Hari ni 3 April... Maka mulalah pengembaraan baru dengan langkah kanan (supaya lebih berkat kan).. Bangun-bangun pagi siap-siap dan sarapan dengan telur separuh masak dulu... Bila dah kenyang perut, makin suka la hati ni kan.. Seperti biasa, mula menyusuri jalan-jalan yang biasa aku susuri.. cuma kali ini, lebih tenang dan nyaman.. sunyi dan sepi, tiada lagi bayangan manusia mahupun lautan manusia.. Mungkin sebab cuti easter dah bermula, so budak-budak (budak la sangat kan) undergrad dah takde kat Bristol ni.. Ala, pre-summer time.. Aku suka keadaan macam ni, hanya deruan angin yang kedengaran.. Buatkan aku lebih menikmati pagi ini.. Mindaku lebih terbuka, lebih banyak perkara yang mampu aku cernakan dan luahkan dalam fahaman aku sendiri..
Langit yang terbentang luas mengingatkan aku lagi tujuan aku berada di sini.. Kalau dah ada anak, 2 tahun ni, dengan usia kanak-kanak 2 tahun, tumbesaran yang pesat pasti berlaku.. Dan bagiku, tumbesaran yang pesat dapat aku perhatikan dalam diri aku sendiri.. Dari tak tahu nak bina reaktor sampai la tahu nak selesaikan masalah.. dari tak tau vacuum pump ada macam-macam jenis.. sampai la boleh cerita kat orang lain kenapa berbeza dan fungsi setiap satu... Dan yang lagi aku rasa bersyukur pada Allah kerana memberi aku peluang untuk memahami simulasi-simulasi komputer yang aku laksanankan selama ini.. Bayangkan dari aku tak tahu langsung pasal bahasa komputer apatah lagi nak hasilkan data-data yang berfungsi dalam prediction of diamond semicondcutor properties.. Kini, aku mampu bercerita sedikit sebanyak dan yang lebih menariknya.. Aku mampu hasilkan data-data tu sendiri..
Dan ianya membuatkan aku berfikir.. tumbesaran manusia bukanlah dalam lengkungan sigmoid semata-mata sepertimana yang kita belajar dulu di Tingkatan 4 dan 5.. Yang mana tumbesaran manusia paling pesat semasa kanak-kanak dan mula berkurangan bila usia kita meningkat.. Bagiku, keupayaan manusia just limitless.. cuma ada limitasi terhadap kehendak Allah itu sendiri.. Cuma, dalam kapasiti manusia, keupayaan kita untuk belajar benda baru just as limitless as it could be.. sama ada kita nak atau tidak.. itu jer.. Kalau kita senaraikan seribu satu alasan dalam hidup ni, memang sampai bila-bila pun kita takkan cuba dan belajar untuk menerima sesuatu perkara..
Walaupun otak manusia bukan sejenis otot tapi itu tidak menidakkan ia yang ianya boleh dilatih.. Dengan melatih otak manusia, jaringan neuronnya akan makin meluas dan juga bersambung antara satu sama yang lain.. (nie dah jadi macam iklan susu untuk budak-budak la plak)... Ada kajian yang mengatakan manusia hanya boleh akses otak mereka sebanyak 12% sahaja.. tapi I would say 12% at a time.. mungkin.. tapi itu kajian manusia dan tak semestinya benar kan.. namun kalau hanya 12% pada satu masa pun.. dah cukup sebenarnya.. Cuma, malangnya, aku sendiri acap kali menggunakan otak untuk membina alasan dan bukannya untuk berfikir.. Dengan memberikan alasan, otak manusia akan berhenti setakat tu jer dan takkan fikir dengan lebih jauh..
Aku tak pasti orang lain tapi bagi aku sendiri.. Bila aku mula berfikir.. Aku dapat rasakan sendiri, satu benda akan berkait dengan benda yang lain.. Sensasi atau perasaan tu seolah-olah aku dapat rasakan yang sebahagian dari neuron dalam otak aku berusaha untuk mencari neuron lain yang menyimpan maklumat aku inginkan.. seolah-olah dapat rasakan gelombang elektromagnetik tu bergerak dari satu tempat ke tempat lain.. Ala macam dalam citer jimmy neutron tu.. lebih kurang macam tu ar..
So bila dah masuk Tahun 3 ni, aku percaya lebih banyak cabaran dan juga benda baru yang perlu aku fikirkan serta selesaikan.. I'm looking forward.. yup.. tak sabar rasanya .. excited pown ada jugak.. n dalam lab pagi tadi dah terlebih excited.. boleh plak main lompat-lompat sambil bermain-main dengan hot plasma... Aku tau dah aku pasti mesti ada lagi kisah-kisah sedih yang bakal menimpa untuk tahun ini.. Bukan aku mintak tapi itu lumrah manusia dan juga ujian dari Allah.. macam mana aku hadapinya.. aku sendiri tak pasti dan bila tiba masanya, aku yakin dan percaya Allah akan sentiasa turunkan ujian bersama penyelesaian untuk hambanya.. Till then, let me do my best in this life while waiting another life knocking at my doorstep..
No comments:
Post a Comment