Pages

Friday, 13 April 2012

Dia akan hadir bila diri ini percaya dan yakin padaNya...

Adakala aku risau mengenai status kewangan dalam hidupku.. bukan sebab tak cukup untuk aku meneruskan hidup tapi kerana aku tak mampu memberi dan terus memberi kepada insan lain yang lebih memerlukan.. Jika nak kira perbelanjaan untuk diri aku.. InsyaAllah cukup untuk meneruskan hidup ini.. Dan bila diri ini makin resah kerana kekurangan itu.. Pertolongan dan perancangan Allah itu cukup sempurna.. Di sebalik kerisauan aku semalam selepas membeli barang-barang keperluan untuk beberapa program yang mendatang.. Cantik dan tersisip rapi sampul surat di sisi komputer riba ku.. Dalam keadaan tertanya-tanya aku terus membuka sampul surat tu dengan cermatnya... Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi.. Tulisan kemas menunjukkan cek yang bernilai £390 menjadi milikku.. Dikau Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.. Dalam saat aku mula risau dan tercari-cari sumber lain dalam melaksanakan amanah terhadap hidup ini.. Dikau terus berada di sisiku dan tak pernah sesekali dikau pergi meninggalkan aku bersendirian..

Dalam tak sedar, bergenang jugak la air mata ni.. RahmatMu sangat besar dan rezekiMu sangat luas.. Tak pernah sesekali aku berasa ragu-ragu dengan kata-kata kekasihMu.. yang mana orang yang bersedekah itu takkan papa.. Jika dibaca dan dilihat secara zahir dan logik akal seolah-olah tidak logik.. Namun rahmatMu adalah urusanMu Ya Allah.. dan aku sebagai hambaMu hanya mampu bersyukur dan tidak sesekali lupakan akan rahmat, rezeki serta kehendakMu... Semoga diri ini tidak mudah alpa dengan nikmat ini dan semoga dikau terus merahmati nikmat pada diriku dan jadikan diri ini sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur...

InsyaAllah dengan duit kali ini.. semoga lebih ramai lagi yang akan mendapat manfaat darinya... Semoga ianya menjadi pencetus kepada kebaikan-kebaikan dan juga semoga ianya menjadi sesuatu yang bermanfaat buat insan lain dan juga buat diri ini...

Sama saja dalam bidang ilmu.. proses bersyukur dan memberi tak terhad hanya kepada harta semata-mata... Itu sebabnya dalam Islam, perasaan bersyukur itu satu benda yang penting dan perasaan syukur itu terbahagi kepada 3.. yang pertama secara lisan.. yang kedua dilahirkan dengan hati dan yang ketiga.. yang merupakan tahap kesyukuran yang paling tinggi.. iaitu dizahirkan melalui perbuatan...

Melalui lisan ni semua orang boleh lakukan.. hanya dengan menyebut Alhamdulillah.. namun selalunya ianya hanya tinggal dengan kata-kata kalau tidak disertakan dengan hati..

Dan yang paling sukar apabila kita ingin menzahirkannya.. Dan proses menzahirkannya mestilah dalam premis yang sama.. Jika mendapat harta, proses bersyukurnya dengan memberikan ataupun menginfakkan sebahagian pada orang lain.. bukannya dengan.. erm.. sebagai contoh berpuasa.. Sebagai contoh, katakanlah mendapat kenaikan pangkat dan juga bonus tahunan sebanyak 50k.. dan takkan la kita nak tunjukkan syukurnya diri ini dengan berpuasa.. kan pelik tu...

Maka sama saja dengan ilmu di dada.. Kadangkala kita terlupa yang ilmu itu satu nikmat yang dipinjamkan oleh Allah kepada diri ini.. Aku mengaku kadangkala aku terlupa.. dan bila memikirkan, apa terjadi kalau nikmat ini ditarik balik.. Nauzubillah.. Takut nak difikirkan.. bayangkan esok pagi aku bangun, takde satu perkara pasal percutian aku dapat aku cernakan.. seolah-olah aku tak pernah jumpe CVD tu ape.. diamond tu apa... Takut, terlalu takut untuk difikirkan.. Dan bagiku ianya tak mustahil kerna semua itu nikmat Allah.. Dan jika hambanya tidak bersyukur.. tak mustahil akan ditarik balik nikmat tu.. Bayangkan kalau sehari sebelum Viva ataupun exam, nikmat ilmu tu ditarik balik.. Ditutup hijab diri ini terhadap ilmu.. Nauzubillah.. Semoga aku dijauhkan dari perasaan kufur nikmat Ya Allah.. dan semoga aku sentiasa berada dibawah naungan dan rahmatMu Ya Allah...

Dan.. persoalannya, macam mana nak bersyukur melalui ilmu??? kalau harta, mudah.. kita hanya perlu infakkan pada mereka yang memerlukan.. mudahkan... begitu juga ilmu.. Ilmu boleh disebarkan.. dikongsi bersama mereka yang tidak mengetahui... Namun aku akui, kadangkala diriku sendiri tidak ingin berkongsi.. kerana terlalu sibuk ingin mengejar ilmu lain.. menambah ilmu lain.. pentingkan diri sendiri.. sehingga aku kufur pada nikmat yang diberikan.. sehinggakan aku terlupa untuk berkongsi ilmu yang aku perolehi.. dan ilmu bukan semata-mata akademik.. semua pengalaman dalam hidup ini adalah ilmu.. kenapa dan sebab aku menyambung percutian ini pun satu ilmu.. Pabila aku melawat negara lain.. ianya sebuah ilmu.. Bagaimana aku hidup di sini.. Ianya satu ilmu.. Pengalaman semasa zaman sekolah dan ijazah.. Satu ilmu.. Usaha dan cabaran untuk sampai ke tahap ini juga satu ilmu.. Kekuatan, motivasi dan keinginan untuk terus berjuang dan meneruskan perjuangan ini walaupun pahit.. walaupun penuh dengan onar dan duri.. ianya sebuah ilmu.. 

Pernahkan aku bersyukur dengan semua itu.. jika melalui lisan, aku pasti ianya dilakukan terus menerus.. namun bersyukur melalui perbuatan.. menyampaikan ilmu ini pada yang lain.. ianya satu persoalan untuk diriku.. bertapa tingginya tahap kesyukuran aku pada nikmat yang diberikan oleh Allah.. jika dibandingkan dengan semua nikmat yang Dia hamparkan untukku.. Tidakkah aku berfikir akan semua ini.. Tidakkah aku takut akan semua nikmat ini ditarik balik.. Tidakkah aku risau akan dipersoalkan nikmat yang telah diberikan padaku..

Maka, bagiku.. ini merupakan suntikan yang menyentuh naluriku sebagai manusia yang berakal.. dari semalam ceramah menyentuh isu bersyukur.. khutbah jumaat hari ini mengingatkan diri ini agar terus bersyukur.. dan nikmat terus diberikan pada ku dari segi wang ringgit dan ilmu dari semalam hingga ke hari ini tak putus-putus.. namun tak terfikirkah diri ini.. Nikmat itu perlu disyukuri.. dan bersyukur itu ada caranya dan bukan semata-mata menyebut di lidah tanpa memahami intipati sebenar dan makna bersyukur itu..

No comments: