Pages

Sunday, 4 March 2012

Tekun dan Tenang...

1.00 pagi semalam jika diimbau seminggu yang lalu.. merupakan masa dan ketika aku mungkin cuba untuk memusnahkan diri ini... waktu dan ketika itu, hanya Allah saja mengetahui perasaan di hati ini.. Hancur luluh dan sebagainya... Linangan air mata terus mengalir hingga ke pagi... Alhamdulillah aku bersyukur.. kerana petunjuk-Nya.. kerana kasih sayang-Nya pada diriku.. Dia memberikan aku peluang dan cabaran ini untuk meningatkan kembali amanah ku sebagai khalifah di muka bumi ini.. Sentuhan-Nya cukup halus.. Pemberian-Nya memberikan seribu satu makna dalam kehidupan ini..

Aku sering kali berdoa untuk dijadikan insan yang lebih tenang dan tabah dalam kehidupan... Meminta apa yang terbaik buatku dan hindarkan apa yang memudaratkan diriku.. Adakalanya aku berdoa jika percutian ini tidak baik untuk diriku.. Tunjukkan la Ya Allah... Dan bagiku, Allah itu Maha Kuasa dan ada caranya untuk dia memakbulkan  doa hambanya.. Setiap tindakannya tiada siapa yang tahu mahupun dapat menduga.. Keindahan kuasanya cukup indah.. Lihat sajalah pada Al-Quran... setiap bahasa, kata-kata dan penyampaian.. cukup indah... cukup segalanya.. Maka aku percaya untuk Dia memakbulkan doa hambanya... Ianya dilakukan dalam keadaan yang cukup indah dan sempurna... Kerana Allah cantik dan suka pada kecantikan... Jika hamba-Nya meminta untuk dijadikan sabar dan tabah.. maka Allah akan mencipta peluang untuk hamba-Nya menjadi lebih tabah dan cekal... Dan aku rasakan kini Allah memberikan aku peluang untuk jadikan percutian ini baik untukku... Itu hanya rasa dalam diriku dan kebenaran hanyalah milik Allah.. Ya Allah, tunjukkanlah jalan yang benar dalm hidupku dan bimbinglah diri ini dengan jalanmu Ya Allah.. Tetapkanlah hati ini untuk mendambakan keredhaanMu Ya Allah...

Aku rasakan jika hatiku ini tidak disentuh seminggu yang lalu, maka aku dapat lihat percutian kali ini bukanlah sesuatu yang baik untukku.. Namun, Dia lebih mengetahui segalanya.. Dia yang lebih tahu akan hidup aku dan perancang kehidupanku.. Dan dengan memberikan aku cabaran tempoh hari.. Alhamdulillah, perspektif percutian dan diri ini berbeza dengan sebelumnya... Hati ini lebih tenang... dan berserah kepada-Nya..

Dalam setiap perkara... Diri ini, kini akan lakukan dengan sebaik mungkin.. Dengan bersungguh-sungguh namun di akhirnya meletakkan Allah dan sifat tawakal bagi melengkapkan kepercayaan pada kuasa Allah.. 

Dan pagi ini aku berada di posisi dan kedudukan yang sama seperti minggu lepas.. Cuma, kali ini aku lebih tekun dan lebih tenang.. InsyaAllah tiada lagi kerisauan dan ketakutan kerana aku yakin dan percaya Allah akan sentiasa menemami hamba-hambanya.. Dan jika apa yang aku minta baik untukku, maka apa yang berlaku insyaAllah baiklah untukku...

No comments: