Pages

Wednesday, 7 March 2012

Apa kata Si dia....

Si dia... rileks-rileks.. si dia dalam konteks ini bukan menjurus kepada sesiapa diluar sana (ke aku sorang je fikir macam tu)... Ni pasal pakcik kesayangan aku la.. Yang menjaga percutian aku tu... aah.. dia la sapa lagi.. Pakcik Paul... So, isnin lepas dia bagi inaugural (ntah betul ke tak aku eja nie) lecture.. Basically lecture nie diberikan selepas dapat professorship kt mana-mana universiti.. Dan dalam tempoh setahun dapat kena bagi lecture on apa yang kita dah buat selama ni la (macam nak bagitau aku buat nie dan nie dan alhamdulillah akhirnya dapat la professorship).. cam gitu la kowt... It is a public lecture.. Menyesal plak tak ajak budak-budak lain tengok.. at least boleh la diorg tau apa guna diamond dan sebagainya.. 

Dan di pendekkan cerita.. lecture dia bagus dan ada banyak demonstration.. memang kalau ada basic chemistry kat foundation pun boleh faham.. Cuma bagi aku, aku terharu sikit ar.. Mungkin bukan niat dia.. dan dia tak perasan pun kowt.. Cuma aku rasa bahagia dan happy.. tersenyum je sepanjang lecture.. Dan yang buat aku terharu bila dia cerita recent progress.. Dia sum up kan semua yang kawan-kawan aku buat dalam satu page jer.. Tapi pasal keje aku dua page dia buat.. dan dua kali dia mention nama aku.. Agak terharu di situ.. Dan macam kelakar jugak pun ada.. sebab tengah khusyuk dengar dan tengok slide.. nampak nama sendiri.. pelik pun ada jugak.. Cuma terharu la, sebab Allah kurniakan dia untuk diriku.. Dan Allah kurniakan projek ini untuk aku selesaikan.. Dan makin aku rasa seronok nak explore macam-macam benda.. Lecture dia secara tak langsung bangkitkan semangat juang aku gak ar.. 

Dan... XD... Bila semalam aku serahkan progress report dekat dia.. Ala yang pasal contradiction tu... Aah, dia baru tau semalam.. Baru je tau... Terus dia cakap, we need to talk about it tomorrow.. Mungkin semalam dia tampak sibuk.. So aku faham.. Lagipun Allah dah sediakan semua ni untuk aku.. Just dance with the flow jer...

Maka hari ni, di pagi hari yang turunya hujan.. Hujan yang memberi rahmat ke seluruh alam.. Sambil menghirup kopi panas.. Aku datang menghampiri dirinya.. Dan memulakan perbualan.. Macam mana dengan contradiction tu.. Saya pun tak sangka benda ni.. Sangat menarik.. Lalu dia pun berkata.. Benar-benar, perkara ini mengejutkan saya.. Kalau betul perkara sebegini berlaku, takde gunanya kita teruskan eksperimen.. Tapi jangan risau, semua data awak boleh dimasukkan dalam tesis (Nope, I'm not worried at all)... Kita kene lihat pada perkara lain pulak.. (Aha, adventure baru akan bermula - aku bermonolog).. Dan mula la aku lemparkan pelbagai idea dan imginasi serta fantasi yang aku fikirkan.. Sambung dirinya - boleh, kita boleh cuba.. Nanti buat pengiraan tu dan kita lihat macam mana.. Kalau ada perubahan yang baik kita cuba secara eksperimen.. Fikirkan cara yang menarik nanti..

Alhamdulillah, kerana diriMu Ya Allah, kerana rahmatMu Ya Allah.. hambaMu ini redha dengan pemberianMu.. Teori manusia tidak semestinya benar.. Kata-kata manusia bukan kebenaran yang hakiki.. Setiap yang dikau ciptakan itu cukup sempurna, bukannya rawak dan juga berterabur.. Semua berlaku mengikut turutan.. Sebagai mana bumi berputar pada paksinya, seperti siang digantikan malam lalu malam digantikan siang.. Penciptaan bumi yang cukup teratur.. Penciptaan alam yang cukup indah.. Semuanya berlaku atas kehendakMu Ya Allah.. begitu juga dalam aspek diamond ini.. Ianya ciptaanMu.. dan telah Engkau tetapkan Ya Allah sifatnya.. Dan diriku sebagai manusia hanya untuk memahami ciptaan dan sifat yang telah Dikau tetapkan...

Kurniakanlah kepadaku akal dan fikiran bagi meneruskan penerokaan ini.. Hati yang tenang dan gembira dalam melaksanakan amanahMu ini Ya Allah.. Rakan-rakan dan keluarga yang membantu dari segala aspek kehidupan dan juga isteri yang memahami intipati perjuangan ini keranaMu Ya Allah...

Aku merasai kewujudanMu.. Dirimu melihat kehidupanku.. Dan setiap perkara yang aku lakukan.. jika ianya untukMu.. Hanya yang terbaik aku perlu lakukan dan seterusnya bertawakal padaMu Ya Allah...Dan kini, dengan nikmat kurniaanMu, aku melihat penerokaan aku dengan lebih meluas.. Memahami setiap intipati ciptaanMu Ya Allah.. 

InsyaAllah, tak lama lagi akan wujud library of electronic properties of diamond with various dopant.. Yang mana ilmu ini akan dapat dimanfaatkan oleh sekalian manusia bagi memahami bertapa indah-Nya ciptaan Allah swt...

3 comments:

gojes said...

suka baca entry zamir kali ni..tak complicated sgt nak fahm..hahaha


kak fizah tujukan lagu ni untuk zamir..

sb bila bca yg tulis "dance with the flow.." sesuai sgt lagu ni

http://www.youtube.com/watch?v=tUBbOkb-8lU

hihi

Zamir said...

eh, tak complicated ek? rasa macam ayat dah cukup pusing dah... XD...

Haha.. tak nampak kaitan pown lagu tu dgn dance with the flow.. hahaha..

Anonymous said...

nice entry.semoga dipermudahkan urusan.semoga ilmu yg ada akan dijadikan panduan utk umat sejagat.well done!