Pages

Friday, 30 March 2012

Miss them...

Bangun-bangun pagi teringat plak dekat Aedya and Satoshi.. So belek-belek la gambar Aedya dalam camera and gambar Satoshi dalam handphone.. Gelak sorang-sorang pown ada gak tengok telatah Aedya main water slide kat depan rumah n last-last dia langgar jugak pakcik dia ni kan.. Aedya Aedya.. Tahun masuk Darjah 2 kan.. ke tak.. haha.. aku pun sendiri dah lupa umur anak buah aku sendiri.. Dan yang pasti nanti Satoshi dah pandai lari-lari.. main nyorok-nyorok.. huhu.. Tak sempat nak wat adengan tembak-menembak dengan Satoshi macam mana aku wat dengan Aedya time dia kene jemur sebab demam kuning.. hahaha.. XD.. Peace Yo Aedya.. jangan marah.. :)...

Then bila belek-belek gambar lain, teringat plak dengan dua orang gadis comel ni.. Inas Fathi dan Shahd Fathi.. Sebab gambar diorg ada dalam lappy nie.. boleh la upload terus masuk dalam blog nie.. (alamak blog wat hal plak.. takleh nak upload gambar.. sedih-sedih)

Comelkan.. erm leh kira macam anak or anak buah jugak ar.. Dua-dua ni adik beradik.. Shahd tu kakak dan Inas tu adik dia.. Alhamdulillah aku ditemukan dengan diorang di awal tahun 2010.. Sewaktu aku di Bristol.. Time tu Inas baru 2 tahun dan Shahd baru nak masuk 3 tahun.. Kedua-duanya baru kehilangan bapa.. dan dijaga oleh ibu mereka..

Tapi aku tak pernah jumpa pun diorg.. Just dapat tahu kabar dan keadaan diorg cukup lah kan.. But this two years of experience hopefully bring us closer..

So awalnya citer dia macam ni.. Memandangkan aku dah came out clean.. So boleh lah aku cakap dengan selesa as YDPA nyer scholar.. Tak yah nak sorok-sorok lagi kan.. Aku sejak sebelum fly, aku dah nekad dan tekad... Aku cakap kat diri aku, kalau aku ada duit lebih, aku nak tolong orang lain.. dan bantu mereka yang memerlukan dan dalam kesusahan.. Aku bukan manusia dan takkan ada sifat keperimanusiaan, kalau aku boleh hidup bersenang lenang tapi ada insan lain yang berjuang dengan nyawanya hanya untuk terus hidup dan juga untuk mendapatkan sesuap makanan.. Tapi aku sendiri tak punya kekuatan sampai ke tahap tu.. Dan apa yang aku boleh bantu ialah dengan menginfakkan sebahagian harta aku untuk membantu mereka dalam apa jua keadaan yang memerlukan..

Dan Alhamdulillah, dengan penganugerahan biasiswa ini.. Allah memberi aku lebih peluang untuk membantu mereka yang memerlukan.. Maka, di awal Mei 2010, aku mencari-cari peluang yang ada dan terjumpa website AQSA SYARIF.. Dalam website tu ada banyak saluran untuk membantu.. dan aku tertarik dengan satu program ni.. Pembiayaan Anak Yatim.. Dalam program ni, pembiayaan harus dijalankan dalam tempoh minimum setahun dan untuk membiayai seorang anak yatim.. Hanya dalam RM170/sebulan bagi seorang anak yatim.. Dan takde la mahal mana kalau diikutkan kemampuan biasiswa yang aku miliki dalam Pound Sterling kan.. So kalau lepas convert.. dalam.. erm.. £35/sebulan.. Yang mana seluar Jeans Timberland lagi mahal kowt.. Dan kalau kat TkMaxx, Seven jeans and Ralph Lauren punya jeans pown takkan semurah tu.. Kalau nak dibandingkan dengan tiket pegi Hasselt or Paris or Amsterdam.. Jauh lebih murah.. Dan secara jujurnya aku pernah keluar makan satu malam ni habiskan duit lebih banyak dari nilai tu.. So kalau hati aku tak terdetik juga untuk memberikan jumlah sekecil itu kepada anak yatim yang memerlukan.. yang kehilangan seorang bapa dan masih tidak mengenal dunia ini.. masih tercari-cari kasih sayang seorang ibu.. Manusia apakah aku ini..

Aku percaya Great power comes with greater responsibility.. Lain orang lain interpretasi mereka.. bagiku mudah.. Mesti ada sebab kenapa aku memiliki biasiswa ni.. dan pasti bukan kerana pencapaian aku, mesti ada sebab lain dan kenapa aku dah bukan 300++ calon lain yang memohon.. Apa istimewa nya aku berbanding orang lain.. Dan yang pasti jawapan itu hanya diketahui oleh Yang Maha Esa.. Kini, aku memiliki kuasa terhadap biasiswa aku dan aku juga memiliki tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. There and then aku decide untuk membantu 2 orang anak-anak kecil ini.. Dan Alhamdulillah, mereka berdua adalah adik-beradik dan dengan jumlah yang kecil ini.. aku dapat membantu sebuah keluarga untuk meneruskan kehidupan.. Aku dapat membantu seorang ibu untuk membesarkan anak-anaknya.. Aku yakin dan pasti aku tidak dapat memahami keperitan dan kesengsaraan mereka tapi jika sumbangan ini mampu meringkan beban mereka.. Aku sudah berpuas hati.. Untuk melihat anak-anaknya membesar.. untuk melihat mereka menjadi wanita muslim yang bahagia dan gembira.. itu harapan aku dan itu doaku.. Kerana aku tahu dan aku yakin, Aku takkan mampu melihat anak buahku sendiri sengsara.. Maka, ape bezanya anak kecil itu dengan anak buahku yang lain.. Mereka tetap kanak-kanak yang tidak berdosa.. takde beza pown.. Masih suci, masih bersih dari dosa.. 

Jika ingin ikutkan hati, aku mahu lakukan lebih lagi.. lebih dari semua ini.. Namun, perjuangan hidupku belum lagi sampai ke situ.. Persediaan perlu dilakukan untuk aku bersedia dengan semua itu.. Bila tiba masanya.. InsyaAllah, aku akan bersedia untuk melakukan lebih dari itu..

Dan melalui program tu, tak semestinya kene lakukan berseorangan.. ada je rakan-rakan aku berkongsi sesama mereka untuk membiayai anak yatim di bumi Palestin tu.. Maka bagiku sekarang ini bukan alasan untuk diri kita katakan yang kita tak mempunyai harta yang cukup dan juga pendapatan yang selesa untuk melakukan sesuatu perubahan.. Persoalannya sama ada nak atau tidak.. Bagiku, pesan ibuku cukup mudah.. Bersedekahlah walaupun sekecil mana pun dan ingatlah pesan Rasulullah, tidak akan papa umatku yang bersedekah.. Siapa kita untuk tidak menidakkan kata-kata Rasulullah.. Itu janji seorang Rasul kepada umatnya... dan janji kekasih Allah itu adalah sesuatu yang benar dan bukan sengaja diada-adakan.. 

Dan melalui pengalaman aku sendiri.. Dengan kita memberi, tidak kira kepada sesiapa jua.. Ianya akan membuatkan hati ini tenang.. dan selalunya bila jiwa ku kacau dan juga gundah-gulana.. Ianya sebagai petunjuk bahawa aku lupa akan tanggungjawab ku dan juga aku lupa akan kesengsaraan insan lain dalam hidup ini...

Banyak je lagi saluran lain yang boleh di'explore'.. dan kepada sesiapa yang  berminat dan nak tahu.. Aku boleh cerita dan share pengalaman yang aku ada.. The experiences and excitements that you get when you know that you're trying your best to help others are simply priceless.. 

No comments: