Pages

Tuesday, 30 October 2012

It will get easier and easier...

Alhamdulillah.. Itu yang aku percaya dan terus percaya... Walaupun tak menafikan it will be a challenging future.. But it will get easier and easier.. Buat masa ni semua proses berjalan dengan lancar dan kalau takde aral melintang.. Hujung bulan depan aku akan menjejakkan kaki di bumi asing lain untuk sementara waktu.. Waktu mencari pendekatan dan solusi baru dalam mengharungi bahtera ilmu ni..

Baru sekejap tadi, Dr Rusmidah bertanyakan khabar dan sedikit sebanyak status percutian aku buat masa ini.. Alhamdulillah sejak kebelakngan ni aku dah makin nampak semuanya dengan lebih jelas.. Semuanya dah tersusun rapi.. Kini aku seolah-olah seperti Jeneral dalam mana-mana platoon.. Hanya memastikan semua tentera dan semua kelengkapan  lengkap dan bersiap sedia.. Secara tak langsung semuanya dah bersedia untuk peperangan kali ini.. Cuma perlaksanaan kali ini perlu lebih mantap dan jitu.. Alhamdulillah beberapa informal meeting sebelum ini pun telah memberikan seribu satu pencerahan dalam percutian kali ini.. Namun seperti biasa, kelakuan aku dan perangai aku yang sering kali menamatkan sesuatu projek as "Open Ended" Project.. Makan kerjanya takkan tamat dan takkan habis..

Buat masa ni, musim sejuk bakal menjelma namun aku tak pasti mengapa dan bagaimana semangat juang ini terus berkobar-kobar.. Waktu siang dan malam tak sesekali menjejaskan prestasi.. Malahan otak dan akal ini saling melengkapi dan berputar ligat dalam menyelesaikan pelbagai perkara.. Dan tanpa disangka-sangka aku nyer critical thinking stamina bleh bertahan lebih lama.. Rasa macam dulu balik.. Leh fikir 10 ke 20 jam critically.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan aku nikmat untuk berfikir dan bertindak dalam melakukan sesuatu yang membawa kebaikan pada diriku dan juga persekitaranku..

Cuma bila Hyda dah takde.. Rasa cuak pulak nak buat kerja malam-malam kat sekolah ni.. Erm.. Kene la mintak tolong orang untuk teman ni.. Aduhai, sapa la yang sudi nak teman ni.. Harapnya ada la yang sanggup.. XD

Thursday, 25 October 2012

Perginya dirinya..

Aku paling suka catch phrase ni.. tapi taktau origin dia dari mana..

"People who loved you is not the one that see you everyday but the ones that looking for you everyday"

Dan bila pulangnya salah sorang kawan aku ni.. Tak dinafikan la.. Hidup aku makin kosong.. Dah takde dah orang aku nak call pagi-pagi.. Nak kaco pukul 12 tengah hari.. Or even nak call time balik rumah malam-malam.. Nope.. By gone be by gone.. I hoped the friendship that we build will last forever.. I'm going to treasure it sooo much because it being build up by sweats and tears.. Lots of tears.. No matter how far you go.. How big you grow.. I'll be there looking for you.. and giving my support as much as I can..

Now when my day pass by.. I know it will be different.. because the person that I care and I loved.. The one that care for me.. will never be there.. I'll cherish all of our moment together because it is our moment and no one could ever re-create it.. never ever..

Aku doakan semoga dirimu terus berjaya dan membina keluarga yang bahagia di sana.. Semoga sihat sentiasa dan terus menggengam nilai-nilai murni dalam dirimu dengan rapi.. Semoga dirimu menjadi seorang isteri, ibu, anak, pensyarah, penyelidik yang istiqamah dan zuhud dalam setiap perlakuanmu..

Disclaimer: loved dalam frasa di atas bukan membawa maksud cinta tapi hanyalah perasaan sayang dari seorang kawan kepada kawan yang lain..

Wednesday, 24 October 2012

Normalkah perasaan ini..

Bila datang isu perasaan.. Aku sering kali bertanya.. adakah perasaan ini normal dan dialami oleh manusia lain.. Sama ada keluargaku, rakan-rakanku ataupun sesiapa saja.. Bukan apa, hari Jumaat ni kan hari raya.. Bila dilihat dan diteliti.. Hampir semua manusia yang beragama Islam yang aku kenali akan mula berfikir akan persiapan Hari Raya.. Yang mana jauh merantau untuk menuntut ilmu, akan nampak mula terbayang-bayang kampung halaman.. Rasa rindu pada keluarga dan suasana hari raya.. Kadangkala dapat melihat kesedihan terpapar di wajah mereka..

Namun, aku tidak memiliki perasaan sedemikian rupa.. Pelikkah? atau ianya sesuatu yang normal ataupun aku dalam fasa "Denial".. Tak kiralah sama ada musim perayaan ataupun tidak.. Perasaan aku kekal sama.. Seolah-olah setibanya aku di sini.. Perasaan terhadap musim perayaan turut ditinggalkan di Malaysia.. Mungkinkah sejak aku hidup di MRSM dulu, membuatkan hatiku keras dan jiwaku tebal dalam menghadapi semua kemelut emosi.. Ataupun aku dah mampu melatih hati ini untuk kekal tenang dan sentiasa mengingatkan diri akan tujuan aku berada di sini.. Aku pun tak pasti apa sebabnya..

Namun perasaan sedih dan hiba itu seolah-olah tiada.. Ada yang bertanya ko tak balik ke raya ni? n dah berapa tahun ko tak balik raya? dan sebagainya.. Dan respon dari mereka.. Mesti ko sedih kan.. bla bla bla.. Namun perasaan itu tak pernah menjengah dan aku tak pasti kenapa.. Malahan ada yang berasa pelik macam mana di hari-hari sebegini.. Aku masih boleh menghadap percutian aku.. Seperti raya-raya pada tahun-tahun lalu.. Ianya dah jadi kebiasaan buat diri ini untuk pergi solat sunat hari raya dan kemudian terus kembali ke makmal untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.. Seolah-olah hari raya atau tidak.. Kehidupan harus diteruskan..

Sebab bagiku apa yang penting memahami intipati hari-hari tersebut.. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dan mengapa ianya berlaku.. Di bumi Bristol ini.. rasanya aku lebih gemar untuk duduk di gigi-gigi air ataupun di tebing tinggi untuk berfikir akan hal ini dan membawa maksud serta pengajaran peristiwa lalu dalam hidupku.. Biarkan ianya berasimilasi dalam membentuk jati diriku.. Kerana aku rasa makin ramai yang lupa, leka dan alpa dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku kerna hanyut dengan pelbagai sambutan dan kemeriahan yang ada.. Gelak tawa dan suara riuh rendah memenuhi suasana yang sepatutnya menjadi medan refleksi diri.. Apatah lagi antara tema utama sambutan kali ini adalah Pengorbanan Hakiki..

Pengorbanan.. mudah diperkatakan tapi sukar untuk dilaksanakan..

Tanpa aku sedari.. Hari Jumaat bakal menjelma dan sedar tak sedar, para jemaah haji akan bertolak ke padang Arafah pada hari ini atau esok pagi.. Dan Jumaat ini jatunya Hari Raya Haji (Eidul-Adha).. Rasanya tak perlu untuk aku ceritakan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.. Rasanya semua insan yang tahu membaca pernah membaca ataupun mendengar kisah sejarah Agung ini..

Cuma bila kita katakan mengenai pengorbanan.. Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.. Ramai yang kata aku dah berkorban itu dan ini.. Cuma kadangkala kita salah anggap isu pengorbanan itu sendiri.. Pengorbanan atau sacrifice adalah satu proses menyerahkan sesuatu kepada Allah tanpa mengharapkan sekelumit balasan pun.. Kunci kata pengorbanan adalah keikhlasan.. Dan ikhlas itu sendiri sesuatu yang berat.. Yang mana sifat ikhlas itu datangnya dari  akhlak dan peribadi seseorang.. Yang mana bila ingiin dihuraikan dengan lebih lanjut apa itu akhlak.. Fhuh, panjang jugak jadinya nanti penjelasannya.. Tapi secara mudahnya akhlak ialah satu perbuatan atau tindakan yang lahir dari diri seseorang tanpa perlu ada proses pemikiran dan juga analisa keadaan.. Kalau bahasa Bio masa aku Tingkatan 5 dulu.. Tindakan luar kawal (yang mana proses dia : Rangsangan - Saraf Periferi - Motor (tindak balas)).. Yang mana tindakan yang dihasilkan tidak akan sampai ke otak untuk ditafsir dan dianalisa..

Maka untuk secara asasnya akhlak yang baik biasanya datang dari tindakan yang spontan tanpa perlu berfikir panjang dalam melakukan kebaikan.. Maka untuk mencapai satu perbuatan yang ikhlas.. perbuatan itu seharusnya dilaksanakan tanpa berfikir panjang apatah lagi untuk memikirkan keuntungan tindakan itu untuk diri kita sendiri.. Dan jika diteliti dengan lebih mendalam.. Istilah pengorbanan itu bukan mudah untuk dilaksanakan.. Sebab nampak mudah untuk berkorban namun untuk KEKALKAN pengorbanan itu cabaran yang sebenar.. Isunya mudah.. bayangkan kita dah berkorban harta, masa dan sebagainya.. Dan tiba satu masa, kita MENGUNGKIT balik akan pengorbanan lalu.. Dengan ungkitan tu, menunjukkan  kita berfikir dan menganalisa pengorbanan itu dan secara tak langusng melakukan timbal balas sama ada pengorbanan itu memberikan kebaikan atau tidak pada kita.. Maka adakah kita masih ikhlas dengan pengorbanan tempoh lalu tu? Wallahualam.. Itu hanya tuan empunya badan yang mampu memberikan jawapan..


Tuesday, 23 October 2012

Bila malam menjelma..

Sedar tak sedar.. Kurang dari setahun je lagi aku akan menamatkan percutian kali ini.. Sedar tak sedar hampir 3 tahun aku menetap di bumi asing ini.. Bila aku menoleh kebelakang.. Terlalu banyak aku pelajari dan bila aku melihat jalan di hadapanku.. Masih banyak yang perlu aku teliti.. Bila dikenang kembali.. Di sinilah tempat berubahnya pemikiran aku mengenai kajian dan penyelidikan.. Di sini jugalah berubah perspektif aku dalam proses mendidik dan dididik.. Di sini jugalah aku membesar sebagai seorang manusia yang redha dan tawakal dengan ketentuan Ilahi.. Dan di sini jugalah aku kenal erti kasih dan sayang serta perasaan rindu..

Bukan mudah untuk kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan malah lebih sukar untuk terus bersyukur dengan dugaan dan cabaran yang datang menjelma.. Namun rahsianya cukup mudah.. Kekal tenang dan ukirkan senyuman dibibir dan juga dibibit hati.. Sesukar mana perjalanan hidup ini.. Sesusah mana dugaan yang mengetuk pintu hati.. Teruskan tersenyum dan kekalkan ketenangan hati.. Itu kunci yang cukup mudah pabila malam menjelma.. Dan yang pasti akan membuatkan hari esok lebih bahagia..

Sedar tak sedar.. Semuanya hampir lengkap dan bercantum jua.. Semua bait-bait percutian sebelum ini melakarkan cerekarama yang bakal mengubah hidup ini.. Namun pesanan dari semua rakanku kekal disisipkan di dalam hati.. Bukan mudah untuk tukarkan kertas kosong menjadi skrip pelengkap cerekarama percutian kali ini.. Bahkan Paul sendiri ingatkan aku inilah masa yang paling mencabar.. To create something out of nothing..

Cuma pabila beberapa rakanku bercerita akan kisah dan juga persepsi manusia lain mengenai percutian ini.. baik percutian aku mahupun percutian orang lain.. Pesanku cukup mudah.. Only the inexperienced ones can speak so lightly.. Bagiku pesanan ini khas untuk diriku.. Jangan sesekali kita katakan kerja dan urusan orang lain itu mudah atau susah sehingga kita lakukan sendiri.. Kerana setiap manusia dijadikan berbeda.. ada yang kita rasakan sukar untuk kita, mudah untuk orang lain dan mudah bagi kita, sukar bagi orang lain..

Cuma bila dikenang, tempoh perjalanan selama ini.. Sedih dan sebak..itu perasaan yang pasti.. Itulah perasaan yang aku rasakan kini.. Bagi diriku yang dambakan dan dahagakan ilmu..Ianya cukup sedih.. Bila aku sedar inilah penamatnya.. Inilah pengakhirannya bagi perjalananku kali ini.. Aku tak nafikan banyak perkara yang aku tangguhkan kerana tak ingin ianya tamat.. Tak mahu semuanya berakhir.. Bila satu per satu perbincangan melintasi hidupku.. Bila mereka mula berkata.. This is it, we reach to the completion.. Hatiku makin sayup.. Hatiku makin sedih.. Bukan aku tak gembira bila hampir pada penamatnya.. Cuma aku rasakan terlalu singkat hayat aku di sini.. Belum puas untuk aku mencurahkan sepenuh kasih sayangku.. Kini tiba masanya untuk aku meninggalkannya dan berlalu pergi.. 

Bila malam menjelma.. Hatiku makin sayup kerana hari-hari aku untuk kembali makin hampir.. Setiap kali malam menjelma.. Makin hampir aku pada penamatnya.. Sayupnya permandangan senja, sayup lagi hati yang melihatnya... Bila malam menjelma...

Get up and keep on going..

Being doubtful lately and always blame the loneliness and etc.. Hari ini antara hari yang serabut dalam hidup aku walaupun beberapa hari lepas sebenarnya lagi serabut. Dan pernah jugak aku terfikir nak salahkan sebab aku lonely dan takde sapa nak dengar rintihan aku.. So what???

Get up and keep on moving... Tak kisah la sekarang ni masa aku nak cuak sebab tak lama lagi funding percutian aku akan abis ke.. Tak kisah  la kalau kerja aku banyak lagi tak siap.. Kalau modelling aku ada maslaah dan kene guna program baru.. Lepas tu pencipta program plak guna software latest yet aku punya tak up-to-date.. So what.. Tak kisah la banyak mana halangan.. banyak mana dugaan.. Let they come.. Invite them with a proper smile.. Then kill one by one silently.. Calmly.. Yes.. Aku kene tenang.. Tak boleh nak cepat sangat melatah dan cepat sangat kata tak.. This is not the end of the world yet..

Ingat lagi waktu aku kecik-kecik dulu.. Selalu cakap "Bak datang ar masalah tu, meh aku cincang sekor-sekor".. So kalau dari kecik aku takde masalah.. kenapa nak mula rasa bermasalah sekarang ni.. So senang citer keep the mouth shut and keep going on.. Tak kisah la baby step ke.. Ataupun microorganism step ke.. Asalkan move forward.. Kalau masalah tu tak dapat diselesaikan, yang penting keep thinking about the way to solve it.. Keep thinking and keep going on.. Sambil makan fikir, sambil mandi fikir dan kalau boleh sambil tidur pun fikir.. Allah bagi akal untuk berfikir dan bukan untuk bagi alasan untuk tak berfikir.. Bayangkan kalau nikmat berfikir tu ditarik balik.. Ha mau tak merana.. Nangis berlagu pun tak guna lagi..

So all in all.. Keep on going dan teruskan berfikir.. Never say never and obviously never say Noooo... Jangan nak cepat sangat mengalah.. Bila ada masalah lepas tu datang masalah baru terus down.. What the??? Perangai cam budak kecik.. Budak pun lagi bagus kowt.. Bila dia main, dia jatuh.. Dia bangun balik dan try and try and try sampai dia dapat buat apa yang dia nak.. Baby yang nak panjat kerusi pun tak pernah mengalah, so apa masalah dan alasan aku nak mengalah kan.. Setiap hari baby tu try panjat tak kisah la kerusi rumah dia ke, rumah orang ke.. kat mana saje dia try.. So am I..

Allah dah makin kebolehan untuk berfikir ni.. maka janganlah nak kufur nikmat.. sia-siakan nikmat.. Malas, letih, penat tu semua alasan.. alasan yang tak leh nak pakai.. ataupun lebih tepat alasan untuk orang yang gagal dan akan terus gagal..

Fhuh, okay dah lama rasanya tak membebel kat diri sendiri.. bagus gak.. kalau asyik nak kenangkan nasib lepas tu bermuram durja then sikit-sikit nangis macam budak kecik.. Baik tak payah.. Tampar laju-laju kang baru tau..

So get up and keep on going..

Sunday, 21 October 2012

Walk to Remember - 4

Alhamdulillah semalam selesai trip pertama dalam series of charity walk aku.. Walaupun semuanya berjalan dengan lancar.. Namun aku terpaksa menamatkan semua dengan lebih awal.. Ikutkan dihati nak abiskan 20 batu namun aku berjaya tamatkan dalam 15.9 batu je sebab terdapat beberapa kecederaan kecil  semasa  dihujung-hujung perjalanan.. Perjalanan bermula di Minehead dan berakhir di County Gate.. Di kesempatan ni, aku nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan dan pertolongan.. Semoga jasa anda semua Allah balas berlipat kali ganda di dunia dan di akhirat..

Secara ringkas, sepanjang perjalanan 15.9 batu tu.. Lebih kurang 6 jam.. Banyak membuatkan aku berfikir.. Kalau nak ceritakan semuanya mustahil dapat digambarkan dengan kata-kata.. Selain dari menghargai nikmat kaki, tangan dan kekuatan badan untuk meredah hutan dan bukit-bukau.. Selain dari mensyukuri nikmat yang dikecapi berbanding rakan-rakan sebaya di Afrika, Syria dan Palestin.. Ada beberapa perkara yang membuka mata aku..

Walaupun perjalanan semalam hanya berkisar sekitar 6 jam.. Namun ianya seolah-olah mengambarkan kehidupan manusia.. Sekejap naik dan sekejap turun.. Ada naiknya landai.. ada naiknya curam.. Dan begitu juga pabila turun dari atas bukit.. Bila naiknya curam.. Memanglah sekejap sampai ke puncak namun sakit kaki pun berkali ganda.. Secara tak langsung mengingatkan aku.. pabila nak mencapai apa juga kejayaan.. kalau puncak yang tinggi maka usaha dan kesungguhan serta doa tu pun kene la lebih dan konsisten.. Sama jugak bila lihat proses pabila aku turun.. Bila landai.. tak terasa sangat.. Tapi bila curam tu.. Laju je kita jatuh.. Dan lagi menyakitkan bila jatuhnya curam.. Kene panjat pulak lagi satu puncak yang lebih curam.. Senario naik turun bukit ni memberikan aku banyak gambaran dalam kehidupan sebenar.. Cuma sakitnya tak rasa sebab bukannya kita alami dalam masa 5 minit tapi hidup ni bertahun lamanya..

Tu satu.. Yang lain pulak.. Bila dalam perjalanan tu banyak aku bertegur sapa dengan manusia.. Dan konteks ni pun aku nampak hampir sama dalam kehidupan seharian.. Ada manusia yang melintasi hidup kita dengan senyuman.. Ada yang berhenti seketika untuk berbicara dan memberi nasihat.. Tapi jangan terkejut.. Ada je yang melintasi tanpa kata-kata.. Dan ianya sama dalam kehidupan kita.. Ada yang menjadi kawan dan terus memberikan nasihat.. Ada yang hanya ada dalam hidup ini sekadar wujud dan ada dipersekitaran.. Dan ada yang tak nak langsung melibatkan kita dalam kehidupan mereka..

Dan pengalaman yang hampir sama aku dapat sewaktu panjat Ben Nevis tempoh hari.. Tapi Life and Death experience kali ini tak setegar waktu Ben Nevis.. Tapi pengajaran dia tetap sama.. Once kita dah amik path dalam kehidupan ini.. No turning back.. Keep on moving dan berserah pada Allah.. Itu yang berlaku semasa aku du Cumberland Wood.. Sewaktu aku jalan tu, aku hampir terseliuh sewaktu melintasi satu kawasan air terjun.. Dan nak dijadikan cerita ada luka kecil.. Namun yang lebih merisaukan hari makin gelap time tu.. Dan line telefon takde plak.. Jenuh dah time tu hantar msg kat Abg Sabri, Ayie n Hilmy tapi tak lepas lepas.. GPS sistem plak jammed.. Lepas jalan 10 ke 15 minit.. Kaki kanan start cramp.. Masa tu risaunya Allah je la yang tau.. Tapi nak tak nak aku takde choice.. Kalau patah balik mau amik 2 jam.. Dan kalau teruskan perjalanan mungkin ada jalan keluar lagi sejam.. So aku pun teruskan perjalanan.. Namun aku bersyukur walaupun hutan makin tebal, gelap dan sunyi.. Bahagian lautan masih berada di sebelah kanan aku. Ni petanda baik sebab aku masih lagi di jalan yang betul dan tak sesat lagi.. Masa tu semua perasaan ada.. Nak menjerit pun ada, Nak nangis pun ada, nak putus asa.. semua ada la.. yet macam aku cakap tadi.. Nak tak nak aku kene tentukan hidup aku sendiri.. Sama ada jalan ke depan atau menyerah kalah.. Hidup atau mati kesejukan.. Sebab aku tau kalau aku tak teruskan.. malam tu suhu mencecah 1 degree.. dan kelengkapan aku tak cukup untuk tahan sudden suhu drop macam tu sekali.. Alhamdulillah lepas sejam suku jalan.. Aku jumpe papan tanda menunjukkan susur keluar.. Masa tu bersyukur sangat bila dah mula dengar bunyi kereta dan bus.. Kaki masa tu tak yah cakap la.. memang macam dah kene seret je instead jalan betul-betul.. Tapi aku lega dan aku bersyukur.. Diberikan sekali lagi peluang untuk aku refleks dan bersyukur atas nikmat yang diberikan.. 

Mungkin benar kata guru-guruku.. Manusia memang mudah untuk bersabar tapi bukan senang untuk mereka bersyukur..

P/S: Dan jika masih ada sesiapa yang ingin menyumbang silalalah klik link ni...

Tuesday, 16 October 2012

Air dicincang takkan putus..

Aku pasti ini antara perasaan yang aku rasakan.. The hardship, the hardwork.. The happiness and the sadness that been encoutered in these years.. more than 20 years made us who we are.. I'm sorry I've been doubtful lately on your capability and versatility... and yet you remain calm and strong.. and the best part, you never let the tides push our dream further and further away from us..

Tiba-tiba aku la pulak rasa the bad guy kan.. I know people made mistakes but only fools repeated it.. Maka kali ini aku kene lebih berhati-hati dan berusaha untuk tak mengulangi kesilapan aku.. Learn from the mistakes.. That distinguish us between success and failure..

Thanks for the heads up bro.. InsyaAllah akan aku siapkan benda alah tu secepat mungkin..

Friday, 12 October 2012

Trust..

"It is simply something you earn rather than giveaway treat.."

Bila kita berbicara mengenai kepercayaan terhadap individu.. Mahupun kebenaran dan keadilan.. Semuanya berbentuk subjektif dan tak mempunyai kriteria tertentu.. Kebanyakan kita mengaku mempunyai kredibilit untuk dipercayai, penegak keadilan dan membawa kebenaran.. Namun apa yang sering berlaku, semua kepercayan, kebenaran dan keadilan tu datang dari perspektif individu berkenaan.. Datangnya dari sifat pentingkan diri individu berkenaan.. Ironik kan bunyinya.. tapi tu la hakikat kebenaran..

Jom amik contoh yang ekstrim sikit.. Katakanlah aku sendiri mempunyai kuasa untuk memusnahkan erm... let say nuclear missile la.. Dan pada masa yang sama 2 buah misil telah dilancarkan.. Satu targetnya negara Afrika dan satunya negara aku sendiri Malaysia.. Agak-agak yang mana aku pilih.. ok jom buat lagi drastik.. Jarak aku untuk selamatkan Afrika lebih dekat dan mudah jika dibandingkan dengan Malaysia.. Dan kalau aku nak selamatkan misil yang ke arah Malaysia.. Tersilap 0.1% dan terlambat satu saat.. It will be tooooo late..

Aku rasa bukan aku je, tapi sapa-sapa yang ada dalam kasut aku sendiri akan cuba selamatkan negara sendiri.. Sebabnya keluarga diorang ada kat situ, kawan-kawan, suami, isteri, girlfriend, boyfriend..

So bila keputusan macam ni dah dibuat... nampak gaya terkorban la orang di Afrika.. Dan akan ada ayat-ayat seperti collateral damage dan sebagainya.. Tapi bila lihat balik situasi ni, bukan ke aku gunakan kuasa aku atas kepentingan diri sendiri..

So it is the same thing on normal ordinary human level.. Kepercayaan, kebenaran dan keadilan sangat bersifat individu dan menjaga kepentingan individu tu sendiri.. Sebenarnya aku dah bosan dengan dunia ni.. Dengan manusia yang hidup dengan penuh bermuka-muka.. Bukan talam dua muka dah.. Talam 18 muka pun aku tak terkejut..

Tu sebab ada hikmahnya kowt aku takde kuasa.. baik dari segi kuasa fizikal atau kuasa mental.. yang mana kuasa tu mampu mengubah dunia.. Kalau tak.. rasanya akulah kowt antara orang yang paling tak boleh dipercayai, yang paling tak adil dan penuh dengan kepalsuan.. Sebab kalau dengan cara untuk tak dipercayai, paling tak adil dan penuh kepalsuan di mata manusia mampu membuang stereotaip pemikiran individualistik ni.. Aku rasa lebih baik aku jadi macam tu..

Aku dah muak dan bosan dengan semua ni.. Rasanya kalau dapat berbicara dengan alam ni lebih menyeronokkan dari berbicara dengan manusia.. Harapnya keputusan yang aku buat kali ini untuk kembali pada alam semula jadi akan membuatkan aku lebih memahami apa yang tersirat dalam hati aku ini..

Tapi rasanya semua ni berpunca dari satu benda yang cukup mudah.. Aku dah bosan dan muak dengan betrayal manusia yang aku kenal.. Kalau aku tak kenal takpe.. It would not hurt.. I guess... Tapi bila kene dengan orang yang ko kenal.. Over and over again.. dari kecik sampai la besar.. Rasanya lepas 24 tahun aku hidup.. That's it.. aku dah muak.. dah bosan...

Thursday, 11 October 2012

This is the best way..

Aku tau kalau aku cerita panjang lebar pasal rangka perjalanan yang bermain dalam minda ni.. Tak dinafikan salah satu yang akan terungkap, aku ni pentingkan diri sendiri.. Cuma aku rasakan ni cara yang terbaik.. Dan kalau aku bakal terlukakan hati sesiapa aku mintak maaf sangat-sangat.. Buat masa ini.. Lebih baik terluka sekarang, sewaktu tak banyak benda kita berkongsi bersama kalau nak dibandingkan di masa hadapan.. Yang pasti lukanya lebih parah..

Please don't ask me why.. where.. when.. what and how.. It will be easier that way.. It will be safer that way.. and hopefully it will be less painful.. I'm sorry I'm not the best friend you had.. I'm not the good friend that you wanted me to be.. I am who I am.. 

It is safer this way.. The path less travel by.. The path that not many choose.. The untouchable path.. It is the best way for me..

Wednesday, 10 October 2012

Only the inexperienced can speak so lightly..

Reading those words already hurting me so badly.. Apetah lagi kalau ada manusia-manusia yang bertuah lontarkan kata-kata menusuk hati tu kat aku.. Cnfirm one shot sure killed kat diri aku ni..

So as usually, being a manga person, all those words coming from a certain manga or combination of mangassssss... Tapi apa yang penting.. Kerjasama..   Saja wat lawak bodoh jap.. Apa yang penting kesan dari ayat-ayat tu kat diri aku.. Bukan apa.. Bila aku tengok balik ayat ni bawak maksud mendalam kat diri aku.. Terutamanya bila aku berada dalam keadaan sekarang ni.. Bila dulu aku fikir nak kejar yang terbaik dapatkan yang terbaik.. Tapi sebenarnya semua tu ada harga dia yang tersendiri.. Dan dalam dunia sekarang ni, manusia kerap melabel sesetengah perkara ikut kehendak majoriti.. Sebagai contoh.. Stereotaip yang paling biasa:

Nanti bila dah besar dah kerja gaji besar
Bila dah kerja kene ada kereta
Lagi besar kereta lagi bagus
Lagi besar rumah lagi bagus
Kerja nanti jadi la jurutera ke, doktor ke..
Tak pun jadi usahawan yang berjaya.. Duit masuk juta-juta bulan-bulan
Achieve financial freedom sebelum usia 35 tahun..

Tapi.. bila aku lihat balik.. Semua pencapaian ni manusia yang letak.. Manusia yang katakan ianya kejayaan dan sebagainya.. Kalau tak berjaya capai akan digelar gagal dan sebagainya.. Cuma aku terfikir.. dan aku yakin dan percaya ada banyak benda lain yang mampu jadi kayu ukur pencapaian seseorang tu..

Malangnya secara aku tak sedar aku sendiri dah dimamah oleh stereotaip kehidupan manusia.. Bila aku sambung percutian ni di bumi asing ni.. Bila aku lihat kembali.. Korek balik isi hati ni.. Ada rupanya sekelumit hasrat untuk kejar pencapaian tertinggi.. Cuma disebabkan aku ni kurang pengalaman.. Aku tak sedar yang mana makin banyak pencapaian yang aku dapat.. Makin sukar untuk aku berpatah balik.. Makin tinggi aku naik.. Lebih banyak rakan-rakan yang aku yang jalan seiring kini duduk di belakang.. Lebih malang lagi rakan-rakan yang selalu berdamping denganku tunduk memberikan penghormatan.. What the???? Serius bab ni aku tak boleh terima.. Aku dan korang takde beza kowt.. Dulu main sama-sama.. Lari sama-sama.. Tapi disebabkan pencapaian yang berbeza.. Dunia yang berbeza.. Seolah-olah syarat dunia ini untuk seorang insan memberi penghormatan kepada insan yang pencapaiannya melebihi insan yang lain.. Arghhh.. Dunia apa macam ni.. Bezakan manusia mengikut darjat dan pangkat..

Baik ijazah dulu atau percutian sekarang.. Semuanya hanyalah sehelai kertas.. Kenapalah kertas yang macam tu orang angkat punya lah tinggi.. Seolah-olah bagaikan dewa yang turun ke bumi..

So inilah luahan seseorang yang kurang pengalaman dalam kehidupan dunia sebenar.. Kata-kata pujangga "With Great Power Comes Greater Responsibility" terus menjengah di gegendang telinga ni.. Tanpa aku sedari disebabkan hasrat sekelumit dalam hati aku ini.. Tak mustahil aku akan memegang kuasa hidup mati sekurang-kurangnya seorang manusia dalam hidupku.. (Peringatan: kuasa hidup mati ni dibaca sebagai Amanah dan tidak sekali-kali menafikan kuasa mutlak milik Allah swt).. Makin tinggi aku panjat, tak mustahil makin ramai hati manusia aku akan hancurkan..

Bila aku fikirkan ni semua.. Kan lebih seronok kalau hidup aku macam dulu.. Instead terus kejar cita-cita aku yang entah sampai atau tidak.. Impian untuk bina lab sendiri.. Untuk hasilkan kajian yang lebih menakjubkan.. Bukankah lebih mudah untuk menolong sesiapa saja yang memerlukan.. Bila aku fikir dengan lebih mendalam lagi.. Jika aku terus memanjat dan memanjat.. Sampai bila pun aku nak panjat... Dunia ni akan berakhir satu masa nanti.. Aku akan mati satu hari nanti.. Jika pernah keluar dari mulutku yang bila aku di atas aku akan tolong orang dibawah.. Tu satu dusta.. Aku percaya itu satu dusta yang nyata.. Masakan aku akan tolong bila aku diatas kalau sekarang ni pun aku tak mula menghulurkan tangan..

Sebab aku percaya jika seseorang itu tak pernah membantu orang lain sepanjang hidupnya.. Dan janjikan bila ada wang, ada kuasa dan ada tenaga dia akan lakukan yang terbaik untuk bantu umat satu dunia.. Bagi aku itu satu dusta.. Kerna pabila dia tiada kuasa tak pernah dia ingat pada yang lain, masakan bila ada kuasa dia ingin kongsikan kuasanya dengan yang lain..

Bila kita lihat dunia ini dalam bentuk piramid.. Makin tinggi kita di atas makin sukar untuk kita membantu orang di bawah.. Mungkin ada benar jugak kata-kata kawanku.. Dunia sekarang ni yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus miskin kalau dan jika sistem piramid ini masih meliputi pemikiran manusia dewasa ini..

Dan ini membuatkan aku berfikir lagi.. Mungkinkah percutian aku di sini.. Bukan untuk mendapatkan sekeping kertas yang begitu ramai orang dambakan.. Tapi sebagai satu platform.. Satu tempat untuk aku terus membantu insan yang lain.. Rasanya hidup ini cukup mudah.. Berbuat baiklah dan bantulah makhluk sekalian alam serta percayalah bahawa Allah itu Penciptaku.. Tak kisahlah rumah aku besar atau kecik.. Gajiku besar atau kecik.. Ada kereta atau tidak.. Harta banyak atau tidak.. Semua tu bukan milikku dan pastinya takkan kekal selamanya..

Bila diletakkan fikiran dalam keadaan sebegini.. Tak kisah di mana aku berada dan apa yang aku buat.. Yang penting aku terus membantu mereka yang memerlukan.. Secara idealnya ianya akan membuatkan aku pencapai kepuasan dan ketenangan hidup yang lebih baik.. Aku hidup dibumi ini bukan untuk selamanya dan aku rasakan sebagai khalifah di muka bumi ni.. Ada banyak benda yang aku boleh laksanakan dan lakukan.. Yang dapat aku buat untuk bantu insan lain.. Bukan ijazah yang akan tentukan ketenangan aku.. Bukan rumah besar yang akan memberikan kebahagiaan padaku.. Bukan gaji yang besar akan memberikan aku tidur yang nyenyak.. Bukan pangkat akan membuatkan aku tawaduk padaMu Ya Allah.. Kerana semuanya datang dariMu Ya Allah.. Dan apa yang aku pasti.. Manusia-manusia dan makhluk-makhluk Allah yang selalu mendoakan agar aku sejahtera, aman, bahagia dan penuh dengan ketenangan.. Itulah sebenarnya yang membantu aku untuk terus aman, bahagia dan penuh dengan ketenangan atas redhaMu Ya Allah..

Semua ini terus membuatkan aku terus berfikir dan berfikir..

Monday, 8 October 2012

Snap out of it...

I'm in a Dream Land.. Filled with other people dreams and hope.. Enjoying and living in the luxury of others.. but it is time to wake up.. Time to realize it is just a dream.. A fantasy.. A life that does not belong to me..

Makin lama aku hidup di bumi asing ini.. Tak dinafikan sikit demi sikit jati diri aku dimamah.. Kekuatan dan keteguhan hati hanyut disumbat dan disuap dengan kemewahan hidup.. Hinggakan aku lupa susur galur dan asal usul diriku ini.. Bila aku melihat kembali persekitaran dan rakan-rakanku.. Dulu dan kini.. Sewaktu di Malaysia dan sewaktu di sini.. Jauh berbeda.. jauh sekali.. Yang membuatkan aku terlupa susah payah yang aku alami.. Membuatkan aku hidup dalam impian keenakan dunia yang bukan milikku..

Jika dibandingkan dahulunya, rakan-rakanku.. latar belakang mereka semua hampir sama.. Bila bercakap pasal kemewahan.. Makan Secret Recipe tu dah cukup mewah.. Bila ada kereta tu dah cukup mewah.. Bila handphone ada camera dan boleh main musik serta video.. Itu dah cukup canggih.. Untuk memiliki satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah walau sekecil mana.. Cukup kami.. cukup aku hargai.. Latar belakang semuanya dari orang kebanyakan.. Tak lebih dari itu.. ibu dan ayah bukannya pensyarah.. bukannya professor.. bukannya ketua jurutera.. Ketua jabatan dan sebagainya.. 

Namun bila dibandingkan dengan kehidupan sekarang.. Kiri kanan depan dan belakang.. Semuanya mempunyai kerjaya yang hebat-hebat.. Ketua sana dan sini.. Head of engineer.. kerja offshore sini sana.. Dan bila dilihat ibu dan ayah mereka semua.. Tak yah cakap la.. Usahawan berjaya.. Manager sana dan sini.. Lecturer sana sini.. Top 3 people syarikat sana sini.. Kalau nak dilihat ianya satu perkara yang baik buat diriku.. Setidak-tidaknya aku mempunyai kenalan yang berprofil tinggi walaupun aku ni tak punya apa-apa.. Hanyalah insan kerdil..

Cuma baru aku sedar.. Rupanya diriku makin hilang prinsip dan perasaan yang aku pegang selama ini.. Aku mula berubah.. Ingat lagi sewaktu aku di Malaysia.. Aku berjanji dengan rakan-rakanku untuk menjaga diriku.. Untuk sentiasa ingat susur galur kehidupanku.. Untuk terus mengingati siapa diriku.. Namun tanpa ku sedari aku mula dan sudah berubah..

Aku kini sudah mula terikut-ikut akan cara hidup yang pasti bukan cara hidup yang aku inginkan.. Sikap minimalis suatu masa dulu telah terdampar di hujung lautan sanubariku.. Mungkin ini yang dinamakan Peer Pressure.. Dalam ku tak sedari.. Aku alami semua ini.. Dan lebih malang lagi aku tak berusaha untuk menghalang semua ini dari terus menjajah badan dan mindaku.. 

Memang tak dinafikan aku kecewa dengan diriku.. Aku marah dengan diriku.. Namun takde siapa yang boleh aku salahkan melainkan diri aku sendiri.. Tapi bagiku yang penting sekarang bukan untuk terus kecewa atau marah pada diriku.. Tapi apa yang boleh aku buat dan apa yang aku kene buat..

Aku tahu cabaran demi cabaran akan datang untuk menguji keteguhan aku.. Tapi aku kene cuba.. cuba untuk kekalkan prinsip aku..

Aku tahu kerana sikapku ini.. kerana perubahan diriku ini.. Ramai yang terluka.. Ramai yang menderita.. Kerana sikapku ini.. Banyak tanggungjawab yang aku tak laksanakan dengan lebih baik dan banyak jugak tanggungjawabku yang aku abaikan.. Aku sedar kerana sifatku ini, anak-anak kecil menderita kerana janji dan amanah yang aku tak tunaikan.. Maafkan aku.. Namun aku faham jika sukar untuk mereka memaafkan kesalahanku ini.. Kerana kata-kata dari mulutku takkan mengubah kemusnahan yang telah aku lakukan kerana lalai dengan tanggunjawab aku..

InsyaAllah, aku akan dan pasti berusaha untuk menjadi lebih baik.. Dan meletakkan amanah dan tanggungjawabku lebih dan melebihi segala yang aku inginkan dalam hidup ini.. 


Friday, 5 October 2012

Viva... Jiwa pendidik.. Sinaran Matahari...

Bangun-bangun pagi ni, tetiba tangan ni laju je menekan butang di papan kekunci.. Perjalanan PhD.. Ntah kenapa.. perkataan ini yang memasuki enjin pencarian.. hampir sejam aku membaca kisah suka dan duka.. Masam dan manis insan lain dalam meneruskan perjuangan mereka.. Dan dalam keenakan aku menelaah sumber-sumber inspirasi tu.. Aku tersentak sejenak.. Bukan apa.. Aku kian lupa bertapa beruntungnya aku dalam percutian aku kali ini.. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik dan sejahtera.. Walaupun ada sedikit sebanyak linangan air mata.. Namun jika dibandingkan dengan orang lain.. Nilai dan tahap kesusahan aku terlalu kecil.. Terlalu mudah untuk dibandingkan dengan orang lain... Kata-kata syukur Alhamdulillah tak lekang dari mulutku.. Kerna diberikan nikmat dalam pelbagai bentuk.. Cuma diri ini perlu sering diingatkan bahawa hidup hanyalah sementara dan nikmat yang dikecapi haruslah disyukuri dan dikongsi bersama.. Namun aku makin kagum dengan ramai penulis blog yang sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi aku pagi tadi...

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi juga kerana semalam salah seorang rakanku selesai dengan urusan viva beliau.. Bila aku kenang kembali.. Kata-kata pujian buat diriku 3 4 5 tahun dahulu hanyalah tinggal kata-kata.. Aku tak nafikan kadangkala atas kelemahan diri aku sendiri.. Aku rasakan diriku berada di puncak dunia aku sendiri.. Merasakan diriku cukup hebat.. Namun bila aku cermin kembali diri ini.. Membandingkan diri aku dengan rakan yang lain.. Jauh panggang dari api.. Kejayaan yang aku capai dan gapai selama ini cukup hina dan cukup rendah nilainya.. Mungkin pihak media dan kata-kata dari mulut ke mulut membuatkan ianya nampak gah.. Cukuplah dengan proses viva semalam menunjukkan bahawa bertapa kerdilnya diri aku.. Pabila melihat orang lain lulus dengan cemerlang.. Pembetulan tesis yang perlu dibuat cukuplah sedikit.. Baik dari kakakku, senior-senior aku di UTM dulu dan kini rakanku tempoh hari.. Membuatkan aku terdiam.. Memikirkan akan diri aku.. Mampukah untuk aku sampai ke tahap itu.. Berada pada tahap itu dan berdiri seiring bersama mereka.. 

Bukan apa, ramai yang akan dan mungkin sudah katakan yakni, aku takkan mengalami masalah yang sama dengan diorang.. Melalui sejarah pengalaman aku, insyaAllah aku mampu hadapinya dengan lebih baik dan lebih berjaya dari diorang.. Tapi itu kata-kata dari mereka.. Namun aku, tuan punya badan seharusnya lebih tahu akan diriku.. Dan ini membuatkan aku lebih goyah... Lagi-lagi ditambah dengan kata-kata Paul yang agak tegas semalam.. Tak pernah aku nampak dia setegas semalam.. Kalau tak silap aku.. Ini kali ketiga dia ingatkan aku berkenaan dengan penulisan aku.. Semalam nada dia lebih tegas untuk menyuruh aku mula menulis dan siapkan penulisan aku..

InsyaAllah Paul.. Akan aku cuba siapkan 2 laporan projek sebelum Krismas.. Berikanlah aku kekuatan untuk menulis dan juga kelancaran dalam melaksanakan penulisan ini.. Terutamanya bahagian perangkaan.. diteruskan kebahagian pelaksaan dan akhirnya penjilidan...

Bila berfikir akan semua ini.. Sepatutnya membuatkan aku lebih bersemangat namun akhirnya aku banyak mengelamun dan berkhayal.. Sehingga terbawak-bawak ke dalam mimpi.. Sehinggakan wujud senario-senario yang aku sendiri tak sanggup melihat.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan... Ni dah tahun ke-3 aku.. Aku kene mencari kembali semangat dalam diri ini untuk terus melakukan perubahan dan belajar.. Aku harus bergerak dan bergerak dengan lebih pantas dan tuntas.. Cuma (Arghhh, asal banyak sangat cuma.. asyik nak bagi alasan je ni).. InsyaAllah aku akan ubah sikap asyik beri alasan ni secepat mungkin..

Apa lagi ek nak bebel kat sini.. Owh.. semalam time raikan Dr dan bakal-bakal Dr ni.. Jumpe la budak-budak Malaysia yang baru sampai sini.. Sume buat kursus kejuruteraan.. Nama.. ermmmmm.. (Sorry tak ingat.. memang susah sikit nak ingat nama orang ni).. Borak-borak la sikit dengan diorang.. N komen makcik-makcik bakal Dr ni.. Okay la tu Zamir... Budak-budak tu nampak baik.. Yup aku agree.. budak-budak tu nampak decent, sopan n baik.. So mungkin belum tiba masanya untuk aku tutup pintu hati aku untuk tolong adik-adik 1st year kat sini kowt.. Tapi nak tak nak aku kene bare in mind.. Mula-mula mungkin la nampak baik.. lepas dok sini 2 3 bulan.. kuar la tocang masing-masing.. Lepas bagi dok setahun dua.. Stop.. stop.. blog ni blog umum.. Tak baik nak bukak aib orang kan.. 

Tapi insyaAllah aku akan amalkan ape yang aku belajar waktu kat MRSM dulu.. Simple.. memang la mula-mula kene tu rasa perit.. Air mata tu cnfirm ada.. Tapi nasihat cikgu aku dulu tu mudah.. "Zamir nak didik manusia ni bukan senang.. Selalu lepas kita didik elok-elok, sekejap je dia ingat.. Lepas tu dia buat kesilapan yang sama balik.. Cikgu pun selalu je menangis bila lihat telatah dan karenah awak semua ni.. Tapi hati kita sebagai pendidik tak leh cepat putus asa.. Pengalaman awak ni cikgu paham, ianya cukup perit.. cukup sakit.. Tapi jangan sesekali putus asa.. Teruskan, buat yang terbaik.. InsyaAllah dalam 10 orang yang awak didik.. mesti ada satu dua yang akan ikut.. Dalam 10 ajaran yang awak beri.. mesti ada satu dua yang diorang dengar.. Jangan sedih bila ianya tak berhasil.. Dan yang penting jangan putus asa.. Kalau awak percaya ianya akan mendatangkan kebaikan.. InsyaAllah ianya pasti mendatangkan kebaikan.. Jadilah lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya bila kegelapan menjelma.. Tak, tak.. awak boleh jadi lebih dari tu.. Jadilah bagai matahari yang menyinari alam ni.. Siang sinarannya cukup terang.. Malam cahaya sampai ke bumi menerusi bulan.. Didiklah mereka seperti mana awak akan didik anak awak suatu masa nanti.. Cikgu akan sentiasa doakan awak berjaya dunia akhirat"..

(Perbualan dengan cikgu aku ni aku dah olah sikit.. Mana tak nyer dalam 7 8 tahun dah berlalu.. ayat dia yang sebenar pun aku dah tak ingat.. Aku amik isi penting jer...)

Tapi lepas dengar dia cakap macam tu.. Mana tak berjurai air mata aku.. Bagi aku itulah tulusnya kasih sayang seorang guru buat anak muridnya..

Thursday, 4 October 2012

6 5 4 3 2 1

Kalau tengok sekali lalu hidup aku kat sini macam ticking time bomb.. Mana tak nyer.. Bila aku mulakan percutian ni 2 tahun ++ (What!!! dah 2 tahun ++) ada 6 orang Malaysia yang buat bidang yang seakan sama dengan aku.. Bila hari bersilih ganti.. Bulan bertukar tahun.. Mula-mula kami berenam.. Lepas tu 5, kemudian 4.. Awal tahun ni ada 3.. Dan hari ni antara hari tiga bertukar menjadi dua.. DUUUUAAA..

Kalau nak tengok betul-betul tempoh percutian ni macam bom jangka masa dalam super slow motion speed ar.. Dan buat masa ni.. Aku yang terakhir dalam bidang aku kali ni.. Takde pun sesapa lagi yang nak masuk n join.. Adakah aku penamat legasi ataupun ada bakal pelajar Malaysia yang akan datang untuk menggantikan tempat kami berenam..

Bile aku toleh kebelakang dan mula berfikir.. Aku rasakan terlalu sikit yang aku kecapi.. Terlalu kecil pencapaian aku dari pelbagai segi.. Adakala aku terlintas untuk aku lakukan dengan lebih lagi.. Cuma aku tak pasti adakah ini yang dinamakan limitasi.. Yang mana setiap manusia akan mampu berevolusi sampai tahap-tahap tertentu dan tak mampu untuk mengatasi limitasi ini..

Walau macam mana pun kene usaha sehabis baik jugak.. So keje hari ni yang kene buat:

Siapkan MCD on Diamond Foil for another 12 h growth
Siapkan DOS untuk simulation for dopants and defects in diamond
Completekan IV curve untuk CNT composite
Kejar James untuk settlekan surface deposition of various metal oxide
Siapkan semua graph untuk co-doping analysis
Siapkan calibration reading untuk N content untuk alat SIMS..

Kene full speed dah ni.. takde masa nak main-main.. Lepas akak sorang ni abis bulan 1.. time aku plak..

Tick.. Tick.. Tick... BOOM!!!

Wednesday, 3 October 2012

Pelajar Baru... She just made my day..

Obviously I'm not going to talk about the Freshie and the Induction week in Bristol.. Nah, as usual it is always be about me right? So nak dipendekkan cerita, Paul akhirnya dapat pelajar baru. Memandangkan aku dan hanya aku yang masih galak melakukan kajian dalam percutian kali ini.. Paul serahkan Sarah (bukan kakak aku tau) kat aku.. So semalam Sarah ni shadowing la aku sepanjang hari tengok-tengok kerja yang aku buat.. Try fahamkan apa yang berlaku dan instrumen apa yang terlibat..

Aku rasa kalau aku jadi dia mungkin aku penat jugak la.. Sebab semua benda baru.. Dan punya la banyak keje aku buat semalam.. Keluar masuk lab.. Turun naik tangga.. Dia ikut je jadi teman setia aku.. Budak nyer pown boleh tahan jugak.. (ehem.. ehem..)

Tapi benda yang buat aku rasa it made my day ialah apa yang dia cakap time nak balik petang semalam.. Yang mana buat aku tersenyum dan rasa bebanan yang serabut dalam otak aku ni kurang la sikit...

Basically apa yang dia cakap ialah "Betul la apa yang Paul cakap kat saya.. Awak buat macam-macam kerja, rasa macam berjuta benda yang awak buat dan semuanya berbeza.. Macam mana awak boleh agihkan masa dan pastikan semuanya berjalan dengan lancar.. Dan ianya pasti akan jadi sesuatu yang menarik lepas awak cantumkan untuk jadikan tesis PhD awak..."

Lepas dengar dia cakap macam tu.. Rasa bersyukur sangat sebab aku dikurniakan supervisor yang baik macam tu sekali.. Yang iktiraf kerja aku.. Bukan setakat depan aku, belakang aku pun dia cerita semua yang baik buat diri aku.. Bukan nak kata aku hidup kerna pengiktirafan orang.. Cuma sekali sekala bila rasa diri ni dihargai.. It is simply speechless.. Bila usia dan meningkat sampai tahap ni, bukan mudah untuk orang lain mengiktiraf diri kita.. Dan bukan senang untuk rasa dihargai.. Semua ni buat aku lebih bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.. At least aku tahu ada orang yang hargai diri aku.. Memahami susah payah yang aku alami selama ini..

Thanks Paul...

Tuesday, 2 October 2012

Adrenaline Rush.. just another perspective..

Minggu lepas dikala sibuk dalam urusan yang takde kaitan dengan percutian dan cuba memenuhkan masa lapang dengan aktiviti selain percutian (bukan atas dasar bosan dengan percutian tapi untuk mempelbagaikan keupayaan diri).. Aku try-try la nak menyibukkan diri dalam sukan extreme yang tak extreme sangat.. So aku pown join la budak-budak ni (budak ke?) main paintball.. Ingat la kenangan lalu sikit-sikit.. Cuba kali ni excited state melampu sikit la..

Nak wat camne kan.. Dah lama tak menembak orang.. Pastu plak, lama dah tak try skill-skill yang dilatih dan berlatih saban hari.. So boleh la siki-skit.. Dan cnfirm jauh lagi nak jadi navy ke marine ke commando ke.. Cnfirm jauh.. jauh api dari panggang.. Cuba macam biasa.. aku main stealth sudah.. Bile orang serbu terus, aku macam biasa.. sama je respond.. tengok sekeliling, cari route paling terpencil.. guna reaksi ekstrim yang ada untuk buat keputusan.. Yang pasti suprise attack paling layan dan membuahkan hasil..

Sapa sangka aku attack dari tepi n belakang diorang kan.. Tu la pandang depan je keje.. mane nak nampak aku lari celah-celah pokok.. Tapi lepas main 2 round, habit lama jadi balik.. So memang sah takleh nak bagi aku license to kill.. Parah-parah.. Kalau ikutkan syarat permainan.. Dah aku tembak sekali n terus kene tu cukup la kan.. Takyah la nak bagi 2 3 das lagi.. Tapi nak wat cmne.. Dah memang tangan ni gatal nak cnfirmkan 'kematian' diorang.. Hahaha..

Pastu macam biasa aku main ngelat ar.. Kalau askar/police betul ada bulletproof armor... Pastinya aku ada paintball proof armor.. Syarat dia basically kalau orang tembak ko, peluru pecah ada kesan cat maka matilah ko kan.. Tapi kalau dah pakai anti-shock fleece dan shock absorbing trouser.. Sume peluru jatuh camtu je kowt.. Ada la rasanya lebih 20 tembakan kene dalam masa main 6 jam tu.. Tapi semua tak pecah.. Ada tu siap leh kutip balik masuk dalam aku nyer M16 balik.. Kiranya aku baik la kan..  pulangkan balik peluru diorang.. So secara tak langsung aku ajar la diorang.. Lain kali nak tembak tembak betul2.. kasi peluru tu pecah.. Hahaha..

All in all, it is an awesome fun.. Cuma kali ni aku banyak hold back and takut-takut.. Banyak play safe rather than putting full force... InsyaAllah lain masa boleh la kowt..

Gambar in action takde.. Gambar teammate je yang sempat aku snap..

Stok up peluru tak ingat dunia.. 1 barrel 100 pellets


Ha! handphone mangsa yang terkorban...


Monday, 1 October 2012

Walks to Remember - 3

Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. Disebabkan ada masalah teknikal dan beberapa kejadian yang tak dijangka.. Terdapat beberapa perubahan yang aku harus lakukan..

Yang pertama, laluan harus diubah.. Mulanya bercadang untuk mulakan di Exmouth namun terpaksa ditukar ke Minehead.. Tapi bagus jugak rasanya.. Sebab bila bermula di Minehead.. Secara tak langsung tu permulaan rasmi bagi South West Coastal Path.. So at least I'll be on the proper start.. So the new route will be from Minehead to Instow (76.3 miles). Hopefully I can mange to finish it within 3 days.

Yang kedua, nampak gaya permulaan kali ni aku terpaksa pergi secara solo sebab Safwan tak dapat join.. Ada beberapa perkara yang timbul yang menyebabkan dia tak dapat nak join. Aku tak pasti sama ada benda ini baik untuk aku atau tak.. Cuma aku risau jugak sebenarnya.. Sebab ikut bacaan aku laluan dari Minehead ke Instow antara laluan yang paling bahaya dan mencabar sepanjang 630 batu yang harus aku lalui.. So aku kene lebih berhati-hati dan fokus dalam meneruskan perjalanan..

So buat masa ni ada 2 je perubahan yang berlaku.. Harapnya semua berjalan lancar.. 19 hari lagi untuk trip yang pertama...

Hopefully you guys out there could help me spread the words and if you could donate, feel free to do so..

Your help will be supremely appreciated by everyone and not just me..

As usual, this is the link: