Alhamdulillah, hari kedua lebih baik dari hari pertama.. dari segi cuaca la dulu kan... hujan berhenti seawal 7 pagi.. Plan hari ni pegi ladang tulip dan lepak-lepak centre.. As usual, plan aku lite and lazy.. seperti unsur-unsur yang diterapkan semasa percutian kat Langkawi tempoh hari... Memerhatikan gerak laku manusia sambil mengamati ciptaan Ilahi... Sesudah sampai kat ladang tulip.. banyak tulip yang tak kembang lagi.. Aku bukan peminat bunga sangat pown.. So aku lebih kepada memerhatikan landskap dan panorama-panoram yang sedia ada.. Bila, ada pameran pasal Poland, seronok gak ar, sebab memang nak pegi Warsaw nanti cuma tak pasti bila.. Bila dengar pasal Marie Curie.. teringat pasal kisah hidup dia.. Gigih kowt tapi kesian ar sebab akhirnya dia mati sebab radioaktif sendiri.. All in all, kepada peminat bunga memang heaven untuk diorang tapi bagi aku bila dok atas windmill, seronok dan nyaman jer suasana.. Tenang.. itu perasaan paling senang nak digambarkan..
Lepas tu, balik ke central, layan makanan melayu sket.. Cuma sesat sekejap ar.. patutnya pegi kiri aku bantai pegi kanan.. tapi bila dah sesat lagi adventurous.. hilang dah konsep lite and lazy.. Bila dah sampai kedai.. abes tala sume jenis makanan.. dari roti canai sampai la ke mee kari.. Overall makanan dekat sini mahal sikit ar dan public transport kene bijak.. kalau tak bijak puluhan Euro boleh abes begitu saja.. Tak mustahil boleh mencecah 40 ke 50 Euro kalau tersilap langkah...
Dah abes makan jalan-jalan sekitar perkarangan museum sambil melihat gelagat-gelagat manusia kat sini.. Sekarang barulah aku perasan setiap masyarakat di sini mempunyai rupa paras dan bentuk muka berbeza.. Sebelum ni penah dengar tapi tak perasan la pulak... dah penat-penat berjalan.. ada satu part tu lalu lah sebeleha coffee shop dia.. fhuh.. mau memang nostalgia la.. bau ni selalu dapat rasa dekat rumah lama jer.. Cuma kali ni lagi intense dan lagi power kowt.. Rasa kalau dok sedut 3 4 minit leh high and jadi ting tong.. patut la tengok muka sorang-sorang.. baik yang makan sandwich atau menikmati brownies.. sume muka dah stim jer.. dah mula high la tu.. Banyak gak coffee shop dia.. ada kat kawasan yang bertumpu dan ada jugak kat penjuru-penjuru kedai lain..
All in all, hari kedua sinaran matahari banyak membantu untuk memahami bentuk muka bumi dan jugak kebudayaan masyarakat sini.. Kebudayaan apa, biarlah aku sorang yang memahami... But moral of the story.. Ttbe rasa kene ada banyak duit dan kaya-raya.. So boleh pegi satu dunia dan melihat satu dunia.. pastinya dengan famili ar.. bawak anak-anak mengembara bagai.. Ala-ala famili time la.. Serius skang nie dalam keadaan tengah jeles dengan orang-orang yang berada and dah travel sana sini.. Padahal sebelum ni ok jer.. semalam plak ttbe rasa kene ada banyak duit untuk pergi lebih jauh lagi... Tapi untuk keluarga kan.. apa salahnya...
2 comments:
I second your thought pasal duit and bawak famili pegi mengembara dan lebih jauh....
:)
Yup.. mendidik keluarga melalui pengalaman.. Been there and would love to do it again with my own family..
Post a Comment