Pages

Tuesday, 6 March 2012

Diubah hati minggu lalu untuk minggu-minggu yang mendatang..

Semalam baru selesai tengok citer Jujur Aku Dayus (tak silap slot cerekarama beberapa minggu lepas).. Banyak gak ar pengajaran dalam cerita tu... dan setiap manusia akan melihat dan mentafsir dari paradigma masing-masing.. so tak guna nak listkan semua pengajaran tu kat sini.. Nak pegi tgk sendiri.. Tak silap ada jer full version kat youtube.. Aku tgk dari web nie.... Antara ayat paling menarik..
"Manusia boleh berubah jika diberikan peluang untuk berubah"
"Someday I'll make you as my wife"

Dan sehari sebelum tu aku tengok cerita Aku Mahu Terbang (Cerekarama jugak) dan seperti biasa banyak jugak maksud tersirat.. Membawa intipati perjuangan dan kepercayaan terhadap ketentuan Allah.. Semua yang terjadi telah ditentukan Allah.. Lebih-lebih lagi pabila ianya berkaitan dengan kematian ataupun ajal manusia..

Tak dinafikan kedua-dua cerita membawa maksud yang sangat mendalam.. Memberi seribu satu maksud dalam kehidupan dan membawa intipati paling mudah dalam hidupku.. Jangan mengalah dan jangan berputus asa.. Senang untuk diriku berpesan pada yang lain.. Pada rakan-rakanku.. adik-adikku supaya terus berjuang dan jangan mengalah, namun aku tak sedar yang diriku sendiri hampir mengalah.. hampir tunduk pada bisikan syaitan dan hampir berputus asa dengan kehidupan.. Alhamdulillah, kini aku lebih sedar dan yakin pada ketentuan Allah.. Jika perjuanganku ini demi-Mu Ya Allah.. perkataan seperti putus asa dan mengalah dalam perjuanganku tidak sepatutnya wujud.. Jika aku menyakini kebenaran dan kewujudan serta ketentuan-Mu.. Aku sepatutnya terus berusaha dan terus bertawakal dalam setiap perkara.. Berjuang dalam setiap aspek kehidupan dan bukannya berkata tidak sebelum aku mencuba.. 

Dan macam-macam ar lagi boleh dapat.. Pi tgk sendiri cerita tu.. tapi tu bukan tujuan utama post kali ni.. 

Ingat lagi tak.. dah seminggu sejak kejadian tempoh hari.. Pasal fundamental percutian aku contradict antara teori dan juga eksperimen.. Yang mana aku buktikan yang diri aku sendiri salah dan kemudian bila bincang.. aku tak salah pun.. so aku cam salah interpretasi.. Dan bila meeting semalam untuk kali kedua.. Interpretasi aku tak salah pun.. memang contradict.. Cuma kali nie, aku tak rasa sakit.. aku tak rasa perit even yang cakap tu expert dalam bidang nie.. Yes, aku yang buktikan teori tu salah.. tapi kesakitan tu tak dirasai... Alhamdulillah kerisauan pun tak seteruk ahad dan isnin minggu lalu... Tak sesakit tu.. Kali ini lebih redha dan lebih bertawakal.. kerana aku percaya bahawa pabila Allah hadirkan masalah, Dia hadirkan jugak jalan penyelesaian (Ayat nie pun dari cerita Jujur Aku Dayus gak, cuma aku ubah sikit-skit).. Yup.. Kalau masalah ini diberikan oleh Allah padaku.. Aku yakin ianya datang bersama penyelesaian.. Seolah-olah minggu lalu, diubah hati ini supaya lebih bersedia menerima hakikat dan kenyataan yang Dia sediakan untukku..

Tiada guna aku merenung pada pintu kebahagiaan dan kejayaan (teori yang aku sangka tu r) yang dah tertutup.. Padahal Allah dah buka berpuluh dan mungkin beribu (Allah sahaja yang Maha Mengetahui) pintu-pintu lain untuk diriku.. Perasaan kali ni cukup berbeza yang mana minggu lepas aku tak nampak jalan penyelesaian.. Dan minggu ni, Allah membuka hijab dalam diriku.. Menunjukkan pelbagai jalan yang boleh diterokai.. Alhamdulillah... Dia Maha Mengetahui.. Dirinya tahu hambanya tidak mampu menanggung beban-beban tertentu.. Maka Maha Suci Allah membimbing dan membentuk hamba-Nya bagi mampu menanggung ujian yang ditetapkan-Nya... Cukup indah perancangan-Nya.. cukup sempurna.. 

Dan dengan mudah aku menerima hakikat... Teori dan eksperimen aku tidak sehaluan buat masa ini.. Namun apa yang aku lihat sekarang tak semestinya benar.. kerana apa yang manusia nampak tidak semestinya benar.. Dan apa yang manusia rasa itu tak semestinya betul.. Kerana ingatlah kebenaran dan kebatilan itu hanya milik Allah dan Hak Allah Yang Maha Esa... maka jika itu hak-Nya mengapa kita ingin risau jika kita salah.. Kenapa kita nak bersedih jika kita salah.. padahal kita tidak ada hak pun pada kebenaran dan kesahihan ciptaan-Nya..

Alhamdulillah dan syukur ke hadratmu Ya Allah kerana memberikan aku kekuatan dan membimbingku.. Bimbingilah diri ini sehingga aku dapat bertemu dan bersama-Mu di akhirat kelak sebagai salah seorang penghuni syurga-Mu..

No comments: