Pages

Thursday, 22 March 2012

Passing the ball...

Start passing the ball.. It is not your game anymore.. For me it sound harsh but that is the reality.. Kita tak boleh nak buat semua perkara dan bukan semua benda milik kita selamanya kerana tiada yang kekal abadi.. So, I'm agreed to pass the ball.. Stop holding it to my own needs or my own desire...

Bila nak berbicara mengenai moving on and time heal.. It is hard.. dan mustahil untuk orang lain memahami perasaan kita.. walaupun rentak alunan pengalaman itu sama namun setiap manusia berbeda dari pelbagai aspek dan pengalaman itu tidak sesekali sama antara satu sama yang lain.. Aku makin mengerti kehidupan ini.. It is not about being perfect, it is not about being the best.. It is about your soul journey and your inner peace.. Jadi sempurna dan menjadi yang terbaik tidak akan membawa ketenangan pada diri  seseorang insan bergelar manusia.. dengan menjadi yang terbaik kita kene jadi terbaik sepanjang masa dan setiap masa (such a stressful life I guess).. 

These few days and week, aku hidup dalam keadaan minimalis.. Tiada FB, tiada apa-apa akaun di alam maya kecuali blog ni dan juga email account.. Tiada lagi smartphone... Nope, stop using blackberry for a while.. It is fun actually... Dalam keadaan begini, baru aku nampak dunia dalam perspektif berbeza.. Aku bukan lagi hamba alam maya yang mana asyik duduk dan tunggu bila la orang nak komen status aku ni.. or ada lagi tak gambar yang tak upload dalam FB ni.. or eh nak tengok apa orang ni buat hari ni la... and such and such.. dan tiada lagi nak asyik text, bbm, whatsapp or pape benda lain tanya kabar kat orang lain.. Nope, mata ni tak lagi tertumpu pada skrin LED, LCD dan sebagainya.. Mata ni lebih tertumpu pada skrin yang lebih besar.. seluas langit dan bumi..

Dalam keadaan ini, mata ini memerhatikan kehidupan sekitarnya.. Menghargai kehidupan yang diri ini hidup sekarang dan berpijak di bumi nyata.. Bukan lagi berterbangan di alam maya, menjelajah melalui gelombang radio mahupun gentian optik.. Bergerak sebagai photon mahupun dalam bentuk tenaga yang bergetar.. Kini jasad ini mengalami kehidupan yang sebenar.. Melihat dunia yang mungkin ramai diantara kita abaikan.. Dengan melihat dunia ini.. aku dapat lihat dan belajar mengenai kesengsaraan manusia, kesakitan dalam erti kata sebenar.. begitu juga kegembiraan dan keseronokan dalam erti kata sebenar juga..

Bila bertanya pada diri ini, berapa lama kita melihat dunia ciptaan Allah ini berbanding dunia maya ciptaan manusia.. Kadangkala kita tidak sedar.. Mata kita melihat dunia ciptaan manusia lebih lama dan terlalu lama berbanding dunia ciptaan Allah.. Adakalanya manusia duduk terperap dalam rumah (ciptaan Manusia) dan melihat skrin komputer mahupun telefon bimbit yang bijaksana (ciptaan manusia jugak) berbanding langit dan bumi ciptaan Allah.. Mereka rasakan mereka mengembara ke sana dan ke mari di alam maya sedangkan semua itu hanyalah ilusi dan boleh dijadikan ilusi untuk menidakkkan ciptaan Allah.. Ianya boleh direka kerana semuanya digital dan maya...

Pabila di tanya soalan sebegini...

Bilakah kali terakhir diri ini duduk di padang yang terbentang luas menikmati keindahan alam?

Bilakah kali terakhir diri ini duduk berbumbungkan langit bercahayakan bintang-bintang?

Bilakah kali terakhir diri ini duduk di tepi sungai melihat ianya mengalir tenang dan deras?

Bilakah kali terakhir diri ini menikmati alunan ombak dan deruan angin di tepian pantai?

Bilakah kali terakhir diri ini mendaki gunung dan menerokai hutan hijau, denai-denai dan flora fauna?

Bilakah kali terakhir diri ini keluar dari rumah dan berjalan serta berpijak di bumi ini hanya berjalan menikmati alam persekitaran tanpa tujuan yang tertentu.. hanya berjalan mengambil angin..?

Dan jika di bandingkan dengan aktiviti lain seperti..

Bilakah kali terakhir diri ini melihat skrin telefon bimbitnya?
Bilakah kali terakhir diri ini melihat akaun-akaun digitalnya (FB, Tweet, etc)?
Bilakah kali terakhir diri ini melihat cerita-cerita yang terpapar di skrin LCD/LEDnya?

dan bilakah kali terakhir diri ini keluar dari rumah selain dari tujuan ke kelas mahupun ke pejabat ataupun ke kedai makan?

Bagi aku.. diriku makin kian terperangkap di alam maya ini.. dan akan ku cuba kurangkan kebergantungan terhadap alam ciptaan manusia ini.. dan jangan terkejut, ada di antara kita yang sanggup katakan dia tidak mampu hidup tanpa teknologi.. tak mampu hidup tanpa internet.. tak mampu hidup tanpa TV dan sebagainya.. Sedangkan kita mampu hidup dengan lebih baik jika tidak bergantung pada teknologi ini.. 

Tak percaya??? Cuba... Try.. Test... Padamkan smart phone anda untuk sehari... Tutup akaun-akaun sosial anda di alam maya untuk seketika.. Just go outside and play.. Just go outside and enjoy your life.. Menikmati kehidupan ini.. Di alam ciptaan yang Maha Kuasa...

There is so much thing to do outside.. To be explore.. To be challenge.. and yet some of us thought that everything can be found in the web.. in the digital world..

No comments: