Pejam celik pejam celik, esok genap la dua tahun di bumi Bristol ni.. Tanggal 3 April 2010, ditemani gerimis pagi, kaki ini menjejakkan kaki ke bumi yang asing.. Masih jelas dalam ingatan semua perkara yang berlaku.. Kini.. 2 tahun sudah berlalu.. gerimis atau tidak esok hari.. Hanya yang Maha Kuasa mengetahui akan ciptaan-Nya..
Yang pasti, Alhamdulillah hari ini berjalan dengan baik.. penamat kepada tahun ke-2 berjalan dengan lancar.. Eksperimen disiapkan dengan baik, jogging at the Downs, then sempat main volleyball sket.. tak sangka leh terserempak dengan the gurls.. Anyway, today went well.. Makan malam Portugis style salmon steak.. A good dinner to end this year.. Nak kata ada resolusi atau tidak.. Biar minda separuh sedar yang tentukan.. At the moment I'm happy with my life.. Feeling alive.. but can't deny.. I'm missing people in my life.. Yeap, aku selalu ingatkan orang lain bahawa yang datang pasti pergi.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. It is sad but it keep you strong day by day... Especially the one you love and the one you care.. It is even hard when sometimes you care for them but you can't reach out.. or they just didn't understand or even get it... Aduh, ape aku merepek tetibe ni.. Shoosh.. Shoosh... Ni sume mainan perasaan tetibe plak.. Pi main jauh-jauh..
But indeed there is a reason behind it.. Sedar tak sedar sebenarnya Solat tu banyak memberi impak dalam kehidupan manusia.. I'm not sure whether other people felt the same way.. Tapi buat diriku, memang aku dapat rasakan yang solat itu mencegah kemungkaran.. Bila kita ikhlas sujud dan tawaduk kepada Allah.. Jarang sekali hati dan perbuatan ini menghampiri pada kemungkaran.. Tapi bila waktu solat dilengahkan, adakalanya tertinggal.. dan bila tahap khusyuk itu berkurangan.. Makin dapat aku rasakan banyak kemungkaran yang telah aku lakukan.. Lebih mudah untuk aku lakukan kemungkaran pabila sikap amik mudah terhadap solat mula menular dalam diriku.. Dan perasaan yang aku rasa sekarang.. Suddenly felt this crush feeling, lovie dovie and so on due to that.. Lagi-lagi bila takde asas nak pikir pasal benda ni pown.. Ni sume mesti sebab dah start balik habit lengahkan solat subuh dan solat asar.. Dah la time tu time malaikat tukar shift.. Mana lah tak jadi pelik perangai aku.. Pi lengahkan solat n menyusahkan malaikat nak bawak amalan aku naik ke langit je kan..
So disebabkan tu banyak la perangai pelik aku start buat balik.. start la usha gambar-gambar lama.. tengok-tengok rumah.. Mengimbau kenangan lalu.. Rasa rindu dan sebagainya.. Sedangkan selama ni tak rasa pown benda tu.. Selama ni fikiran tenang jer.. Takde nak fikir benda mengarut cmni... So, kene start balik.. jaga solat dan juga jaga amalan lain.. Semua ni hanya peringatan yang aku start nak jadi macam dulu balik.. Amek mudah dengan amalam harian aku.. Zamir... zamir.. ingat balik.. ko dah 2 tahun kat sini.. makin hari bukannya ko makin tua... makin hari bukannya ko makin matang.. makin hari bukannya ko makin cemerlang tapi sebenarnya makin hari makin dekat ko dengan saat kematian ko.. Setiap detik berlalu, semakin hampir dirimu dengan ajalmu.. So sampai bila nak lengahkan solat dan jugak tak jaga solat dengan baik.. Ingatlah bahawa dunia ini sementara dan semua yang ada dalamnya tidak kekal.. Dan ada sebab kenapa ramai yang katakan solat itu tiang agama dan agama Islam itu adalah cari hidup yang paling baik.. maka solat itu adalah asas kepada cara hidup yang terbaik...
Peliharalah solatmu.. kerana dengan solat itu ianya akan mencegah segala bentuk kemungkaran.. Didiklah dirimu kembali untuk taat dan patuh pada perintah-Nya.. You walked that path before and you will do it again.. and this time, it will be better.. Kemanisan solat itu manis dan indah.. Ianya antara nikmat yang tertinggi dalam dunia ini.. Jadikanlah tahun ke-3 ini merupakan permulaan yang baik dalam hidupmu...
Selamat ulang tahun... XD
6 comments:
So true. Baru baca pasal mengapa solat tidak khusyuk. Antaranya, gerakan solat terlalu pantas, membaca terlalu cepat, tidak fokus pd perbuatan dan pembacaan, and finally niat ingin segera habis solat. Wallahu'alam.
Nak cepat abes solat tu paling selalu berlaku. Lagi-lagi kalau solat kat tempat umum macam dalam lab and dalam seminar room..
U ingat kat i kewww
xpayahla...kita kan leh jumpa slalu...
Auwwwwwwwww
-gojes
nak sangat jumpe selalu... nnt rasakan bertapa annoying nyer saya after the 72 hours of seeing my face... hahahha..
Menyampah!!!!!!!!!
-gojes
eh belum spent 72 hours dah menyampah.. cmne nak spent 72 hours nnt.. hahahha..
Post a Comment