Bangun-bangun pagi ni, tetiba tangan ni laju je menekan butang di papan kekunci.. Perjalanan PhD.. Ntah kenapa.. perkataan ini yang memasuki enjin pencarian.. hampir sejam aku membaca kisah suka dan duka.. Masam dan manis insan lain dalam meneruskan perjuangan mereka.. Dan dalam keenakan aku menelaah sumber-sumber inspirasi tu.. Aku tersentak sejenak.. Bukan apa.. Aku kian lupa bertapa beruntungnya aku dalam percutian aku kali ini.. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik dan sejahtera.. Walaupun ada sedikit sebanyak linangan air mata.. Namun jika dibandingkan dengan orang lain.. Nilai dan tahap kesusahan aku terlalu kecil.. Terlalu mudah untuk dibandingkan dengan orang lain... Kata-kata syukur Alhamdulillah tak lekang dari mulutku.. Kerna diberikan nikmat dalam pelbagai bentuk.. Cuma diri ini perlu sering diingatkan bahawa hidup hanyalah sementara dan nikmat yang dikecapi haruslah disyukuri dan dikongsi bersama.. Namun aku makin kagum dengan ramai penulis blog yang sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi aku pagi tadi...
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi juga kerana semalam salah seorang rakanku selesai dengan urusan viva beliau.. Bila aku kenang kembali.. Kata-kata pujian buat diriku 3 4 5 tahun dahulu hanyalah tinggal kata-kata.. Aku tak nafikan kadangkala atas kelemahan diri aku sendiri.. Aku rasakan diriku berada di puncak dunia aku sendiri.. Merasakan diriku cukup hebat.. Namun bila aku cermin kembali diri ini.. Membandingkan diri aku dengan rakan yang lain.. Jauh panggang dari api.. Kejayaan yang aku capai dan gapai selama ini cukup hina dan cukup rendah nilainya.. Mungkin pihak media dan kata-kata dari mulut ke mulut membuatkan ianya nampak gah.. Cukuplah dengan proses viva semalam menunjukkan bahawa bertapa kerdilnya diri aku.. Pabila melihat orang lain lulus dengan cemerlang.. Pembetulan tesis yang perlu dibuat cukuplah sedikit.. Baik dari kakakku, senior-senior aku di UTM dulu dan kini rakanku tempoh hari.. Membuatkan aku terdiam.. Memikirkan akan diri aku.. Mampukah untuk aku sampai ke tahap itu.. Berada pada tahap itu dan berdiri seiring bersama mereka..
Bukan apa, ramai yang akan dan mungkin sudah katakan yakni, aku takkan mengalami masalah yang sama dengan diorang.. Melalui sejarah pengalaman aku, insyaAllah aku mampu hadapinya dengan lebih baik dan lebih berjaya dari diorang.. Tapi itu kata-kata dari mereka.. Namun aku, tuan punya badan seharusnya lebih tahu akan diriku.. Dan ini membuatkan aku lebih goyah... Lagi-lagi ditambah dengan kata-kata Paul yang agak tegas semalam.. Tak pernah aku nampak dia setegas semalam.. Kalau tak silap aku.. Ini kali ketiga dia ingatkan aku berkenaan dengan penulisan aku.. Semalam nada dia lebih tegas untuk menyuruh aku mula menulis dan siapkan penulisan aku..
InsyaAllah Paul.. Akan aku cuba siapkan 2 laporan projek sebelum Krismas.. Berikanlah aku kekuatan untuk menulis dan juga kelancaran dalam melaksanakan penulisan ini.. Terutamanya bahagian perangkaan.. diteruskan kebahagian pelaksaan dan akhirnya penjilidan...
Bila berfikir akan semua ini.. Sepatutnya membuatkan aku lebih bersemangat namun akhirnya aku banyak mengelamun dan berkhayal.. Sehingga terbawak-bawak ke dalam mimpi.. Sehinggakan wujud senario-senario yang aku sendiri tak sanggup melihat.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan... Ni dah tahun ke-3 aku.. Aku kene mencari kembali semangat dalam diri ini untuk terus melakukan perubahan dan belajar.. Aku harus bergerak dan bergerak dengan lebih pantas dan tuntas.. Cuma (Arghhh, asal banyak sangat cuma.. asyik nak bagi alasan je ni).. InsyaAllah aku akan ubah sikap asyik beri alasan ni secepat mungkin..
Apa lagi ek nak bebel kat sini.. Owh.. semalam time raikan Dr dan bakal-bakal Dr ni.. Jumpe la budak-budak Malaysia yang baru sampai sini.. Sume buat kursus kejuruteraan.. Nama.. ermmmmm.. (Sorry tak ingat.. memang susah sikit nak ingat nama orang ni).. Borak-borak la sikit dengan diorang.. N komen makcik-makcik bakal Dr ni.. Okay la tu Zamir... Budak-budak tu nampak baik.. Yup aku agree.. budak-budak tu nampak decent, sopan n baik.. So mungkin belum tiba masanya untuk aku tutup pintu hati aku untuk tolong adik-adik 1st year kat sini kowt.. Tapi nak tak nak aku kene bare in mind.. Mula-mula mungkin la nampak baik.. lepas dok sini 2 3 bulan.. kuar la tocang masing-masing.. Lepas bagi dok setahun dua.. Stop.. stop.. blog ni blog umum.. Tak baik nak bukak aib orang kan..
Tapi insyaAllah aku akan amalkan ape yang aku belajar waktu kat MRSM dulu.. Simple.. memang la mula-mula kene tu rasa perit.. Air mata tu cnfirm ada.. Tapi nasihat cikgu aku dulu tu mudah.. "Zamir nak didik manusia ni bukan senang.. Selalu lepas kita didik elok-elok, sekejap je dia ingat.. Lepas tu dia buat kesilapan yang sama balik.. Cikgu pun selalu je menangis bila lihat telatah dan karenah awak semua ni.. Tapi hati kita sebagai pendidik tak leh cepat putus asa.. Pengalaman awak ni cikgu paham, ianya cukup perit.. cukup sakit.. Tapi jangan sesekali putus asa.. Teruskan, buat yang terbaik.. InsyaAllah dalam 10 orang yang awak didik.. mesti ada satu dua yang akan ikut.. Dalam 10 ajaran yang awak beri.. mesti ada satu dua yang diorang dengar.. Jangan sedih bila ianya tak berhasil.. Dan yang penting jangan putus asa.. Kalau awak percaya ianya akan mendatangkan kebaikan.. InsyaAllah ianya pasti mendatangkan kebaikan.. Jadilah lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya bila kegelapan menjelma.. Tak, tak.. awak boleh jadi lebih dari tu.. Jadilah bagai matahari yang menyinari alam ni.. Siang sinarannya cukup terang.. Malam cahaya sampai ke bumi menerusi bulan.. Didiklah mereka seperti mana awak akan didik anak awak suatu masa nanti.. Cikgu akan sentiasa doakan awak berjaya dunia akhirat"..
(Perbualan dengan cikgu aku ni aku dah olah sikit.. Mana tak nyer dalam 7 8 tahun dah berlalu.. ayat dia yang sebenar pun aku dah tak ingat.. Aku amik isi penting jer...)
Tapi lepas dengar dia cakap macam tu.. Mana tak berjurai air mata aku.. Bagi aku itulah tulusnya kasih sayang seorang guru buat anak muridnya..
6 comments:
Tahniah zamir! Paper bersama prof saadah, ktorg dh download! hihi
Mekaceh.. Tu paper time Prof datang buat sebatikal kat sini.. Hari tu suruh Dr Aziah dtg.. tapi dia cm jual mahal jer.. (just kidding Dr)..
hihi. Dr mane nak g jauh2 dah. Skrg paper zamir dah ada LIMA. wow! Such a great progress within 3 years.
pastu pasal website yg zamir buat tu is really2 amazing. mmg tu hasrat zamir tol x? Semoga Allah permudahkan. Aamiinn.
Hehe.. Dr sayang dia nyer group.. Takmau tinggalkan group dia lame2.. Eh 5 ke Tiha? bukan 4 ke? Ada paper yang dipublish yang tak diketahui ke?
Tapi semua tu atas jasa baik korang semua jugak.. Terharu sangat bila include nama aku sekali dalam paper2 tu..
InsyaAllah semoga dari website tu mungkin satu hari aku boleh turun sendiri bantu diorang dengan tangan aku sendiri..
Sebab kadangkala kita terlalu leka dengan nikmat yang kita kecapi.. Kita lupa akan penderitaan orang lain hari demi hari..
Kalau Tiha tak keberatan, tolong sebar2kan dan kalau boleh kumpulkan donation bagus jugak kan.. XD
What u give, u'll get it back. Thats why u deserve it. hihi. (eh betol x ayat ni...huhu)
Ala paper heterojunctions tu kan accepted but not yet publish.
Ooo... insya Allah, i'll try to publish it anywhere that i think suitable...promote kat lecturer2 utm pon bagus gak nih...hihi
Yup2.. betul2.. Moga Allah murahkan rezeki Tiha dan semua ahli group CNT..
Owh, paper heterojunction.. Yang guna liquid system tu.. Ingat2..
Boleh jugak nak promote kat diorang tu.. Mane tau Tiha leh mintak support budak-budak lab kan.. Kalau sorang bagi RM1.. 100 orang dah RM100.. Thanks Tiha, semua usaha Tiha ni moga Allah balas berlipat kali ganda..
Post a Comment