Alhamdulillah masih diberikan nafas dan akal dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah swt.. Hari ni cukup ceria, menarik dan bersemangat.. Semuanya atas kehendak-Nya.. It was and still is fun to be in the lab.. Rasa 2 ke 3 jam ni masa pass by macam tu jer.. Semoga perasaan ini berkekalan dalam menerokai ilmu Allah ni.. Dah lama rasanya mulut ini tak keluarkan kata-kata I'm willing to do it.. and now I'm doing it..
Jika diimbau suatu masa dahulu.. Maaf jika post-post sejak kebelakangan ni asyik mengimbau masa lalu.. tapi dengan melihat masa lalu, kita tahu kita sedang menjadi lebih baik.. dan akan terus menjadi lebih baik... Penyelia kesayangan pernah berbicara.. mengatakan tidak perlu risau pasal thermionic kit nie.. Nnt ada student PhD yang akan melengkapkannya dan aku guna je nnt.. dan disebabkan cakap beliau, aku akur dan diam... hari demi hari berlalu, student PhD dah menamatkan pengajian tapi kit ini masih terbiar begitu sahaja.. Kemudian wujud perbualan kedua, takpe nnt ada post-doc baru sampai untuk siapkan... dan dah hampir setahun post-doc tu hanya siapkan Field Emission Kit.. Thermionic masih terbengkalai.. Tiba-tiba dia bagi green light.. Zamir cuba try bina kit tu..
Alhamdulillah, hari ni aku cuba memahami macam mana pembinaan benda alah nie.. Jadilah aku mechanical dan electrical engineer kejap.. Bukan yang hardcore punya... Yang basic-basic jer.. start la tgk vacuum flow macam mana.. Distance between stage macam mane.. Akan ada possible short curcuit ke tak.. Pastu jadi material engineer plak.. Tgk bahan mana yang sesuai, expansion bahan, conductivity bahan dari segi thermal dan electrical.. banyak benda yang jargon.. but I'm willing to learn and I'm doing it.. Memang tak dinafikan banyak ketidakpastian dan kerungsian.. Tapi bila sebab belajar itu kerana ilmu dan penerokaan ilmu Allah.. semangat ingin tahu tu lebih senang dizahirkan.. Try tgk dari side view, top view, front view.. Siap lukis plak tu.. tapi biasalah, orang takde seni macam aku nie.. lukis macam cakar ayam.. yang penting aku faham.. Menarik.. dah lama tak rasa into something really deeply.. Semata-mata untuk memahami ilmu tersebut..
Then ubah profession lain plak.. jadi physicist kejap.. belajar pasal laser path.. laser safety dan macam mana nak predict arah laser.. material apa yang absorb laser dan mana yang tak absorp langsung... Akhirnya combine sume knowledge tadi dari laser sampai la ke reactor setup untuk mencapai matlamt untuk hasilkan thermionic emission kit.. I'm learning.. yes I'm learning again.. enthusiasticly.. Thanks pakcik James.. sebab melayan kerenah aku dengan soalan-soalan impromptu..
I'm taking charge of my life now... Dan semuanya kerana ilmu dari Allah untuk manusia... I'm willing to take charge to change and I'm doing it.. Alhamdulillah, Allah Maha Kuasa.. Ya Allah tetapkanlah hati hambaMu ini hanya untuk mendambakan kasih sayangMu, keredhaanMu, mencari dan meneroka ilmuMu untuk manfaat makhluk-makhluk ciptaanMu.. Amin...
Kata-kata pakcik Mann penyelia kawan ku.. aku akui sedikit sebanyak... cuma ditukar dalam konteks yang berbeza.. Ini hidup aku dan aku yang akan mencorakkannya (kata sebenar dia : This is your PhD!!!!).. So penyelia yang aku ada sekarang hanya sebagai perunding.. sama seperti di UTM dahulu.. Berusaha sebaik mungkin untuk meneroka ilmu Allah itu dari pelbagai aspek.. berlainan perspektif.. Ilmu itu bukan semata-mata kimia dan bukan semata-mata engineering dan bukan semata-mata sains.. Lebih dari itu.. I'm willing to learn and use it and I'm doing it now... Kita diberikan akal untuk meneroka demi melihat keagungan Allah dengan lebih mendalam lagi.. bukannya diberikan akal untuk membenarkan sesuatu perkara...
Take charge of your own life and doing it for the sake of Allah.. Nothing more than that.. Just to worship one God and obey His words.. May wisdom and blessing of Him be upon us all..
No comments:
Post a Comment