Pages

Thursday, 22 March 2012

No one being born ready...

Dalam semua aspek kehidupan manusia.. Dari hidupnya anak kecil itu (comelnya satoshi and eryna) sampailah ajal kita semua.. tiada seorang pun akan bersedia.. begitu juga siapa ibu dan ayah kita.. siapa kita.. bangsa apakah kita.. warna kulit kita dan sebagainya.. semuanya telah ditentukan dan kita tidak pernah bersedia untuk jadi white, black or brown.. Never being ready to be boy or girl... 

Maka bila berbicara pasal perkahwinan.. Tiada sesiapa pun pernah bersedia.. Jodoh telah ditetapkan oleh Maha Agung lagi Maha Penyayang.. Siapa kita untuk menidakkan semua itu.. Telah dijadikan manusia berpasang-pasangan dan telah dijadikan isteri untuk melengkapi suaminya dan begitu juga sebaliknya... Namun pabila dibicarakan pada sesiapa pun.. Mustahil ada yang katakan mereka bersedia..

Bagi diriku.. Aku percaya pada percintaan selepas perkahwinan.. (Abes la kene bambu dengan budak-budak UTM nie).. namun aku tidak sesekali menafikan percintaan sebelum perkahwinan.. Dalam Islam sendiri ada sesi perkenalan (kenal mengenali).. Dan dalam Islam sendiri menggariskan sedikit sebanyak panduan dalam mencari bakal suami mahupun isteri.. Yet aku mengaku aku penuh dengan kekilafan dan juga ada ajaran Islam yang aku tidak amalkan.. Kalau nak dibandingkan.. jauh lagi kowt diri ini dari menjadi suami yang berkualiti.. but berbalik pada premis tadi.. Tiada sesiapa pun yang bersedia.. Yes.. kalau nak diungkap perasaan aku sebulan yang lalu.. I want to be stable before settle down.. Tapi bila difikirkan balik stabil tu pown satu benda yang abstrak.. Sampai ada rumah dan kereta baru stabil? Sampai ada kerja dan gaji yang selesa baru stabil? itu bukan ukuran buat masa sekarang.. Jika cinta itu kerana Allah, pasti ada jalan.. Kini kehidupan aku tanpa bergantung sangat dengan teknologi membuatkan aku lebih bahagia dan gembira.. So teknologi dan kepuasan diri bukan lagi kayu ukur pada kestabilan...

Tapi bila berbalik pada premis lain.. Yang mana, bagi ku.. anak dara orang kowt yang ingin dibuat isteri.. Bukan satu isu yang kecil.. bukan satu isu yang mudah.. Penat-penat ibu bapa dia membesarkan dirinya.. Selepas bergelar seorang isteri, terputus hampir semua perkara antara anak perempuan dari ibu bapanya.. Hampir kesemua tanggungjawab beralih pada suami.. Persoalannya.. Ayah mana ingin melihat anaknya menderita.. Kalau aku pun, mungkin aku akan risau.. Ayah mana yang tak ingin melihat anaknya dapat yang terbaik.. dan ibu mana yang sanggup melepaskan anaknya pada orang lain yang langsung tidak dikenalinya sebelum ini.. Kompleks dan bukan sesuatu yang mudah.. Keperitan semasa melahirkan anaknya itu mungkin masih lagi tersemat rapi dalam perasaan Si ibu.. maka bukan mudah untuk mereka melepaskan.. Dengan itu, aku pun tak boleh nak terjah dan terima segalanya.. Perlu ada persiapan dalam melayari bahtera perkahwinan itu...

Maka, bagiku perkenalan sebelum perkahwinan itu penting dan pasti.. Cuma... Aku akui, aku tidak pernah terfikir akan semua ini.. Sehinggalah beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini.. Yup.. beberapa kejadian yang membuka mata ku lebih luas melihat alam ciptaan Allah ini.. Dan aku tak perlu takut untuk memilih jalan ini kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.. Cuma untuk mengumpul keberanian untuk memulakan sesuatu perkara itu yang kadangkala membantutkan pelbagai perkara..

Jika ingin kata diriku tak bersedia.. 1001 alasan boleh diberikan namun jika permulaan ini mampu membuatkan hidupku lebih bermakna.. Maka tak salah untuk aku mengambil jalan ini.. Jadi macam puisi Road not taken la plak.. hahaha...

Secara jujur aku tidak mengharapkan apa-apa.. Mungkin jentikan hati yang mengatakan inilah yang terbaik untukku sudah mencukupi.. namun untuk mendapatkan jentikan hati bukan perkara yang mudah.. Lagi-lagi pabila sudah sekian lama aku memendamkan perasaan pada diriku sendiri.. Memang benar, kini aku lebih mudah mengekspresikan perasaan namun bukan mudah untuk menjadi seperti dahulu.. I'm opening my heart to any possibilty.. How much could I take.. I will never know till I cross the bridge.. because we are never born ready...

3 comments:

Anonymous said...

saya tujukan link ini khas buat awak yang jauh di mata tetapi dekat di hati

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2403-apa-khabar-jodohku.html

- from Ox with L.O.V.E

Anonymous said...

ekhemmm... tuuu diaaa...

I N D E P E N D E N T nyeee org kat atas ni..

zamir, moga dapat cecepat
"jentikan hati" tu.. :)

p/s: btw, to anon kat atas syok jugak link tu ye..

k. hyda

Zamir said...

haha... kak hyda.. jentikan tu susah sket ar.. bukan semudah abg taufeek tgk no cina yang salah no tu.. hehehe

Jauh di mata dekat di hati ek.. Semoga yang terbaik sentiasa menjadi milik kita semua..