Seronok hidup ni bila kita dapat tau yang orang lain selesa disisi kita.. Orang lain seronok disamping kita.. Tapi camne nak tau orang lain seronok atau tak.. selesa atau tak di sisi kita.. haha.. to soalan cepumas.. takkan la nak pi tanya ko selesa ke di sisi aku nie.. haha.. mau kene cop giler ke ape...
Kita takkan tau melainkan empunya badan memberikan body language dan multiple sign.. Tapi kadang-kadang sign tu pown boleh di salah ertikan.. tapi aku bersyukur at least aku rasa diri aku masih mempunyai kudrat untuk membantu orang lain.. Teringat balik moto time VIRCS dulu.. Selfless service... Mak pown selalu pesan buat baik kat orang lain.. Ingat kebaikan orang kat kita dan lupakan kebaikan kita pada orang.. sebab bila kita lupakan kebaikan kita pada orang.. kita akan sentiasa berbuat baik pada semua orang.. sama rata..
Tak dinafikan.. dalam diri aku sendiri.. aku rasa lega, tenang dan seronok bila dapat bantu insan lain.. Cuma kadang-kadang tu.. or .. erm.. selalunya aku over did.. dan bahana dia kat diri sendiri.. but itu cerita lain.. cuma setakat ni takde la sampai effect hidup aku sangat... As long aku dapat tengok orang yang aku sayang senyum cukup la kan.. as long orang yang aku sayang happy dan bahagia.. semua tu dah cukup baik untuk aku.. The smile meant a lot to me... Lepas tengok senyuman tu, penat dan semua benda lain tu hilang terus ar.. but somehow sejak kebelakangan nie susah sikit nak tengok senyuman tu.. but that doesn't stop me doing what I do best.. helping people in need tapi dalam ruang lingkup kapasiti aku..
Dan mak pown penah berpesan.. be a man of your own words.. Orang yang mungkir janji tu munafik.. So jangan sesekali berjanji kalau tak boleh nak tepati.. So aku hanya berjanji yang aku yakin aku boleh tepati (tapi semua atas kehendak Allah jugak).. Kita hanya mampu merancang... Minggu ni dah start rasa bahang dia dah.. badan ni dah start sakit-sakit,, maybe sebab tak cukup rehat dan buat kerja berat kat lab kowt.. Kalau dapat cari orang yang leh urut belakang ni ok jugak.. sebab dah start rasa sengal-sengal badan.. and I have a hectic weekend coming up.. Boleh ke? boleh tak boleh kita cuba.. buat sebaik mungkin.. sebab semua nie aku buat untuk orang lain dan bukan untuk kepuasan diri aku semata-mata.. Bare with me a little longer okay my precious body... We are going to get there together in one piece...
No comments:
Post a Comment