suatu hari nanti..

18 bulan telah berlalu.. dan aku masih di sini.. seperti dahulu.. memegang panji demi mengotakan janji kita sebagai pahlawan di abad ini...

Tuesday, 4 October 2011

Kenapa ianya tak boleh bersama...

Ideologi ini tersemat dalam sanubariku sejak aku dibangku sekolah lagi.. mungkin sejak darjah 1 tapi aku rasakan ianya makin benar-benar berlaku selepas beberapa cubaan yang dilakukan dan aku mula percaya di awal darjah 4.. yang mana bila difikirkan kembali tidak logik dan ade banyak cacat celanya.. cuma bila aku renungkan kembali ade kebenaran dalam diriku... cuma tidak pasti boleh atau tidak aku generalkannya..
"You can't master both.. it is either friendship or knowledge.. Your choice.. Your path... and Your life.."
 Bila difikirkan, tak mustahil ade yang katakan tak masuk akal dan tak rasional.. ada juga yang katakan.. aku boleh je dapat kedua-duanya.. Bila direnungkan kembali.. ungkapan ini lebih kepada proses untuk memilikinya dan pengorbanan perlu dilakukan.. tapi tidak dinafikan ada entiti yang ketiga dan sebenarnya yang paling utama.. yakni keluarga.. di mana terpaksa dikeluarkan daripada isu ini sebabkan sukar bagi seseorang itu untuk mengorbankan keluarganya..

Mungkin ianya terjadi pada diri aku kerna kelemahan dan kapasiti aku sendiri ataupun ianya boleh dijadikan rujukan umum.. ianya terpulang kepada intepretasi diri masing-masing.. Bagiku, setiap kali aku mengejar sesuatu ilmu mahupun pengetahuan, tak mustahil dan keberangkalian untuk aku mengabaikan persahabatan yang terlah terjalin amatlah tinggi.. Ada juga aku fikirkan mengapa semua ini terjadi.. adakah masa dan tenaga untuk mengekalkan persahabatan itu terlalu tinggi nilainya sehinggakan boleh menjadi pembejat dalam melengkapkan siri-siri pelayaran aku.. ataupun persahabatan itu sering kali mengaburi pelayaran aku bagaikan kabus yang sering menjelma dia awal fajar pagi.. Adakah kerna setiap persahabatan yang aku sulami dengan perasaan kasih dan sayang membuatkan fikiran ku sering terganggu.. ataupun fokus dalam pelayaran aku mudah terganggu dengan permasalahan yang wujud dari persahabatan yang terjalin kerna aku menghargai persahabatan yang telah terjalin dan tidak sampai hati melihat rakanku merana tanpa pertolonganku..

Aku rasakan frasa yang terakhir hampir tepat mengambarkan senario setiap siri pelayaran bahteraku.. Namun, dalam setiap pelayaran.. ianya ada tujuan dan destinasi.. ianya merupakan kepentingan buatku.. bak kata orang putih.. priority.. dengan itu, walaupun aku hargai persahabatan yang terjalin.. dan mudah bersimpati dengan rakan-rakanku.. kadangkala, aku perlu bertegas dan beralih pandangan.. memilih pelayaranku.. daripada rakanku.. hakikatnya memang kejam.. kejam bagiku untuk beralih pandangan dan berlalu pergi.. tapi.. lebih baik begitu dari aku hanyut lalu karam dengan bahteraku dalam pelayaran mencari jawapan kepada ciptaan-Nya.. mungkin jawapan ini agak kejam dan mementingkan diri sendiri.. tapi aku yakin dan percaya ada insan lain yang akan membantu mereka.. namun tidak mudah untuk insan lain membantu diriku ini.. malahan jarang sekali aku melihat tangan-tangan dihulurkan semasa aku lemas dalam pelayaranku.. hanya pautan pada kayu-kayu yang hanyut membuatkan aku terus bernafas.. dan aku masih tertanya-tanya.. 

terlalu sukarkah untuk insan lain membantuku.. 
terlalu sukarkah untuk seorang rakanku menyelamatkan aku...
terlalu sukarkah untuk seseorang itu menahanku dari belakang supaya aku tidak jatuh lagi..
terlalu sukarkah untuk seseorang itu menangkapku sebelum diri ini jatuh tersembam dimuka bumi lagi..

ataupun aku.. 

tidak pernah meminta tolong...
tidak pernah berusaha untuk dibantu..
tidak pernah mengalami kesusahan..

mungkinkah..

Senyumanku setiap hari menutup sejarah hitam hidupku..
Tawaku setiap hari menyelubungi jiwa ku yang lemas dengan hidup ini..
Ceriaku membuatkan hidup ku tampak lebih senang dan riang berbanding insan lain..
Gelak riangku mengkaburi hidup ku yang penuh dengan onar dan duri..

dan tak mustahil...

Jika mereka memang tidak kisahkah akn hidupku ini...

Dengan itu, semenjak aku dibangku sekolah.. aku memilih ilmu berbanding persahabatan... dan bagiku ianya tidak akan datang bersama.. kerna percayalah.. 
"Kawan semasa kita suka, gembira, riang ria memang sentiasa ramai namun Kawan pabila kita terasa diri ini begitu hina, ketika berduka, sedih dan sanggup menitiskan air mata bersama mungkin tiada"
Jika dirimu mempunyai  kawan semasa dirimu berduka.. membimbingmu kembali ke jalan yang benar.. dialah kawan dunia akhirat mu.. dan jagalah persahabatan itu lebih dari ilmu yang pernah dikau kandung selama ini..

Dan pesan ibuku yang takkan aku lupakan.. sejak kecil lagi...
"Be nice to everyone, but trust no one"
 

Monday, 3 October 2011

Fortune Cookies..

Teringat lagi time makan dekat Mayflower dan dapat fortune cookies... ape yang dia tulis mmg kene batang hidung ar.. DON'T WORRY TOO MUCH ABOUT METICULOUS THINGS.... Arrrrrrrrrrghhhhhhhh... rasa macam nak jerit kuat-kuat jer macam kat helipad UTM dulu.. tak pown kat Balai Cerap... Arrrrrrrrrghhh.. kene pegi jugak swimming dalam masa terdekat nie... dalam air boleh jerit kuat2.. memang la betul ape fortune cookies tu cakap.. tapi aku manusia gak... Arrrrrrrrrrrghhhhhhhhh.... bukan niat di hati nak jadi perfect... Nie baru... tak lama nie... 

Okay jangan pikir banyak sangat... tapi cmne tak pkir kan... kalo dah setiap hari nampak dan buat benda yang sama... Aduss... Arghhhhhhhhhhhh... swimming pool.... tunggu aku esok....

Teori menjadi Realiti..

Great Monday I guess.. Alhamdulillah, teori dan gerak hati memberikan makna yang cukup besar hari ini.. Walaupun aku tak boleh terlalu gembira untuk hari ini kerna baru data permulaan.. prelimenary katekan.. tapi hasilnya cukup untuk aku menadah tangan lalu sujud di hadapan mu wahai Tuhan yang Maha Esa.. Walaupun ianya sebesar zarah.. walaupun perubahan yang berlaku hanya melibatkan beberapa molekul.. namun maknanya cukup besar buat hambamu yang masih tercari-cari haluan percutiannya.. Akhirnya, dari seribu satu teori yang aku cuba utarakan.. Dikau berikan yang ini padaku.. Dikau menjawab pertanyaan aku dengan harapan ini.. Harapan yang membuatkan aku akan lebih menanti hari esok.. Walaupun aku sedar kebarangkalian untuk ianya tidak menjadi esok hari sangatlah tinggi.. ataupun ianya tidak akan melepasi fasa seterusnya.. namun ianya menjawab satu dari seribu or even beribu teori yang aku utarakan.. Jika benar inilah jawapannya.. Aku mampu keluar dari kegelapan ini.. aku mampu membina jalan keluar dari gua yang kelam ini.. walaupun terpaksa membina jalan baru.. dengan menggunakan kudrat ini.. akan aku laksanakan.. kerna.. Kau telah memberikan petunjuk yang terbaik buat diriku..

P/s: semoga ammonia terus menjadi kunci dalam mengakhiri percutian kali ini..

Patutkah...

Alhamdulillah, rasanya nie kali pertama dalam tahun nie fenomena monday blues tidak menerjah ke tingkap hidup aku.. hari nie semuanya berjalan dengan lancar.. sume kerja percutian bermula dengan baik.. Ammonia setup telah berjalan.. Analisis Raman dan PL dilaksanakan dengan serentak.. InsyaAllah sampel kolaborasi Jo dan Saufi akan mula dianalisis minggu ini.. Kerja-kerja kolaborasi lain akan cuba dipercepatkan.. Cuma mengelak sedikit dari berjumpa pakcik Neil.. elak nak buat kerja modelling untuk minggu nie.. Alasan =  Malas.. haha.. sebab keje eksperimen lagi menarik kan.. lagi-lagi minggu ni guna ammonia.. kene la bersemangat sikit..

Kerja-kerja yang terus bertangguh seperti menyemak proposal dan IP sendiri akan terus ditangguhkan.. Kerja-kerja MCB macam kene tangguh je lagi... Adus, dah bersusun dah.. dengan nak update info, masukkan info baru, claim sana, claim sini.. Bila la aku nak buat.. Bak kata orang kalau tak ikhlas memang susah nak buatkan.. So ikhlaskah aku.. haha.. hanya aku je tau.. Nak tak nak kene buat dan akan cuba diusahakan.. InsyaAllah.. So kene mintak maaf pada peng'claim'-peng'claim' kalau urusan lambat.. 

So patutkah aku menambah lagi kerja lain.. or bak kata kawan aku; tanggungjawab sosial.. Kalo tak laksanakan memang bukan zamir la kan.. takkan hidup untuk diri sendiri jer babe.. tak mencabar la hidup nie.. Kata kene give back to society.. The more you give the more you get back.. So, tanggungjawab sosial akan terus dilaksanakan.. cuma macam biasa, dah lame tak buat.. so skill berkarat la pulak.. sebab bila buat benda alah nie.. tak boleh lah nampak terlalu picky or pushy.. sebab kalo jadi macam tu.. hilanglah makna tanggungjawab sosial tu.. InsyaAllah akan diteruskan..

Next.. urusan GOP.. insyaAllah makin selesai... kowt.. kene tunggu kate putus dari team kat Malaysia..

Pape pown, menjawab title post.. memang patut pown buat semua nie.. sebab ape... bak kata Rahman suatu masa dulu.. Only busy people have time... or something like that.. aku dah lupe ar.. nie ayat dia cakap kt aku time busy giler dengan PESAT n banyak benda alah dulu.. ke busy dengan debat? aku pown tak ingat.. tapi somehow make sense ayat dia dalam maksud tersirat...

P/s: Xtreme Mode Dynasty Warrior 5 tak sampai pown mission 20 lagi.. camne nie.. susah nyer nak merancang strategi sebagai Jeneral tentera nie..

Sunday, 2 October 2011

BBQ hangover..

Tajuk dah explain segalanya kowt.. So semalam hosting a nice BBQ.. tapi boleh, tak amek gambar langsung... So, pada mulanyer ajak rakan-rakan sebaya dan rakan-rakan seperjuangan yang single dan akan single (tapi bukan nak masuk line okay.. be professional).. Anggaran dalam 20 orang kowt.. So memang syok ar.. dah lame tak have a fun gathering.. Acara bermula dari lepas zohor sampai la pabila matahari melabuhkan tirainyer... An awesome party.. nak kate a frat party tu.. tak sampai tahap tu lagi ar.. (tgh tunggu freshie baru masuk, baru lh organize kan) cuma cawan frat party mmg dah ade lame dah.. haha.. So, cerita nie kesinambungan dari drama ayam.. Alhamdulillah, ayam memang cukup dan siap berlebih.. so mula-mula risau nak ajak few freshy yang baru sampai (sebab takut ayam tak cukup).. Ye la, nanti ajak diorg, tetibe ayam tak cukup.. sedih diorg.. dah la baru berpisah dengan keluarga tercinta.. lepas tu, dapat plak layanan half-hearted macam nie.. mau terus diorg beli tiket balik Malaysia.. haha..

So lepas menjalankan analisis yang mudah, kiteorg bersepakat makanan cukup dan ajak la diorg for a tea/dinner.. Great to have them around but somehow mengingatkan keadaan aku kat UTM ar... miss you all so much.. Especially time dekat fakulti dulu.. Salute to you guys.. Rahman, Is, Syafiq, Saufi, Jo and of course all the unsung heroes... BBQ in the house bile aku balik sana okay... So, bile mingle balik dengan freshy.. automatic jadi macam dulu balik kowt.. Suddenly felt responsible tapi nasib baik takde freshy chemistry.. So, tak perlu amek kisah sangat ar.. The atmosphere felt totally different.. sebab selalunya dalam mane group yang aku mingle... I'm the youngest.. so boleh la jadi budak-budak kan.. but with this group, I'm the oldest.. haha.. tak tua sangat pown.. dalam 3 tahun je beza.. but still.. Kene la tengok-tengokkan diorg.. Nature Instinct rasenyer.. Tapi macam biasa lah.. the same rules will be applied.. Approached to be aprroach... Budak-budak junior kat UTM paham dah kowt this simple concept.. haha..

Anyway.. the BBQ ended awesomely... badan-badan aku pown sakit giler pagi nie... Memang BBG hangover la.. Hari ni takde plan lagi kecuali... kecuali ape ek???? memang takde pape.. just nak recover sakit-sakit badan... Nampak gaya tak dapat la nak jog and swim.. Next time kowt... or maybe this evening.. hehe..

Harap-harap semua yang terlibat berpuas hati dengan layanan host kali ini (sebab dah lame tak jadi single host nie).. dan semoga tak serik untuk datang ke teratak ini (but kata certain people.. rumah di bawah kolong nie.. hahaha).. See you guys soon...

Drama hari jumaat..

Bila cakap pasal drama hari jumaat.. aku tak maksudkan drama tahajjud cinta yang sume org sibuk perkatakan.. kali nie, aku berbicara pasal drama aku sendiri.. tapi tak la sehot dugaan drama tahajjud cinta tu.. dari satu dugaan ke dugaan yang lain... seolah-olah diorang la manusia paling sedih dan sadis dalam dunia nie...

Al-kisahnya bermula macamn nie.. bermula 7.30 pg aku dah mula membanting tulang menolong rakanku mengemas barang-barang beliau untuk dimasukkan ke dalam kontena.. Dipendekkan cerita, pukul 9.30 kontena pown sampai.. dan dengan bersahaja (haha.. cm lh caya jer).. aku mula mengangkat barang-barang tersebut dalam kontena.. Nak dijadikan cerita.. hari tu plak hari paling panas dalam minggu or maybe tahun nie... so dah dalam kontena.. berbahang la sikit.. smapai jer pukul 12.. alhamdulillah semua nyer selesai dan aku bermandikan sedikit jer peluh.. so tak yah balik umah untuk mandi balik dan terus ke solat jumaat selepas menjamu selera di rumah beliau...

Tu belum dramanyer lagi.. Esoknya pulak aku dah berjanji dengan segelintir rakan-rakan sebaya ku ingin mengadakan party kecil-kecil lan (edisi party nie akan diceritakan pada post berikutnya).. maka ayam dan kambing yang aku nak beli tak beli lagi... So sejurus abes solat jumaat aku pun meneruskan perjalanan ke kedai ayam berdekatan.. dalam 15 minit jalan kaki.. sampai je dekat kedai tu.. boleh la pulak dia tulis attending funeral.. (Innalillah....) mungkin hari yang baik untuk kebumikan mayat sebab hari jumaat dan cuaca yang sangat baik.. maka drama pown bermula.. esok tetamu dah nk datang.. Ayam masih tidak kelihatan.. Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 ptg.. So, terus ke plan B.. straight ke Easton untuk membeli ayam.. Sampai je di Easton, terus bantai 4 kg ayam dan 1 kg kambing serta 4 paket Sosej yang aku rasa sedap (sebab rasa macam sosej dekat Malaysia).. sementara menunggu bus... my big sis menjadi tempat berbicara drama bersiri kali nie.. Akhirnya sampai rumah dalam pukul 4.15 ptg.. Mulalah kerja membasuh ayam dan marinate ayam... dalam pukul 5 selesai tapi aku tak berpuas hati kerna jumlah ayam hanyalah 25 ketul.. rasa bersalah mula menjelma.. sebab kawan-kawan yang nak datang menjangkau 20 orang.. dah la ajak tengah hari.. so tk sedap pulak kalau time diorg makan-makan.. nak tambah ayam.. tengok-tengok ayam dah abis.. So demi menjadi host yang baik.. aku pown keluar kembali mencari ayam..

Rasa hati pada waktu itu mengatakan yang sesi pengebumian pada tengah hari itu telah selesai.. so aku pergi la balik ke kedai ayam terdekat... Malangnya masih tutup lagi.. dan aku terus ke Plan C, ke Asda.. jam sudah menunjukkan pukul 5.35 ptg.. Sampai je di Asda, aku terus grab ape yang patut.. mula-mula nak amek bahagian dada, tapi dah abes stok.. so belasah je la wings.. Alhamdulillah, beli semua yang ade di Asda, dapat la dalam 29 ketul.. 29 + 25 (54 ketul).. cukup la rasanya... dalam 6.15 ptg tunggu bus untuk pulang ke rumah.. nak di pendekkan cerita yang dah panjang nie.. bus takde.. boleh... Arghhhhh.... 4 bus yang lalu semuanya tulis "Sorry no service available"... Sabar je la kan..

Akhirnya dalam 7.15 baru la ade bas yang berhenti.. dalam 7.45 sampai di city centre (nie pown drama tunggu another bus 20 minit)... singgah di sainsbury's membeli barang marinate versi lain.. untuk menyedapkan lagi chicken wings.. Sebelum pulang, singgah di rumah kawanku untuk dinner.. dan dengan baik hatinya, beliau menghantar ku pulang setelah penat lelah mencari Ayam untuk esok...

Macam-macam spekulasi dicanai mengenai cabaran untuk berbuat baik kali ini dan yang paling logik ialah tulah supervisor aku.. sebab hari tu hari jumaat kan.. kene pegi lab.. tapi aku ponteng.. dan waktu angkat barang pukul 8.15 pg.. hampir terserempak dengan dia waktu dia nak pegi keje (rumah kawan aku on the way dari rumah dia nak ke school).. then bila aku nampak dia terus aku menyorok belakang kotak.. So kira nya tak dapat izin dia memonteng nie.. So maybe tu balasannya kowt.. haha.. Sorry Paul.. next week I'll be your best student kayy.. Promise...