Pages

Thursday 1 September 2011

Merdekakah kita...

Satu per satu perayaan menjelang dan kunjung tiba di tanah air tercinta.. Selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri.. semalam hari kemerdekaan buat negaraku Malaysia... Sudah lebih setengah abad negaraku merdeka dan bebas dari tangan penjajah namun buat masa ini.. penulis masih lagi terperangkap dalam negara penjajah dan masih lagi memerlukan dan bergantung pada tanah penjajah untuk mengapai cita-cita dan impiannya..

Setelah sekian lama kita dijajah.. sejak hancurnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga la Pengisytiharan Kemerdekaan oleh Bapa Kemerdekaan.. Banyak suka dan duka.. pahit dan getir kita alami secara amnya.. dan nenek moyang kita alami secara khususnya... Sudah banyak kesilapan yang dipertontonkan.. dipaparkan.. Banyak yang cuba diterapkan sebagai pengajaran dan menggunung yang terus ingin dijadikan sempadan..

Namun... satu persoalan yang masih timbul dalam diri sang penulis.. merdekakah kah kita.. sejauh mane kita merdeka.. dan apa erti kata sebenar kemerdekaan.. Jika ingin dikupas.. kemerdekaan dan penghijrahan merupakan dua entiti yang berbeza tapi sama.. dan sejauh mana kita menikmatinya.. ataupun sebenarnya kita masih lagi dijajah.. Jika ingin dikupas dari segi penjajahan secara halus.. secara elektronik dan juga pemikiran.. tidak perlu untuk aku kupas.. kerna ianya sudah berasimilasi dalam kehidupan dan sistem pendidikan di Malaysia..

Dan bagiku untuk memberikan contoh penjajahan baru atau neokolonisme.. terlalu banyak contoh dari budaya hedonisme hinggalah ke sifat materialistik.. Cuma ianya sentiasa bermain dalam fikiran penulis.. Adakah dirinya betul-betul merdeka.. merdekakah diri ini.. ataupun ianya sekadar ucapan manis dari mulut.. tetapi hatinya masih lagi terjerat dengan rantaian besi.. yang mengenggam erat kebebasannya dalam erti sebenar kemerdekaan.. 

Merdekakah kita? Ataupun ianya satu ilusi yang dibina sejak 54 tahun dahulu...

No comments: