Pages

Wednesday 29 February 2012

No more Magic Hand...

Kembara mengenali diri diteruskan lagi.. Pencarian dan refleksi terus dilakukan.. Demi melentur identiti pada insan bergelar Zamir.. bukan identiti di mata manusia tetapi identiti diri di mata Penciptanya.. Tuhan sekalian alam.. Allah swt.. Mungkin pada usia 20-an ini baru empunya badan sedar dan menerima hakikat dunia ini sementara dan we are not going to leave this world alive.. Dan semuanya hanyalah sementara.. Tiada apa dalam dunia ini kekal selamanya.. Mungkin ramai yang hafal akan rukun Islam dan rukun Iman namun tidak semua memahami dan meletakkan kepercayaan padanya.. kerana apa yang kita percaya ditonjolkan.. dizahirkan dalam tabiat dan kehidupan seharian... Jika kita semata-mata berkata percaya pada hari kiamat namun perbuatan seharian tidak penjurus pada kepercayaan tersebut maka kita tidak mempraktikan kepercayaan tersebut.. dan ianya hanyalah sebagai sebutan di mulut...

Kesedaran ini membawa kepada kepercayaan dan keyakinan diri ini buat masa sekarang.. Diimbau kenapa hatinya tidak setenang dahulu dan tidak secekal dahulu.. Bukan niat diri ini untuk kembali ke zaman lalu.. kerana tidak guna mengenang sejarah dann aku akui zaman lalu penuh dengan kejahilan dalam hidup ini.. namun ada juga pengajaran dan juga pengalaman yang mampu digunakan untuk melentur identiti pada masa kini.. Jika diberi peluang, aku tak mahu pulang ke zaman-zaman gelapku dulu... Namun dalam zaman kegelapan itu, wujud sinar keikhlasan dalam beberapa perkara.. yang mana ianya makin hanyut dan luput disebabkan kata-kata manusia..

Perjalanannya bermula begini.. Suatu masa dahulu, Alhamdulillah dengan izin-Nya, setiap kali melakukan sesuatu eksperimen, tangan, badan dan jasad ini seolah-olah menari dan bergerak dengan alunan, rentak eksperimen tersebut (bunyi macam tak masuk akal tapi ianya berlaku).. Tiada persiapan yang rapi dilakukan.. bak kata dunia saintifik yang sekular.. tiada sistem dan tidak sistematik sebelum melakukan eksperimen.. Tetapi semasa melakukan, seolah-olah badan ini mengikut rentak dan pada pandangan orang lain ianya penuh bersistem.. Dan, sampai ke satu tahap, ada yang mula melabel "Zamir tangan ko nie tangan emas ke ape.. Pegang sume benda jadi, buat sume benda jadi.. tak pernah tak jadi... kiteorang punya la try dua or tiga minggu, ko datang buat sekali jer tak sampai 1 hari dah jadi"... Dah lebih kurang macam citer mitos Greek la plak kan.. Di waktu itu, perasaan yang ada hanyalah untuk membantu dan menolong rakan yang lain.. Di saat itu, setiap eksperimen dilakukan kerana sifat ingin tahu dan penerokaan terhadap ilmu yang bermanfaat. Masih segar di fikiran, sewaktu melakukan extraction of slag, niat di hati untuk memanipulasikan bahan buangan untuk menjadi bahan termaju bagi mengurangkan kos bahan tersebut.. supaya lebih ramai boleh membelinya untuk tujuan penyelidikan.. Ada juga pada satu masa yang lain.. Menggabungkan bahan termaju dengan foto-pemangkin bagi merungkai dan memusnahkan bahan yang berbahaya terhadap ekosistem Malaysia.. Semua kerja dilaksanakan atas dasar untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk manusia dan juga makhluk ciptaan Allah.. mudah.. tidak pernah diri ini terperangkap dalam kata-kata manusia seperti Magic hand, Gold hand dan sebagainya...

Alasannya pun mudah.. Pada waktu dan ketika itu.. semua perkara dilihat dari aspek pencarian ilmu, dan tiada matlamat khusus terhadap pencarian tersebut.. Masih mekar dan jelas lagi di mana, setiap kajian yang dilakukan.. Diberikan perhatian yang khusus.. Tidak cukup dengan 1 lab, 2 lab diterjah dan akhirnya sampai 3 lab digunakan serentak.. Kalau nak difikirkan akal manusia dan kekuatan manusia.. Ianya hampir ke arah sesuatu yang mustahil.. Dan.. masih ingat lagi teguran dari kedua-dua penyelia " Dah la tu Zamir, awak dah boleh berhenti buat lab work dan mula menulis, dah cukup untuk tesis awak tu".. Dan balasku ringkas " Takpe lah Dr, tesis tu saya tulis jugak nnt, tapi sekarang nie tgh seronok tgk sume benda nie".. Boleh la plak aku cakap tgh seronok tgk semua benda nie... Padahal ramai je pada masa tu stress, depress dan macam-macam lagi on their project.. dan aku boleh cakap seronok.. N Chien Wen, ingat lagi tak, seronok giler time kite try to devise new approach untuk your project.. It is an awesome experience.. rasa hampir 3 minggu jugak kita try kan... I'm so happy waktu tu.. Try and error, try teroka benda baru just dari such a simple theory.. and you keep saying sorry and really sorry sebab took my time away.. drag my project and so on.. but I keep saying its okay.. I'm having fun.. 

Maka bila dilihat setiap tindakan itu membawa kepada pemahaman terhadap ilmu dan juga terrungkap nyer perkataan I'm having fun... Mungkin dari situ lahirnya istilah keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara.. Sebab keseronakan hanya datang pada hati yang tenang tanpa diterjah kerisauan.. dan dalam mengecapi hati yang tenang, perkara yang kita lakukan perlulah bebas dari sebarang kerisauan kerna jika kita percaya dan yakin bahawa Allah itu Tuhan sekalian alam, tidak perlu untuk kita risau.. dan tidak ada sebab untuk kita risau jika benda yang kita lakukan itu baik dan membawa kebaikan..

Dan bila melihat keadaan ku pabila berada di sini.. Aku makin terasa bahang sekularisma... Setiap tindak tanduk harus berasaskan rationality.. bukannya kepercayaan pada kuasa Allah.. Di situ lah masalah bermula.. kehidupan ku semakin hari semakin menjadi self-centred... Ya aku akui aku cakap makin ramai rakan di sekeliling ku menjadi self-centred tanpa ku sedari diri ini berubah dengan lebih pantas... Setiap kali melakukan penyelidikan, aku akan melakukannya sebab inginkan data yang complied dgn teori... Ini salahku... Ini kesalahan pertama.. Mungkin kerana kagum dengan penyelia dan rakan-rakan di sini, aku lupa, aku alpa dengan keagungan dan kehebatan Yang Maha Mengetahui... Pabila aku terperangkap dalam paradigma sebegini, setiap hari aku cuba membuktikan anggapan mereka betul.. Cuba mendapatkan data yang terbaik.. Merancang dan terus merancang.. Badan aku tidak lagi mengikut alunan rentak eksperimen.. Aku memaksa eksperimen mengikut rentakku.. Dan hasilnya... Aku mula hilang arah, tujuan dan sebagainya.. kerana aku tidak lakukannya demi ilmu, demi membantu manusia lain, demi memahami akan Penciptaku.. Aku lakukan demi diriku sendiri, untuk membuktikan diriku sendiri, dan sampai satu tahap, aku sendiri dirasuk dengan suapan manusia biasa.. "Ala Zamir, ko kan ada magic hand.. semua yang ko sentuh mesti jadi la... nanti kalau jadi cnfirm menang hadiah nobel".. Bila rasukan ini mula meracuni badan.. Jadilah aku manusia paling self-centred dalam sejarah hidup aku.. Setiap usaha aku dambakan hasil.. setiap perkara yang aku lakukan, aku inginkan kebaikan pada diriku dahulu.. Tiada la perkataan I'm having fun terpacul dari mulut ini.. Tiada.. None... Dan apabila keadaan ini digabungkan dengan ilusi dari post sebelum ini.. Hiduplah aku dalam dunia kegelapan.. Kemahuan jasad, naluri, rohani dan semuanya tidak dipenuhi... Mengeruhkan lagi keadaan diri.. Tidak wujud pun sekelumit perasaan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.. malah diri ini menjadi terlalu oppurtunist, rebellious dan ingin membuktikan bahawa diriku betul dalam semua aspek... Seolah-olah aku lupa pada Penciptaku.. Nauzubillah....

Say no more to all of this...
No more to Magic hand
No more to Gold hand
No more in trying to prove myself to other humans
No more.... full stop...

Alhamdulillah.. Bila aku sedar akan semua ini, persepsiku mula berubah.. Tiada lagi expectation harian dalam percutian kali ini.. Dan setiap eksperimen yang dilakukan.. dilakukan dengan penuh minat dan kefahaman.. bukan berlandaskan teori manusia dan keinginan untuk membuktikan teori manusia.. Teori dari manusia bukanlah sesuatu yang benar dan mutlak.. mudah.. simple.. full stop..

Hanya Allah yang memiliki kebenaran dan Hanya Dia yang Mengetahui kebenaran dunia ini.. Hiduplah demi Allah, hiduplah dengan melakukan kebaikan dan hiduplah kerana hari akhirat... Percutian, Eksperimen dan sebagainya bukanlah dilakukan untuk membuktikan diri sendiri.. tetapi untuk mendapatkan keredhaan dari Yang Maha Suci...

Dont get too serious in this life because no one going to leave this life ALIVE!!!!...

2 comments:

gojes said...

PhD is a process of learning la mir..walaupun kecundang bila buat eksperimen...tp ada lesson yg boleh dipelajari bukan? apa2 pun segala pekerjaan yg kita lakukan bila disertai dengan niat kerana Allah..insyaAllah dipermudahkan Allah juga...

antara terjemahan ayat dalam surah al-insyirah "setiap kesukaran pasti ada kemudahan".

kak fizah doakan semoga zamir terus berjiwa kental menamatkan percutian hujung dunia ni! go go go zamir!

Zamir said...

Betul tu gojes..

Cuma pabila kita tak meletakkan Allah sebagai kuasa mutlak dan tertinggi.. kita lupa akan kewujudannya dan hanyut dalam dunia material..

Hidup ini bukan sekadar paper Science, hadiah nobel dan professorship.. Lebih dari itu.. ilmu bukan untuk dizahirkan dengan material tapi disampaikan untuk memanfaatkan makhluk Allah.. untuk mencari keredhaan-Nya...

Semoga kita semua beroleh ilmu yang bermanfaat tidak kira dalam apa jua bentuk kerana penilaian manusia bukanlah kayu ukur ilmu di dada..

Akan diri ini panjatkan doa agar kita semua mendapat rahmat dan petunjuk dari-Nya dalam segala aspek kehidupan..